AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Berapa jam Rasulullah tidur satu malam?
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam?

Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 19 Apr 2012 04:08 #1

Ada tak hadis atau riwayat tentang berapa lama Rasulullah tidur satu malam?

Nak tanya sebab ada baca satu artikel kesihatan mengatakan bahawa sekiranya kita tidur kurang dari 6 jam se malam, risiko serangan jantung bertambah hampir 300%.

Jazakallah.

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 19 Apr 2012 04:51 #2

Risiko jantung itu banyak faktor, bukan faktor tidur sahaja. Pemakanan Rasulullah s.a.w. juga berbeza dengan gaya diet kita walaupun kita tidur cukup 6 jam.

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 19 Apr 2012 05:55 #3

anakkecil wrote:
Ada tak hadis atau riwayat tentang berapa lama Rasulullah tidur satu malam?

Nak tanya sebab ada baca satu artikel kesihatan mengatakan bahawa sekiranya kita tidur kurang dari 6 jam se malam, risiko serangan jantung bertambah hampir 300%.

Jazakallah.


Terbalik pula dengan artikel satu kajian yang saya baca. Katanya, masa optimum tidur yang diperlukan oleh orang dewasa sebenarnya adalah 3 jam sahaja.

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 19 Apr 2012 14:04 #4

  • abu_musa
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 11
salat malam nabi daud yang disukai Allah menurut dalil berikut:-


حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَقَ الشَّافِعِيُّ إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْعَبَّاسِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ قَالَ سَمِعْتُ عَمْرَو بْنَ أَوْسٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ صَلَاةُ دَاوُدَ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيُصَلِّي ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ


: Telah menceritakan kepada kami Abu Ishaq Asy Syafi'i Ibrahim bin Muhammad bin Al Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah dari Amru bin Dinar berkata; aku mendengar Amru bin Aus berkata; aku mendengar Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Dawud, ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dan shalat yang paling disukai oleh Allah adalah shalatnya Nabi Dawud, ia tidur pertengahan malam dan shalat di sepertiga malam, lalu tidur lagi pada seperenam malam akhir. "

Hadith daripada Sunan Ibn Majah, Hadith No 1702


أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْزِلُ اللَّهُ تَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كُلَّ لَيْلَةٍ لِنِصْفِ اللَّيْلِ الْآخِرِ أَوْ لِثُلُثِ اللَّيْلِ الْآخِرِ فَيَقُولُ مَنْ ذَا الَّذِي يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ ذَا الَّذِي يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ ذَا الَّذِي يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ أَوْ يَنْصَرِفَ الْقَارِئُ مِنْ صَلَاةِ الْفَجْرِ

Telah mengabarkan kepada kami Yazid bin Harun telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah Ta'ala turun ke langit dunia pada pertengahan malam akhir, atau sepertiga malam terakhir, lalu berfirman: 'Siapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan mengabulkan baginya, siapakah yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapakah yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya? ' sampai terbit fajar atau orang yang shalat selesai dari shalat subuh."


Hadith daripada Sunan ad-Darimi, Hadith No 1442

arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=21789

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 19 Apr 2012 15:57 #5

  • abulweena
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 810
السلام عليكم
Pernah terdetik dalam hati saya menyatakan orang barat buat statement kena tido lama macam 6 - 8 jam ialah konspirasi untuk menakut2 kan org islam yg ingin beribadat lama pada malam hari... hanya pendapat/theori saya sahaja jiddan jiddan
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتْوبُ إِلَيْكَ
Last Edit: 19 Apr 2012 15:57 by abulweena.
The following user(s) said Thank You: Nadim

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 21 Apr 2012 12:12 #6

abulweena wrote:
السلام عليكم
Pernah terdetik dalam hati saya menyatakan orang barat buat statement kena tido lama macam 6 - 8 jam ialah konspirasi untuk menakut2 kan org islam yg ingin beribadat lama pada malam hari... hanya pendapat/theori saya sahaja jiddan jiddan


Bersangkut paut dengan kenyataan yang saya beri di atas. Menurut kajian, tidur optimum yang diperlukan adalah 3 jam, membolehkan ibadat dilakukan pada waktu malam tanpa sebarang keraguan. Tapi tak pasti ketepatan kajian tersebut.

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 30 Apr 2012 08:32 #7

abulweena wrote:
السلام عليكم
Pernah terdetik dalam hati saya menyatakan orang barat buat statement kena tido lama macam 6 - 8 jam ialah konspirasi untuk menakut2 kan org islam yg ingin beribadat lama pada malam hari... hanya pendapat/theori saya sahaja jiddan jiddan


Kebanyakan manusia memang perlu tidur 7-8 jam sehari. NAbi fisiologinya lain. Baca hadith tentang puasa wisol. Jangan percaya dengan teori konspirasi Barat atau Timur.

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 04 May 2012 08:31 #8

abulwafaa wrote:
abulweena wrote:
السلام عليكم
Pernah terdetik dalam hati saya menyatakan orang barat buat statement kena tido lama macam 6 - 8 jam ialah konspirasi untuk menakut2 kan org islam yg ingin beribadat lama pada malam hari... hanya pendapat/theori saya sahaja jiddan jiddan


Kebanyakan manusia memang perlu tidur 7-8 jam sehari. NAbi fisiologinya lain. Baca hadith tentang puasa wisol. Jangan percaya dengan teori konspirasi Barat atau Timur.


وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نَامَ لَمْ يُوقَظْ حَتَّى يَكُونَ هُوَ يَسْتَيْقِظُ لِأَنَّا لَا نَدْرِي مَا يَحْدُثُ لَهُ فِي نَوْمِهِ

Dalam hadis ini Umar radhiyallahu a'nhu beritahu bahawa Nabi shallahu 'alaihi wa sallam apabila tidur tidak dikejutkan melainkan Nabi shallahu 'alaihi wa sallam bangun sendiri. Cuma Umar beritahu dalam hadis ini sebab baginda tidak dikejutkan.

Apa pandangan pakar perubatan tentang tidur sekadar seseorang perlu. Maksudnya mungkin hari ini dia tidur 5 jam. Besoknya 10 jam . Lusa 2 jam dan seterusnya. Kalau penat tidur lebih. Kalau kurang penat kurangkan tidur. Bangun apabila tersedar kali pertama. Tidur bila perlukan tidur. Bukan tidur kerana malas atau sambung tidur kerana malas.

Kalau kita baca hadis, Nabi shallalahu 'alaihi wa sallam sentiasa tidur awal selepas isya' dan seolah-olah Nabi shallahu 'alaihi wa sallam akan bangun dengan apa yang ada disekeliling baginda seperti bunyi kokokan ayam.

Ada sebahagian guru cadangkan tidur macam ni dengan syarat tidak tinggalkan perkara wajib. Apa pandangan pakar?

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 04 May 2012 08:54 #9

IbnuAbihi wrote:


Apa pandangan pakar perubatan tentang tidur sekadar seseorang perlu. Maksudnya mungkin hari ini dia tidur 5 jam. Besoknya 10 jam . Lusa 2 jam dan seterusnya. Kalau penat tidur lebih. Kalau kurang penat kurangkan tidur. Bangun apabila tersedar kali pertama. Tidur bila perlukan tidur. Bukan tidur kerana malas atau sambung tidur kerana malas.

Kalau kita baca hadis, Nabi shallalahu 'alaihi wa sallam sentiasa tidur awal selepas isya' dan seolah-olah Nabi shallahu 'alaihi wa sallam akan bangun dengan apa yang ada disekeliling baginda seperti bunyi kokokan ayam.

Ada sebahagian guru cadangkan tidur macam ni dengan syarat tidak tinggalkan perkara wajib. Apa pandangan pakar?


Sebahagian orang mungkin ok tapi teringat ayat yg memberi panduan umum kepada kebanyakan org:

فَالِقُ الْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
[الأنعام: 96].


Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Last Edit: 04 May 2012 08:55 by abulwafaa.

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 04 May 2012 16:12 #10

anakkecil wrote:

Nak tanya sebab ada baca satu artikel kesihatan mengatakan bahawa sekiranya kita tidur kurang dari 6 jam se malam, risiko serangan jantung bertambah hampir 300%.


Sekadar bacaan tambahan yg menerangkan sebaliknya:
www.bbc.co.uk/news/magazine-16964783

Selamat membaca!

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 23 May 2012 01:38 #11

Baru sahaja bicara langsung dengan seorang teman dari Norway. Katanya, dia tidur dari jam 10 malam terus esoknya bangkit jam 7 pagi.

Katanya, org yg kurang tidur adalah orang gila. Astaghfirullah..

Re: Berapa jam Rasulullah tidur satu malam? 26 Sep 2015 11:43 #12

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Apa apa pun esok siang,qailulah...bangkit balik sambung kerja bertenaga...w.a.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.33 seconds
You are here: