AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya

Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 06 Oct 2012 14:27 #1

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Pagi tadi kami menghadiri majlis bacaan hadith-hadith Haji di Masjid Wilayah dengan seliaan ustaz Adlan bin Abd Aziz. Di antara hadith-hadith Haji yang dibaca ialah hadith-hadith mengenai lafaz talbiyah Rasulullah. Kami menemui satu hadith yang sangat masyhur;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ تَلْبِيَةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ، لَا شَرِيكَ لَكَ ، قَالَ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَزِيدُ فِيهَا لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ ، وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ بِيَدَيْكَ ، لَبَّيْكَ وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ


Daripada 'Abdullah bin 'Umar, bahawa talbiyah Rasulullah s.a.w adalah;

بَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ، لَا شَرِيكَ لَكَ


dan 'Abdullah bin 'Umar menambah pada lafaz itu;

لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ


Hadith ini diriwayatkan antaranya oleh Muslim, at-Tirmidzi, asy-Syafe'i, Abu Dawud at-Tayalisi, Ibn Abi Syaibah, Ibn Majah, Malik, an-Nasaei, dan Ibn Jarud.

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=158&hid=2036&pid=41111

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=49&hid=465&pid=6564

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=52&hid=1923&pid=419860

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=1639&pid=544197&hid=552

www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2157&idto=2157&bk_no=10&ID=2130

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=173&hid=2913&pid=42391

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=19&pid=1432&hid=720

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=319&hid=2713&pid=61154

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=322&hid=429&pid=449531
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
The following user(s) said Thank You: kawakib_duriyah

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 06 Oct 2012 14:43 #2

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Kami juga menjumpai lafaz tambahan dari 'Umar bin al-Khattab sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya al-Musannaf;

عن المسور بن مخرمة قال : كانت تلبية عمر : لبيك اللهم لبيك ، لبيك لا شريك لك لبيك ، إن الحمد والنعمة لك والملك ، لا شريك لك لبيك مرغوبا أو مرهوبا ، لبيك ذا النعماء والفضل الحسن


Dari al-Miswar bin Makhramah, dia berkata; Talbiyah 'Umar itu berbunyi;

لبيك اللهم لبيك ، لبيك لا شريك لك لبيك ، إن الحمد والنعمة لك والملك ، لا شريك لك لبيك مرغوبا أو مرهوبا ، لبيك ذا النعماء والفضل الحسن



Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam bab;

في التلبية كيف هي - Bab Talbiyah, Bagaimanakah Ia

www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2157&idto=2157&bk_no=10&ID=2130

Hadith no.11
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
Last Edit: 06 Oct 2012 14:49 by Mustaqill.

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 06 Oct 2012 14:57 #3

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Komentar at-Tirmidzi mengenai hadith ini dalam kitabnya al-Jami';

قَالَ أَبُو عِيسَى : حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ، وَالْعَمَلُ عَلَيْهِ عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ ، وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ ، وَالشَّافِعِيِّ ، وَأَحْمَدَ ، وَإِسْحَاق ، قَالَ الشَّافِعِيُّ : وَإِنْ زَادَ فِي التَّلْبِيَةِ شَيْئًا مِنْ تَعْظِيمِ اللَّهِ فَلَا بَأْسَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، وَأَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ يَقْتَصِرَ عَلَى تَلْبِيَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ الشَّافِعِيُّ : وَإِنَّمَا قُلْنَا : لَا بَأْسَ بِزِيَادَةِ تَعْظِيمِ اللَّهِ فِيهَا ، لِمَا جَاءَ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَهُوَ حَفِظَ التَّلْبِيَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ زَادَ ابْنُ عُمَرَ فِي تَلْبِيَتِهِ مِنْ قِبَلِهِ لَبَّيْكَ وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ


Abu 'Isa berkata;

Hadith Ibn 'Umar ini Hasan Sahih, dan boleh diamalkan di sisi sebahagian ahli ilmu dari kalangan Sahabat Nabi s.a.w dan selain mereka, seperti Sufyan, asy-Syafe'iy, Ahmad, dan Ishaq.

Asy-Syafe'iy berkata: Jika seseorang menambah lafaz dalam talbiyah seperti sesuatu yang bertujuan membesarkan Allah, maka ia tidak mengapa. Dan aku lebih menyukai jika diringkaskan seperti talbiyah Rasulullah s.a.w.

Asy-Syafe'iy berkata lagi; Dan kami katakan bahawa tidak mengapa jika ada tambahan untuk membesarkan Allah di dalam talbiyah, berdalilkan apa yang datang dari Ibn 'Umar padahal beliau menghafaz talbiyah Rasulullah, kemudian beliau tambah dari dirinya sendiri;


لَبَّيْكَ وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=195&hid=754&pid=441728
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
Last Edit: 06 Oct 2012 17:37 by Mustaqill.

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 06 Oct 2012 16:35 #4

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Ringkasnya;

1. Tidak semua tambahan dalam agama itu dianggap bid'ah

2. Tidak ada sesiapa di kalangan Salaf dan Khalaf yang membid'ahkan lafaz Ibn 'Umar dan ayahnya

3. Bahkan asy-Syafe'i mengatakan boleh menambah apa jua lafaz sebagai talbiyah haji asal saja ia untuk membesarkan Allah

4. Hendaklah dicermati, bahawa Ibn 'Umar dan ayahnya menambah lafaz mereka hanya selepas mereka melafazkan talbiyah yang diajar oleh Rasulullah

5. Sunnah hendaklah dikaji satu persatu, dikhuatiri kita menisbahkan sesuatu kaedah yang batil hingga kita membid'ahkan amalan Salaf dan menyesatkan mereka

6. Sebelum saya kongsikan perkara ini di AFN, saya ada bertanya kepada lebih kurang 8 orang penuntut ilmu bertaraf BA dan MA di Facebook, apa hukum menambah lafaz baru dalam talbiyah ketika haji tanpa saya beritahu akan hadith-hadith tersebut. Kesemua mereka menjawab, dengan sepantas kilat, sama ada Haram, atau Bid'ah, atau Berdosa. Saya berharap rakan-rakan di AFN mengambil iktibar dan sentiasa menambah ilmu, serta tidak segan untuk berkata; Allah a'lam, saya tidak tahu.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
The following user(s) said Thank You: kawakib_duriyah

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 06 Oct 2012 17:37 #5

  • aleeya
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 178
salam,

mana lafaz yg lebih baik diikuti - antara yg Rasulullah saw ucapkan (Sunnah) atau yg ditambah (Sunnah??), sekiranya semua yg mengucapkan mana2 antaranya berniat ikhlas?

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 06 Oct 2012 17:41 #6

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
aleeya wrote:
salam,

mana lafaz yg lebih baik diikuti - antara yg Rasulullah saw ucapkan (Sunnah) atau yg ditambah (Sunnah??), sekiranya semua yg mengucapkan mana2 antaranya berniat ikhlas?


Dahulukan sunnah Nabi dan jangan tinggalkan amalan Sahabi. Kita ini tidaklah lebih ikhlasnya daripada Ibn 'Umar dan ayahnya 'Umar bin al-Khattab.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 06 Oct 2012 17:50 #7

  • aleeya
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 178
bukanlah bermaksud nak bandingkan keikhlasan kita dgn sahabat nabi, tapi nak tahu kenapa ditokok tambah lafaz tu - walaupun nabi saw tak kata salah. Ada sebab2 tertentu disebaliknya?

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 00:35 #8

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
aleeya wrote:
bukanlah bermaksud nak bandingkan keikhlasan kita dgn sahabat nabi, tapi nak tahu kenapa ditokok tambah lafaz tu - walaupun nabi saw tak kata salah. Ada sebab2 tertentu disebaliknya?


Soal kenapa Ibn 'Umar dan 'Umar bin al-Khattab tambah lafaz, dengan lafaz tertentu, hanya mereka yang boleh menjawabnya.

Yang penting boleh tambah, kalau tak nak tambah pun tak apa.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 08:21 #9

  • aleeya
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 178
Mustaqill wrote:

Yang penting boleh tambah, kalau tak nak tambah pun tak apa.


- setuju. Ini kesimpulan yg saya buat bila baca hadis2 tu. Bukan yg ini:


"jangan tinggalkan amalan Sahabi"

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 11:10 #10

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
aleeya wrote:
Mustaqill wrote:

Yang penting boleh tambah, kalau tak nak tambah pun tak apa.


- setuju. Ini kesimpulan yg saya buat bila baca hadis2 tu. Bukan yg ini:


"jangan tinggalkan amalan Sahabi"


Saudari akan tinggalkan amalan Sahabi. ??
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 12:33 #11

  • aleeya
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 178
Mustaqill wrote:
aleeya wrote:
Mustaqill wrote:

Yang penting boleh tambah, kalau tak nak tambah pun tak apa.


- setuju. Ini kesimpulan yg saya buat bila baca hadis2 tu. Bukan yg ini:


"jangan tinggalkan amalan Sahabi"


Saudari akan tinggalkan amalan Sahabi. ??


Kita hadkan perbincangan pada hadis2 berkaitan talbiyah haji saja lah . Tak perlu panjangkan hingga menjadi andaian tentang apa2 atau siapa2.

Pendapat saya berdasarkan terjemahan bahasa melayunya, hadis2 tersebut tidak boleh digunakan utk membuat kesimpulan "Jangan tinggalkan amalan sahabi". Mungkin hadis2 lain, tapi bukan yg di atas.

Kesimpulan yg betul ialah "boleh tambah yg berkaitan kebesaran Allah, tak tambah pun tak apa".

Kalau silap, itu kesilapan fahaman saya terhadap terjemahan di atas.

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 12:36 #12

  • nurudin
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 44
Mustaqill wrote:
Ringkasnya;

1. Tidak semua tambahan dalam agama itu dianggap bid'ah



Ustaz, boleh beri penjelasan kepada hal ini? rasa nya macam terlalu umum? kerana bagi saya, kalau perkara baru dalam agama dari sahabat tidak sama dengan perkara baru dari selain mereka. mohon penjelasan

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 14:31 #13

  • elhakim
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Aku bukan ustaz.Aku keje kilang jer..
  • Posts: 116
Salam,
1.Ibn Umar seperti yang kita tahu dia paling syadid dalam amal sunnah.Maka beliau tidak akan melakukan sesuatu yang menyalahi sunnah.

2.Ada sebuah hadis tentang para sahabat menambah lafaz talbiyah sedangkan Nabi SAW mendengarnya dan baginda tidak mengingkarinya.Ini boleh dianggap sebagai taqrir Nabi SAW..

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: أَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ التَّلْبِيَةَ مِثْلَ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: وَالنَّاسُ يَزِيدُونَ «ذَا الْمَعَارِجِ» وَنَحْوَهُ مِنَ الْكَلَامِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْمَعُ فَلَا يَقُولُ لَهُمْ شَيْئًا


[Sunan Abi Dawud dan Sunan al-Kubra lil Bayhaqi dari Jabir RA]

3.Ada beberapa qaul dari salaf yang tidak menyukai tambahan ke atas lafaz talbiyah Nabi SAW antaranya Saad bin Abi Waqqas RA dan salah satu dari qaul Malik dan as-Syafie..

Sila rujuk bab berkaitan Talbiyah dalam at-Tamhid oleh Ibn Abdil Barr..

www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=817&idto=818&bk_no=78&ID=451

Allahua'lam..
أبو العالية لقمان حكيم بن مد سعد بن مد حسَين

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 14:40 #14

  • nurudin
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 44
elhakim wrote:
Salam,
1.Ibn Umar seperti yang kita tahu dia paling syadid dalam amal sunnah.Maka beliau tidak akan melakukan sesuatu yang menyalahi sunnah.

2.Ada sebuah hadis tentang para sahabat menambah lafaz talbiyah sedangkan Nabi SAW mendengarnya dan baginda tidak mengingkarinya.Ini boleh dianggap sebagai taqrir Nabi SAW..

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: أَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ التَّلْبِيَةَ مِثْلَ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: وَالنَّاسُ يَزِيدُونَ «ذَا الْمَعَارِجِ» وَنَحْوَهُ مِنَ الْكَلَامِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْمَعُ فَلَا يَقُولُ لَهُمْ شَيْئًا


[Sunan Abi Dawud dan Sunan al-Kubra lil Bayhaqi dari Jabir RA]

3.Ada beberapa qaul dari salaf yang tidak menyukai tambahan ke atas lafaz talbiyah Nabi SAW antaranya Saad bin Abi Waqqas RA dan salah satu dari qaul Malik dan as-Syafie..

Sila rujuk bab berkaitan Talbiyah dalam at-Tamhid oleh Ibn Abdil Barr..

www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=817&idto=818&bk_no=78&ID=451

Allahua'lam..


Sefaham saya terhadap ulasan Ustaz elhakim, perkara di atas bukan bid'ah dalam ibadah kerana telah kita ketahui bahawa ibnu umar adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam mengikuti Rasulullah.

Namun yang menjadi persoalan saya, adakah dengan hujjah ini kita boleh mengatakan 'Tidak semua tambahan dalam agama itu dianggap bid'ah' secara mutlak?

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 15:28 #15

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
nurudin wrote:
Mustaqill wrote:
Ringkasnya;

1. Tidak semua tambahan dalam agama itu dianggap bid'ah



Ustaz, boleh beri penjelasan kepada hal ini? rasa nya macam terlalu umum? kerana bagi saya, kalau perkara baru dalam agama dari sahabat tidak sama dengan perkara baru dari selain mereka. mohon penjelasan


Pertamanya saya bukan ustaz, saya penuntut ilmu macam saudara.

Keduanya, ya, selama ini idea umum kita mengenai bid'ah ialah ia merupakan tambahan dalam agama selepas sempurnanya syariat. Namun dalam keadaan itu, nampaknya kita harus akur dengan hakikat bahawa ada sesetengah perkara dalam agama kita yang dibenarkan melakukan tambahan kepadanya, bahkan para Salaf Saleh seperti Ibn 'Umar dan ayahnya telah mendahului kita dalam perkara ini.

Benarlah kata ulama'; Law Kaan Khairan, Lasabaqouna Ilaih...

Yakni, jika amalan itu merupaka sesuatu yang baik, sudah pasti mereka (Salaf Saleh) akan mendahului kita melakukannya. Dan ini terbukti dengan amalan dua beranak Sahabi itu.

Ada hadith di mana Rasulullah ada mengajar seorang Sahabi sebuah doa, dan saahabat itu mengulangi doa itu tetapi dia menukar kalimah ''wa Nabiyyika'' kepada ''wa Rasuulika'' dan Rasulullah menegurnya, supaya kekal dengan lafaz asal iaitu ''wa Nabiyyika''. Padahal Rasul dan Nabi tidaklah jauh maknanya.

Ingatlah bahawa pada setiap kaedah itu pasti ada pengecualiannya. Allah a'lam.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 15:32 #16

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
elhakim wrote:
Salam,
1.Ibn Umar seperti yang kita tahu dia paling syadid dalam amal sunnah.Maka beliau tidak akan melakukan sesuatu yang menyalahi sunnah.

2.Ada sebuah hadis tentang para sahabat menambah lafaz talbiyah sedangkan Nabi SAW mendengarnya dan baginda tidak mengingkarinya.Ini boleh dianggap sebagai taqrir Nabi SAW..

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: أَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ التَّلْبِيَةَ مِثْلَ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: وَالنَّاسُ يَزِيدُونَ «ذَا الْمَعَارِجِ» وَنَحْوَهُ مِنَ الْكَلَامِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْمَعُ فَلَا يَقُولُ لَهُمْ شَيْئًا


[Sunan Abi Dawud dan Sunan al-Kubra lil Bayhaqi dari Jabir RA]

3.Ada beberapa qaul dari salaf yang tidak menyukai tambahan ke atas lafaz talbiyah Nabi SAW antaranya Saad bin Abi Waqqas RA dan salah satu dari qaul Malik dan as-Syafie..

Sila rujuk bab berkaitan Talbiyah dalam at-Tamhid oleh Ibn Abdil Barr..

www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=817&idto=818&bk_no=78&ID=451

Allahua'lam..


Tuan Elhakim boleh cari lagi, di mana lafaz ''Dzal Ma'aarij'' itulah yang dikomentar oleh Sa'd bin Abi Waqqas. Dalam satu hadith, apabila beliau mendengar kalimah-kalimah sebegitu, beliau memberi respon;

''Kata-kata ini, tidak kami ucapkan semasa zaman Nabi s.a.w...''

Wallah a'lam, saya tidak menemui apa-apa konotasi Karahah atau kebencian dari pihak Sa'd kepada lafaz tambahan ini. Beliau cuma memberitahu ini lafaz baru yang tidak diamalkan semasa Nabi hidup. Dan beliau tidak menegur atau menghalang mereka yang mengamalkannya.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 17:44 #17

Mustaqill wrote:
Komentar at-Tirmidzi mengenai hadith ini dalam kitabnya al-Jami';

قَالَ أَبُو عِيسَى : حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ، وَالْعَمَلُ عَلَيْهِ عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ ، وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ ، وَالشَّافِعِيِّ ، وَأَحْمَدَ ، وَإِسْحَاق ، قَالَ الشَّافِعِيُّ : وَإِنْ زَادَ فِي التَّلْبِيَةِ شَيْئًا مِنْ تَعْظِيمِ اللَّهِ فَلَا بَأْسَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، وَأَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ يَقْتَصِرَ عَلَى تَلْبِيَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ الشَّافِعِيُّ : وَإِنَّمَا قُلْنَا : لَا بَأْسَ بِزِيَادَةِ تَعْظِيمِ اللَّهِ فِيهَا ، لِمَا جَاءَ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَهُوَ حَفِظَ التَّلْبِيَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ زَادَ ابْنُ عُمَرَ فِي تَلْبِيَتِهِ مِنْ قِبَلِهِ لَبَّيْكَ وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ


Abu 'Isa berkata;

Hadith Ibn 'Umar ini Hasan Sahih, dan boleh diamalkan di sisi sebahagian ahli ilmu dari kalangan Sahabat Nabi s.a.w dan selain mereka, seperti Sufyan, asy-Syafe'iy, Ahmad, dan Ishaq.

Asy-Syafe'iy berkata: Jika seseorang menambah lafaz dalam talbiyah seperti sesuatu yang bertujuan membesarkan Allah, maka ia tidak mengapa. Dan aku lebih menyukai jika diringkaskan seperti talbiyah Rasulullah s.a.w.

Asy-Syafe'iy berkata lagi; Dan kami katakan bahawa tidak mengapa jika ada tambahan untuk membesarkan Allah di dalam talbiyah, berdalilkan apa yang datang dari Ibn 'Umar padahal beliau menghafaz talbiyah Rasulullah, kemudian beliau tambah dari dirinya sendiri;


لَبَّيْكَ وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ

www.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=195&hid=754&pid=441728


Penterjemah tertinggal perkataan yg penting.

"Maka tidak mengapa, insya Allah."

Insya Allah bermaksud; jika Allah kehendaki.

As-Syafie menyerahkan urusan ini kepada Allah.

Bahkan beliau berkata; Aku lebih suka jika ia dihadkan sebagaimana talbiah Rasulullah s.a.w.

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 07 Oct 2012 18:20 #18

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Asy-Syafe'iy suka bacaan asal, dan tak benci lafaz tambahan.

Sudah tentulah dia menyerahkan segala urusan kepada Allah.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 08 Oct 2012 00:38 #19

kenapa bab talbiyah ni ada pengecualian?
Sebaik-baik kurun manusia adalah kurunku, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka.
{Diriwayatkan antaranya oleh Al-Bukhari (no. 3561) dan Muslim (no.2533)}
Last Edit: 08 Oct 2012 00:41 by AbuAbrisam.

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 08 Oct 2012 01:15 #20

  • nurudin
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 44
1. saya memanggil akhi mustaqil Ustaz kerana ada mendengar ustaz adlan memanggil akhi ustaz mustaqil@nawawi
2. saya masih merasakan kaedah 'Tidak semua tambahan dalam agama itu dianggap bid'ah' kurang sesuai, kerana yang membuat hal ini adalah sahabat, mungkin yang lebih sesuai adalah ' Perkara tambahan dalam agama yang dibuat oleh sahabat bukanlah bid'ah'

Wallahu 'aqlam

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 08 Oct 2012 03:32 #21

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
nurudin wrote:
1. saya memanggil akhi mustaqil Ustaz kerana ada mendengar ustaz adlan memanggil akhi ustaz mustaqil@nawawi
2. saya masih merasakan kaedah 'Tidak semua tambahan dalam agama itu dianggap bid'ah' kurang sesuai, kerana yang membuat hal ini adalah sahabat, mungkin yang lebih sesuai adalah ' Perkara tambahan dalam agama yang dibuat oleh sahabat bukanlah bid'ah'

Wallahu 'aqlam


Kalau nak lebih spesifik lagi;

'Perkara tambahan dalam agama yang dibuat oleh sahabat selepas kewafatan Rasulullah bukanlah bid'ah'

Tapi kalau ada di kalangan Tabi'en dan Atba' Tabi'en yang melakukan perkara yang sama bagaimana pula?
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Talbiyah Haji - Lafaz Tambahan oleh Ibn 'Umar dan Ayahnya 08 Oct 2012 08:27 #22

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
AbuAbrisam wrote:
kenapa bab talbiyah ni ada pengecualian?


Allah a'lam, saya tidak tahu.

Tapi siapa tahu, mungkin selain bab talbiyah ini, ada lagi ibadah lain yang boleh kita tambah dengan sesuatu sebab...Kerana itu, kita harus terus membaca dan mengkaji, menelaah dan meneliti...
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.78 seconds
You are here: