AFN V2

Error
  • JFolder::create: Could not create directory
  • JFolder::create: Could not create directory
Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Politik - mengapa perlu perang bendera?
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1
  • 2

TOPIC: Politik - mengapa perlu perang bendera?

Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 02:10 #1



Saya sangat benci melihat bendera-bendera parti digantung merata-rata, malah bendera parti ni dok ada sebelum pengumuman pilihan raya, dah makan tahun, semak mata memandang.

Saya yakin, parti yang berada di dalam kebenaran tidak memerlukan kempen murahan seperti menggantung bendera di setiap jalan, hanya membazir, wang, masa dan tenaga. Tidaklah pengundi tu tidak kenal bendera parti mereka, hatta budak sekolah pun kenal bendera parti nih.

Saya tidak nampak iklan Facebook dan Google di kaca TV atau Majalah, tapi ternyata tidak sampai 10 tahun sudah pun menakluki dunia IT, berbanding parti politik yang dah bertahun-tahun bagi ceramah sana-sini.

Wallahu'alam.
When cognition is not enough

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 02:17 #2

  • alwafiey
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 359
mane boleh compare dengan FB Twitter bagai..

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 02:17 #3

sy punya pendapat yg sama. pasang bendera satu pembaziran & mengotorkan. elok semua pihak tak payah pasang.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 02:32 #4

  • alwafiey
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 359
saya suka tgk suasana pilihanraya.. bendera dan poster di pasang merata tempat..

soal kotor ni, tak payah tunggu pilihanraya..buat ceramah agama pun kawasan ceramah jadi kotor.. itu kotor fizikal yg kita nampak..

yg saya tak suka pilihanraya ni, media perdana termasuk la tv swasta hanya beri peluang kepada sebelah pihak sahaja utk bercakap..

bagi saya itu lebih kotor "pemandangannya" dari poster dan bendera di jalan raya...

mcm mana nak didik rakyat supaya terbuka minda, berfikiran secara analitikal, kritikal dan kritis.. kalau media kita tak "bantu" rakyat dengan beri maklumat dari 4 sudut berbeza mengenai satu isu.

saya boleh agak jawapannya adalah "alah..zaman skarang ada FB,Twitter,Blog bagai...

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 03:20 #5

masa perang zaman dulu2 pun bawak bendera jugak..

bendera tidak dibenarkan jatuh. kalau pemegang bendera terkorban akan segera diganti dengan orang lain.
"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 03:22 #6

Jamaludin wrote:
masa perang zaman dulu2 pun bawak bendera jugak..

bendera tidak dibenarkan jatuh. kalau pemegang bendera terkorban akan segera diganti dengan orang lain.


Masa perang zaman Rasulullah s.a.w dulu tu ada berapa orang yg bawa bendera?
When cognition is not enough

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 03:46 #7

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
al-anwar wrote:


Saya sangat benci melihat bendera-bendera parti digantung merata-rata, malah bendera parti ni dok ada sebelum pengumuman pilihan raya, dah makan tahun, semak mata memandang.

Saya yakin, parti yang berada di dalam kebenaran tidak memerlukan kempen murahan seperti menggantung bendera di setiap jalan, hanya membazir, wang, masa dan tenaga. Tidaklah pengundi tu tidak kenal bendera parti mereka, hatta budak sekolah pun kenal bendera parti nih.

Saya tidak nampak iklan Facebook dan Google di kaca TV atau Majalah, tapi ternyata tidak sampai 10 tahun sudah pun menakluki dunia IT, berbanding parti politik yang dah bertahun-tahun bagi ceramah sana-sini.

Wallahu'alam.

Saya baru nak menulis pasal ini. Sangat sangat setuju, kenapa perlu membazir beli kain? Selepas PU, semua dibuang sahaja! Cuma poster itu mungkin ada kebaikan sedikit kerana pengundi kenal siapa calon yg bertanding.

Nota: Parti seperti PAS saya sarankan tak perlu buang duit cacak bendera sana sini. Biarlah parti lain nak cacak bendera merata rata, tapi sebagai Parti "Islam" dia sepatutnya ada cara tersendiri
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 04:34 #8

al-anwar wrote:
Jamaludin wrote:
masa perang zaman dulu2 pun bawak bendera jugak..

bendera tidak dibenarkan jatuh. kalau pemegang bendera terkorban akan segera diganti dengan orang lain.


Masa perang zaman Rasulullah s.a.w dulu tu ada berapa orang yg bawa bendera?


seingat saya, masa perang uhud ada dua-tiga orang sahabat yang berganti-ganti membawa bendera. berapa banyak bendera yang ada saya kurang arif lah. kena study dulu.

bukan nak samakan kemulian bendera tentera islam dengan bendera parti2 politik yang ada sekarang ini, cuma pada saya bendera ini sebagai simbolik kewujudan dan kekuatan sesebuah parti itu disesebuah kawasan. untuk menaikkan semangat ahli2 parti.
"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”
The following user(s) said Thank You: shahrir yaziz

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 06:14 #9

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Bendera is so outdated. Kalau poster propaganda macam yang ada di Facebook tu bagus juga.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
The following user(s) said Thank You: al-anwar

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 06:41 #10

  • atanlaka
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 155
Perang bendera tu bukannya untuk menarik/pengaruhi orang yang dah jadi ahli parti politik. fikir-fikirkannlah - farid ismeth amir -

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 06:47 #11

  • mokhtar
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 182
Orang kita suka benda-benda yang memeriahkan, pesta bendera antaranya. Bendera dan pilihanraya bagai irama dan lagu.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 09:29 #12

pada sy perang bendera = perang psikologi.
contoh:
kalau orang luar kawasan lalu satu area, dia lalu satu area yg byk bendera coklat, kurang bendera kuning. maka ada yang akan kata area tu kawasan coklat..kalau parti coklat menang pun, ada org yg akan beranggapan, tgk bendera pun dah tahu area tu memang kuat coklat, walhal mungkin sebaliknye.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 09 Apr 2013 13:42 #13

  • ibnu_daud
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 103
banner dan bendera parti banyak gunanya selepas pilihan raya tau..

contohnya macam di rumah ana, banner digunakan bagi menggantikan skrin layar projektor, boleh tengok wayang kat rumah..

bendera pulak biasanya jadi lap kaki atau kalau baik sikit buat kain lap basikal..haha..

##ana neutral.. no offense..

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 10 Apr 2013 02:54 #14

  • alwafiey
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 359
kalau saya org BN saya akan rasa menyemak je tgk bendera pas merata tempat...

rasa menyemak tu makin kuat kalau saya menjadi BN di negeri yg diperintah pas..

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 10 Apr 2013 03:48 #15

Saya rasa menyampah tengok mana-mana bendera parti pun yg menyemak di jalan raya yang saya lalu untuk pergi balik kerja.
When cognition is not enough

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 10 Apr 2013 03:55 #16

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
MEMBAZIRRR!!!
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 10 Apr 2013 07:03 #17

  • alwafiey
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 359
al-anwar wrote:
Saya rasa menyampah tengok mana-mana bendera parti pun yg menyemak di jalan raya yang saya lalu untuk pergi balik kerja.


jangan tengok. haha

itu hak kamu la nak rasa menyampah atau sedih atau geram. atau nak rasa itu semua membazir.

itu juga hak orang lain yang suka tgk suasana sebegitu.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 10 Apr 2013 18:52 #18

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Saya melihat isu pemasangan bendera ni sebagai satu bentuk propaganda, dan bertujuan untuk mendorong pemilihan seseorang pengundi dalam pilihanraya. Sepertimana yang dinyatakan oleh sdr shahrir yaziz.

Yang tak tahannya siap naikkan banner, "Awas <parti sekian,sekian>, ini kawasan <parti sekian,sekian>!"

Bukan setakat bendera, replika jet pejuang, kereta kebal dan helikopter pun ada.

Bukannya sedikit tenaga, masa dan duit yang dikeluarkan. Alangkah baiknya jika semua itu disalurkan ke arah kebangkitan yang sebenar.

Wallahua'lam.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 06:31 #19

Secara peribadi, saya berharap satu hari ada pemimpin negara dan politik yang mampu MEMANDAIKAN rakyat sehingga TIDAK PERLU lagi terlalu banyak bendera dan poster di tempat awam. Cukup sekadar maklumat di media dan internet dan ceramah tertentu saja. Poster dan bendera pula cukup sekadar di pusat atau markaz parti. Saya terasa ada pemborosan tidak perlu di situ di samping kayu2 bendera yang adakalanya membahayakan pengguna jalanraya dan mencemar kebersihan apabila jatuh dan dibiarkan. Inilah yang diamalkan di United Kingdom. musim pilihanraya tapi masih tenang kelihatannya. Bagi saya sepatutnya BENDERA bukan alat yang patut digunakan untuk mempengaruhi menentukan undi pengundi. -UZAR

When cognition is not enough

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 06:53 #20

setuju dgn UZAR. tambahan lagi, poster/bendera yg menghalang pemandangan di jalanraya memang senang2 boleh mengakibatkan kemalangan.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 06:57 #21

  • abuadam
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 274
Kain yang digunakan boleh buat baju sekolah untuk satu Malaysia.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 07:16 #22

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 08:01 #23

  • abuadam
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 274
al-anwar wrote:
Secara peribadi, saya berharap satu hari ada pemimpin negara dan politik yang mampu MEMANDAIKAN rakyat sehingga TIDAK PERLU lagi terlalu banyak bendera dan poster di tempat awam. Cukup sekadar maklumat di media dan internet dan ceramah tertentu saja. Poster dan bendera pula cukup sekadar di pusat atau markaz parti. Saya terasa ada pemborosan tidak perlu di situ di samping kayu2 bendera yang adakalanya membahayakan pengguna jalanraya dan mencemar kebersihan apabila jatuh dan dibiarkan. Inilah yang diamalkan di United Kingdom. musim pilihanraya tapi masih tenang kelihatannya. Bagi saya sepatutnya BENDERA bukan alat yang patut digunakan untuk mempengaruhi menentukan undi pengundi. -UZAR



Setuju, saya pernah melalui musim pilihanraya di UK pada tahun 1997, Labour menang Tony Blair jadi PM. Tiada perang poster, para pelajar universiti juga tidak bincang politik, politik londeh-melondeh jauh sekali. Kematangan masyarakat mereka jauh ke hadapan dari negara dunia ketiga. They leave the politics to the politicians. Mereka perhatikan polisi dan manifesto kedua pihak Labour dan Conservatives dan mereka undi yang mereka suka. Then they freaking shut up for the next five years and move on with their lives.

Saya bersyukur saya dapat 1st hand experience perkara dan suasana tersebut dan sedikit sebanyak ianya mencorak pendekatan saya terhadap politik.

Beberapa tahun lepas, saya sempat ke Thailand atas urusan kerja, kebetulan musim pilihanraya. Poster sangat minima cuma sekali-sekala kedengaran rakaman kempen dari van ber-speaker. Itu di sekitar Bangkok, kalau luar bandar saya tidak pasti. Walaupun mereka tidak perang poster tapi mereka perang 'baju'. Kalau kita masih ingat sebelum pilihanraya sibuk baju merah lawan baju kuning. Sedikit sebanyak ada persamaan dengan perang warna di Malaysia.

Begitulah pemerhatian saya.

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 08:20 #24

al-anwar wrote:
Secara peribadi, saya berharap satu hari ada pemimpin negara dan politik yang mampu MEMANDAIKAN rakyat sehingga TIDAK PERLU lagi terlalu banyak bendera dan poster di tempat awam.. -UZAR


Malangnya, saya lihat kedua-dua kumpulan besar yg bertanding ni masih gagal memandaikan rakyat dalam bab ni
When cognition is not enough

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 08:35 #25

  • faisal
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 318
abuadam wrote:

Setuju, saya pernah melalui musim pilihanraya di UK pada tahun 1997, Labour menang Tony Blair jadi PM. Tiada perang poster, para pelajar universiti juga tidak bincang politik, politik londeh-melondeh jauh sekali. Kematangan masyarakat mereka jauh ke hadapan dari negara dunia ketiga. They leave the politics to the politicians. Mereka perhatikan polisi dan manifesto kedua pihak Labour dan Conservatives dan mereka undi yang mereka suka. Then they freaking shut up for the next five years and move on with their lives.




"UK 1997" telah meninggalkan "Malaysia 2013"....Antara 2 darjat...

Benarlah kata seorang cendekiawan Islam, dalam politik & banyak segi pun,
kita suka copy apa yg ada di barat dan mengganggap ianya baik...
Tapi kita lupa, idea yg baik, bila di letak atas realiti yg salah, maka idea itu kelihatan bodoh & cacat,meskipun pada asalnya baik...

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 08:39 #26

Doa si miskin dan sang kebulur pasti dimakbulkan oleh ALLAH kerana KEZALIMAN mereka yang tidak menunaikan hak BAHKAN indirectly telah menggunakan hak mereka untuk mencetak bendera dan banner yang bakal dicabut dan dibuang setelah selesai PRU..
1000 ilmu bi amal, dengan Allah, dengan nama Allah, dengan perkara Ghaib.
The following user(s) said Thank You: Sir

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 08:41 #27

  • faisal
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 318
alwafiey wrote:
al-anwar wrote:
Saya rasa menyampah tengok mana-mana bendera parti pun yg menyemak di jalan raya yang saya lalu untuk pergi balik kerja.


jangan tengok. haha

itu hak kamu la nak rasa menyampah atau sedih atau geram. atau nak rasa itu semua membazir.

itu juga hak orang lain yang suka tgk suasana sebegitu.


Kalau nak ikut dimensi "hak" , punah ranahlah dunia...

Hak orang lain?? Orang lain yg macam mana?? Yg pemikirannya macam "bijak pandai"??
Atau yg pemikirannya seperti rakyat dunia ke-3??

Owhh..lupa, premis "hak"...

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 26 Apr 2013 11:35 #28

  • Arissa
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 149
alwafiey wrote:
saya suka tgk suasana pilihanraya.. bendera dan poster di pasang merata tempat..

soal kotor ni, tak payah tunggu pilihanraya..buat ceramah agama pun kawasan ceramah jadi kotor.. itu kotor fizikal yg kita nampak..

yg saya tak suka pilihanraya ni, media perdana termasuk la tv swasta hanya beri peluang kepada sebelah pihak sahaja utk bercakap..

bagi saya itu lebih kotor "pemandangannya" dari poster dan bendera di jalan raya...

mcm mana nak didik rakyat supaya terbuka minda, berfikiran secara analitikal, kritikal dan kritis.. kalau media kita tak "bantu" rakyat dengan beri maklumat dari 4 sudut berbeza mengenai satu isu.

saya boleh agak jawapannya adalah "alah..zaman skarang ada FB,Twitter,Blog bagai...


Pun suka tengok perang bendera ni. Macam meriah jer walaupun adakalanya rasa berpinau tengok macam macam kaler ada... Tapi kalau sampai undang bahaya pada orang itu tak bolehlah....

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 27 Apr 2013 12:15 #29

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
NAsib perang bendera...dan sikit sikit perang mulut masa kat roadshow roadshow parti berkenaan...

Dua dua tak pakai senjata...alhamdulillah...

Re: Politik - mengapa perlu perang bendera? 29 Apr 2013 01:11 #30

shahrir yaziz wrote:
pada sy perang bendera = perang psikologi.
contoh:
kalau orang luar kawasan lalu satu area, dia lalu satu area yg byk bendera coklat, kurang bendera kuning. maka ada yang akan kata area tu kawasan coklat..kalau parti coklat menang pun, ada org yg akan beranggapan, tgk bendera pun dah tahu area tu memang kuat coklat, walhal mungkin sebaliknye.


Walaupun perang psikologi, seseorang yg melalui kawasan sarat dengan bendera/poster parti lawannya, akan tetap menyampah akan parti lawannya. Barangkali peratusannya amat sedikit atau hampir tiada atau tiada langsung kes di mana si penyokong parti Burung masuk ke/lalu di kwsn parti Talapia, lambat laun ia berasa takut dan terancam dan terfikir utk berubah ke parti Talapia. Jadi, perang bendera/poster ini apa kebaikan sebenarnya?? Banyak lagi org miskin tak cukup kain. (pendapat peribadi)
  • Page:
  • 1
  • 2
Time to create page: 0.43 seconds
You are here: