AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Absorber
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Absorber

Absorber 24 May 2012 09:21 #1

  • najib76
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1050




Saya ada pertanyaan , berapa harga standard untuk absorber ( depan dan belakang ) , semua kereta sama ke ?

Re: Absorber 24 May 2012 09:25 #2

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
najib76 wrote:




Saya ada pertanyaan , berapa harga standard untuk absorber ( depan dan belakang ) , semua kereta sama ke ?


Harga absorber berbeza-beza mengikut Jenama serta application dia. Contoh kereta Kancil, harag akan berbeza daripada RM60 ke RM600 sebatang. Kalau harga standard ianya mengikut jenama kereta. Harga absorber kereta Kancil tak akan sama dengan harga absorber kereta Wira.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
The following user(s) said Thank You: najib76

Re: Absorber 24 May 2012 09:45 #3

  • abulweena
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 810
najib76 wrote:




Saya ada pertanyaan , berapa harga standard untuk absorber ( depan dan belakang ) , semua kereta sama ke ?



Pada saya, yang standard dari kilang.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتْوبُ إِلَيْكَ

Re: Absorber 24 May 2012 09:46 #4

  • abulweena
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 810
najib76 wrote:




Saya ada pertanyaan , berapa harga standard untuk absorber ( depan dan belakang ) , semua kereta sama ke ?


وعليكم السلام ورحمة الله
Pada saya, yang standard dari kilang.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتْوبُ إِلَيْكَ

Re: Absorber 24 May 2012 11:52 #5

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Kemarin saya ada tukar absorber depan Gen2 anak saya punya, siap pasang dua RM260...Kayaba punya brand...

Yang brand APM pun lebih kurang agaknya...

dulu harga dia bawah seratus satu batang,tapi sekarang dah naik dah...

Re: Absorber 08 Jul 2012 04:30 #6

Syeikh Sir..

1. Bolehkah absober diservice semula, tukar minyak baru? berbaloi ke buat begitu berbanding beli baru?

2. Apa jenama absorber adj yang berbaloi dibeli dari segi harga dan performance?

Re: Absorber 08 Jul 2012 14:06 #7

Untuk kereta2 proton dan perodua yg owner nya bukan sporty punye kaki dan suka layan standard...sy cadangkan jenama sapura. Murah dan reliable. Juga terdapat coil spring standard n sport. Kayaba n APM bg sy kayaba bagus utk standard....kalau APM sy cadangkan APM performax. tersangat2 reliable. Kereta lama sy laluan harian rawang n bukit beruntung (jln teramat teruk)...masih boleh bertahan selama 2 thn dgn mileage 80,000km n sehingga sy jual pun masih dlm keadaan baik. Lubang jgn ckp la byk dah dilanggar. Lower arm bush dh pecah depan n belakang pun dia steady lg lepas dh repair. Jenis short stroke tp shaft dia besar. Sesuai diganbungkan dgn standard spring mahupun sport spring.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo

Re: Absorber 08 Jul 2012 14:43 #8

Dulu sy beli rm600 depan n blakang. Utk adjustable absorber ramai suka pakai hi-lo adjustable tp soalannya....berapa kerap sgt adjust ketinggian?....kalau sekali adjust...allignment kena buat balik. Jenama yg popular adalah jenis HWL kerana murah dan byk pusat servis. Jenama GAB pula sy byk dgr ada pakai x lama dah berbunyi. Tapi secara peribadi, sy lebih menyukai jenis adjustable yg ada sof-hard sahaja. Spring rate plak ikut bergantung pada berat kereta n rigid x boleh adjust hi-lo. So, utk absorber mcm tu sy cadangkan brand titan racing. Fully customised mengikut berat kereta n selera pemandu mengikut pemanduan masing2. Harga memang mahal tapi kepuasan maksimum.

Utk jenis hi-lo adjustable plak, pemilihan spring rate sgt2 penting utk tidak mengorbankan keselesaan penumpang. Utk kereta2 sedan 1.6-1.8 spring rate yg terbaik adalah 5k depan n 4k blakang. Tp kalau x puas hati...kedai akan bg tempoh sebulan utk tkr spring smpai owner puas hati. Warranty biasanya 1thn.

Tapi kalau budget besar....bolehlah beli jenis hi-lo soft-hard. Kebiasaannya harga sekitar rm2800-5000 bergantung pd jenama. Kos utk servis balik sekitar rm100-200 sebatang. Semua adjustable absorber boleh diservis n guna balik. Tetapi adjustable yg x berjenama n low quality biasanya disposable. Sebab tu harganya murah. Contoh mcm yg dijual di kedai brothers.

Pemilihan jnis adjustable absorber ni sgt2 penting sebab ia akan bg kesan pd handling dan comfort. Setiap org mempunyai expectation yg berbeza mengenai handling n comfort. Jadi, amik la masa utk survey n rasa sendiri kereta kwn2 lain yg dh pakai.

Yg pastinya adjustable absorber ni sgt2 puas hati n damping ability nya sgt2 berbeza dgn absorber biasa...lebih2 lagi masa langgar lubang n ambil selekoh.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo

Re: Absorber 09 Jul 2012 01:44 #9

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
anuarlela wrote:
Syeikh Sir..

1. Bolehkah absober diservice semula, tukar minyak baru? berbaloi ke buat begitu berbanding beli baru?

2. Apa jenama absorber adj yang berbaloi dibeli dari segi harga dan performance?


Yg pastinya adjustable absorber ni sgt2 puas hati n damping ability nya sgt2 berbeza dgn absorber biasa...lebih2 lagi masa langgar lubang n ambil selekoh


Terima kasih syaikh K_B atas penerangan yg padat

anuar,

Jawab:-
1) Boleh. Harga murah dlm RM50/pc tapi kurang reliable.
2) Kalau baca apa yg syaikh K_B tulis tu, InsyaAllah akan faham lah. Tapi memilih absorber yg memenuhi 100% kehendak kita memang tak akan dapat! Kita kena ada tolerance sikit. Kalau nak yg performance, maka kena compromise pasal comfort. Kalau nak comfort, kena compromise pula hal performance. Memilih absorber ni perlukan kesungguhan dan masa. Ramai yg fail sebab kekangan wang serta masa. Proton Saga lama saya pakai monroe (mixed gas dan minyak). Kereta ni memang guna lasak sangat. Bawa ramai penumpang sepanjang masa plus tong CNG lagi kat belakang. So far, dah 1 1/2 tahun pakai masih OK.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Absorber 09 Jul 2012 01:58 #10

Kajang_Boy wrote:
Dulu sy beli rm600 depan n blakang. Utk adjustable absorber ramai suka pakai hi-lo adjustable tp soalannya....berapa kerap sgt adjust ketinggian?....kalau sekali adjust...allignment kena buat balik. Jenama yg popular adalah jenis HWL kerana murah dan byk pusat servis. Jenama GAB pula sy byk dgr ada pakai x lama dah berbunyi. Tapi secara peribadi, sy lebih menyukai jenis adjustable yg ada sof-hard sahaja. Spring rate plak ikut bergantung pada berat kereta n rigid x boleh adjust hi-lo. So, utk absorber mcm tu sy cadangkan brand titan racing. Fully customised mengikut berat kereta n selera pemandu mengikut pemanduan masing2. Harga memang mahal tapi kepuasan maksimum.

Utk jenis hi-lo adjustable plak, pemilihan spring rate sgt2 penting utk tidak mengorbankan keselesaan penumpang. Utk kereta2 sedan 1.6-1.8 spring rate yg terbaik adalah 5k depan n 4k blakang. Tp kalau x puas hati...kedai akan bg tempoh sebulan utk tkr spring smpai owner puas hati. Warranty biasanya 1thn.

Tapi kalau budget besar....bolehlah beli jenis hi-lo soft-hard. Kebiasaannya harga sekitar rm2800-5000 bergantung pd jenama. Kos utk servis balik sekitar rm100-200 sebatang. Semua adjustable absorber boleh diservis n guna balik. Tetapi adjustable yg x berjenama n low quality biasanya disposable. Sebab tu harganya murah. Contoh mcm yg dijual di kedai brothers.

Pemilihan jnis adjustable absorber ni sgt2 penting sebab ia akan bg kesan pd handling dan comfort. Setiap org mempunyai expectation yg berbeza mengenai handling n comfort. Jadi, amik la masa utk survey n rasa sendiri kereta kwn2 lain yg dh pakai.

Yg pastinya adjustable absorber ni sgt2 puas hati n damping ability nya sgt2 berbeza dgn absorber biasa...lebih2 lagi masa langgar lubang n ambil selekoh.


Mohon nasihat KB dan Sir macamana nak improve handling/cornering dan comfort untuk Saga BLM?

Adakah perlu tukar absorber depan dan belakang? Apa brand yang sesuai untuk middle class earner macam saya nih?
~Kejayaan Manusia hanyalah di dalam agama (Islam), Taat Perintah Allah SWT dan ittiba' cara Rasulullah SAW.

Re: Absorber 09 Jul 2012 02:19 #11

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Abu_Bunyameen wrote:

Mohon nasihat KB dan Sir macamana nak improve handling/cornering dan comfort untuk Saga BLM?
Adakah perlu tukar absorber depan dan belakang? Apa brand yang sesuai untuk middle class earner macam saya nih?


Bagi saya handling/cornering Saga BLM lebih bagus berbanding kebanyakan kereta sekelas. Kalau drive seorang pun masih stabil berbanding Myvi.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Absorber 09 Jul 2012 02:31 #12

Sir wrote:

Bagi saya handling/cornering Saga BLM lebih bagus berbanding kebanyakan kereta sekelas. Kalau drive seorang pun masih stabil berbanding Myvi.


Iye ke?

Saya rasa cornering BLM lebih "membuang" dari keta lama saya dulu yakni Toyota LE (1985)
~Kejayaan Manusia hanyalah di dalam agama (Islam), Taat Perintah Allah SWT dan ittiba' cara Rasulullah SAW.
Last Edit: 09 Jul 2012 02:32 by Abu_Bunyameen.

Re: Absorber 09 Jul 2012 02:48 #13

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Absorber belakang BLM memang agak lembut. Tetapi ianya tidaklah "membuai". Kalau "membuang", ini mcm mana abu buat perbandingan?
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Absorber 09 Jul 2012 02:58 #14

Sir wrote:
Absorber belakang BLM memang agak lembut. Tetapi ianya tidaklah "membuai". Kalau "membuang", ini mcm mana abu buat perbandingan?


Buat perbandingan menggunakan kaedah Layman

Perasan gerun yang datang bila membuat cornering yang agak laju menggunakan BLM berbanding kelajuan yang ~ sama semasa memandu LE dulu2...

Mungkin term membuai lagi tepat kot.
~Kejayaan Manusia hanyalah di dalam agama (Islam), Taat Perintah Allah SWT dan ittiba' cara Rasulullah SAW.
Last Edit: 09 Jul 2012 02:59 by Abu_Bunyameen.

Re: Absorber 09 Jul 2012 08:21 #15

1) Jalan ke tempat kerja saya banyak berselekoh dan yg lurus plak bumping..

Kdg bawak laju jgk kat selekoh pagi2 kalau dah terlambat.. so nak tau la absorber yg sesuai?

2) Hari tu tak cukup duit nak tukar absorber, jadi pergi kat kedai tayar kat medan kit, ipoh.. service sebatang 70.. towkey tu dulu 20 tahun kerja kayaba..

Re: Absorber 14 Jul 2012 19:42 #16

Utk saga BLM pada pendapat sy...yg jadi masalah besar sekarang adalah spring cepat melendut lebih2 lagi belakang. Kalau 2 org duduk belakang + barang kat ruang bagasi memang nampak lowered mcm touring car...heheheheheh. Teksi BLM tanpa penumpang pun dah melendut sebab tank NGV ada kat belakang.

Untuk improve handling bagi saga BLM pertama sekali mestilah menggunakan rim bersaiz 15" dengan tayar 195/50/15.
Kemudian menggunakan sport spring aftermarket seperti GAB ataupun Sapura Pro-Ride. Harga sekitqr rm350 utk 4 ketul spring beserta upah pasang.

Lepas tu kena taruk spring buffer pada spring belakang sahaja...harga sekitar rm38 + rm10 upah.

ATAU

Menukar absorber kepada absorber sport shj tanpa perlu menukar spring sport. Tapi hasil x optimum. Sekurang2nya lebih baik dr sebelumnya.

TETAPI

Anda perlu mengelak lubang2 semana mampu dan tak boleh langgar bonggol dgn kelajuan sebelum ni. Kena lalu dgn perlahan dan cermat. Anda juga perlu mengorbankan keselesaan penumpang2 kat dlm kereta sbb sistem gantung dh jadi keras sikit. Tp bila di highway dan selekoh tajam...memang berbeza berbanding sebelum ni.

Absorber standard anda tak akan bertahan lama. Maka perlulah cari absorber yg khusus untuk pemanduan sporty seperti APM performax (ini shj yg murah dan reliable). APM performax menggunakan gas dan minyak utk damping yg mantap. Sapura Pro-Ride juga ada absorber sport utk BLM yg jauh lebih murah drpd APM performax.

kiraan kos:

1. Apm performax 4 batang rm600 (harga bg shj) - harga berdasarkan model nissan sentra. BLM mungkin murah sikit.
2. GAB sport spring rm350. (harga siap pasang)
3. Spring buffer rm38
4. Upah pasang rm100 (anggaran)
5. Allignment rm15 + adjust camber rm40 (kiri n kanan)

Total rm1143.

Belum termasuk dengan sport rim 15" + 4 ketul tayar sekitar rm1500-1800.

Nasihat sy...buat 1 persatu dulu. Mulakan dgn sport rim. Kemudian barulah 5 perkara kat atas tu. Rasa dulu mcm mana lps tukar rim. Setiap org selera berlainan.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo
The following user(s) said Thank You: Abu_Bunyameen

Re: Absorber 14 Jul 2012 19:52 #17

Utk dapatkan handling yg bagus dan dalam masa yg sama mahukan comfort...ia adalah mutahil. Kalau mahukan comfort...korbankan handling...kalau nakkan handling...perlu korbankan comfort. Kalau mahukan dua2 sekali jawapannya......adjustable absorber yg fully customised ikut selera pemandu jenama titan racing. Ceritakan pd mereka apa kehendak n selera anda....mereka boleh realisasikan. Tapi harga rm4000 dan keatas. Langgar lubangpun dia hayun sekali aje...xde 2 kali ataupun berkali2. Tak ada rasa mantul2. Hentakkan padu, kemas dan mantap. Penumpang rasa sgt selesa dan tak ganggu tido mereka. Hehehehehehe.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo

Re: Absorber 15 Jul 2012 11:38 #18

  • atanlaka
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 155
[quote="Sir" post=20051]anuarlela wrote:
Syeikh Sir..

2) Kalau baca apa yg syaikh K_B tulis tu, InsyaAllah akan faham lah. Tapi memilih absorber yg memenuhi 100% kehendak kita memang tak akan dapat! Kita kena ada tolerance sikit. Kalau nak yg performance, maka kena compromise pasal comfort. Kalau nak comfort, kena compromise pula hal performance. Memilih absorber ni perlukan kesungguhan dan masa. Ramai yg fail sebab kekangan wang serta masa. Proton Saga lama saya pakai monroe (mixed gas dan minyak). Kereta ni memang guna lasak sangat. Bawa ramai penumpang sepanjang masa plus tong CNG lagi kat belakang. So far, dah 1 1/2 tahun pakai masih OK.


Monroe sensatrak atau seangkatannya ada lagi ke? Katanya model ini yang dapat match/lebih performance stock absorber Peugeot 405 dengan harga lebih murah. (absorber ori peugeot pun rasanya takde dah, semua china mari punya)

Re: Absorber 07 Jan 2013 03:31 #19

  • fateen
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Peace Yaww!!
  • Posts: 1
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kawan2..saya newbiesss nih...nak tanya jugak bole x? saya pakai myvi tahun 2010... saya pun tengah dok mencarik adjustble yang sesuai untuk myvi saya..skang pakai sport rim 16 dan pakai spring sport... memandangkan dah lama saya pakai terasa nak upgrade sikit... bukan la sebab absober da kong ke apa... saja teringin nak merasa pakai adjstble..orang cakap best layan selekoh2 tajam... langgar lubang pun terbaek... bole rakan2 yang baek hati nih sharing skit input yang terbaek dari segi pemilihan adjustble terbaek utk myvi sebab sekarang saya dok survey Gab n Tein itu pun sebab nih jer yang tau okay yang laen xtau... kot ada yang lebih baek dari input yang saya ada bole share skit ke... macam mahal tapi nampak perfomance terbaek... xtau la mana yang terbaek...tq guysss..bantu la ladies yang serba xtau nih k..hehehehe... ^__~
Sorry kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata..tegur la saya jika ada yang tersinggung... PEACE YAW!!

Re: Absorber 27 Jan 2013 19:31 #20

Jenama HWL lebih sesuai. Tien terlalu jepun sgt n x sesuai utk road condition kita. GAB plak bertarung dgn isu kualiti n after sales yg mengecewakan.

Kalau bajet x menjadi masalah besar...gunakan titan racing. Dijamin puas hati.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.60 seconds
You are here: