SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN?
Aqidah

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Sumber: http://akob73.blogspot.com/2009/09/rapuhkan-tauhid-wahabi.html

Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November kembali menimbulkan persoalan tentang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.

Wujud sesetengah pihak yang mempertikaikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian iaitu rububiyyah, uluhiyyah dan asma’dan sifat yang mereka sandarkan fahaman ini kepada Syakh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab. Menurut mereka tiada dalil yang mendokong pembahagian tauhid sedemikian rupa bahkan ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat baginda serta para salafussoleh. Bahkan terdapat tuduhan yang lebih teruk yang menyatakan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ini menyerupai konsep triniti dalam agama Kristian yang menyatakan Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada tiga personaliti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Nabi Isa a.s.) dan Tuhan Ruhul Kudus. Untuk menilai dakwaan-dakwaan ini seawajarnya kita menelusuri konsep-konsep yang ada dalam pembahagian tauhid kepada tiga ini.



Tauhid Rububiyyah adalah keyakinan bahawa Allah S.W.T. adalah zat yang menciptakan seluruh alam semesta serta makhluk-makhluk yang terdapat di alam ini. Allah jugalah yang telah mengatur segala urusan makhluknya seperti memberi rezeki, menghidupkan, mematikan dan sebagainya. Firman-Nya: Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu. [al-Zumar (39) : 62] Tauhid jenis ini turut diperakui oleh golongan kafir pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi ini bukan bermakna mereka termasuk golongan yang telah mentauhidkan Allah S.W.T. atau mereka ini telah menjadi Muslim bahkan mereka tetap dengan kekufuran mereka kerana menolak Tauhid Uluhiyyah yang akan diperjelaskan selepas ini. Bukti bahawa golongan kafir tersebut menerima bahawa Allah S.W.T. merupakan Tuhan yang telah mencipta segala sesuatu adalah seperti berikut. “Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab) -Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?" [al-Mu’minun (23) : 84-89] Sehubungan dengan itu dapat kita fahami bahawa bukan setiap orang yang telah mengakui bahawa Allah S.W.T. adalah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu maka mereka telah mencapai kesempurnaan dalam mentauhidkan Allah. Kemuncak tauhid hanya akan dapat dicapai apabila dia telah menerima konsep la ilaha illallah yang bermaksud “tiada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah S.W.T.”. Kalimah ini bukan sekadar menetapkan (ithbat) bahawa Tuhan yang berhak disembah hanyalah Allah tetapi kalimat ini juga menolak (nafi) segala bentuk peribadahan selain daripada Allah. Konsep inilah yang dinamakan Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Uluhiyyah menetapkan bahawa semua bentuk ibadah hanya ditujukan kepada Allah semata-mata dan tiada sekutu bagi-Nya. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah ibadah bermaksud taat kepada Allah dengan menjalankan apa yang telah diperintahkan-Nya melalui lisan para Rasul. Tambah beliau lagi ibadah adalah hal yang mengcakupi segala perkataan dan perbuatan baik yang zahir mahupun batin yang dicintai dan diredhai Allah. [Dinukil dari Fathul Majid Syarh Kitabut Tauhid, ms 27] Justeru segala bentuk ibadah seperti solat, puasa, zikir, doa, permohonan pertolongan atau perlindungan, perasaan takut (khauf), tawakal dan sebagainya hendaklah ditujukan atau dipersembahkan hanya kepada Allah S.W.T. sahaja. Perkara ini telah Allah tekankan menerusi surah al-Fatihah yang sentiasa di baca oleh umat Islam sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat mereka iaitu “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan” [al-Fatihah (1) : 5] Merealisasikan Tauhid Uluhiyyah ini merupakan misi utama bagi setiap Rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T. di setiap penjuru muka bumi ini. Firman-Nya: “Sesungguhnya telah Kami utuskan seorang Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadahlah kepada Allah dan jauhilah taghut.” [al-Nahl (16) : 36] Menurut Imam Malik taghut adalah setiap sesuatu yang disembah selain Allah.

Tauhid Uluhiyyah inilah yang telah dingkari oleh golongan kafir sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang Sikap golongan kafir yang menolak konsep keesaan Tuhan ini telah digambarkan dalam al-Qur’an sebagaimana firman-Nya : “Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan.” [Shaad (38) : 5] Maka mereka menyembah sesuatu selain daripada Allah bertujuan agar sesembahan mereka itu dapat memberi syafaat kepada mereka atau sebagai perantaraan untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan. Sikap golongan ini adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya: “Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu).” [Yunus (10) : 18]

Tidakkah sikap golongan ini menyerupai gelagat segelintir kecil umat Islam yang mengunjungi kuburan-kuburan para wali bertujuan untuk beribadah serta meminta sesuatu permohonan? Bukankah alasan yang diberikan oleh mereka adalah perbuatan tersebut hanya menjadikan ahli kubur itu sebagai perantaraan agar permohonan mereka akan diterima oleh Allah S.W.T.? Aneh sungguh sikap mereka yang bertentangan dengan sunnah Nabi ini bahkan ia merupakan satu perbuatan yang bodoh kerana ahli kubur yang mereka seru itu tidak bernyawa serta tidak mampu untuk membantu agar permohonan mereka diperkenankan. Firman Allah S.W.T.: “Jika kamu menyeru mereka, mereka tidak mendengar seruanmu dan jika mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan pada hari kiamat mereka akan mengingkari perbuatan syirik kamu itu dan tiada yang dapat memberi keterangan kepada engkau seperti (Allah) yang Maha Mengetahui.” (Faathir : 14) Tambahan pula melakukan perjalanan yang jauh semata-mata untuk mengunjungi kuburan orang-orang soleh dengan tujuan untuk beribadah dan mencari keberkatan di situ sebenarnya bertentangan dengan syarak. Baginda bersabda: “Tidak boleh dipersiapkan perjalanan jauh (bertujuan untuk ibadah) kecuali kepada tiga masjid; Masjidil Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah s.a.w. (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin). [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]

Tauhid Asma’ dan Sifat pula adalah menetapkan apa-apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan atas diri-Nya baik itu berkenaan dengan Nama-Nama mahupun Sifat-Sifat Allah dan mensucikan-Nya daripada segala aib dan kekurangan sebagaimana hal tersebut telah disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya.Tauhid ini dalam ertikata lain adalah untuk mengenali Allah S.W.T. melalui Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna. Tidak ada jalan lain untuk sampai kepada pengetahuan ini melainkan melalui jalan wahyu iaitu berpandukan dari al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih.

Berkaitan dengan Tauhid Asma’dan Sifat ini Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin r.h di dalam kitabnya al-Qowa’idul Mutsla telah berkata: “Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang Diri-Nya dengan Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Sempurna. Kita juga yakin sepenuhnya bahawa Allah-lah yang paling mengetahui segala sesuatu, paling benar perkataan-Nya dan paling baik penuturan-Nya. Oleh kerana itu, kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut bagi Allah sesuai sepertimana yang Dia khabarkan sendiri kepada kita. Begitu juga sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. yang mana baginda adalah orang yang paling tahu tentang Allah ‘Azza Wa Jalla, paling benar beritanya, paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan serta penjelasannya. Jadi wajib kita menerima berita sahih yang datang dari baginda s.a.w.tentang Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah ‘Azza wa Jalla.

Dari keyakinan ini maka datanglah kaedah emas dalam memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah sebagaimana yang telah digariskan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa: “(Hendaklah) beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diri-Nya di dalam kitab-Nya dan oleh Rasulullah s.a.w dengan keimanan yang bersih dari tahrif (Mengubah lafaz Nama-Nama Allah) dan ta'thil (Meniadakan atau mengingkari Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah) serta dari takyif (bertanya bagaimana sifat Allah) dan tamtsil (mengumpamakan atau memisalkan sifat Allah dengan makhluk-Nya).”

Secara ringkasnya kaedah ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Malik apabila ditanya tentang tatacara, ciri-ciri dan bentuk Istawa'. Jawab Imam Malik: “Istawa' (bersemayam) itu ma'lum (diketahui maknanya), Bagaimana (kaifiat) tatacara, ciri-ciri dan bentuk majhul (tidak diketahui), mengimaninya wajib, sedangkan bertanya tentangnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) adalah bid'ah.”

Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dari segi makna memang dapat kita fahami dan ketahui. Sebagai contoh Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?". [Shaad (38):75] Al-Yad dalam bahasa Arab maknanya tangan maka kita perlu tetapkan Sifat Tangan kepada Allah sebagaimana maknanya yang hakiki. Namun begitu bagaimana kaifiatnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) al-Yad kita serahkan kepada Allah S.W.T. dan ianya di luar batasan akal untuk membayangkannya. Apabila Allah S.W.T berfirman yang Dia memiliki Dua Tangan dalam surah Shaad (38):75, kita beriman kepada firman-Nya. Tentu sekali Sifat itu sesuai dengan kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan kesempurnaan-Nya dan sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya sebagaimana firman-Nya: Tiada sesuatupun yang seumpama dengan (Zat-Nya, Sifat-Sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [al-Syuura (42): 11] Ayat ini mengandungi penyucian (Tanzih) dan penafian kepada Allah daripada menyerupai makhluk-Nya, baik dalam Zat, Sifat mahupun Perbuatan-Nya. Bahagian awal ayat ini (Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya..) merupakan bantahan terhadap kaum al-Musyabbihah dan al-Mujassimah manakala bahagian akhir ayat (Dan Dia Maha Mendengar dan Melihat) merupakan bantahan kepada kaum al-Mu'athilah (orang yang meniadakan sifat-sifat Allah).

Kaedah Tauhid Asma’ dan Sifat ini sebenarnya merupakan kaedah yang telah disepakati oleh keempat-empat imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad tanpa sedikit pun perbezaan di antara mereka. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah berkata dalam kitabnya al-Iman: “Di antara rahmat Allah kepada para hamba-Nya adalah bahawa para imam yang mempunyai lidah kebenaran pada umat, seperti empat imam mazhab dan selain mereka, adalah bahawa mereka mengingkari (menentang) pendapat Ahlul Kalam dari kalangan Jahmiyah tentang al-Qur’an, iman dan Sifat-Sifat Allah.”

Beginilah secara ringkasnya tentang konsep pembahagian tauhid kepada tiga bahagian yang terbukti ianya berlandaskan dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Adakah wajar jika dikatakan Rasulullah s.a.w., para sahabat baginda serta para salafussoleh menolak konsepAllah itu mencipta segala sesuatu, Allah merupakan satu-satunya tempat kita persembahkan segala ibadah dan Dia memiliki Nama-Nama yang indah dan Sifat-Sifat yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna? Tentu sekali tidak wajar. Jika konsep ini di tolak kerana Rasulullah dan para salafussoleh tidak pernah membuat pembahagian sedemikian rupa maka sewajarnya konsep sifat dua puluh itu juga perlu di tolak. Sila berikan mana dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang memberi pembahagian seperti fahaman sifat dua puluh ini. Buktikan juga bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda pernah menerangkan Sifat-Sifat Allah menggunakan metode sifat dua puluh. Jika setiap kaedah yang tidak pernah diamalkan oleh baginda dan para sahabat perlu ditolak maka kita juga perlu menilai semula semua kaedah-kaedah yang telah diguna pakai dalam ilmu Ushul Fiqh, ‘Ulumul Hadith, ‘Ulumul Qur’an dan sebagainya kerana penyusunan kaedah tersebut mahupun istilah-istilah yang diguna pakai juga ada yang tiada pada zaman Rasulullah. Kaedah-kaedah pengajian ini dilakukan oleh para ulamak untuk memudah pemahaman umat Islam terhadap ilmu-ilmu agama dan menyusunkannya agar ia lebih sistematik. Apa yang penting sebenarnya konsep dalam sesuatu kaedah itu perlu didokongi oleh dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana difahami dan diamalkan oleh generasi salafussoleh.

Pembahagian tauhid kepada tiga ini juga sama sekali tidak menyamai konsep triniti dalam agama Kristian. Tuduhan ini berkemungkinan dilontarkan oleh golongan yang sebenarnya jahil tentang fahaman triniti tersebut ataupun ia sengaja dilakukan dengan niat jahat. Jika pembahagian tauhid kepada tiga dikatakan bersamaan dengan fahaman Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada tiga personaliti, adakah pembahagian Sifat-Sifat Allah kepada dua puluh boleh dikatakan berfahaman Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada dua puluh personaliti? Sungguh ini merupakan satu pendustaan yang amat jelek.

Sekiranya anda telah mendengar atau terbaca kata-kata dusta tentang pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ini maka berkata sebagaimana yang telah diajar oleh Allah S.W.T. : “Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar." [al-Nuur (24) : 16]

--------------------------------

Baca juga Artikel "SESATKAH AKIDAH IBNU TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD 'ABDUL WAHHAB?" di alamat berikut :-
http://akob73.blogspot.com/2008/06/sesatkah-akidah-ibnu-taymiyyah-dan.html
(4336 reads)
Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by abuMAH on Sunday, November 08, 2009 (23:33:04)
Despite my resistance to new labels which separate Muslims and do not unite them… I must announce openly and clearly – without any biasness or partisanship: That I am a Wahhabist, amongst those who love Shaykh Muhammad ibn ‘Abdil-Wahhāb (may Allāh have mercy upon him) and his Da’wah.

If Wahhabism means Da’wah (Calling) to Tawhīd (Pure Monotheism)… and to the correct ‘Aqīdah (creed)… and abandoning shirk and Barā’ah (disassociating) from it and its people… as the Da’wah of the Shaykh was… Then, yes! I am a Wahhabist!

If Wahhabism means Da’wah to the Qur’ān and Sunnah… and holding on to the foundations, guidance, and understanding of As-Salaf As-Sālih (the Pious Predecessors)… and forsaking biasness towards a Math’hab… as the Da’wah of the Shaykh was… Then, yes! I am a Wahhabist!

If Wahhabism means waging Jihād (Holy War) against the oppressive Tawāghīt (false governments which have claimed to be gods)… and to wage Jihād against shirk and the pagans… as the Da’wah of the Shaykh was… Then, yes! I am a Wahhabist!

If Wahhabism means the middle-path… not leaning towards extremism nor deficiency… … as the Da’wah of the Shaykh was… Then, yes! I am a Wahhabist!

Indeed I have pondered over the situation of those who attack the Shaykh and his Da’wah, and I found them to be:

a) a) Either a kāfir (infidel, disbeliever)

b) b) Or a Shī’ī, Rāfidhī

c) c) Or an extremist Sūfī

d) d) Or a deviant heretic

e) e) Or a jāhil (ignorant) who repeats what he hears without knowing anything regarding the Shaykh and his Da’wah.

And this is an evil wretchedness… destroyed is the one who is satisfied of standing there (against the Da’wah of Tawhīd), or being from the numbers of those people… or even merely increases their numbers by anything whatsoever!

Why are they attacking the Shaykh… and indeed how many are these attackers in this era… We have been hearing for a while now from these types of people which were just mentioned… slandering, sensationalizing, and reviling the Shaykh and his Da’wah… till such a point, that the terms, “Wahhabist” and “Wahhabism” have become curse words and insults in the usage of many people! Without them even bringing a single, small, authentic, evidence which would justify all those oppressions, revilement, and curses… and hatred!?

Here are the sayings of the Shaykh, and his writings in between our hands in front of us… easy to reach for whosoever wants it… all of it speaks the truth, and calls to the truth, and commands the truth… Bring us one mistake which contradicts the Qur’ān or Sunnah which is directly from the Shaykh and his Da’wah- which would justify all your hatred, abuse, and sensationalism … If you are indeed truthful!

But if you cannot find anything - and you can never find anything – Then we will know that the reason for which you abused the Shaykh and his Da’wah, was due to what he was upon of the truth which did not please you nor did it please your Tawāghīt and your Shayātīn!

And if it is said: “Look at the oppression and mistakes of those who ascribe themselves to the Shaykh and his Da’wah these days!”

I say: The Shaykh and his Da’wah are not hurt if there are those in this era – according to their claim of being ascribed to the Shaykh and his Da’wah – who give a bad name to the Shaykh and his Da’wah… for they are only sinning against their ownselves, not against others. It is not permissible for a man to be held accountable and responsible for the crimes of others… and if that was permissible… then who in the world today would be safe from being taken to account and punished?!

| Parent

Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by akob73 on Monday, November 09, 2009 (00:03:31)
Assalamualaikum

Indahnya kata-kata Syaikh di atas yg AbuMAH...

Macam pernah di baca.. tapi di mana ya..

Siapa punya kata-kata tu?

| Parent

Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by al-ansar on Monday, November 09, 2009 (16:48:58)
yang ni ke yang dimaksudkan?

نَعَمْ أَنَا وَهَّابِيٌّ

الكاتب: أبو بصير

رغم نفوري من المسميات المحدثة التي تفرق المسلمين ولا توحدهم .. إلا أني أعلنها صريحة واضحة ـ من غير تعصب ولا تحزب ـ بأني وهابيّ .. وممن يشرفهم حُبُّ الشيخ محمد بن عبد الوهاب ـ رحمه الله ـ وحُبُّ دعوته.

إذا كانت الوهابية تعني الدعوة إلى التوحيد .. والعقيدة الصحيحة .. ونبذ الشرك والبراءة منه ومن أهله .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهَّابيّ!

إذا كانت الوهابية تعني الدعوة إلى الكتاب والسنة .. والتمسك بغرس وهدي وفهم السلف الصالح .. ونبذ التعصب المذهبي .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ!

إذا كانت الوهابية تعني التمسك بالسنة الثابتة الصحيحة .. ونبذ البدع والخرافات .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ!

إذا كانت الوهابية تعني جهاد الطواغيت الظالمين .. وجهاد الشرك والمشركين .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ!

إذا كانت الوهابية تعني الوسطية .. من غير جنوحٍ إلى غلوٍّ ولا إرجاء .. كما كانت دعوة الشيخ .. نعم أنا وهابيّ!

لقد تأملت حال الناقمين الحاقدين على الشيخ ودعوته، فوجدتهم:

إما كافراً .. أو شيعياً رافضياً .. أو صوفياً مغالياً .. أو مبتدعاً ضالاً .. أو جاهلاً يكرر ما يسمع من دون أن يعلم شيئاً عن الشيخ وعن دعوته ..

وهذا طابور خبيث .. خاب وخسر من رضي لنفسه أن يقف فيه .. أو أن يكون من عداد أهله .. أو أن يكثر سوادهم في شيء!

ماذا ينقمون من الشيخ .. وما أكثر الناقمين في هذا الزمان .. فنحن منذ زمن نسمع من الأصناف التي ذُكرت أعلاه .. الشتم والتشهير والطعن .. بالشيخ ودعوته ـ حتى مضت كلمة وهابي ووهابية مسبة وانتقاصاً في عرف كثير من الناس! ـ من دون أن يأتوا ببرهانٍ صغير ثابت يبرر لهم كل هذا الظلم والطعن والشتم .. والحقد؟!

ها هي آثار الشيخ ومؤلفاته بين أيدينا .. سهلة المنال لمن يريدها .. كلها تنطق بالحق .. وتدعو إلى الحق .. وتأمر بالحق .. آتونا بنقيصةٍ واحدة معتبرة ـ إن كنتم صادقين ـ أُخذت على الشيخ .. وعلى دعوته .. تبرر لكم هذا الحقد والطعن والتشهير؟!

فإن لم تجدوا .. ولن تجدوا .. علمنا أن الذي حملكم على النقمة من الشيخ ودعوته .. هو ما كان عليه من حق لا يرضيكم ولا يرضي طواغيتكم وشياطينكم!

فإن قيل: أنظر إلى ظلم وأخطاء بعض من ينتسبون للشيخ ودعوته في هذا الزمان...؟

أقول: ما يُضير الشيخ ودعوته إذا وجد في زماننا ـ بزعم الانتساب إليه وإلى دعوته ـ من يسيء للشيخ ولدعوته .. فهم يُسيئون لأنفسهم لا لغيرهم .. فالمرء لا يجوز أن يُسأل أو يُحاسَب بجريرة غيره .. ولو جاز ذلك

| Parent

Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by al-ansar on Monday, November 09, 2009 (16:53:26)
ولو جاز ذلك لما سلم رجل على وجه الأرض من المحاسبة والمؤاخذة؟

YA, AKU ADALAH WAHABI !
Oleh : Abu Basir

Sekalipun aku mengelak daripada jenama yang dicipta, yang telah memecahbelahkan kaum muslimin dan tidak menyatupadukan mereka, akan tetapi, secara jelas aku mengumumkan tanpa rasa ta’sub atau kecenderungan berpuak bahawa aku adalah WAHABI. Iaitu mereka yang dimuliakan dengan kecintaan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dan kecintaan kepada seruan dakwah beliau.

Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada tauhid.. dan aqidah yang sahih.. serta menghapuskan syirik dan juga bebas daripada perbuatan dan golongannya.. seperti yang diseru oleh Syeikh,
Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada al-Kitab dan al-Sunnah..serta berpegang teguh dengan cara, petunjuk dan pemahaman Salafus Soleh.. dan menghapuskan kefanatikan mazhab.. seperti yang diseru oleh Syeikh,
Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya berpegang kepada sunnah yang tsabit lagi sahih.. serta menghapuskan bid’ah dan khurafat.. seperti yang diseru oleh Syeikh,
Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya berjihad memerangi taghut yang zalim.. juga jihad memerangi syirik dan orang musyrikin.. seperti yang diseru oleh Syeikh,
Ya, aku adalah WAHABI...!

Jika Wahabiah itu maknanya jalan pertengahan.. tanpa condong kepada sikap melampau dan berserah.. seperti yang diseru oleh Syeikh,
Ya, aku adalah WAHABI...!


Telah ku teliti keadaan mereka yang mengkritik secara penuh kedengkian terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya, lalu ku dapati mereka itu ;

Samada kafir.. ataupun syiah rafidhah.. ataupun ahli sufi yang melampau.. ataupun ahli bid’ah yang sesat.. ataupun mereka yang jahil.. yang mengulang-ulang apa yang mereka dengari tanpa mereka mengenali siapakah Syeikh dan seruan dakwahnya itu.

Inilah barisan yang buruk.. amat malang dan rugi bagi mereka yang merelakan diri mereka berdiri bersama barisan ini.. ataupun menjadi pesertanya.. ataupun menambahramai bilangannya.

Apakah yang mereka dendamkan terhadap Syeikh.. Alangkah ramainya sekali golongan pendendam pada zaman ini.. Kita telahpun mendengarnya sejak dari dulu lagi akan dendam golongan ini.. kata nista dan cacian serta tohmahan.. terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya - sehingga kalimah Wahabi itu menjadi kata nista dan jelik pada kebanyakan masyarakat! - tanpa ditunjangi kepada hujah (sekalipun yang kecil) yang membenarkan golongan ini mengenai kezaliman, tohmahan dan hinaan serta dendam mereka...?!

Nah, inilah dia peninggalan Syeikh dan karya-karyanya berada di tangan kita..! mudah untuk didapati bagi yang berkehendakkannya.. semuanya berbicara dengan Haq.. menyeru kepada yang Haq.. menyuruh dengan Haq.. Datangkanlah kepada kami satu kekurangan ( yang benar-benar salah ) - jika kalian adalah golongan yang benar - untuk diadili Syeikh.. dan diadili juga seruan dakwahnya.. yang sudah tentu akan membenarkan segala dendam, nista dan tohmahan kalian...?!

Jika kalian tidak menjumpainya.. dan sememangnya kalian tidak akan menemukannya.. kami telah mengetahui, bahawa, apakah sebenarnya yang menjadikan kalian mendendami Syeikh dan seruan dakwahnya.. iaitu kerana berdirinya Syeikh di atas kebenaran amat tidak menyenangkan kalian dan juga syaitan-syaitan kalian.

Jika dikatakan : Lihatlah kepada kezaliman dan kesalahan mereka yang menisbahkan diri mereka terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya pada zaman ini...?

Aku katakan : Tidak terjejas sama sekali Syeikh dan seruan dakwahnya dengan wujudnya golongan ini pada zaman ini - yang mendakwa mereka adalah pengikut Syeikh dan seruan dakwahnya - kerana mereka melakukan kesalahan yang dihasilkan oleh diri mereka sendiri dan bukannya kesalahan orang lain.. Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh disoal dan d

| Parent

Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by al-ansar on Monday, November 09, 2009 (16:55:30)
Aku katakan : Tidak terjejas sama sekali Syeikh dan seruan dakwahnya dengan wujudnya golongan ini pada zaman ini - yang mendakwa mereka adalah pengikut Syeikh dan seruan dakwahnya - kerana mereka melakukan kesalahan yang dihasilkan oleh diri mereka sendiri dan bukannya kesalahan orang lain.. Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh disoal dan dihisab dengan sebab kesalahan orang lain.. jika ianya dibolehkan, maka, tiada siapa pun yang akan selamat di muka bumi ini daripada dakwaan orang lain...?


Sumber : http://www.saaid.net/monawein/m/28.htm

| Parent

Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by al-ansar on Monday, November 09, 2009 (16:59:00)
ralat : Abu Busair dan bukannya Abu Basir.

sori laa tak pandai nak edit supaya muat ruangan..jadi panjang dan bersambung2..

| Parent

Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by zulziman on Tuesday, December 15, 2009 (16:55:43)
84. Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan Segala Yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"
85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"
86. Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan Yang memiliki dan mentadbirkan langit Yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang besar?"
87. Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
88. Tanyakanlah lagi: siapakah Yang memegang Kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun Yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
89. Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". katakanlah: "Jika demikian, Bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara Yang tidak benar?"
90. (bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan Yang benar, dan Sesungguhnya mereka adalah berdusta.
91. Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

Rujuk kepada orang nasrani : Mereka mengaku Tuhan mereka bernama Allah, Tetapi tidak Tauhid kepada Allah.

| Parent

Re: SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN? (Score: 1)
by zulziman on Tuesday, December 15, 2009 (17:11:30)
84. Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan Segala Yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"
85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"
86. Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan Yang memiliki dan mentadbirkan langit Yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang besar?"
87. Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
88. Tanyakanlah lagi: siapakah Yang memegang Kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun Yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
89. Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". katakanlah: "Jika demikian, Bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara Yang tidak benar?"
90. (bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan Yang benar, dan Sesungguhnya mereka adalah berdusta.
91. Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

Rujuk kepada orang nasrani : Mereka mengaku Tuhan mereka bernama Allah, Tetapi tidak Tauhid kepada Allah.

Nyatalah : Jalan tauhid itu satu jalan jua. "Mengesakan Allah Taala"

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Aqidah


Toggle Content Article Rating
Average Score: 3.66
Votes: 3


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Allah SWT mewajibkan ihsan ( tekun & professional ) dalam segala perkara, dan apabila kamu menyembelih maka perkemaskanlah sembelihanmu, dan apabila kamu berburu, kemaskanlah perburuanmu

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 27
Bots: 1
Total: 28
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster