[Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi
-> Qur'an dan Hadis

#1: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: Ad-Dien PostPosted: Wed Nov 16, 2011 10:27 am
    ----
mohon takhrij dan syarahnya

Allah berfirman: Wahai Bani Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, tetapi engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku sedikitpun, maka Aku akan beri engkau keampunan yang sepenuh bumi pula

(riwayat Tirmizi)

#2: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: akhu_hurairahLocation: shah alam PostPosted: Wed Nov 16, 2011 10:30 am
    ----
ni sah tengah sahut buat artikel/ novel untuk karangkraft. Itu sebab rajin bertanya takhrij Very Happy

#3: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: Ad-Dien PostPosted: Wed Nov 16, 2011 10:33 am
    ----
akhu_hurairah wrote:
ni sah tengah sahut buat artikel/ novel untuk karangkraft. Itu sebab rajin bertanya takhrij Very Happy


shhh..... Very Happy

#4: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: loque PostPosted: Wed Nov 16, 2011 10:50 am
    ----

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]


Dari Anas Radhiyallahu’anhu katanya: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, selagimana engkau berdoa kepadaKu dan mengharap dariKu, Aku mengampunimu dan tidaklah Aku peduli. Wahai anak Adam! Jika dosa-dosamu mencapai awan-awan di langit kemudian engkau memohon keampunan dariKu, niscaya akan mengampunimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan yang memenuhi bumi kemudian engkau berjumpa denganKu tanpa mempersekutuKan ku dengan sesuatu, maka Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi.”
[Hadith Riwayat At-Tirmidzi, katanya: Hadith ini Hassan Sahih]

Al-Wafi Syarah hadith 40 Nawawi Dr.Mustafa Al-Bugha

www.youtube.com/watch?v=KDhALHZVhUw


Last edited by loque on Wed Nov 16, 2011 11:28 am; edited 1 time in total

#5: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: Adli_KhalimLocation: Jakarta Barat PostPosted: Wed Nov 16, 2011 11:19 am
    ----
Ini riwayat yang saya dapat:


قال الله تبارك وتعالى يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان فيك ولا أبالي يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا أبالي يا ابن آدم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة
الراوي: أنس بن مالك المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 3540
خلاصة حكم المحدث: غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه


Terjemahan daripada lidwa.com [dengan sedikit ubahsuai]:


[Daripada Anas bin Malik radhiyallahu `anhu, katanya: Aku mendengar Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda:] Firman Allah Tabaraka wa Ta`ala: Wahai anak Adam! Tidaklah engkau berdoa kepadaKu dan mengharapkanKu, akan Aku ampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu mencapai setinggi langit, kemudian engkau beristighfar kepadaKu, akan Aku ampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan yang memenuhi bumi, kemudian engkau menemuiKu, engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, akan Aku datang kepadamu dengan ampunan yang memenuhi bumi.


Status:

* At-Tirmidzi: Ini hadits hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali daripada jalur ini.

* Al-Albani [no. 3540]: Shahih

* Syu`aib Al-Arna'uth [no. 3852]: Hadits hasan lighairihi, isnad ini dha`if kerana Katsir bin Fa'id [salah seorang rawi] majhul hal. Hadits ini ada penguat [syahid], iaitu hadits Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Ahmad [21472], dan hadits tersebut adalah hasan.

#6: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: Adli_KhalimLocation: Jakarta Barat PostPosted: Wed Nov 16, 2011 11:26 am
    ----
loque wrote:
[Hadith Riwayat At-Tirmidzi, katanya: Hadith ini Hassan Sahih]


Boleh saya tahu dari mana loque dapatkan kata-kata At-Tirmidzi tersebut? Saya periksa versi Al-Albani, Syu`aib Al-Arna'uth, Dr. Basysyar `Awwad, semuanya menyebutkan: "Ini hadits hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali daripada jalur ini."

#7: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: loque PostPosted: Wed Nov 16, 2011 11:28 am
    ----
Adli_Khalim wrote:
loque wrote:
[Hadith Riwayat At-Tirmidzi, katanya: Hadith ini Hassan Sahih]


Boleh saya tahu dari mana loque dapatkan kata-kata At-Tirmidzi tersebut? Saya periksa versi Al-Albani, Syu`aib Al-Arna'uth, Dr. Basysyar `Awwad, semuanya menyebutkan: "Ini hadits hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali daripada jalur ini."

dah update. di petik dari Al-Wafi Syarah hadith 40 Nawawi Dr.Mustafa Al-Bugha.

nampaknya Dr.Mustafa ada melakukan kesilapan di sini.

#8: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: loque PostPosted: Wed Nov 16, 2011 11:36 am
    ----
Emm.. bukan kesilapan beliau. Matan disini pun sama: www.islaam.net/main/di...ategory=24

عن انس رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : ( قال الله تعالى : يا ابن ادم ! إنك ما دعـوتـني ورجوتـني غفرت لك على ما كان منك ولا أبالي ، يا ابن آدم ! لو بلغـت ذنـوبك عـنان السماء ، ثم استغـفـرتـني غـفـرت لك ، يا ابن آدم ! إنك لو اتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتـني لا تـشـرك بي شيئا لأتـيـتـك بقرابها مغـفـرة ).
رواه الترمذي [ رقم : 3540 ] وقال : حديث حسن صحيح

#9: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: Adli_KhalimLocation: Jakarta Barat PostPosted: Wed Nov 16, 2011 11:41 am
    ----
Mungkin naskhah asal Imam An-Nawawi memang tertulis seperti itu.

#10: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: loque PostPosted: Wed Nov 16, 2011 11:55 am
    ----
تخريج الحديث

رواه الترمذي من بين أصحاب الكتب الستة، وصححه ابن القيم، وحسنه الشيخ الألباني.


www.islamweb.net/media...p;id=38162

#11: Re: [Takhrij] Hadith Dosa Sepenuh Bumi Author: loque PostPosted: Wed Nov 16, 2011 12:01 pm
    ----
Alhamdulillah ada Ad-Dien bertanya tentang hadith ini, boleh juga tau takhrij2 hadith. Selama ni taqlid dengan terjemahan Al-Wafi tu je Sweat Drop Very Happy



-> Qur'an dan Hadis

All times are GMT + 8 Hours

Page 1 of 1