Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e!
Isu Semasa

Sumber: http://an-nawawi.blogspot.com

Baru-baru ini meledak satu isu berkaitan Fahaman Wahhabi di dada-dada akhbar ekoran penangkapan seorang bekas mufti Negeri Perlis oleh Jabatan Agama Selangor (JAIS) yang didakwa mendoktrinkan fahaman Wahhabinya kepada masyarakat. Namun, akhirnya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Walaupun begitu, bukan itu isu yang mahu saya tangkap masuk ke dalam tulisan kali ini. Tetapi lebih kepada kenyataan oleh seorang tokoh lain rentetan dari isu Wahhabi tersebut.

Sebenarnya saya tertarik dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim sebagaimana berikut dinukilkan dari riwayat Akhbar Berita Harian



Quote::
Beliau berkata, fahaman itu tidak sesuai kerana di Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi boleh mewujudkan perselisihan sesama umat Islam.

Antara perbezaan pendapat yang menimbulkan perselisihan ialah tidak membaca qunut dalam solat subuh, membaca Yaasin pada malam Jumaat, membaca talkin, tidak berwirid selepas solat dan mengadakan tahlil.

Manakala menurut riwayat dari jalur sanad Akhbar Utusan Malaysia:

Quote::
Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jari-jemari saya lebih teruja untuk menikam papan kekunci menoreh sekitar isu Wahhabi tidak berzikir (atau berwirid) setiap selepas solat (merujuk solat fardhu).

Sebagaimana yang disentuh oleh Dato' Dr. Mashitah di atas, pertamanya beliau menyentuh soal perselisihan di dalam agama dari kalangan umat Islam. Sebenarnya, dalam persoalan perbezaan pendapat di dalam agama, ia bukanlah suatu perkara yang asing. Malah ia sebenarnya telah lama disentuh oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin/orang-orang yang berilmu) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisaa', 4: 59)

Apa yang menarik, selain Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan tentang perselisihan melalui ayat tersebut, Allah juga telah menyatakan solusinya apabila berlaku perbezaan pendapat di antara orang-orang yang beriman. Iaitulah dengan kembali merujuk al-Qur'an dan as-Sunnah.

Maka, apabila isu zikir ini timbul. Apa yang mahu saya tekankan adalah, pentingnya kita kembali kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.

Abaikan saja isu Wahhabi atau bukan Wahhabi.

Sebagai menghormati Mazhab Kebangsaan kita, Mazhab Syafi'e, berikut saya dahulukan pendapat Imam asy-Syafi'e sendiri berkenaan isu zikir selepas solat ini. Juga sebagai sebuah pengiktirafan bahawa beliau adalah salah seorang ulama besar dalam dunia ilmu yang wajar dijadikan sebagai contoh dan ikutan.

Imam asy-Syafi'e rahimahullah menjelaskan sebagaimana berikut:

وَأَخْتَارُ للامام وَالْمَأْمُومِ أَنْ يَذْكُرَا اللَّهَ بَعْدَ الِانْصِرَافِ من الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إلَّا أَنْ يَكُونَ إمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ منه فَيَجْهَرَ حتى يَرَى أَنَّهُ قد تُعُلِّمَ منه ثُمَّ يُسِرُّ فإن اللَّهَ عز وجل يقول {وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِك وَلَا تُخَافِتْ بها} يعنى وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ الدُّعَاءَ وَلَا تَجْهَرْ تَرْفَعْ وَلَا تُخَافِتْ حتى لَا تُسْمِعَ نَفْسَك


Terjemahan: Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah di setiap kali selesai solat, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, melainkan bagi seseorang imam yang mahu menunjuk-ajar para makmumnya berkenaan zikir, maka dia boleh mengeraskan suara/bacaan zikirnya, sehingga apabila dia telah mengetahui bahawa para makmum telah tahu, maka hendaklah dia kembali merendahkan suara zikirnya, kerana Allah 'Azza wa Jalla berfirman (maksudnya):

وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا


Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya. (Surah al-Israa', 17: 110)

Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta'ala a'lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Umm, 1/127)

Perkara ini turut diperkuatkan lagi dengan penjelasan salah seorang ulama besar bermazhab Syafi'e iaitu Imam an-Nawawi rahimahullah:

قال اصحابنا إن الذكر والدعاء بعد الصلاة يستحب أن يسر بهما إلا أن يكون اماما يريد تعليم الناس فيجهر ليتعلموا فإذا تعلموا وكانوا عالمين أسره


Terjemahan: Para ulama dari mazhab Syafi'e (ash-haabunaa), berkata: Zikir dan doa setelah solat, disunnahkan supaya dilakukan dengan merendahkan suara, kecuali apabila dia seorang imam yang hendak membimbing (mengajar) orang lain (para makmum), maka dibolehkan untuk mengeraskan (menguatkan) suaranya, supaya mereka semua dapat belajar darinya, dan apabila diketahui bahawa mereka telah memahami serta sudah tahu (akan zikir-zikirnya), maka hendaklah dia kembali berzikir dengan merendahkan suara. (Rujuk: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 3/487)

Dari dua perkataan ulama besar ini, kita dapat melihat beberapa titik penting dalam persoalan zikir sebaik selesai solat fardhu:

1 – Mazhab asy-Syafi'e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan).

2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.

3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.


Demikianlah tiga isi utama yang dapat kita ambil dari perkataan Imam asy-Syafi'e dan Imam an-Nawawi di atas.

Jadi, jika benar kelompok Wahhabi meninggalkan atau menolak amalan berzikir selepas solat fardhu, maka kefahaman ini jelas bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Imam dari mazhab Syafi'e tadi.

Malah, berzikir setelah solat, ianya adalah bersandarkan kepada hadis-hadis yang sahih. Cukuplah saya bawakan salah satu contoh zikir yang tsabit dari sunnah yang dianjurkan untuk diamalkan. Dari sebuah hadis, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ


Terjemahan: Sesiapa yang di setiap kali selesai solatnya (solat fardhu), dia menyucikan Allah (berzikir Subhanallah) 33 kali, memuji Allah (mengucapkan al-hamdulillah) 33 kali, dan membesarkan Allah (mengucapkan Allahu Akhbar) 33 kali, yang semuanya menjadi 99 kali kemudian dicukupkan 100 kali dengan Laa ilaaha illallahu wahdahu la syarikalah... maka, Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis Riwayat Muslim, Bab: Zikir-zikir yang dianjurkan sebaik selesai solat, 3/262, no. 939. Dari hadis Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu. Rujuk zikir-zikir seterusnya: Klik Blog Fiqh)

Maka, dengan terang lagi bersuluh dengan bersandarkan kepada hadis Nabi dan perkataan dua ulama besar dari mazhab asy-Syafi'e bahawa berzikir setelah selesai solat fardhu itu hukumnya adalah dianjurkan (sunnah).

Jika benar Wahhabi menolak sunnah berzikir setelah solat fardhu ini (sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah), bermakna mereka (kelompok Wahhabi) telah salah.

Namun, perlu kita fahami juga berkenaan dengan adab-adab di dalam berzikir. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh dua imam tadi iaitu:

1 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu (bukan secara berjama'ah/koir).

2 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya. Apatah lagi dengan berlagu, maka itu jelas-jelas telah salah.


Kesimpulan dari kenyataan Imam asy-Syafi'e dan Imam an-Nawawi ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menyentuh berkenaan adab-adab di dalam berzikir secara umumnya:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ


Terjemahan: Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raaf, 7: 205)

Berkenaan ayat ini, seorang lagi ulama besar dalam bidang tafsir yang bermazhab Syafi'e menjelaskan:

وهكذا يستحب أن يكون الذكر لا يكون نداء ولا جهرًا بليغًا


Terjemahan: Demikianlah zikir dianjurkan, iaitu dengan suara yang tidak dikeraskan dan tidak dinyaringkan. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/539)

Perkara ini menjadi lebih jelas apabila kita merujuk kepada sebuah hadis, di mana Sahabat bernama Abu Musa al-'Asy'ari menceritakan:

رفع الناس أصواتهم بالدعاء في بعض الأسفار، فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: "أيها الناس، أربعوا على أنفسكم، فإنكم لا تدعون أصمَّ ولا غائبًا؛ إن الذي تدعونه سميع قريب


Terjemahan: Ketika itu, orang ramai mengeraskan (memperkuatkan) suaranya di dalam berdoa di ketika melakukan safar (perjalanan), maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun berkata (membantah perbuatan mereka yang mengeraskan suara dalam berdoa):

Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/539)

Jika ini dapat kita fahami, jelaslah bahawa rata-rata masyarakat negara kita yang mengaku bermazhab Syafi'e sebenarnya telah membelakangkan perkataan Imam-imam besar mereka. Khususnya dalam persoalan berzikir selepas solat yang saya sentuh ini.

Maka wajarlah kita semua secara umumnya untuk bermuhasabah dan memperbaiki semula amalan kita dalam melaksanakan zikir setelah selesai solat (selepas salam). Saranan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri khususnya, kemudian kepada golongan Wahhabi jika benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah, dan juga kepada masyarakat awam umat Islam di negara kita am-nya yang begitu ketara melanggari garis panduan di dalam berzikir sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para imam besar mazhab kita.

Ada pun persoalan-persoalan lainnya yang dibangkitkan oleh Dato' Dr. Mashitah berkenaan fahaman Wahhabi seperti tidak berqunut subuh, tidak bertahlil, dan tidak beryasinan malam Juma'at, maka telah lama saya sentuh di dalam blog fiqh saya. Para pembaca bolehlah merujuk ke sana.

Sebenarnya, persoalan yang diutarakan oleh Dato' Dr. Mashitah tersebut adalah merujuk kepada perbezaan pendapat yang telah lama berlaku, jauh sebelum datangnya era istilah Wahhabi diperkenalkan. Jika kita berusaha untuk bersusah-payah menela'ah, insyaAllah kita pasti akan mampu bertemu dan memahaminya...
(5200 reads)
Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by fique_85 on Tuesday, November 10, 2009 (17:45:14)
Great tulisan yg sgt baik utk dibaca..

jzkk penulisnya..

| Parent

Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by humaixi on Tuesday, November 10, 2009 (19:14:20)
mabrook ya akhir nawi

| Parent

Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by latif on Wednesday, November 11, 2009 (03:52:30)
Assalamualaikum

ok tulisan syaikh nawawi ni

| Parent

Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by akoze2006 on Wednesday, November 11, 2009 (08:43:17)
Kalau begitu.. janganlah kita bangun dan lari semasa mereka sedang berzikir... inilah perkara yang mungkin membuat mereka-mereka itu memahami bahawa geng sunnah menentang zikir selepas solat... padahal bukan begitu...

Seorang geng sunnah di kampung saya... selesai saja solat terus bangun meninggalkan jemaah... padahal bukan dalam kesibukan kerja pun... apa salahnya jika duduk sambil amalkan zikir-zikir yang sabit dari nabi s.a.w.... Saya pun bukanlah baik sangat... tapi saya terus duduk sambil zikir perlahan... yang penting... kita amal sunnah... orang kampung pun tak memusuhi kita...

| Parent

Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by bilal366 on Wednesday, November 11, 2009 (19:08:24)
Great Great Great

Penjelasan nya mudah rujukan nya pun mudah, tapi kalau hati telah mati, besarang hasad dengki kebenaran tidak membawa erti....Wahabi juga jadi mangsa

| Parent

Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by mujaahid on Thursday, November 19, 2009 (08:25:46)
harap-harap orang yang pro JAIS bace..ape diorang nak cakap?

| Parent

Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by sora on Friday, October 22, 2010 (07:37:32)
Isu Wahabi, kerja orientalis barat dan israeliat untuk memecahkan perpaduan ahlul sunnah. pertama sekali yang perlu dilihat ialah kesannya, dituduh pula wahabi ni semacam kaum khawarij, ekstreme dan ada pula kaitan dengan pengganas alqaeda..(hari2 kita dibrainwash tentang pengganas islam/alqaeda+wahabi+ las sekali bila imam mahadi muncul di mekah dikatanya pengganas wahabi dah take over mekah, & madinah @ Kingdom of Saudi, so tentera dajal US & NATO yang berkapung kat riyadh, jedah, kuwait, iraq, KHORASAN "will liberate mekah & madinah" umat islam seluruh dunia islam tentu sokong punye..padahal they want to attack mekah.(KHORASAN =sekumpulan puak syiah & pashtun=salah satu lost tribe of jews kata orientalis barat) tu tentera dajjal yang akan attack mekah katanya. NAMPAK TAK DAJJAL PUNYE FITNAH. Tentera US&Nato, divert perhatian umat islam ke iraq dan afghan, main objektifnya ialah mekah dan madinah sebenarnya, 2012 YAHUDI MABOK punye teori. Kita semua kena main...dgn puak kafir, kita sebok wahabi tak betul, kita betul semua sebab " ISLAM kita di SINI Islam LIBERAL dan demokratik" islam kita maju... he heeee.. p/s tau tak bishop & yahudi kat vatican tu lebih teror hadis dan baca quran dari bebudak AF tuuuu

| Parent

Re: Isu Zikir Wahhabi: Abaikan Saja, Kita Ikut Mazhab Syafi'e! (Score: 1)
by sora on Friday, October 22, 2010 (08:40:25)
Assalamualaikum kepada pengamal2 islam liberal, kita negara islam yang maju, kita kena taat kepada pemimpin, ambil iktibar dpd perjanjian hudaibiah, walaupun nampak tiada manfaat kepada umat.. bla bla... bla blaa kata menteri negara islam maju..DAHSYAT 13 betul MENTERI NIIII...hari ni punye berita/statement.. yelahhh .. bajet/pulushh punye pasal.. 23/10/10. Pengamal ISLAM LIBERAL ni pegi MEKAH(Umrah /Haji) korang kat sana tak marah/perikaikan keee atau sound kat Iman Masjidil Haram & Masjid Nabawi pasal lepas solat takda doa, wirid, atau takda doa qunut subuh? WAHABI tuuu..PAS pun patut kena haram tuuu.. pasal EXTREME... WAHABI tuuuu.. tak boleh diamal di Malaysia... Beurk

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 3


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Ehsan itu apabila engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat Allah, jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 26
Bots: 1
Total: 27
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster