AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan..
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan..

Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Jul 2012 22:37 #1




Hadith palsu yang sering dibaca pada bulan Ramadhan.


Hadith Pertama:

Permulaan bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Al Uqaili dalam kitabnya Ad Dhu'afa', Ibnu 'Adiy dalam kitabnya Al Kaamil fid dhu'afa, Khatib Al Baghdadi dalam kitabnya Al Muwaddhih, Ad Dailami dan Ibnu 'Asakir.

Sanad hadith ini adalah seperti berikut:

Az Zahabi telah menyebutkan dalam kitab Al Mizan Al I'tidal bahawaadith ini adalah dari riwayat Hisyam ibn 'Ammar, kami diberitahu oleh Sallaam ibn Sawwar, kami diberitahu oleh Maslamah ibnus Salt, dari Az Zuhri dari Abu Hurairah ra.

Al Uqaili telah berkata: Hadith ini tidak ada asalnya dari hadith Az Zuhri.

(Maksudnya: Walaupun dalam sanad hadith Az Zuhri sebagai salah satu dari perawi hadith, tetapi dalam kitab Az Zuhri tidak pun terdapat hadith ini di antara hadith-hadithnya).

Ibnu 'Adiy telah berkata: Sallaam pada pendirian saya adalah seorang yang mungkar hadithnya dan Maslamah adalah seorang yang tidak dikenali.

(Kata-katanya telah disepakati oleh Az Zahabi. Sallaam namanya ialah Sallaam Ibn Sulaiman ibn Sawwar Abul Abbas Ath Thaqafi Al Madaini).

Abu Hatim telah berkata: Maslamah adalah seorang yang matruk hadithnya.

(Maksudnya: Maslamah adalah seorang perawi hadith yang tidak boleh dipakai hadithnya dan ulama-ulama hadith akan menolak hadith yang terdapat namanya dalam sanadnya).

Syeikh Naasiruddin Al-Albani mengatakan: Bahawa hadith ini adalah hadith mungkar.
The following user(s) said Thank You: ali_rasyidi

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Jul 2012 22:41 #2

Hadith Kedua:

Jika tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, Allah azza wajalla akan melihat pada ciptaanNya, dan jika Allah azza wajalla melihat pada ciptaanNya, Dia tidak akan menyiksa mereka selamanya, dan bagi Allah pada setiap malam akan membebaskan sejuta manusia dari siksaan api neraka.

Hadith telah diriwayatkan oleh Ibnu Fanjawaih dalam kitabnya Majlisu minal Amaali fi fadhli Ramadhan, dan Abul Qaasim Al Asbahani dalam kitab At Targhib, dan Ad Dhiya' Al Maqdisi dalam kitabnya Al Mukhtaarah.

Sanad hadith ini adalah seperti berikut:

Dari Hammad ibn Mudrik, kami telah diberitakan oleh Uthman ibn Abdullah, kami telah diberitahu oleh Malik, dari Abu Zinaad, dari Al A'raj, dari Abu Hurairah ra.

Ad Dhiya' Al Maqdisi berkata: Uthman ibn Abdullah adalah seorang yang muttaham (tertuduh) dalam periwayatannya.

(Maksudnya: Uthman adalah seorang perawi yang sangat-sangat diragukan oleh ulama-ulama hadith dan mereka menganggapnya sebagai seorang yang menipu dalam riwayatnya),

Ibnul Jauzi telah berkata: Hadith ini adalah palsu kerana riwayatnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali dan juga terdapat perawi yang tertuduh iaitu Uthman, dan dia memalsukan hadith.

Kata-kata ini juga disepakati oleh As Suyuti dalam kitabnya Al La aali.

Syeikh Naasiruddin Al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai maudhu atau palsu.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Jul 2012 22:45 #3

Hadith Ketiga:

Diriwayatkan oleh Saidina Ali ra daripada Rasulullah saw, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan:

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya  mereka orang beriman),

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya  pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Last Edit: 17 Jul 2012 22:48 by abuariffin.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Jul 2012 22:53 #4

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Jul 2012 23:01 #5

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berearawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1,000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1,000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir  ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam Syurga, dan mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama 'Al-Kauthar'. "


Hadith ini terdapat dalam kitab Durratun Naasihin dan penulis telah mengatakan bahawa hadith ini terdapat dalam kitab Majalis.

Hadith tidak mempunyai sumber atau sanad yang dapat dikaji. Ini menunjukkan bahawa hadith ini di antara hadith yang telah dibuat-buat dan dipalsukan atas nama Rasulullah saw.

Sehingga dalam kitab-kitab hadith palsu juga tidak terdapat hadith ini dan ini bermakna bahawa pemalsuan hadith ini berlaku pada zaman yang tidak beberapa lama.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Jul 2012 23:01 #6

Cara yang pasti sekali untuk mengkaji hadith ini adalah dengan membongkar semua hadith-hadith yang telah diriwayatkan oleh Saidina Ali kerana beliau yang dikatakan telah meriwayatkan hadith ini dari Rasulullah saw. Juga dengan cara ini, kita akan dapati tiada hadith yang dijumpai.

Jika kita kaji sejarah disebalik shalat terawih, kita juga akan dapati kepalsuan hadith ini. Rasulullah saw hanya melakukan terawih buat beberapa hari sahaja dan kemudian telah meninggalkan shalat terawih secara berjamaah kerana takut ianya akan difardhukan oleh Allah swt.

Kemudian shalat terawih tidak dilakukan pada zaman khalifah Abu Bakar. Ianya telah dihidupkan pada zaman khalifah yang kedua iaitu Umar Ibnul Khattab ra. Jika hadith ini telah dikatakan oleh Rasulullah saw, sudah pasti Abu Bakar ra akan mengetahuinya dan dia akan menghidupkan shalat terawih secara berjamaah.

Sahabat adalah orang yang sangat perihatin tentang ganjaran amalan dan mereka adalah orang-orang yang akan berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran tersebut.

Juga kalau kita mengkaji ganjaran-ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang melakukan shalat terawih pada malam-malam tertentu, ia juga penuh dengan ciri-ciri hadith palsu. Iaitu pahala yang dijanjikan tersangat besar bagi amalan yang kecil. Lihat saja pahala bagi mengerjakan terawih pada malam yang ke enam dan juga pada malam-malam yang lain.

Semoga Allah swt memelihara kita dari tipu daya yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan juga dari orang Islam yang mempunyai niat yang baik tetapi malakukannya melalui cara yang salah.

Wallahu A'lam.
The following user(s) said Thank You: ali_rasyidi

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 20 Jul 2012 00:12 #7

  • najib76
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1050
UP..

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 20 Jul 2012 01:16 #8

Abu,

Hadith Pertama itu datang dari hadis yang panjang...... Apakah Palsu atau Dhaif?

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 30 Jul 2012 21:13 #9

واسلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Sdra Fakiralkaya,
Maaf, saya sibuk sedikit di awal Ramadhan kali ini, sebenarnya artikal di atas saya nukil dari perbincangan ringkas bersama sahabat saya yang telah membuat kajian dalam bab tersebut semasa beliau menuntut di Uni. Islam Madinah beberapa waktu dahulu. Penjelasan lanjut tentang soalan sdra tidak dapat saya jawab, saya hanya terima seadanya sebagaimana tertera di atas bahawa hadith tersebut dikategorikan sebagai palsu. Itulah yang saya difahamkan. Saya akan cuba dapatkan huraian lanjut dari sahabat saya, cuma Ramadhan kali ini beliau berada di Saudi, sukar untuk dihubungi. Atau mungkin panel hadith AFN dapat membantu. Tkasih.

Wallahu A'lam. 

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 31 Jul 2012 00:55 #10

  • baloo026
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 1
Salam.
saya terjumpa satu ulasan mengenai hadis ini dalam satu blog.harap saudara dapat sahkan.tq

jellydoll.wordpress.com/renungkan-dan-fahamikan/
The following user(s) said Thank You: abuariffin

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 15 Aug 2012 04:29 #11

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653

لو يعلم العباد ما في رمضان لتمنت أمتي أن تكون السنة كلها رمضان فقال رجل من خزاعة : حدثنا به قال : إن الجنة لتزين لرمضان من رأس الحول إلى الحول....

Seandainya hamba-hamba ini mengetahui apa yang terdapat di bulan Ramadhan, nescaya umatku akan terus berangan-angan agar Ramadhan terus berlangsung sepanjang tahun. Sesungguhnya syurga itu akan berhias diri untuk menyambut Ramdhan dari awal tahun hingga akhir tahun... hingga akhir hadith. (hadith panjang)
---------------------------------------


Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886, Ibn Jauzi dalam Kitaabul Maudhu'aat (II/188-189), Abu Ya'la dalam Musnadnya melalui jalan Jarir bin Ayyub al-Bajali, dari As-Sya'bi, dari Nafi' bin Burdah, dari Abu Mas'ud al-Ghifari.

Ibn Hajar dalam Lisanul Mizan menilai Jarir bin Ayyub sebagai seorang yang masyhur kedhaifannya. Kemudian dia (Ibn Hajar)menukilkan ungkapan Abu Nu'aim yang di dalamnya disebutkan: "Dia yang menyebabkan hadith ini maudhu'.

Demikian pula ungkapan al-Bukhari: "munkarul hadith" manakala An-Nasai menilainya matruk.


[Sifatus Saumin Nabi fi Ramadhan, As-Syeikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi]


p/s- Panel/ sahabat semua boleh semak semula dan perbetulkan mana yang salah, insyaAllah.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل
Last Edit: 15 Aug 2012 04:31 by Ad-Dien.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 15 Aug 2012 05:08 #12

  • azri
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 92
abuariffin wrote:



Hadith palsu yang sering dibaca pada bulan Ramadhan.


Hadith Pertama:

Permulaan bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Al Uqaili dalam kitabnya Ad Dhu'afa', Ibnu 'Adiy dalam kitabnya Al Kaamil fid dhu'afa, Khatib Al Baghdadi dalam kitabnya Al Muwaddhih, Ad Dailami dan Ibnu 'Asakir.

Sanad hadith ini adalah seperti berikut:

Az Zahabi telah menyebutkan dalam kitab Al Mizan Al I'tidal bahawaadith ini adalah dari riwayat Hisyam ibn 'Ammar, kami diberitahu oleh Sallaam ibn Sawwar, kami diberitahu oleh Maslamah ibnus Salt, dari Az Zuhri dari Abu Hurairah ra.

Al Uqaili telah berkata: Hadith ini tidak ada asalnya dari hadith Az Zuhri.

(Maksudnya: Walaupun dalam sanad hadith Az Zuhri sebagai salah satu dari perawi hadith, tetapi dalam kitab Az Zuhri tidak pun terdapat hadith ini di antara hadith-hadithnya).

Ibnu 'Adiy telah berkata: Sallaam pada pendirian saya adalah seorang yang mungkar hadithnya dan Maslamah adalah seorang yang tidak dikenali.

(Kata-katanya telah disepakati oleh Az Zahabi. Sallaam namanya ialah Sallaam Ibn Sulaiman ibn Sawwar Abul Abbas Ath Thaqafi Al Madaini).

Abu Hatim telah berkata: Maslamah adalah seorang yang matruk hadithnya.

(Maksudnya: Maslamah adalah seorang perawi hadith yang tidak boleh dipakai hadithnya dan ulama-ulama hadith akan menolak hadith yang terdapat namanya dalam sanadnya).

Syeikh Naasiruddin Al-Albani mengatakan: Bahawa hadith ini adalah hadith mungkar.


Kalau tak disebut hadis,boleh pakai tak untuk motivasi?

*Ramai ustaz yang pakai kata² diatas walau dia dah tau mungkar/ditolak.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 15 Aug 2012 05:12 #13

Ad-Dien wrote:

لو يعلم العباد ما في رمضان لتمنت أمتي أن تكون السنة كلها رمضان فقال رجل من خزاعة : حدثنا به قال : إن الجنة لتزين لرمضان من رأس الحول إلى الحول....

Seandainya hamba-hamba ini mengetahui apa yang terdapat di bulan Ramadhan, nescaya umatku akan terus berangan-angan agar Ramadhan terus berlangsung sepanjang tahun. Sesungguhnya syurga itu akan berhias diri untuk menyambut Ramdhan dari awal tahun hingga akhir tahun... hingga akhir hadith. (hadith panjang)
---------------------------------------


Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886, Ibn Jauzi dalam Kitaabul Maudhu'aat (II/188-189), Abu Ya'la dalam Musnadnya melalui jalan Jarir bin Ayyub al-Bajali, dari As-Sya'bi, dari Nafi' bin Burdah, dari Abu Mas'ud al-Ghifari.

Ibn Hajar dalam Lisanul Mizan menilai Jarir bin Ayyub sebagai seorang yang masyhur kedhaifannya. Kemudian dia (Ibn Hajar)menukilkan ungkapan Abu Nu'aim yang di dalamnya disebutkan: "Dia yang menyebabkan hadith ini maudhu'.

Demikian pula ungkapan al-Bukhari: "munkarul hadith" manakala An-Nasai menilainya matruk.


[Sifatus Saumin Nabi fi Ramadhan, As-Syeikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi]


p/s- Panel/ sahabat semua boleh semak semula dan perbetulkan mana yang salah, insyaAllah.


Nak betulkan ayat yg last; sifatu saumin nabiy, tiada alif lam pada kalimah saumin.
The following user(s) said Thank You: Ad-Dien

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 15 Aug 2012 05:13 #14

Ad-Dien wrote:

لو يعلم العباد ما في رمضان لتمنت أمتي أن تكون السنة كلها رمضان فقال رجل من خزاعة : حدثنا به قال : إن الجنة لتزين لرمضان من رأس الحول إلى الحول....

Seandainya hamba-hamba ini mengetahui apa yang terdapat di bulan Ramadhan, nescaya umatku akan terus berangan-angan agar Ramadhan terus berlangsung sepanjang tahun. Sesungguhnya syurga itu akan berhias diri untuk menyambut Ramdhan dari awal tahun hingga akhir tahun... hingga akhir hadith. (hadith panjang)
---------------------------------------


Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886, Ibn Jauzi dalam Kitaabul Maudhu'aat (II/188-189), Abu Ya'la dalam Musnadnya melalui jalan Jarir bin Ayyub al-Bajali, dari As-Sya'bi, dari Nafi' bin Burdah, dari Abu Mas'ud al-Ghifari.

Ibn Hajar dalam Lisanul Mizan menilai Jarir bin Ayyub sebagai seorang yang masyhur kedhaifannya. Kemudian dia (Ibn Hajar)menukilkan ungkapan Abu Nu'aim yang di dalamnya disebutkan: "Dia yang menyebabkan hadith ini maudhu'.

Demikian pula ungkapan al-Bukhari: "munkarul hadith" manakala An-Nasai menilainya matruk.


[Sifatus Saumin Nabi fi Ramadhan, As-Syeikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi]


p/s- Panel/ sahabat semua boleh semak semula dan perbetulkan mana yang salah, insyaAllah.



Al-Jarh wa At-Ta`dil terhadap Jarir bin Ayyub: www.islamweb.net/hadith/RawyDetails.php?RawyID=2118
The following user(s) said Thank You: aku_hambaNya, Ad-Dien

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 15 Aug 2012 15:33 #15

azri wrote:
abuariffin wrote:



Hadith palsu yang sering dibaca pada bulan Ramadhan.


Hadith Pertama:

Permulaan bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Al Uqaili dalam kitabnya Ad Dhu'afa', Ibnu 'Adiy dalam kitabnya Al Kaamil fid dhu'afa, Khatib Al Baghdadi dalam kitabnya Al Muwaddhih, Ad Dailami dan Ibnu 'Asakir.

Sanad hadith ini adalah seperti berikut:

Az Zahabi telah menyebutkan dalam kitab Al Mizan Al I'tidal bahawaadith ini adalah dari riwayat Hisyam ibn 'Ammar, kami diberitahu oleh Sallaam ibn Sawwar, kami diberitahu oleh Maslamah ibnus Salt, dari Az Zuhri dari Abu Hurairah ra.

Al Uqaili telah berkata: Hadith ini tidak ada asalnya dari hadith Az Zuhri.

(Maksudnya: Walaupun dalam sanad hadith Az Zuhri sebagai salah satu dari perawi hadith, tetapi dalam kitab Az Zuhri tidak pun terdapat hadith ini di antara hadith-hadithnya).

Ibnu 'Adiy telah berkata: Sallaam pada pendirian saya adalah seorang yang mungkar hadithnya dan Maslamah adalah seorang yang tidak dikenali.

(Kata-katanya telah disepakati oleh Az Zahabi. Sallaam namanya ialah Sallaam Ibn Sulaiman ibn Sawwar Abul Abbas Ath Thaqafi Al Madaini).

Abu Hatim telah berkata: Maslamah adalah seorang yang matruk hadithnya.

(Maksudnya: Maslamah adalah seorang perawi hadith yang tidak boleh dipakai hadithnya dan ulama-ulama hadith akan menolak hadith yang terdapat namanya dalam sanadnya).

Syeikh Naasiruddin Al-Albani mengatakan: Bahawa hadith ini adalah hadith mungkar.


Kalau tak disebut hadis,boleh pakai tak untuk motivasi?

*Ramai ustaz yang pakai kata² diatas walau dia dah tau mungkar/ditolak.


Oleh kerana banyak hadits-hadits shahih dan hasan yang boleh dimanfaatkan untuk motivasi maka ia lebih baik daripada hadits maudhu'.

Kita sering diperingatkan oleh insan mulia Nabi saw dengan sabdanya: "Barangsiapa yang berkata atas namaku apa yang tidak aku katakan, maka tempatilah tempatnya di neraka." (Shahih al-Bukhari kitab al-'ilm bab itsmi man kadzdzaba 'alan-Nabi saw, no. 109).

Dalam hal ini sering timbul pertanyaan: Siapa yang berhaq/berwajib menentukan hadits ini shahih, hasan atau dla'if ? Sebabnya sering ditemui satu hadits yang dinilai dla'if oleh satu pihak, ternyata dinilai shahih oleh pihak lainnya.

Maka jawabannya adalah : Ilmu hadits.

Yang berhaq/berwajib menetukan sebuah hadits shahih, hasan, atau dla'if adalah ilmu hadits itu sendiri. Ilmu hadits hampir tidak mengenal madzhab. Apapun madzhab; Hanafi, Maliki,Hambali, atau Syafi'i, ilmu haditsnya sama. Ketika ternyata ada hadits yang dinilai shahih oleh satu pihak dan dinilai dla'if oleh pihak lain, maka ilmu hadits juga sudah mempunyai mekanismanya untuk menentukan mana penilaian yang dapat diambil.

Wallahu A'lam.
The following user(s) said Thank You: azri

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 15 Aug 2012 15:56 #16

aku_hambaNya wrote:
Nak betulkan ayat yg last; sifatu saumin nabiy, tiada alif lam pada kalimah saumin.



Izin OT:


«Sifatu Solati An-Nabi» kalau ditambah kalimah «Al-Aslu» di depannya, akan jadi «Al-Aslu Sifatu Solati An-Nabi» ke «Al-Aslu Sifati Solati An-Nabi»? Kalimah «Sifat» akan jadi majrur ke tetap marfu`?


Mohon pencerahan.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 16 Aug 2012 00:16 #17

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653


buat ukhti Aku HambaNya atas pembetulan tajuk dan akhi Adli atas jarh wa ta'dil tersebut. Betul lah tu, tajuk asal lepas saya semak semula sama macam yang ukhti cakap kan..

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Aug 2012 05:25 #18

Adli_Khalim wrote:
aku_hambaNya wrote:
Nak betulkan ayat yg last; sifatu saumin nabiy, tiada alif lam pada kalimah saumin.



Izin OT:


«Sifatu Solati An-Nabi» kalau ditambah kalimah «Al-Aslu» di depannya, akan jadi «Al-Aslu Sifatu Solati An-Nabi» ke «Al-Aslu Sifati Solati An-Nabi»? Kalimah «Sifat» akan jadi majrur ke tetap marfu`?


Mohon pencerahan.


Yang benar;

Aslu sifati solatin nabiy, aslu tanpa alif lam.

Majrur, sebab sifati mudhafun ilaih bagi aslu.

Tapi kalau al-aslu;

i) Samada al-aslu fi sifati solatin nabiy.

atau

ii) Sifatu solatin nabiy al-aslu, al-aslu jadi na'at bagi sifatu.

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Aug 2012 05:26 #19

Ad-Dien wrote:


buat ukhti Aku HambaNya atas pembetulan tajuk dan akhi Adli atas jarh wa ta'dil tersebut. Betul lah tu, tajuk asal lepas saya semak semula sama macam yang ukhti cakap kan..



wa iyyak

Re: Hadith Palsu Yang Sering Dibaca Pada Bulan Ramadhan.. 17 Aug 2012 12:10 #20

aku_hambaNya wrote:
Yang benar;

Aslu sifati solatin nabiy, aslu tanpa alif lam.

Majrur, sebab sifati mudhafun ilaih bagi aslu.

Tapi kalau al-aslu;

i) Samada al-aslu fi sifati solatin nabiy.

atau

ii) Sifatu solatin nabiy al-aslu, al-aslu jadi na'at bagi sifatu.



Benar, saya tersalah tengok. Aslu tanpa alif lam.


جزاك الله خيرا
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.65 seconds
You are here: