Community Forums
[ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Sat May 21, 2011 3:03 am
Reply with quote

dalam fiqih, biasa je kalau tak setuju dgn pendapat ulama'.
it's yer right...

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
Eimihar_Al-Meruiy
Student L3



Joined: Dec 31, 2010
Posts: 629
Location: Under the same sun...

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Sun Jun 05, 2011 11:30 pm
Reply with quote

UP for reminder =)

11th wrote:
thtl wrote:
mana ada alat muzik yg diharamkan?

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Sungguh nyanyian dapat memalingkan hati seseorang dari memahami, merenungkan dan mengamalkan isi Al Qur’an. Ingatlah, Al Qur’an dan nyanyian selamanya tidaklah mungkin bersatu dalam satu hati karena keduanya itu saling bertolak belakang. Al Quran melarang kita untuk mengikuti hawa nafsu, Al Qur’an memerintahkan kita untuk menjaga kehormatan diri dan menjauhi berbagai bentuk syahwat yang menggoda jiwa. Al Qur’an memerintahkan untuk menjauhi sebab-sebab seseorang melenceng dari kebenaran dan melarang mengikuti langkah-langkah setan. Sedangkan nyanyian memerintahkan pada hal-hal yang kontra (berlawanan) dengan hal-hal tadi.”[22]

P/S:
Walaupun saya pemuzik, saya bersetuju bahawa lagu-lagu itu benar2 sungguh melalaikan jiwa dari mengingat dan membaca ayat-ayatNya...


sikit sikit lama-lama jadi bukit.

_________________
hidup x selalunya indah
langit x selalu cerah...
Back to top
View user's profile Visit poster's website
abulharith
Doctor



Joined: Aug 09, 2008
Posts: 1665
Location: Cyberjaya~Putrajaya

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 12:15 am
Reply with quote

Syukran Ustaz Adou atas tazkirah yg sangat-sangat bermakna buat ana.
_________________
Abul Harith
fiqhmedic.wordpress.com/
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 12:40 am
Reply with quote

hangpa nak apa sebenarnya?

Haramkam industri muzik secara total? termasuk ringtone dalam henfone anda?
apa akan jadi kpd musik Maher Zain?\

apakah garispanduan Imam Ghazali, Ibn hazm dan DYQ tidak memuaskan hati anda?

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
kayrollz
Pro Sunnah



Joined: Aug 10, 2010
Posts: 7919

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 12:55 am
Reply with quote

thtl wrote:
mana ada alat muzik yg diharamkan?

Mintak tahqiq & takrij hadis dlm website mufti brunei ni

www.brunet.bn/gov/muft...2_2001.htm

Quote::
Alat-Alat Muzik Yang Ditegah

Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara‘ itu ialah:

i. Al-Ma‘azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.

ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.

iii. Al-Awtar atau Al-‘ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.

iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.

v. Al-Kamanjah iaitu Biola.

vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.

vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.

viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).


Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis berikut;


i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan dengan kemuliaanNya: "Tiada minum seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada arak dengan sengaja ketika berada di dunia melainkan Aku akan meminumkan dia ganti arak itu daripada darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan dia atau sama ada diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu yang meninggalkan arak di dunia kerana takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak di syurga. Tiadalah halal dijual benda-benda itu dan tiada halal dibeli akannya dan tiada halal diperniagakan dan harganya adalah haram.

(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)



2. Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz:

Maksudnya: "Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. "Tiada seorang hamba yang minum arak di dunia melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka sama ada dia kena azab atau diampunkan dia dan tiada meninggalkan oleh seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana takutkan dosanya) melainkan Aku beri dia minum akan arak syurga".



Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang telah berkata:

Maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, ma‘azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram".

(Hadis riwayat Ahmad)


3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)".

4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma‘azif".

5. Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup"

(Hadis riwayat Ad-Dailami)



Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafi‘e juga telah menghukumkan bahawa alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.

_________________


AFN PAINTBALLZ

Be prepare for the next WAR~ (February)
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
ZulQ
Student L1



Joined: May 12, 2011
Posts: 222

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 1:00 am
Reply with quote

kayrollz wrote:
.

Disokong, saya tensen juga bila sanad hadis tidak dinyatakan dalam perbahasan fiqh.

thtl wrote:
hangpa nak apa sebenarnya?

Haramkam industri muzik secara total? termasuk ringtone dalam henfone anda?
apa akan jadi kpd musik Maher Zain?\

apakah garispanduan Imam Ghazali, Ibn hazm dan DYQ tidak memuaskan hati anda?

Jangan mare tuan, saya 25+ tahun lebih baru jumpa fatwa yang mengatakan musik dan alat musik itu harus. Jadi terasa pelik sikit kerana membesar dengan tanggapan bahawa alat bertali dan bertiup itu haram. Sekarang cuma nak tahu adakan imam 4 mazhab betul2 mengharamkan alat musik sebegitu. Adakah hadis-hadis yang mengharamkan itu sahih dan mencari sebab kenapa masih ada ulama mengharamkannya dsb.


Last edited by ZulQ on Mon Jun 06, 2011 1:08 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 1:07 am
Reply with quote

Hadith2 tsb ada dijelaskan dalam kitab Fiqh Muziki oleh DYQ

lepas habis cuti, saya boleh takhrijkan hadith2 tsb dan syarahnya

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
abu_firdaus
Student L6



Joined: Aug 02, 2010
Posts: 1433
Location: Bdr Baru Bangi

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 1:09 am
Reply with quote

mcm yg sy ckp before, terlalu byk benda yg melalaikan kat dunia ini sekarang. tak bolehla nak pinpoint kat music saja. nak tazkirah kena ambil scope besar sikit. contohnya tgk tv dah bermcm2 tv series & drama keluar tak putus2. dgn realiti tv pun dah bermcm2 jenis yg semuanya lebih melalaikan dari ingat Allah, dan mengambil masa lebih lama, berbanding dgr music sahaja.
_________________

Buku-buku Islamik jualan Telaga Ilmu


Pusat Latihan Memandu Cemerlang, Bdr Baru Bangi
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 1:17 am
Reply with quote

ZulQ,

cuba cari thread lama pasal musik dalam afn. kalau tak clear, lepas saya abis cuti akan dijelaskan...

Hukum musik dan nyanyian kena ikut turutan berikut:

AQ
AsSunnah
kata2 sahabat
kata2 imam madzhab

tumpuan kita, apa kata AQ dan AS je...

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
ZulQ
Student L1



Joined: May 12, 2011
Posts: 222

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 1:28 am
Reply with quote

thtl wrote:
ZulQ,

cuba cari thread lama pasal musik dalam afn. kalau tak clear, lepas saya abis cuti akan dijelaskan...

Hukum musik dan nyanyian kena ikut turutan berikut:

AQ
AsSunnah
kata2 sahabat
kata2 imam madzhab

tumpuan kita, apa kata AQ dan AS je...

Insya-Allah saya sudah baca majoriti thread musik di AFN. Sungguh panas pendebatanya ... saya sebagai orang seni sudah tentu cenderung kepada pendapat DYQ cuma nak dapat lebih clarification.

Jazakallah in advance.
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 45516
Location: USJ

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 1:34 am
Reply with quote

kalau DYQ huraikan dalam satu kitab yg tebal pun masih tak memuaskan hati, maka susahlah saya nak clarify...

musik kan banyak jenis..kenalah bezakan musik beethoven vs musik Beyonce, Britney spears, michael jackson...atau musik Maher zain...

_________________
*thtl kini hanyalah seorang blogger*
ada sesuatu di bicarathtl.blogspot
Back to top
View user's profile
kayrollz
Pro Sunnah



Joined: Aug 10, 2010
Posts: 7919

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 1:35 am
Reply with quote

abu_firdaus wrote:
mcm yg sy ckp before, terlalu byk benda yg melalaikan kat dunia ini sekarang. tak bolehla nak pinpoint kat music saja. nak tazkirah kena ambil scope besar sikit. contohnya tgk tv dah bermcm2 tv series & drama keluar tak putus2. dgn realiti tv pun dah bermcm2 jenis yg semuanya lebih melalaikan dari ingat Allah, dan mengambil masa lebih lama, berbanding dgr music sahaja.

kami x nafikan tu...cumanya, di sini thread pasal musik...

_________________


AFN PAINTBALLZ

Be prepare for the next WAR~ (February)
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
abu_ulwan
Student L7



Joined: Feb 11, 2010
Posts: 1864
Location: Port Klang, MY

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 2:04 am
Reply with quote

Assalamualaikum

pengajaran yg saya leh faham dari ilmu2 yg dinyatakan di atas:

'Jgn berlebih-lebihan dalam setiap sesuatu. Dgr muzik sekadarnya tak mengapa kalau dah minat sgt (tapi lagu yg ada unsur haram tetap tak boleh la). Kalau tak minat muzik lg bagus. Buat ibadat yg melampau2 pn tak bagus juga. pendek kata semua perkara seeloknya besederhana.'

Saya juga seorang pemuzik. Saya amat meminati muzik terutama petikan gitar. Kadangkala tu main muzik juga atas permintaan rakan2. tetapi saya paling BENCI tekup telinga dengan earphone dgr lagu atau dgr lagu dalam waktu yg lama. Amat merimaskan.

_________________
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Back to top
View user's profile
abuadam
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 2458
Location: 161-B Jalan Ampang

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 2:09 am
Reply with quote

Jangan lupa cetak rompak pasar malam dan download MP3 dari internet hukumnya haram. Itu adalah harta intelektual syarikat rakaman dan artis yang dicuri.

Melainkan seseorang artis itu yang memberi keizinan didownload dari websitenya.

Apa guna dengar lagu nasyid kalau diambil secara tidak hak.

_________________
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 216)
Back to top
View user's profile
ZulQ
Student L1



Joined: May 12, 2011
Posts: 222

PostPost subject: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Posted: Mon Jun 06, 2011 2:41 am
Reply with quote

thtl wrote:
kalau DYQ huraikan dalam satu kitab yg tebal pun masih tak memuaskan hati, maka susahlah saya nak clarify...

musik kan banyak jenis..kenalah bezakan musik beethoven vs musik Beyonce, Britney spears, michael jackson...atau musik Maher zain...

Saya bukan nak banyak, cuma nak tahu status hadis-hadis yang digunakan oleh golongan yang mengharamkan musik dan alatnya macam website Brunei tu. Juga mengapa ulama 4 mazhab dikatakan mengharamkan beberapa jenis alat musik. Jika benar, apakan panduan AQ adn AS yang digunakan mereka?
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 3 of 5
All times are GMT + 8 Hours
Go to page Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Seseorang kamu untuk pergi mengangkut kayu api lalu diletakkan di atas belakangnya adalah lebih baik dari seseroang kamu meminta-minta (sedeqah) , maka samada diberi atau tidak.

-- HR. Bukhari

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 33
Bots: 1
Total: 34
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster