Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah.
al-Fikrah Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah, salam dan selawat ke atas Rasulillah,

Wa ba’d;

Saya lampirkan Risalah Al-Khidmah ini untuk seluruh komuniti Al-Fikrah yang setia mengikuti perbincangan dan perkembangan yang berlaku di dalam forum ini, komuniti yang saya sayangi dan kasihi, yang pada saya merupakan tonggak dan nadi, batu asas dan tiang seri.

Setelah saya paparkan dalam satu perutusan (lihat link:http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26249) beberapa hasrat dan harapan, aspirasi serta visi, saya ingin sekali lagi menulis dengan lebih lanjut mengenai pelan bersepadu yang telah dirangka oleh kami staf Al-Fikrah.net bagi menjaga kesinambungan dan keberlangsungan laman ini agar ia terus relevan, remaja dan responsif di mata dan hati komuniti pencinta agama khususnya pencinta mazhab salaf.

Alhamdulillah, forum Al-Fikrah.net senantiasa berjalan dengan lancar dan tenteram, hasil pemantauan berterusan oleh moderator-moderator dan panel-panel yang bertanggungjawab. Juga dari semasa ke semasa Al-Fikrah.net telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti luar dengan jayanya. Tidak dinafikan laman ini semakin mendapat tempat dan perhatian dari komuniti siber secara amnya, ini kerana mereka dapat mengenal pasti beberapa keistimewaan laman ini berbanding laman-laman lain. Kita juga beruntung kerana dipandu oleh kebijaksanaan orang-orang lama dari kalangan staf dan juga panel, serta mendapat tenaga baru dari kalangan syabab yang aktif menjayakan program-program anjuran Al-Fikrah.net.

Dengan banyaknya faktor-faktor pendokong dan mangkin yang menstabilkan Al-Fikrah.net sebagai satu medium dakwah, saya dan barisan staf merasakan adanya keperluan untuk menggunakan segala tenaga positif ini bagi mencemerlangkan lagi laman ini di masa mendatang. Tenaga positif inilah yang memberi ruh kepada aspirasi dan harapan yang telas saya sebutkan dalam tulisan yang lepas. Berikut saya paparkan buat tatapan kalian semua, dasar-dasar baru yang dirangka bagi merealisasikan aspirasi-aspirasi dan harapan-harapan itu;

1. Pembangunan Al-Fikrah.net 2.0

Laman baru yang lebih bergaya, terampil dan kemas sedang dibangunkan buat keselesaan seluruh komuniti Al-Fikrah berforum. Beberapa ciri baru akan diketengahkan, akan ada perubahan pada sistem sedia ada, serta penambahbaikan lain hasil dari input diskusi sesama staf dan respons dari ahli-ahli. Laman sedia ada akan dikekalkan, namun dalam format ‘read-only’. Diharapkan dengan wajah baru, Al-Fikrah.net dapat mengorak langkah dengan lebih segar dan lincah, serta tidak ketinggalan dalam menarik pengguna-pengguna baru yang berjiwa muda.


2. Pemantapan barisan panel dan ilmuan
Selaras dengan proses penjenamaan semula Al-Fikrah.net, kami alan mengambil langkah memantapkan barisan panel dan ilmuan, dengan penyertaan ilmuan-ilmuan baru sama ada Protaz atau mana –mana asatizah, meskipun seorang graduan, yang dinilai layak dan sepadan dengan kriteria yang ditetapkan. Al-Fikrah harus menjadi lebih terbuka dengan perbezaan pendapat dan manhaj, dan menjadi matang apabila ada perbincangan dan perdebatan. Panel dan ilmuan akan menjalankan tugas sebagai pakar rujuk dan wasilah ilmu jika terdapat sebarang kemushkilan. Usaha sedang dijalankan dan ada perkembangan yang menarik yang akan kami kongsikan nanti

3. Projek Dokumentasi Khazanah Ilmiah di Al-Fikrah.net

Dengan kekayaan khazanah ilmiah yang sangat besar, Al-Fikrah.net berusaha kearah proses dokumentasi tersusun segala artikel dan komen ilmiah. Selama 3 tahun ini, laman kita ini telah menjadi lubuk ilmu dan maklumat, baik agama atau bukan agama, dan adalah menjadi satu kerugian jika kita membiarkan saja kesemua ilmu dan pengetahuan ini terbiar dan berselerak tanpa ada susunan bagi memudahkan pembacaan. Inilah hadiah dan bekal buat generasi terkemudian Al-Fikrah.net. Saya mengajak saudara-saudara yang berkelapangan untuk sama-sama mendokumentasikan khazanah dan turath yang tersimpan di dalam laman ini, moga-moga ia termasuk dalam amalan taqarrub ilallah.

4. Pengarkiban Al-Fikrah.net di Wikipedia

Seterusnya, sebagai salah satu usaha perkongsian manfaat ilmu yang bercambah di Al-Fikrah.net, Insyaaallah kami akan arkibkan tulisan-tulisan yang didokumentasikan itu di Wikipedia. Dengan carian Wikipedia yang sentiasa tinggi dan meluas, serta sensitif dan popular di seluruh dunia, kami harapkan ilmu-ilmu tersebut tersebar dan disebarkan, buat manfaat manusia sejagat yang berhasrat untuk mendalami ilmu, khususnya mengenai Islam.

5. Pelancaran saluran All Fikrah di Youtube

Saluran ini akan mempunyai formatnya yang tersendiri. Tidak hanya merakam dan memuat naik video saja. Ia akan berfungsi sebagai satu produksi kreatif dan kritis serta berintegriti, yang mempunyai idea yang berani dan asli. Ia akan menjadi wadah dakwah yang lain daripada yang lain, informatif dan mengujakan. Beberapa program menarik akan disusun sepanjang tahun 2012, mengenengahkan tajuk-tajuk dan isu-isu kontemporari dan semasa, di samping kupasan-kupasan ilmiah dan sebagainya.

6. Al-Fikrah.net sebagai entiti perniagaan

Aspirasi untuk muncul sebagai sebuah entiti perniagaan diakui agak mencabar. Namun untuk bergerak dengan lebih pantas dan tangkas, Al-Fikrah.net memerlukan sumber kewangan yang stabil dan kukuh. Tidak wajar bagi suatu kumpulan manusia yang berbakat seperti komuniti Al-Fikrah untuk terus mengharap simpati dari penyumbang-penyumbang yang tidak dikenali. Al-Fikrah.net perlu menjana pendapatannya sendiri maka tidak dapat tidak ia harus menceburi dunia keusahawanan untuk mencapai matlamat itu. Pelan yang ada masih memerlukan penelitian, dan semoga Al-Fikrah.net mampu menjana pendapatan lumayan dan hasil yang berkat, untuk membiayai program-program dan projek-projek di masa akan datang.

7. Al-Fikrah.net sebagai Darul Hikmah

Darul Hikmah di Baghdad berfungsi sebagai pusat pemindahan ilmu, melalui aktiviti penulisan ilmiah dan penterjemahan. Al-Fikrah.net dengan sumber yang dimilikinya mampu menghasilkan penulis-penulis dan penulisan berkualiti demi kebaikan ummah. Juga sebagai pusat penterjemahan buku-buku asing bagi mempercepatkan proses pemindahan ilmu. Produk-produk sebegini boleh dipasarkan untuk didapatkan hasilnya, seterusnya menyumbang kepada pendapatan Al-Fikrah.net sendiri.

8. Al-Fikrah.net meraikan diskusi kritis

Al-Fikrah.net akan sentiasa menyokong diskusi-diskusi kritis dalam apa jua disiplin ilmu. Bagi merangsang percambahan idea dan ketelusan hujah, diskusi dengan cara begini dapat membawa penuntut-penuntut ilmu ke suatu tahap baru pemikiran. Pemikiran kritis ini merupakan warisan dan peninggalan para mujtahid dan aimmah, sebetulnya tradisi ini dihidupkan dan dikekalkan bahkan ditambahbaik agar lebih sesuai dengan peredaran zaman. Ini mempromosi budaya debat yang sihat, perbincangan yang bermutu dan konklusi yang tidak bias.

9. Al-Fikrah.net dan semangat aktivism

Penganjuran acara dan program Al-Fikrah.net akan terus berjalan. Dengan kerjasama dan tenaga Syabab, dan sokongan luar seperti Kumpulan Karangraf, sudah pasti semangat aktivism di dalam laman ini akan dapat diperhebat. Kami sangat menggalakkan ahli-ahli bertemu dan berjumpa di dunia nyata. Persahabatan yang dibina akan melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama, apatah lagi disulami dengan anjuran dari Al-Quran dan As-Sunnah. Gunakanlah kekuatan itu demi dakwah dan ukhuwah. Kami akan pastikan komuniti Al-Fikrah tidak akan sunyi dari aktiviti-aktiviti luar yang berfaedah dan menarik, dan ukhuwah yang terhasil dari aktiviti-aktiviti itu dikekalkan hingga bila-bila.

Sekian dulu Risalah Al-Khidmah, semoga dasar-dasar ini dapat menterjemahkan ruh dan semangat segala aspirasi yang diutarakan lebih awal. Ini adalah tanda komitmen barisan staf untuk memajukan Al-Fikrah.net dan janji saya untuk memastikan ‘rumah’ kita ini sentiasa terjaga dan terpelihara. Ayuhlah kita berganding bahu untuk tujuan yang penuh barakah ini. Dan hanya Allah sebenar-benar pembantu dan penolong dalam semua urusan.

Wassalam.


Associated Topics:

al-Fikrah
(4051 reads)
Re: Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah. (Score: 1)
by arkurniabas on Wednesday, December 21, 2011 (19:18:31)
Bismillah


ANA bercadang nak buat logo khat baru untuk al fikrah.net dan frasa alfirqah annajiah...tapi utk edit guna photoshop atau lain2,,ana x ada program tu dan x pandai guna...mgkn ana akan post beberapa jenis khat ke sini,,dan masalah lagi,,,x tau nak post gmabar mcm mana...huhuh Very Happy Jazakallah

| Parent

Re: Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah. (Score: 1)
by tajdid on Monday, December 19, 2011 (07:53:28)
Semoga yang terbaik untuk web kesayangan semua; AFN. Harap termasuk dalam kelompok al-Firqah al-Naajiyah. Great Very Happy

Barakallahufikum

| Parent

Re: Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah. (Score: 1)
by sil on Monday, December 19, 2011 (16:45:57)
Alhamdulillah..mmg segar aspirasi terbaru yg dibawakan oleh gagasan AFN pada kali ini.. Great

| Parent

Re: Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah. (Score: 1)
by Ad-Dien on Saturday, December 17, 2011 (10:05:16)
Subhanallah,Alhamdulillah..
Peranangan dan idea yang baik sekali, semoga AFN terus menjadi wadah ilmuan,ukhuwwahfillah,dan dakwah yang majujaya,amiin..
Semoga AFN menjadi antara forum dan web terbaik di Malaysia dan Dunia, amin Great

| Parent

Re: Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah. (Score: 1)
by stuka on Friday, December 16, 2011 (16:34:56)
May Allah grant you enough WisdoM to execute all the above
Ameen

| Parent

Re: Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah. (Score: 1)
by khairul90 on Friday, December 16, 2011 (22:23:09)
Barakallahufikum

| Parent

Re: Risalah Al-Khidmah untuk Komuniti Al-Fikrah. (Score: 1)
by NAZ on Friday, December 16, 2011 (16:05:53)
Alhamdulillah.

Semoga Allah SWT, memberi jalan yang mudah. InsyaAllah

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about al-Fikrah

Most read story about al-Fikrah:
Kompilasi Rujukan Isu Wahabi

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 2


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w. satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang Yahudi.” Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 109
Bots: 1
Total: 110
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster