AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3?
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3?

Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 24 Jan 2012 07:14 #1

MInta pertolongan ahli2 pakar AFN camner kalo nak rujuk bagi talak 1,2 dan 3? Bagi dalil sekali untuk memantapkan hujah..

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 24 Jan 2012 09:33 #2

Adakah betul kalo nak rujuk bagi talak 1 dan 2 begini?

Bekas suami terus sajer pergi kat bekas isterinyer dan mengatakan nak rujuk kepadanya tanpa perlu nikah dimana tempoh edah 3 bulan dah abis, bekas isteri pun terima rujuk....

Bagi talak 3 pula begini?

Bekas isterinyer perlu berkahwin ngan seorang lelaki lain yg sah perkahwinannyer beserta bekas isterinyer perlu menyetubuhi lelaki yg dikahwininyer pastu bercerai barulah boleh bekas suami yg pertama nikah balik dengan bekas isterinyer dengan persetujuan bekas isteri jugak..
Last Edit: 24 Jan 2012 09:34 by alauddin85.

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 24 Jan 2012 15:00 #3

up

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 24 Jan 2012 15:54 #4

  • kalepensel
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • fly to Madinah after Raya
  • Posts: 210
alauddin85 wrote:
Adakah betul kalo nak rujuk bagi talak 1 dan 2 begini?

Bekas suami terus sajer pergi kat bekas isterinyer dan mengatakan nak rujuk kepadanya tanpa perlu nikah dimana tempoh edah 3 bulan dah abis, bekas isteri pun terima rujuk....

cara rujuk ini salah. kalau sudah habis iddah, bekas suami ini perlu melakukan akad dan nikah yang baru.

alauddin85 wrote:

Bagi talak 3 pula begini?

Bekas isterinyer perlu berkahwin ngan seorang lelaki lain yg sah perkahwinannyer beserta bekas isterinyer perlu menyetubuhi lelaki yg dikahwininyer pastu bercerai barulah boleh bekas suami yg pertama nikah balik dengan bekas isterinyer dengan persetujuan bekas isteri jugak..

ye, ini sudah betul.
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 24 Jan 2012 22:10 #5

kalepensel wrote:
alauddin85 wrote:
Adakah betul kalo nak rujuk bagi talak 1 dan 2 begini?

Bekas suami terus sajer pergi kat bekas isterinyer dan mengatakan nak rujuk kepadanya tanpa perlu nikah dimana tempoh edah 3 bulan dah abis, bekas isteri pun terima rujuk....

cara rujuk ini salah. kalau sudah habis iddah, bekas suami ini perlu melakukan akad dan nikah yang baru.

alauddin85 wrote:

Bagi talak 3 pula begini?

Bekas isterinyer perlu berkahwin ngan seorang lelaki lain yg sah perkahwinannyer beserta bekas isterinyer perlu menyetubuhi lelaki yg dikahwininyer pastu bercerai barulah boleh bekas suami yg pertama nikah balik dengan bekas isterinyer dengan persetujuan bekas isteri jugak..

ye, ini sudah betul.

Talak tiga bekas isteri kena kahwin lain dulu.

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

{230} فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِنْ بَعْدُ حَتَّى تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يَتَرَاجَعَا إِنْ ظَنَّا أَنْ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Talak (yang boleh dirujuk' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepasnya (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengambil bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidal halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis 'iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

(al-Baqarah:229-230)

Cina buta haram. Klik di sini utk fatwa

ألا أخبركم بالتيس المستعار ؟ قالوا بلى يا رسول الله قال هو المحلل لعن الله المحلل والمحلل له

الراوي: عقبة بن عامر المحدث: الذهبي - المصدر: الكبائر - الصفحة أو الرقم: 367

خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح

Mahukah aku khabarkan kepadamu siapakah orang yang paling keji lagi hina? Para sahabat menjawab, "Ya, ya Rasulallah." "Ia adalah al-muhallil. Allah melaknat al-muhallil1 dan al-muhallal lahu2."

Diriwayatkan oleh 'Uqbah b. 'Amir, dibawakan oleh az-Zahabi dalam al-Kabair, m/s atau no:367, ringkasan nilaian hadith: Isnadnya sahih.

1 lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang dicera talak tiga dgn tujuan menghalalkannya kepada bekas suaminya.
2 suami yg menjatuhkan talak tiga dan ingin merujuk semula bekas isterinya dgn perkahwinan muhallil.

Klik di sini utk komen tentang hadith ini.
Last Edit: 24 Jan 2012 22:18 by aku_hambaNya.

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 25 Jan 2012 03:54 #6

up

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 25 Jan 2012 03:56 #7

Boleh bagi tak pandangan dari segi mazhab yg 4?

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 27 Jan 2012 08:48 #8

Saya tak sempat jawab. Siapa ada masa boleh jawab berpandukan:

www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=30719

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 29 Jan 2012 05:17 #9

Rujuk boleh terjadi samada dgn perkataan atau perbuatan.

1. Perkataan.

a) Jelas

"Saya rujuk awak." Lafaz yg jelas begini, rujuknya sah, walaupun tanpa niat.

b) Kinayah (Bahasa berlapik)

"Awak di sisi saya, sama seperti awak sebelum ni."

Ayat ni boleh membawa dua maksud:

"Awak di sisi saya, sama seperti awak sebelum ni.- Isteri saya"

"Awak di sisi saya, sama seperti awak sebelum ni.- dibenci oleh saya."

Oleh itu, dalam kes ni, kena tanya suami balik, yang mana dia maksudkan.

2. Perbuatan.

a) Hanafiyyah: Sah rujuk dgn jimak atau muqaddimah jimak. (seperti sentuhan dgn syahwat.)

b) Malikiyyah: Sah rujuk dgn jimak atau muqaddimah jimak (seperti sentuhan dgn syahwat), dengan syarat suami melakukan perbuatan2 ini dgn niat rujuk.

c) Syafi'iyyah: Tidak sah rujuk dengan perbuatan secara mutlak, samada dengan jima' atau muqaddimahnya, dan samada ada niat rujuk ketika melakukan perbuatan itu ataupun tidak.

d) Hanabilah: Sah rujuk dengan jimak, walaupun tanpa niat. Terdapat khilaf, samada sah atau tidak rujuk dgn mukadimah jima'. Namun, pendapat yang menjadi pegangan di kalangan mereka, tidak terjadinya rujuk dengan mukadimah jima'.

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 29 Jan 2012 06:46 #10

aku_hambaNya wrote:

Rujuk2 diatas nie adkah berlaku dlm iddah ataupun dah abis iddah?
Kena nikah balik ker kalo rujuk selepas habis iddah?

Re: Rujuk bagi talak 1,2 ngan 3? 29 Jan 2012 12:48 #11

Rujuk2 di atas berlaku dalam 'iddah, utk talak raj'ie sahaja. Iaitu talak satu dan dua. Wanita yang telah ditalak tiga, tidak boleh dirujuk, dan wanita yang dinikahi dan ditalak sebelum disentuh, tidak mempunyai 'iddah.

Tempoh 'iddah adalah tiga quru'. Jumhur 'ulama', Malikiyyah, Syafi'iyyah dan sebahagian Hanabilah mengatakan, 3 quru' ini bererti tiga kali suci, manakala Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah mengatakan 3 quru' bererti tiga kali haid.

Sekiranya telah berlalu tempoh 'iddah selma tiga quru' ini, seseorang yang ingin pulang bersama isterinya haruslah melafazkan akad nikah baru, beserta dua orang saksi, dan mahar yang baru.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.34 seconds
You are here: