AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Solat sunat berjamaah, boleh ka?
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Solat sunat berjamaah, boleh ka?

Solat sunat berjamaah, boleh ka? 06 Aug 2012 05:23 #1

  • yzpns
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 54
Kebiasaan di masjid akan adakan solat malam berjamaah. di mulai dengan solat taubat, hajat dan berakhir dengan witir. walau bagaimanapun saya melakukan bersendirian.

Alasan yang diberi bagi membolehkan solat-solat ini dilakukan secara berjamaah adalah berdasarkan dalil, Nabi SAW bersolat berjamaah semasa bulan ramadhan dan solat witir secara berjamaah.

Adakah solat sunat boleh dilakukan secara berjamaah semasa bulan ramadhan? atau adakah hanya solat qiam ramadhan dan solat witir sahaja yang khusus dibenarkan berjamaah?

Bagaimana pula jika solat witir yang dibuat diluar bulan ramadan, bolehkah dibuat secara berjamaah?

Solat sunnat mana yang dibenarkan berjamaah dan solat sunat macam mana yang tidak dibenarkan berjamaah?

Re: Solat sunat berjamaah, boleh ka? 06 Aug 2012 06:12 #2

  • Adou_Fr
  • OFFLINE
  • Panel Hadith
  • Posts: 460
Facebook: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Twitter: @Adou_Fr
The following user(s) said Thank You: yzpns

Re: Solat sunat berjamaah, boleh ka? 06 Aug 2012 06:31 #3

yzpns wrote:
Bagaimana pula jika solat witir yang dibuat diluar bulan ramadan, bolehkah dibuat secara berjamaah?

Solat sunnat mana yang dibenarkan berjamaah dan solat sunat macam mana yang tidak dibenarkan berjamaah?


Antara solat sunat lain yang dibuat secara berjemaah :

1. Solat Jenazah
2. Solat Istisqa
3. Solat Eidul Fitri dan Eidul Adha
4. Solat Sunat Gerhana

Solat sunat seperti rawatib (Qobliah,ba'diah), Dhuha dan lain-lain, setahu saya, tiada contoh dari Nabi dibuat secara jemaah.

Wallahu'alam.
~Kejayaan Manusia hanyalah di dalam agama (Islam), Taat Perintah Allah SWT dan ittiba' cara Rasulullah SAW.
Last Edit: 08 Aug 2012 01:40 by Abu_Bunyameen.
The following user(s) said Thank You: yzpns

Re: Solat sunat berjamaah, boleh ka? 06 Aug 2012 10:13 #4

  • fizi
  • OFFLINE
  • Ilmuwan
  • Posts: 220
Salam,

1. Al-Imam An-Nawawi menyenaraikan solat sunat yang dilakukan secara bersendirian dan juga secara berjama`ah di dalam kitabnya, Raudhatu t-Thalibin.

2. Senarai Solat Sunat Berjama`ah:

i. Solat Sunat Hari Raya (`Idu l-Fitr & `Idu l-Adhha)

ii. Solat Sunat Gerhana (terutamanya gerhana matahari)

iii. Solat Sunat Istisqa' (minta hujan)

iv. Solat Sunat Tarawih


3. Solat Sunat Bersendirian:

i. Solat Sunat Dhuha

ii. Solat Sunat Tahiyyatu l-Masjid

iii. Solat Sunat Ihram

iv. Solat Sunat Tawaf

v. Solat Sunat Selepas Berwudhu'

vi Solat Sunat Sebelum Juma`at (berdasarkan hadis dha`if jiddan / sangat dha`if dan qiyas kepada solat sunat sebelum Zuhur)

vii. Solat Sunat Selepas Juma`at

viii. Solat Sunat Istikharah

ix. Solat Sunat Hajat


Rujukan:

1. Kitab Solat, Bab ke-7 Dalam Solat Sunat, Pembahagian Dalam Solat Nawafil Yang Disunnahkan Padanya Berjama`ah: english.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=157&idto=157&bk_no=95&ID=136

2. Kitab Solat, Bab ke-7 Dalam Solat Sunat, Pembahagian Solat Tatawwu` Yang Tidak Disunnahkan Padanya Berjama`ah: english.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=158&idto=158&bk_no=95&ID=137


Allahu A`lam.
Last Edit: 06 Aug 2012 10:14 by fizi.
The following user(s) said Thank You: abuadam, yzpns

Re: Solat sunat berjamaah, boleh ka? 06 Aug 2012 10:43 #5

  • fizi
  • OFFLINE
  • Ilmuwan
  • Posts: 220
Abu_Bunyameen wrote:

Solat sunat seperti rawatib (Qobliah,ba'diah), Dhuha dan lain-lain, setahu saya, tiada contoh dari Nabi dibuat secara jemaah.


Salam,

1. Terdapat beberapa hadis menunjukkan Nabi SallaLlahu `Alayhi Wasallam pernah mengimami sahabat di rumah.

2.
حدثنا معاذ بن أسد أخبرنا عبد الله أخبرنا معمر عن الزهري قال أخبرني محمود بن الربيع قال سمعت عتبان بن مالك الأنصاري قال استأذن النبي صلى الله عليه وسلم فأذنت له فقال أين تحب أن أصلي من بيتك فأشرت له إلى المكان الذي أحب فقام وصففنا خلفه ثم سلم وسلمنا


Telah memberitahu kami Mu`az bin Asad, telah mengkhabarkan kami `AbduLlah, telah mengkhabarkan kami Ma`mar dari Az-Zuhriy dia berkata: telah mengkhabarkan aku Mahmud bin Ar-Rabi`, dia berkata: aku mendengar `Utban bin Malik Al-Ansariy berkata: An-Nabiy SallaLlahu `Alayhi Wasallam meminta izin lalu aku mengizinkan bagi baginda. Lalu baginda berkata: "Di manakah kamu suka untuk aku solat di rumah kamu". Lalu aku mengisyaratkan kepada baginda ke suatu tempat yang aku suka. Lalu baginda bangun dan kami mendirikan saf kami di belakang baginda. Kemudian baginda memberi salam dan kami pun memberi salam. [Al-Bukhariy/ 654]


3. Di dalam Kitab Al-Mudawwanah karya Al-Imam Malik bin Anas, dinyatakan:

في صلاة النافلة قال : وقال مالك : لا بأس أن يصلي القوم جماعة النافلة في نهار أو ليل ، قال : وكذلك الرجل يجمع الصلاة النافلة بأهل بيته وغيرهم لا بأس بذلك .


"Tentang solat nawafil (solat sunat) dia berkata: Dan berkata Malik: Tidak mengapa untuk sesuatu kaum bersolat sunat secara jama`ah ketika siang atau malam. Dia berkata: Dan seperti itu seseorang lelaki berjama`ah (dalam) solat sunat bersama ahli keluarganya dan selain mereka, tidak mengapa untuk itu".


4. Di dalam Kitab Al-Majmu` Syarhi l-Muhazzab karya Al-Imam An-Nawawi, dinyatakan:

وأما باقي النوافل كالسنن الراتبة مع الفرائض والضحى والنوافل المطلقة فلا تشرع فيها الجماعة ، أي لا تستحب ، لكن لو صلاها جماعة جاز


"Dan adapun baki solat sunat yang lain seperti sunan berpahala bersama solat fardhu (solat rawatib) dan Dhuha dan solat sunat mutlak maka tidaklah disyari`atkan padanya untuk berjama`ah, bermaksud tidak mustahabb. Akan tetapi jika dia solat akannya maka ia adalah harus."

Allahu A`lam.
Last Edit: 07 Aug 2012 01:43 by fizi.
The following user(s) said Thank You: kayrollz, Abu_Bunyameen

Re: Solat sunat berjamaah, boleh ka? 06 Aug 2012 16:39 #6

Jazakallah atas pembetulan
~Kejayaan Manusia hanyalah di dalam agama (Islam), Taat Perintah Allah SWT dan ittiba' cara Rasulullah SAW.

Re: Solat sunat berjamaah, boleh ka? 08 Aug 2012 15:38 #7

  • yzpns
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 54
katakan imam solat sunat hajat atau taubat berjamaah, bolehkah kita mengikut bersama dengan imam menjadi makmum dengan niat mengikut perbuatan sahaja tetapi kita niat solat sunat atau qiam ramadhan.

Re: Solat sunat berjamaah, boleh ka? 08 Aug 2012 23:22 #8

yzpns wrote:
katakan imam solat sunat hajat atau taubat berjamaah, bolehkah kita mengikut bersama dengan imam menjadi makmum dengan niat mengikut perbuatan sahaja tetapi kita niat solat sunat atau qiam ramadhan.



Setahu saya, kita boleh berbeza niat dengan imam kalau jenis solat sama (contoh solat yang berbeza adalah solat jenazah yang dilakukan tanpa ruku` dan sujud). Kalau jenis solat sama, tak jadi masalah untuk berbeza niat dengan imam.


Ada hadits yang menunjukkan boleh solat fardhu di belakang imam yang solat sunat. Misalnya hadits Mu`adz bin Jabal - radhiyallahu `anhu - yang solat bersama Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, kemudian kembali kepada kaumnya dan Mu`adz mengimami mereka. - Al-Bukhari (711), Muslim (465).


Ada pula hadits yang menunjukkan boleh solat sunat di belakang imam yang solat fardhu. Misalnya hadits Abu Dzar - radhiyallahu `anhu - yang ditanya oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam tentang apa tindakan yang perlu dilakukan jika para penguasa menunda solat hingga lewat waktu. Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam akhirnya mengajarkan Abu Dzar supaya solat pada waktunya, dan jika dia mendapati para penguasa sedang solat, hendaklah dia solat bersama mereka dan solat tersebut adalah solat sunat baginya. - Muslim (534).


Pemahaman saya adalah kalau imam dan ma'mum boleh berbeza niat (antara solat fardhu - solat sunat), apalagi berbeza niat antara satu solat sunat dengan solat sunat lainnya.


Wallahu a`lam. Kalau salah, harap ada yang boleh membetulkan pemahaman saya.
The following user(s) said Thank You: yzpns
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.27 seconds
You are here: