AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Solat Duduk di Atas Kerusi
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Solat Duduk di Atas Kerusi

Solat Duduk di Atas Kerusi 14 May 2012 01:52 #1

  • abu_ulwan
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Assalamualaykum
  • Posts: 126

Ditarik dari topic pencari ilmu al-fikrah.net/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=46&id=15605&Itemid=193#15692

benarkah tidak boleh solat duduk diatas kerusi/bangku semasa sakit (sakit lutut. dll) ?

"Nabi saw tlh menziarahi seorg lelaki yg sakit. Baginda melihat org itu solat di atas bantal. Lalu baginda mengambil bantal itu dan melemparkannya. Kemudian org itu mengambil sedtg kayu (bangku) agar ia solat di atasnya, maka Nabi saw pun mengambilnya dan melemparkannya. Baginda bersabda' Solatlah di atas tanah (bumi) jika kamu boleh. Kalau tidak boleh , maka solatlah dgn isyarat dan jadikanlah sujudmu lebih rendah drp rukukmu.' At Tabrani, Al Bazzar dan Ibnu as Sammak dlm Al Hadith (67/2) dan al Baihaqi, sanadnya sahih dlm Ash Sahihah (323).

mohon pencerah

Mohon takhrij hadits di atas

utk persoalan tersebut pula, saya dapat jawapan dari arkib - (Syaikh Adou)

Salam,

1- Salat didirikan dengan berdiri.

2- Jika tidak mampu berdiri, maka dengan duduk, atau berbaring, atau dengan isyarat mata.

3- Jika dalam peperangan, maka salat dilakukan dalam sebarang keadaan yang mungkin.

4- Dalam kes yang dinyatakan, kerana pesakit tidak mampu berdiri, maka dia hendaklah bersalat dalam apa juga cara yang dia mampu, sama ada duduk atau berbaring atau apa juga keadaan.

5- Tidak disyari`atkan duduk itu mesti bersimpuh, atau bersila, atau bertinggung, atau ..., atau ...

6- Yang dikatakan salat duduk itu adalah apa juga keadaan yang membolehkan dia salat, sebagai ganti dia berdiri.

7- Jika di atas kerusi, maka di atas kerusilah. Jika berlunjur, maka berlunjurlah. Jika mengangkang, maka mengangkanglah. Dalam apa juga keadaan.

8- Mereka yang mengatakan salat bapa anda tidak sah, telah tersalah memberi jawaban.

WaLlahu a`lam.

arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12769&highlight=solat++atas+kerusi

Sami'na wa ato'na..
Last Edit: 14 May 2012 01:53 by abu_ulwan.

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 03 Jun 2012 13:40 #2

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
saya ada nampak kat surau ofis,solat pakai bangku/kerusi lipat...tak tau pulak apa masaalah kesihatan dia...

Soalan:Kalau salah satu kaki tak boleh nak lipat...macamana nak mula buat pergerakan solat...atas kerusi ker atau atas lantai kekdah solat dia...
Last Edit: 03 Jun 2012 13:40 by Nadim.

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 08:22 #3

-up-

Isu ini berlegar-legar di facebook..
Manhajku adalah Manhaj Rasulullah saw dan para salafussoleh yang mengikuti sunnah baginda saw. Bukan manhaj selainnya~

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 10:42 #4

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Ibn_Firdaus wrote:
-up-

Isu ini berlegar-legar di facebook..

yang mana 1? bukankah dah ada jawapan di post pertama?

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 10:49 #5

kayrollz wrote:
Ibn_Firdaus wrote:
-up-

Isu ini berlegar-legar di facebook..

yang mana 1? bukankah dah ada jawapan di post pertama?

Wah rajin nih... Mantap! Mantap!
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 10:52 #6

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029

"Nabi saw tlh menziarahi seorg lelaki yg sakit. Baginda melihat org itu solat di atas bantal. Lalu baginda mengambil bantal itu dan melemparkannya. Kemudian org itu mengambil sedtg kayu (bangku) agar ia solat di atasnya, maka Nabi saw pun mengambilnya dan melemparkannya. Baginda bersabda' Solatlah di atas tanah (bumi) jika kamu boleh. Kalau tidak boleh , maka solatlah dgn isyarat dan jadikanlah sujudmu lebih rendah drp rukukmu.' At Tabrani, Al Bazzar dan Ibnu as Sammak dlm Al Hadith (67/2) dan al Baihaqi, sanadnya sahih dlm Ash Sahihah (323).

Saya jumpa lafaz yang berbeza...

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepada seseorang yang sakit yang solat di atas bantal, beliau melempar bantal itu dan bersabda: "Solatlah di atas tanah bila engkau mampu, jika tidak maka pakailah isyarat, dan jadikan (isyarat) sujudmu lebih rendah daripada (isyarat) ruku'mu." Diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang kuat, namun Abu Hatim mensahkan mauquf-nya hadis ini.

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 10:57 #7

Sebenarnya tengah bahas masalah apa sekarang?

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 11:04 #8

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Adli_Khalim wrote:
Sebenarnya tengah bahas masalah apa sekarang?

tu yang saya pening ni.

saya rasa dia nak tau status hadis yang tulisan besar tu. Tolong bro..hehe

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 11:17 #9

kayrollz wrote:
Adli_Khalim wrote:
Sebenarnya tengah bahas masalah apa sekarang?

tu yang saya pening ni.

saya rasa dia nak tau status hadis yang tulisan besar tu. Tolong bro..hehe

TS nak minta tahqiq riwayat tu ke?

Saya ingatkan TS nak minta tolong takhrij hadits. Tu yang pelik tu, sebab TS sendiri dah bawakan takhrij riwayat tu.

Kena siap untuk buka puasa dulu ni. Insya'allah saya kongsikan kat sini apa yang saya mampu faham daripada penjelasan Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah.
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 12:39 #10

Ibn_Firdaus wrote:
-up-

Isu ini berlegar-legar di facebook..

Atau adakah isunya antara duduk di atas lantai atau atas kerusi?

Jika dia mampu duduk atas lantai, dia kena duduk atas lantai, sebab dgn duduk atas lantai, dia boleh menunaikan salah satu rukun solat dgn baik iaitu duduk antara dua sujud dgn duduk iftirasy.

Jika tak mampu, barulah duduk atas kerusi.
Last Edit: 08 Aug 2012 13:17 by aku_hambaNya.

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 14:12 #11

Silsilah Ahadits Ash-Shahihah, hadits no. 323:

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani: Telah menceritakan kepada kami `Abdullah bin Ahmad bin Hanbal: Telah menceritakan kepadaku Syabab Al-`Ushfuri: Telah menceritakan kepada kami Sahl Abu `Atab: Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Sulaiman: Daripada Qais bin Muslim: Daripada Thariq bin Syihab: Daripada Ibnu `Umar, katanya: Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam menziarahi seorang sahabatnya yang sakit dan aku bersama baginda. Lalu baginda masuk menemuinya, ketika itu dia sedang solat di atas kayu. Lalu lelaki tersebut meletakkan dahinya di atas kayu (yakni sujud di atasnya). Lalu baginda mengambil kayu tersebut dan melemparkannya. Lalu lelaki tersebut mengambil bantal. Kata Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam: "Tinggalkan bantal tersebut. Kalau engkau mampu untuk sujud di atas tanah, lakukanlah. Kalau engkau tidak mampu, solatlah dengan isyarat dan jadikan sujudmu lebih rendah daripada ruku`mu.

Kata Al-Albani: Sanad ini shahih. Semua perawinya adalah tsiqah.

Katanya lagi: Hadits ini ada syahid (penguat) daripada hadits Jabir seperti hadits Ibnu `Umar. Diriwayatkan daripada Sufyan Ats-Tsauri: Daripada Ibnu Az-Zubair: Daripada Jabir. Hadits Jabir diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Al-Baihaqi. Perawinya tsiqah, kata Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Bulughu Al-Maram: Hadits ini kuat.

Tidak syak lagi bahawa hadits ini dengan pelbagai jalur periwayatannya adalah shahih.

* Lebih kurang beginilah penjelasan Syaikh Al-Albani yang dapat saya fahami. Wallahu a`lam.
The following user(s) said Thank You: kayrollz, abu_ulwan

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 15:15 #12

  • abu umair
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 153
Nadim wrote:
saya ada nampak kat surau ofis,solat pakai bangku/kerusi lipat...tak tau pulak apa masaalah kesihatan dia...

Soalan:Kalau salah satu kaki tak boleh nak lipat...macamana nak mula buat pergerakan solat...atas kerusi ker atau atas lantai kekdah solat dia...

banyak masalah kesihatan yang memerlukan solat di atas kerusi, antaranya :-

1)lepas patah kaki terutama di area lutut

2)lepas pembedahan menukar lutut

3)masalah osteoarthritis yang teruk terutama pada mereka yang berusia

sekarang ini sy lihat ramai yang solat berdiri kemudian akan duduk di atas kerusi sewaktu sujud, adakah betul caranya begitu?

atau sepatutnya solat duduk di atas kerusi dari mula solat hingga akhir?

mohon pencerahan...

Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya"

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 08 Aug 2012 23:58 #13

abu umair wrote:

وعليكم السلام

Mungkin ini boleh menjawab soalan doc: Cara Solat Duduk.

Menurut pemahaman saya:

1 - Kalau MAMPU berdiri, kena berdiri sepenuhnya.

2 - Kalau MAMPU berdiri tapi sulit untuk sujud, berdiri ketika qiyam, sujud sambil duduk di atas kerusi.

3 - Kalau memang TAK MAMPU berdiri, boleh solat duduk dari awal.

Ada hadits daripada Anas bin Malik radhiyallahu `anhu tentang Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam solat dalam keadaan duduk selepas terjatuh daripada kuda baginda. Namun tidak disebutkan baginda solat dalam posisi berdiri kemudian duduk.

Wallahu a`lam.
The following user(s) said Thank You: abu_ulwan

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 09 Aug 2012 00:36 #14

  • abu_ulwan
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Assalamualaykum
  • Posts: 126
Thanks atas response especially bro Adli atas takhrij tsbt.

Hadith tu seolah2 mengatakan tidak boleh solat di atas kerusi berdasarkan perbuatan rasululLah melemparkan bangku tersebut. Persoalannya bagaimana dibolehkan bersolat di atas kerusi?

itu adalah kefahaman saya sebelum ini. skrg faham dah, rupa2nya hadith tu ceritakan bahawa nabi larang letakkan dahi di atas benda-benda lain selain atas tanah atau boleh floatkan sahaja dahi jika tidak mampu menunduk sujud..

Sami'na wa ato'na..
Last Edit: 09 Aug 2012 00:41 by abu_ulwan.

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 09 Aug 2012 02:35 #15

  • abu umair
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 153
Adli_Khalim wrote:

Mungkin ini boleh menjawab soalan doc: Cara Solat Duduk.

Menurut pemahaman saya:

1 - Kalau MAMPU berdiri, kena berdiri sepenuhnya.

2 - Kalau MAMPU berdiri tapi sulit untuk sujud, berdiri ketika qiyam, sujud sambil duduk di atas kerusi.

3 - Kalau memang TAK MAMPU berdiri, boleh solat duduk dari awal.

Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya"

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 09 Aug 2012 02:46 #16

abu umair wrote:
Adli_Khalim wrote:

Mungkin ini boleh menjawab soalan doc: Cara Solat Duduk.

Menurut pemahaman saya:

1 - Kalau MAMPU berdiri, kena berdiri sepenuhnya.

2 - Kalau MAMPU berdiri tapi sulit untuk sujud, berdiri ketika qiyam, sujud sambil duduk di atas kerusi.

3 - Kalau memang TAK MAMPU berdiri, boleh solat duduk dari awal.

Bukan ke doc pernah buat pamflet tentang solat & thaharah bagi orang sakit?

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 09 Aug 2012 03:02 #17

  • abu umair
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 153
Adli_Khalim wrote:
abu umair wrote:
Adli_Khalim wrote:

Mungkin ini boleh menjawab soalan doc: Cara Solat Duduk.

Menurut pemahaman saya:

1 - Kalau MAMPU berdiri, kena berdiri sepenuhnya.

2 - Kalau MAMPU berdiri tapi sulit untuk sujud, berdiri ketika qiyam, sujud sambil duduk di atas kerusi.

3 - Kalau memang TAK MAMPU berdiri, boleh solat duduk dari awal.

Bukan ke doc pernah buat pamflet tentang solat & thaharah bagi orang sakit?

pernah buat tapi bukan pamplet yang lengkap.

pamplet tu berkenaan solat duduk untuk pesakit di atas lantai sebab masalah kesihatan yang tak boleh berdiri & bengkok lutut (contohnya tibial plateau fracture).

tetapi apabila jadi pada diri sy sendiri, post fibula fracture with limited ROM of knee, sy jadi confuse sebab sy boleh solat berdiri cuma tak boleh sujud sebab ROM limited.

itu yg sy inginkan kepastian cara solat duduk yang betul bagi mereka yang boleh berdiri tapi tak boleh sujud.

lagi pun sy ni bukan arif bidang agama, penuntut ilmu sepanjang hayat

Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya"

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 09 Aug 2012 03:08 #18

So, link tu kiranya dah menjawab soalan doc la.

By the way, mana saya boleh dapatkan pamflet tu kalau saya nak?

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 09 Aug 2012 03:34 #19

  • abu umair
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 153
Adli_Khalim wrote:

So, link tu kiranya dah menjawab soalan doc la.

By the way, mana saya boleh dapatkan pamflet tu kalau saya nak?

yeap...dah menjawab soalan...

sebenarnya bukan pamplet tapi buku kecil macam surah yassin & tahlil tu.

sy pun tak pasti ada lagi ke tak stoknya dalam simpanan sy, kena cari balik dalam kotak buku kat perlis.

kalau ada insha allah sy PM later & poskan.

Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya"

Re: Solat Duduk di Atas Kerusi 10 Aug 2012 23:18 #20

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
abu umair wrote:
Nadim wrote:
saya ada nampak kat surau ofis,solat pakai bangku/kerusi lipat...tak tau pulak apa masaalah kesihatan dia...

Soalan:Kalau salah satu kaki tak boleh nak lipat...macamana nak mula buat pergerakan solat...atas kerusi ker atau atas lantai kekdah solat dia...

banyak masalah kesihatan yang memerlukan solat di atas kerusi, antaranya :-

1)lepas patah kaki terutama di area lutut

2)lepas pembedahan menukar lutut

3)masalah osteoarthritis yang teruk terutama pada mereka yang berusia

sekarang ini sy lihat ramai yang solat berdiri kemudian akan duduk di atas kerusi sewaktu sujud, adakah betul caranya begitu?

atau sepatutnya solat duduk di atas kerusi dari mula solat hingga akhir?

mohon pencerahan...

Saya semalam terawih sebelah makmum yang duduk atas kerusi...(lokasi intermediate lot gamaknye,bukan saf hujung)... ...nampak kaki dia luka,tangan pun luka,kiri...dia luka belum sembuh...bila saya sujud badan saya selari dgn kaki dia...luka di kaki kiri dia sebelah kanan bahu saya...saya tak kisah sangat...cuma luka sahaja...

tapi soalan saya...oleh kerana kaki dia terkedepan sikit sebab makmum belakang nak sujud...apakah betul kaedah dia...atau dia kena pergi kat saf hujung supaya dia solat selesa...

bagaimana posisi/lokasi yang sebenar...minta pencerahan ahli panel yang alim...stk.
Last Edit: 10 Aug 2012 23:19 by Nadim.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.50 seconds
You are here: