AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh

Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 00:50 #1

  • birudamai
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 562


Maafkan saya kalau topik ni dah dibincangkan, cuma saya tak dapat cari.

1-Kecenderungan orang Melayu islam sekarang bagi nama anak yang berbunyi Mat Salleh contohnya Danish,Daniel dll.
Bila ditanya kenapa bagi nama tu? Jawapan yang diterima; "Itu kan nama Nabi.."
Persoalannya, Danish & Daniel tu kan nabi Yahudi.
Kalau nak sangat nampak orang putih, kenapa tak pakai je nabi peringkat tertinggi orang putih iaitu Jesus? Kan Nabi jugak?

2-Kalau kita pergi negara2 yang lagi pelik bunyi nama2 orangnya macam Russia,Greece dll,
ada je orang Islam tapi nama lagi pelik2 macam Vasiliy, Nikolai atau Sergey.
Malah kalau kita ke Indonesia, ada nama Bambang tapi mereka tetap Islam.

3.Jadi sejauh mana kepentingan nama anak?

Minta pencerahan.
mimpi2020.blogspot.com/
JANGAN PERGI KE BLOG NI,'BAHAYA'!

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 02:04 #2

yang pentingnya makna nama itu baik...
Sebaik-baik kurun manusia adalah kurunku, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka.
{Diriwayatkan antaranya oleh Al-Bukhari (no. 3561) dan Muslim (no.2533)}

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 02:45 #3

  • newrehmi
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 73
saya rasa, kita sedang lost in definition tentang apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai "Islamic" name.

- saya rasa, memang sungguh normal mindset dah bahwa Islamic name itu mesti berbunyi ala-ala arabic... Bagaimana pula dengan namakan anak dengan Musa? atau nama Isa? Atau Yusuf? Mereka kan nabi2 bani Israel- nape tak jadi persoalan pula klau nama-nama ini diguna? adakah sebab ia sounds 'arabic'? huhu

saya setuju ngan abu abrisam, yang penting namanya baikk =] dan selagi mana nama itu tak bermaksud mensyirikkan Allah...

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 02:52 #4

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
birudamai wrote:


Maafkan saya kalau topik ni dah dibincangkan, cuma saya tak dapat cari.

1-Kecenderungan orang Melayu islam sekarang bagi nama anak yang berbunyi Mat Salleh contohnya Danish,Daniel dll.
Bila ditanya kenapa bagi nama tu? Jawapan yang diterima; "Itu kan nama Nabi.."
Persoalannya, Danish & Daniel tu kan nabi Yahudi.
Kalau nak sangat nampak orang putih, kenapa tak pakai je nabi peringkat tertinggi orang putih iaitu Jesus? Kan Nabi jugak?


Saya nak komen yang no 1. sebab terkono kat eden ni haa...

1. Apakah nabi yahudi itu sesat ?

2. Apakah orang kristian anggap Jesus itu Nabi ?

3. Jika ada nama lain selain Danial, seperti Jacob = Yaakob, sila beritahu saya.

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 04:38 #5

  • birudamai
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 562
Maafkan saya saudara Kayrollz.
Saya tak berniat mengenakan atau persendakan saudara atau sesiapa saja.

Saya cuma hairan dengan pandangan masyarakat Malaysia,
kalau nama lain sikit dari bunyi Arab je maka akan dipandang serong.
Sedangkan kalau kita buka minda kita luas sikit,
kita pegi negara2 yang agak jauh dari radar Arab,
kita akan dapati nama2 Islam mereka jauh lagi pelik.
Ironinya, amalan Islam diorang jauh lebih baik berbanding kita yang pakai 100% nama Arab.

Cuma saya nak tanya,
ada kesalahan ke kalau tak ikut nama2 Nabi & para sahabat dll seperti yang disarankan?

Kat bawah ni ada contoh perbezaan sebutan:
mimpi2020.blogspot.com/
JANGAN PERGI KE BLOG NI,'BAHAYA'!
Last Edit: 13 Jun 2012 04:44 by birudamai.

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 05:29 #6

birudamai wrote:

Kat bawah ni ada contoh perbezaan sebutan:

ini sebanarnya bukan bahasa ibrani/hebrew. ianya bahasa english.
sebutan nama nabi blm bahasa hebrew bunyi mcm lain.
Don't Imagine

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 07:45 #7

  • birudamai
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 562
Ya, itu sebutan Bahasa Inggeris.
Petikan tu diambik dari buku Muhammad Alexander.

Tapi rasa-rasanya masyarakat Melayu / Islam boleh terima tak kalau:

1-Orang Cina / India / Bukan Melayu yang baru masuk Islam tapi pakai nama2 Nabi dalam Bahasa Inggeris?

2-Orang Melayu bagi nama anak pakai nama2 Nabi dalam Bahasa Inggeris?

Kalau tak boleh kenapa ya?
mimpi2020.blogspot.com/
JANGAN PERGI KE BLOG NI,'BAHAYA'!
Last Edit: 13 Jun 2012 07:46 by birudamai.

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 07:47 #8

  • abuadam
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 274
Krisis identiti?

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 07:55 #9

  • birudamai
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 562
abuadam wrote:
Krisis identiti?


Atau malu bawak pengaruh Arab yang kononnya tak moden?
Apapun saya setuju ngan abu abrisam, yang penting namanya baik dan selagi mana nama itu tak bermaksud mensyirikkan Allah...
mimpi2020.blogspot.com/
JANGAN PERGI KE BLOG NI,'BAHAYA'!
Last Edit: 13 Jun 2012 07:57 by birudamai.

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 07:59 #10

  • abuadam
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 274
birudamai wrote:
abuadam wrote:
Krisis identiti?


Atau malu bawak pengaruh Arab yang kononnya tak moden?


Ini kebiasaan sepanjang zaman.

Bangsa yang kurang maju akan memandang tinggi bangsa yang maju dan dominan pada ketika itu.

Pada zaman bangsa Arab menguasai Andalusia, mat salleh (Spanish today) biasa guna nama Arab. Banyak pengaruh Arab pada masyarakat Sepanyol kalau dikaji, terutama kawasan yang pernah berada di bawah pemerintahan Islam.

Contohnya, nama Charles itu dalam Latin adalah Carlos. Carlos itu dari Arabic Khalid.

Sekarang terbalik.

Moden itu relatif. Allahua'lam.
Last Edit: 13 Jun 2012 08:12 by abuadam.

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 08:18 #11

ditengah keghairahan org melayu menggunapakai nama mat saleh utk kelainan, Tom Cruise menamakan anak mereka Suri yg org melayu sendri tak minat nk letak kt anak mereka.

semua atas sebab mencari kelainan.

p/s: Sapa berani letak nama anak Yitzak?
Don't Imagine

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 08:20 #12

  • abuadam
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 274
hellilyntax wrote:
ditengah keghairahan org melayu menggunapakai nama mat saleh utk kelainan, Tom Cruise menamakan anak mereka Suri yg org melayu sendri tak minat nk letak kt anak mereka.

semua atas sebab mencari kelainan.

p/s: Sapa berani letak nama anak Yitzak?


Dia minat Lisa Surihani.

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 08:30 #13

  • naz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 1124
Aaron dah ada....
نورعينى احمد

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 08:47 #14

  • birudamai
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 562
hellilyntax wrote:
ditengah keghairahan org melayu menggunapakai nama mat saleh utk kelainan, Tom Cruise menamakan anak mereka Suri yg org melayu sendri tak minat nk letak kt anak mereka.

semua atas sebab mencari kelainan.

p/s: Sapa berani letak nama anak Yitzak?


Malah penulis skrip drama Melayu TV Swasta seolah-olah cenderung mempromosi nama-nama untuk orang Melayu Islam yang aneh-aneh.
Tak percaya?
Cuba perhatikan nama watak-watak cerita Melayu pada waktu petang.

Sbg contoh:
Mila Arissa.
Aliana Hani
Fifi Afufu
Afifa Afifa
dan sebagainya...
mimpi2020.blogspot.com/
JANGAN PERGI KE BLOG NI,'BAHAYA'!
Last Edit: 13 Jun 2012 08:48 by birudamai.

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 09:02 #15

  • naz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 1124
kalau ada pun nama sedemikian mereka-mereka itu hanya ingin mencari kelainan to be reckoned. ...konon konon nya larr.

Pada hemat saya bunyi ala-ala mat salleh mungkin lebih baik makna daripada "cut & paste" awal/hujung nama mak dan bapa nya.
نورعينى احمد

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 09:20 #16

naz wrote:
Aaron dah ada....


Dia orang Singapore.

Zed Zaidi marah dengan dia tu

Apapun, asalnya ana nak letak nama anak sulong Benjamin sebenarnya.

Tapi dikhuatiri orang lain akan memandang serong, ana letak Bunyameen.
~Kejayaan Manusia hanyalah di dalam agama (Islam), Taat Perintah Allah SWT dan ittiba' cara Rasulullah SAW.
The following user(s) said Thank You: naz

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 09:39 #17

OT: ada juga orang sabah sarawak yang non-muslim guna nama arab -> contoh idris jala
kadang2 siap ber"bin" lg

ini mungkin masalah kita kurg melihat "kemegahan" dlm bahasa itu tapi sebenarnya tak kesah pun, yang penting nama itu elok maknanya.

mgkn sama kes nya, bila sstgh kita nampk proton, tpi nak guna juga honda toyota, tpi mungkin bgtu jgk org kat jepun mgkn nak guna bmw audi tak pandang pun toyota, nak rasa kelainan berbeza dri yg lain ohh kut...

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 11:49 #18

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Danish tu nama nabi ka?
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 11:54 #19

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Nabi suruh bagi nama yang baik, tapi tiada suruhan untuk pilih nama Arab sahaja.

Boleh bagi nama anak menggunakan nama Barat, seperti Adam, Noah, Josh, Ian, Ethan, Maxwell, atau Donald Trump sekalipun.

Ia tidak dilarang, dan kalau ada yang kata ini tasyabbuh, kita katakan tidak semua jenis tasyabbuh itu dilarang.

Tapi kena pandai-pandai tanggung akibatnya. Kalau pakaian pun Nabi larang kita pakai pakaian Syuhrah (pakaian tunjuk gempak), apatah lagi nama yang akan dipanggil sehingga kita meninggal dunia.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Kecenderungan Bagi Nama Anak Yang Berbunyi Mat Salleh 13 Jun 2012 12:11 #20

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Pemain Bola...

Franck Ribery
Eric Abidal
Thierry Henry
Nickolas Anelka
Mesut Ozil
Karim Benzema
Samir Nasri
Ibrahim Afellay
Sami Khedira
Chamakh(Arsenal)
Salomon Kalou
Kolo Toure
Ibrahim Toure
Yaya Toure
dan lain lain
semuanya Islam...nama pun sedap dengar...
Last Edit: 13 Jun 2012 12:11 by Nadim.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.37 seconds
You are here: