ZALIM ADA TIGA JENIS - 016
Tokoh Sunnah ZALIM ADA TIGA JENIS - 016

by Abdullah Yasin

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الظُّلْمُ ثَلاثَةٌ ، فَظُلْمٌ لا يَغْفِرُهُ اللهُ، وَظُلْمٌ يَغْفِرُهُ، وَظُلْمٌ لا يَتْرُكُهُ، فَأَمَّا الظُّلْمُ الَّذِي لَا يَغْفِرُهُ الله فَالشِّرْكُ، قَالَ الله: {إنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ} وَأَمَّا الظُّلْمُ الَّذِي يَغْفِرُهُ فَظُلْمُ العِباَدِ أَنْفُسَهُمْ فِيمَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ رَبِّهِمْ وَأَمَّا الظُّلْمُ الَّذِي لَا يَتْرُكُهُ اللهُ فَظُلْمُ الْعِبَادِ بَعْضِهِمْ بَعْضًا حَتَّى يَقُصُّ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ . Rasulullah SAW bersabda : Zalim ada tiga jenis : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ; Zalim yang Allah akan ampunkan ; Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan. Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik. Allah berfirman : Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar (Luqman : 13) ; Adapun zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya ; Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) – ( HR Al-Taualisiy dan Abu Na’im dari Anas Bin Malik – Menurut Syeikh Nasiruddin Albaniy – Hadis Hasan - Lihat Sahih Al-Jaami’ – No 3961 )



Pengajaran Hadis :



1. Berdasarkan hadis sahih di atas bahawa zalim yang dilakukan oleh manusia ada tiga jenis. Ada zalim yang Allah SWT enggan mengampuninya iaitu dosa syirik. Adapun zalim yang Allah bersedia mengampuninya ialah perbuatan dosa-dosa besar kepada Allah selain syirik. Kedua-dua jenis zalim ini termaktub di dalam firman Allah : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. ( Al-Nisa’/ 4 : 48 )



2. Yang dimaksudkan bahawa dosa syirik tidak akan diampuni Allah ialah jika seseorang mati dalam keadaan syirik, sedangkan dia tidak sempat memohon ampunan atau bertaubat kepada Allah sebelum kematiannya. Orang ini di akhirat kelak tidak akan mendapat ampunan Allah. Berbeza halnya dengan dosa-dosanya kepada Allah selain syirik, seperti minum arak, berjudi, berzina, liwat, semuanya boleh diampuni oleh Allah jika Allah SWT berkehendak, walaupun sebelum mati dia tidak sempat bertaubat kepada Allah. Orang seperti ini menurut Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dinamakan sebagai “ ‘Ala MasyiatilLaah “ yakni terserah nasibnya kepada Allah. Maksudnya : Terhadap dosa-dosa tersebut kita serahkan kepada Allah, sama ada Allah akan menyiksanya atau sebaliknya mengampuninya. Itu semua urusan Allah, bukan urusan manusia untuk menilai atau menentukannya.
Read More... (5.57 KB) | (1365 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Kalau tak tahu, lebih baik diam!
Isu Semasa Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".

Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim) .

Kisah dalam hadis tersebut memberi pelajaran akan bahaya lidah. Betapa jika tidak dikawal iman, lidah boleh menjerumuskan ke dalam neraka. Walaupun seseorang itu ahli ibadah, banyak solat, puasa, akan tetapi apabila tidak mampu menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong dan hasad - amalannya tersebut sia-sia.

Oleh sebab itu, lidah boleh menjadi media taat kepada Allah, dan boleh pula untuk memuaskan hawa nafsu. Lidah boleh digunakan untuk membaca al-Quran, hadis dan menasihati, lidah juga berubah seperti layaknya penyalaan api. Memfitnah, bersaksi palsu, ghibah, namimah, dan memecah belah umat. Jika seperti ini seberapa banyak pun ibadah kita tak ada gunanya, semuanya gugur gara-gara lidah yang lancang.
Read More... (2.79 KB) | (1896 reads) 4 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4.5
BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL AFN
al-Fikrah
BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL AFN



PENGENALAN

1- Untuk melancarkan perjalanan AFN, Majlis Pentadbiran AFN telah bersetuju untuk mengisytiharkan bidang-bidang tugas bagi Moderator dan Panel AFN.

2- Pengisytiharan ini adalah untuk makluman semua warga AFN, supaya tidak timbul sebarang pertikaian.

3- Pengisytiharan ini akan dikemaskini tanpa notis apabila diperlukan.


BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL

A. MODERATOR

1- Moderator ditugaskan untuk menjaga keharmonian sesuatu topik dalam AFN sekali gus perjalanan AFN.

2- Untuk tujuan di atas, maka Moderator berhak memadam, atau meminda, atau mengkuarantin mana-mana bebenang, atau topik yang menjejaskan keharmonian AFN.

3- Moderator berhak menjalankan segala tugas yang diamanahkan kepada mereka walaupun tanpa memberikan notis kepada mana-mana Pengguna.

4- Moderator boleh mencadangkan kepada Majlis Pentadbiran AFN untuk memberikan tag tertentu kepada mana-mana Pengguna, sama ada Amaran (Warning), atau Singkir (Banned).

5- Moderator berhak untuk memisahkan (split) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.

6- Moderator berhak untuk mencantumkan (merge) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.

7- Moderator berhak menghantar Mesej Peribadi (PM) kepada mana-mana Pengguna untuk tujuan informasi, teguran, amaran dan sebagainya apabila dirasakan perlu.

8- Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.


B. PANEL

1- Panel dilantik berdasarkan kredibiliti dalam bidang yang tertentu.

2- Panel mungkin menguasai beberapa bidang, justeru Panel boleh menulis dalam bidang yang dikuasainya.

3- Panel diamanahkan untuk menjawab setiap soalan atau perbincangan yang berlaku di AFN.

4- Panel berhak untuk tidak menjawab mana-mana soalan atau perbincangan jika difikirkan perlu, sama ada untuk membuat kajian lanjut, atau sebarang alasan lain.

5- Panel berhak untuk memilih mana-mana pendapat yang paling rajih (tepat) sebagai pegangan yang disyorkan oleh AFN, berdasarkan kepada penghujahan atau dalil yang sahih.

6- Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.

Sekian dimaklumkan.
Read More... | (1513 reads) 7 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Sempadan Pemisah Antara Mutaqaddimin dan Muta’akhkhirin
Tokoh Sunnah


الحد الفاصل بين المتقدمين والمتأخرين

Sempadan Pemisah Antara Mutaqaddimin dan Muta’akhkhirin
[1]

Oleh: Al-Syaikh Al-Muhaddith Muhammad Al-Amin (www.ibnamin.com)
Diterjemah oleh: Muhammad Fathi Ali (Panel Hadith www.al-fikrah.net ) [2]
Disemak oleh: Mohd `Adlan Mohd Shariffuddin (Panel Hadith www.al-fikrah.net )


الصواب أن عصر السلف الصالح ينتهي بحدود عام 300هـ، فيكون النسائي (وهو آخر الأئمة الستة أصحاب الكتب المشهورة في السنة) هو خاتمة السلف حيث توفي سنة 303هـ. وكل من توفي بعد ذلك لا يعتبر من السلف. هذا نهاية عهد السلف وليس السلفيين، فلا تنافي بين بقاء طائفة على منهج السلف، وبين انقضاء عهد السلف أنفسهم.

وقد ذكر الذهبي في مقدمة الميزان أن نهاية زمن المتقدمين هو رأس الثلاثمئة. وإذا نظرنا فإن الجيل الرابع وهو جيل الآخذين عن أتباع التابعين ومن كبارهم أحمد ومن صغارهم النسائي، فإنه ينتهي بنهاية القرن الثالث.


Yang benar adalah, era Salaf Al-Salih berakhir dengan sempadan tahun 300H. Dan Al-Nasa’i[3] (beliau ialah yang terakhir daripada Imam yang enam, yang menyusun kitab-kitab yang terkenal dalam sunnah) adalah penutup Salaf apabila beliau meninggal dunia pada tahun 303H. Dan semua yang meninggal dunia selepas itu tidak dianggap sebagai daripada Salaf. Ini adalah berakhirnya era Salaf dan bukannya Salafiyyin (pendokong manhaj Salaf). Maka tidaklah bercanggah antara kekalnya satu kumpulan di atas manhaj salaf, dengan berlalunya era Salaf sendiri.

Al-Zahabi telah menyebut dalam muqaddimah Al-Mizan[4] bahawa berakhirnya zaman mutaqaddimin adalah pada awal tahun 300H. Dan apabila kita perhatikan, generasi ke-4 (dan ia adalah generasi yang mengambil ilmu daripada atba’ Al-tabi‘in[5]. Antara senior mereka ialah Ahmad[6] dan antara junior mereka ialah Al-Nasa’i) berakhir dengan berakhirnya kurun ke-3H.
Read More... (12.45 KB) | (1949 reads) 6 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Pencinta Buku: Bacalah Buku Berulang Kali...
Pencinta Buku: Bacalah Buku Berulang Kali...
Oleh: Suhili bin Nain.
E-mail: Suhilinain01@gmail.com



Membaca kisah para nabi dan para salafus soleh yang terdahulu merupakan salah satu daripada pembacaan yang cukup bermanfaat, kerana dengannya kita dapat mengambil teladan dalam menjalani kehidupan seharian, meskipun mereka telah lama meninggalkan kita.

Ketika membaca sebahagian kisah ulama Islam di dalam buku-buku yang saya telaah daripada muka surat ke muka surat, antara perkara yang cukup menarik hati saya dan membuatkan saya takjub adalah apabila membaca mengenai ulama yang mempunyai hafalan yang cukup menakjubkan; di mana di antara para ulama Islam ada yang membaca sebuah buku dengan sekali bacaan sahaja mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam buku berkenaan.
Read More... (5.66 KB) | (1565 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4.66
[INFAQ] Menaiktaraf Surau Al-Islamiah kpd Masjid Tmn Nirwana
Isu Semasa Segala infaq ikhlas tuan/puan boleh disalurkan ke "Akaun Pembangunan Surau Al-Islamiah" CIMB 1431-0000009-103. Resit pembayaran rasmi dikeluarkan atas permintaan.

Kelulusan Jawatankuasa Perancang negeri Selangor bil3/2009 pada 16 Jun 2009 JAIS (28) dlm,JAI.sel.BPM/01/43/H.L GT




Iklan Asal
Read More... (289 Bytes) | (959 reads) 2 comments | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
UTP ; Forum Perdana
Sains dan Teknologi
(710 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
Rencana di akhbar Sinar Harian: Rahmat di sebalik musibah
Isu Semasa Setiap musibah yang berlaku, sama ada kecil atau besar, pastinya mempunyai hikmah tersembunyi.

Pendakwah bebas, Ustaz Emran Ahmad berkata, sebagai hamba Allah, musibah yang terjadi tidak harus dikesalkan apatah lagi mempamerkan sikap sesalan pada yang Esa.

Menurutnya, Allah tidak turunkan musibah tanpa sebab kecuali ada perkara-perkara tertentu yang telah dilakukan oleh manusia di kawasan berkenaan.

“Cuba fikir sejenak, apakah perkara yang telah kita lakukan sehingga Allah turunkan musibah sedemikian?

“Bila sudah temui jawapan, jadikan perkara yang tidak disukai Allah itu sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini,” katanya.
Read More... (1.35 KB) | (1658 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 4.5
Gagasan Pembentukan Negara Islam Dalam Konteks Geo-Politik Masa Kini: Beberapa A
Isu Semasa Oleh
Dr Muhammad Nur Manuty

Mukadimah

Politik adalah subjek yang paling banyak diperdebatkan. Kertas ringkas ini adalah bermaksud bagi menghuraikan pemikiran-pemikiran para ilmuan salaf mengenai system pemerintahan/kenegaraan Islam. Selanjutnya, pemakalah akan menyorot beberapa dimensi penting di dalam wacana-wacana mengenai idea pembentukan negara Islam di negara-negara Islam kontemporer. Apakah pola-pola pemikiran dalam kalangan para ilmuan Muslim semasa? Apakah pendirian yang wajar diambil dalam konteks geo-politik semasa demi kelastarian hidup masyarakat Islam terutama dalam konteks keberadaan kita di dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia dan Singapura.

Sejarah Pertumbuhan Pemikiran Politik Islam Dari kacamata sejarah Islam, sejak kewafatan Junjungan Muhammad s.a.w dan terjadinya peristiwa Thaqif Bani Sa’idah hingga sekarang, umat Islam masih terus menerus berhadapaan dengan rentetan pelbagai isu politik yang gawat. Dalam era al-Khulafa al-Rashidun yang empat itu, keadaan masih terkawal. Walaubagaimanapun, situasi politik mulai tergugat dalam zaman pemerintahan Sayyidina ‘Uthman ibn ‘Affan (r.a). Adalah jelas dalam zamannya, perpecahan umat mulai terjadi sehingga dapat dikatakan bahawa konflik politiklah yang paling banyak menumpahkan darah umat Islam di sepanjang sejarah.
Read More... (23.57 KB) | (2162 reads) 1 comment | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 5
Sains dan Teknologi

(607 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
« Prev
 1   2   3   4    ...    86   87   88 
Next »
Toggle Content Hadith Today
Maka demi jiwaku yang di dalam genggamanNya, tidak sempurna iman salah seorang kamu sehingga aku dijadikan lebih dicintai dari orang tuanya dan anaknya

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 34
Bots: 1
Total: 35
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster