AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Gigi Sensitif
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Gigi Sensitif

Gigi Sensitif 11 Oct 2012 04:13 #1



1. pernah tengok iklan ubat gigi di dalam tv di mana seorang brader tu minum air sejuk kemudian rasa ngilu pada gigi?

setelah menggunakan ubat gigi tersebut, brader tersebut bukan setakat boleh minum air sejuk, malah boleh mengunyah ketulan ais. benarkah begitu sekali hebatnya kesan penggunaan ubat gigi tersebut?

2. saya sekarang ni bukan sahaja air sejuk, air suam dan air kosong biasa pun rasa susah nak minum. terasa ngilu dan sakit pada seluruh bahagian gigi (yang atas terutamanya). apa punca dan solusinya?

terima kasih.
"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”

Re: Gigi Sensitif 11 Oct 2012 04:36 #2

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Baru² ni saya pergi ke klinik gigi sebab sebelum tu ada sekali dua gigi saya ngilu. Atas saranan wife, saya pergi jumpa doc gigi.

Jumpa la doc gigi. Doc ckp gigi saya cantik (takde rosak, hanya pecahan² kecil)

pendekkan cerita. doc gigi tu tampal sedikit bekas pecahan (bukan berlubang) pada gigi saya walaupun saya tak ngilu tempat gigi tersebut tapi alasan doc tersebut adalah, saraf bersambung, boleh terjadi tempat lain yang ngilu, tempat lain juga terasa.

lepas tu, doc tersebut bagi sample sensodyne. dia kata kalau ngilu, boleh datang dia jumpa lagi...

pasal sensodyne tu saya no komen sbb saya tak alami kengiluan yg teruk, jadi, tak adil kalau sy judge ubat gigi tersebut.
Last Edit: 11 Oct 2012 04:37 by kayrollz.
The following user(s) said Thank You: Jamaludin, farhani_azizan

Re: Gigi Sensitif 11 Oct 2012 07:09 #3

  • bani06
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 27
Saya memang pengguna colgate sensitif tu.. Gigi saya mmg kategori gigi sensitif.. even cuaca sejuk sangat pun terasa ngilu je... Sejak pakai Colgate gigi sensitif tu mmg berkesan la atas syor doktor gigi.. Bila rasa ngilu je saya gosok akan hilang serta merta..


P/s: saya bukanlah jurucakap produk colgate tu.. just share pengalaman saya guna ubat gigi tu..
The following user(s) said Thank You: Jamaludin

Re: Gigi Sensitif 11 Oct 2012 10:05 #4

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Cuba pakai gargle...contoh saya selalu mintak klinik panel saya listerine...tapi kadang kadang dia bagi glycerin of Tymol...nanti kuman dalam gigi tu berkurangan dan pulihkan sakit ngilu tsb...insyaallah...

Saya kalau ada peluang balik kg, selalu makan tebu yg kuning gebu tu... lepas cuci kulit dia...kupas kulit tebu pakai gigi saja...ruas dia pun gigit...buang...sambung gigit hisap air dia....pure betul rasa dia...slurrp...

favourite past time kat kampong...cari tebu kuning gebu... .
Last Edit: 11 Oct 2012 12:24 by Nadim.
The following user(s) said Thank You: naz, Jamaludin

Re: Gigi Sensitif 11 Oct 2012 10:18 #5

  • ZulQ
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 204
Kadang-kadang bukan pasal gigi sensitif. Mungkin ada lubang kecil yang tak nampak pada mata kasar tetapi isi gigi tu sudah berlubang teruk. Dinasihati supaya pergi ke klinik gigi.

en.wikipedia.org/wiki/Dental_caries
The following user(s) said Thank You: Jamaludin, farhani_azizan

Re: Gigi Sensitif 12 Oct 2012 01:03 #6

Nadim wrote:
Cuba pakai gargle...contoh saya selalu mintak klinik panel saya listerine...tapi kadang kadang dia bagi glycerin of Tymol...nanti kuman dalam gigi tu berkurangan dan pulihkan sakit ngilu tsb...insyaallah...

Saya kalau ada peluang balik kg, selalu makan tebu yg kuning gebu tu... lepas cuci kulit dia...kupas kulit tebu pakai gigi saja...ruas dia pun gigit...buang...sambung gigit hisap air dia....pure betul rasa dia...slurrp...

favourite past time kat kampong...cari tebu kuning gebu... .


alhamdulillah..
masih "gagah" lagi nampaknya gigi bro nadim kita ni..
maaf tanya, bape umur bro nadim skang?

gigi saya dah tak ada kemampuan nak buat perkara cam tu lagi dah..
masa remaja dulu, boleh lah..
bukak tutup botol coca-cola pun guna gigi jer..
"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”

Re: Gigi Sensitif 12 Oct 2012 01:31 #7

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Nadim wrote:
Cuba pakai gargle...contoh saya selalu mintak klinik panel saya listerine...tapi kadang kadang dia bagi glycerin of Tymol...nanti kuman dalam gigi tu berkurangan dan pulihkan sakit ngilu tsb...insyaallah...

Saya kalau ada peluang balik kg, selalu makan tebu yg kuning gebu tu... lepas cuci kulit dia...kupas kulit tebu pakai gigi saja...ruas dia pun gigit...buang...sambung gigit hisap air dia....pure betul rasa dia...slurrp...

favourite past time kat kampong...cari tebu kuning gebu... .


Maaf OT:

Gaya bercerita Nadin seperti AqilHaq. tinggal lagi penulisan Nadim lebih tersusun dan cantik (mudah dibaca)

(Dah lama nak luahkan )
The following user(s) said Thank You: Mustaqill

Re: Gigi Sensitif 12 Oct 2012 01:54 #8

  • Abu_Imran
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • AJARKAN AKU SUNNAH
  • Posts: 621
ana dulu gigi sensitif.... tgh xder aper2 rosak... x boleh minum panas atau sejuk...mmg terasa sakit atau ngilu...p klinik x ray bru nampak...mmg ader kerosakkan yg dah smpi ke akar gigi...penyelesaiannya...cabut...Alhamdulillah sekarang dah x sakit lagi....

ana x pasti ubat gg sensodine(x sure ejaan betul ke tak) betul2 boleh bg kesan hilang sakit tu...mcm x logik jer...tapi x cuber lagi...

wallahualam
Mencari ilmu.....
The following user(s) said Thank You: Jamaludin

Re: Gigi Sensitif 12 Oct 2012 02:41 #9

  • abu umair
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 153
Jamaludin wrote:


1. pernah tengok iklan ubat gigi di dalam tv di mana seorang brader tu minum air sejuk kemudian rasa ngilu pada gigi?

setelah menggunakan ubat gigi tersebut, brader tersebut bukan setakat boleh minum air sejuk, malah boleh mengunyah ketulan ais. benarkah begitu sekali hebatnya kesan penggunaan ubat gigi tersebut?

2. saya sekarang ni bukan sahaja air sejuk, air suam dan air kosong biasa pun rasa susah nak minum. terasa ngilu dan sakit pada seluruh bahagian gigi (yang atas terutamanya). apa punca dan solusinya?

terima kasih.




1)pernah. kesannya bergantung & berbeza pada setiap individu. secara umumnya, setiap iklan biasanya akan mencerminkan keberkesanan sesuatu produk dengan cara berlebih-lebihan untuk memancing pengguna.

biasanya kesan ubat gigi sensitif akan diperoleh selepas digunakan selama 1-2 minggu. gunakan ubat gigi sensitif secara berterusan setiap hari terutama selepas makan, 3 hari pertama dalam penggunaan ubat ini, letakkan ubat gigi sensitif di gigi sensitif dengan kuantiti ~sebesar kacang hijau kecil.

2)tuan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor gigi untuk mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut. selepas dikenalpasti masalah gigi sensitif, barulah gunakan produk ubat gigi sensitif.

wallahu'alam bissawab...
Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya"
The following user(s) said Thank You: farhani_azizan

Re: Gigi Sensitif 12 Oct 2012 04:05 #10

abu umair wrote:
Jamaludin wrote:


1. pernah tengok iklan ubat gigi di dalam tv di mana seorang brader tu minum air sejuk kemudian rasa ngilu pada gigi?

setelah menggunakan ubat gigi tersebut, brader tersebut bukan setakat boleh minum air sejuk, malah boleh mengunyah ketulan ais. benarkah begitu sekali hebatnya kesan penggunaan ubat gigi tersebut?

2. saya sekarang ni bukan sahaja air sejuk, air suam dan air kosong biasa pun rasa susah nak minum. terasa ngilu dan sakit pada seluruh bahagian gigi (yang atas terutamanya). apa punca dan solusinya?

terima kasih.




1)pernah. kesannya bergantung & berbeza pada setiap individu. secara umumnya, setiap iklan biasanya akan mencerminkan keberkesanan sesuatu produk dengan cara berlebih-lebihan untuk memancing pengguna.

biasanya kesan ubat gigi sensitif akan diperoleh selepas digunakan selama 1-2 minggu. gunakan ubat gigi sensitif secara berterusan setiap hari terutama selepas makan, 3 hari pertama dalam penggunaan ubat ini, letakkan ubat gigi sensitif di gigi sensitif dengan kuantiti ~sebesar kacang hijau kecil.




terima kasih atas consultation percuma tuan doktor.



2)tuan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor gigi untuk mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut. selepas dikenalpasti masalah gigi sensitif, barulah gunakan produk ubat gigi sensitif.

wallahu'alam bissawab...


maknanya ia adalah atas saranan doktor lah ni?

bukan boleh terus pegi kedai, beli dan guna sesuka hati..
"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”

Re: Gigi Sensitif 12 Oct 2012 13:12 #11


2)tuan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor gigi untuk mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut. selepas dikenalpasti masalah gigi sensitif, barulah gunakan produk ubat gigi sensitif.

wallahu'alam bissawab...


maknanya ia adalah atas saranan doktor lah ni?

bukan boleh terus pegi kedai, beli dan guna sesuka hati..


Terdapat pelbagai penyebab gigi sensitif, boleh jadi sebab karies gigi, gusi turun dan macam2 kemungkinan lagi. Jadi untuk tahu penyebab sebenar, dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan gigi ke doktor gigi untuk melihat keadaan gigi tuan serta penyelesaiannya, samaada gigi harus ditampal atau sekadar guna ubat gigi untuk gigi sensitif, atau harus dilakukan lain-lain rawatan.

Kandungan ubat gigi khusus untuk gigi sensitif berbeza daripada ubat gigi biasa yang lain, ada unsur tambahan yang dapat menutup lapisan dentin gigi yang terdedah, yang menjadi penyebab gigi menjadi sensitif. Tidak mengapa anda memilih untuk menggunakannya jika gigi anda memang sensitif. Ada research yang menunjukkan keberkesanan kandungan ubat gigi khusus untuk gigi sensitif, ada yang kesannya signifikan dan ada yang tidak.

selama saya menjalani latihan klinikal membantu doktor dan didatangi dengan beberapa pesakit yang mengeluh gigi sensitif, bila diperiksa, rupa-rupanya gusinya dah menurun, kadang2 bahagian akar gigi dah terdedah, lapisan enamel pada bahagian leher gigi yang dekat dengan batas gusi sangat2 nipis, jadi kalau gusi sudah menurun, memang individu tersebut akan rasa sangat sensitif bila makan/minum sejuk, panas. Biasanya itulah puncanya. Gusi menurun disebabkan oleh faktor kebiasaan individu menggosok gigi cara yang tidak betul dan terlalu kuat, dan dipengaruhi juga oleh faktor usia individu.
Selain daripada tu, kekerapan makan makanan yang bersifat asid juga boleh menjadi penyebab gigi sensitif kerana lama kelamaan lapisan enamel gigi (lapisan paling luar gigi) dapat terhakis.

Jadi, kepada patient yang datang dengan keluhan tersebut biasanya, kita tunjukkan cara gosok gigi yang betul, penjagaan oral hygiene yg betul, dan sudah tentu, aplikasi ubat gigi utk gigi sensitif di rumah, apply sedikit pakai jari terus ke bahagian gigi sensitif, tunggu beberapa minit, baru gosok gigi. Kalau itu tidak berkesan dan sudah agak parah, masih terdapat pilihan rawatan lain.
Last Edit: 12 Oct 2012 13:15 by farhani_azizan. Reason: technical problem
The following user(s) said Thank You: Jamaludin

Re: Gigi Sensitif 13 Oct 2012 01:06 #12

farhani_azizan wrote:

Jadi, kepada patient yang datang dengan keluhan tersebut biasanya, kita tunjukkan cara gosok gigi yang betul, penjagaan oral hygiene yg betul, dan sudah tentu, aplikasi ubat gigi utk gigi sensitif di rumah, apply sedikit pakai jari terus ke bahagian gigi sensitif, tunggu beberapa minit, baru gosok gigi. Kalau itu tidak berkesan dan sudah agak parah, masih terdapat pilihan rawatan lain.




terima kasih juga kepada doktor hani atas nasihat, panduan dan maklumat yang diberikan.

ianya amat bermanfaat bagi saya.

"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.35 seconds
You are here: