[ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik
Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next  :| |:
-> Isu semasa

#1: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: Adou_FrLocation: Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor PostPosted: Tue May 17, 2011 3:36 pm
    ----
[ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik

Salam,

1- Anda menghabiskan masa yang banyak dengan mendengar lagu dan muzik, jadi bilakah anda mendengar Al-Qur’an?

2- Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
«Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk Jahannam itu banyak daripada jin dan manusia. Mereka mempunyaï hati-hati yang mereka tidak memahami dengannya, dan mereka mempunyaï mata-mata yang mereka tidak melihat dengannya, dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya. Mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai» [Al-A`raf: 179]

3- At-Tabariy menyebut ta’wil ayat ini sebagai:
وكذلك قوله:(ولهم آذان لا يسمعون بها)، آيات كتاب الله، فيعتبروها ويتفكروا فيها، ولكنهم يعرضون عنها
Dan demikian kata-Nya: «Dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya» ayat-ayat Kitabu Llah, dan mengambil pengajarannya dan berfikir tentangnya, tetapi mereka menjauhi daripadanya.

4- Anda menghabiskan usia anda untuk menghafal dan berhibur dengan lagu dan muzik, tetapi tidakkah anda membaca ayat berikut?
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
«Orang-orang yang beriman dan yang tenang hati-hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuïlah bahawa dengan mengingati Allah ia akan menenangkan hati-hati» [Ar-Ra`d: 28]

5- Anda berhujah bahawa ia dibenarkan selagi tidak melalaikan. Tetapi tidakkah anda terlalai daripada ayat Allah di bawah ini?
أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ * أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
«Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknat mereka, dan Dia memekakkan mereka dan membutakan penglihatan mereka. Tidakkah mereka meneliti Al-Qur’an? Atau terdapat di atas hati-hati mereka kunci-kuncinya?» [Muhammad: 23-24]

6- Tidakkah lagu dan muzik itu melalaikan anda daripada meneliti dan memahami Al-Qur’an? Sedangkan Allah menyuruh mengingati-Nya? Kata Allah:
وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالإِبْكَارِ
«Dan ingatlah Tuan kamu banyak-banyak, dan bertasbihlah ketika petang dan pagi» [Ali `Imran: 41]

7- Jika anda hanya mendengar satu atau dua lagu sehari, yang mungkin memakan hanya lima hingga sepuluh minit, maka itu tidaklah menjadi suatu kesalahan.

8- Namun, jika earphone anda sentiasa di telinga, dengan iPod atau mp3 player anda sentiasa di sisi, tidakkah itu melalaikan anda daripada-Nya?

9- Kata Allah:
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
«Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, setiap itu – terhadapnya – akan disoal» [Al-Isra’: 36]

9- Maka apakah jawaban anda terhadap soalan itu nanti?

WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
17/05/2011 23:30H ad-diyari.com/

Rangkai Facebook:

www.facebook.com/note....5571099709

#2: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: hydrargyrum PostPosted: Tue May 17, 2011 4:19 pm
    ----
Barakallah

“If our hearts were pure, they will never have enough from reciting Allah’s Speech (the Quran)”
- Uthman ibn `Affan رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡهُ

‘Whoever does not find delight in the speech of Allah and instead finds it in the speech of people, then surely his knowledge has taken a plunge, his heart has become blind and his life has become wasted.’
- Malik ibn Dinar رحمه الله

#3: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: Talhah PostPosted: Tue May 17, 2011 4:24 pm
    ----
hydrargyrum wrote:
:barakallah

“If our hearts were pure, they will never have enough from reciting Allah’s Speech (the Quran)”
- Uthman ibn `Affan رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡهُ

‘Whoever does not find delight in the speech of Allah and instead finds it in the speech of people, then surely his knowledge has taken a plunge, his heart has become blind and his life has become wasted.’
- Malik ibn Dinar رحمه الله

Terbaik !

#4: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: mauswahLocation: Sandakan, Sabah PostPosted: Tue May 17, 2011 4:36 pm
    ----
Sebuah tulisan yang sangat bagus dan bermanfaat sekali. Agar kita termasuk diri saya sentiasa mendengar, meneliti dan menghayati al-Quran yang sepatutnya ditadabburi. Supaya kalam-kalamNya sentiasa melekat dan meresap ke dalam hati sanubari kita. Semoga menjadi peringatan kita bersama.

Barakallahufikum ya Ustaz Adou.

#5: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: Asy-Syafiie PostPosted: Tue May 17, 2011 5:10 pm
    ----
Adou_Fr wrote:
[ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik

Salam,

1- Anda menghabiskan masa yang banyak dengan mendengar lagu dan muzik, jadi bilakah anda mendengar Al-Qur’an?

2- Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
«Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk Jahannam itu banyak daripada jin dan manusia. Mereka mempunyaï hati-hati yang mereka tidak memahami dengannya, dan mereka mempunyaï mata-mata yang mereka tidak melihat dengannya, dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya. Mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai» [Al-A`raf: 179]

3- At-Tabariy menyebut ta’wil ayat ini sebagai:
وكذلك قوله:(ولهم آذان لا يسمعون بها)، آيات كتاب الله، فيعتبروها ويتفكروا فيها، ولكنهم يعرضون عنها
Dan demikian kata-Nya: «Dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya» ayat-ayat Kitabu Llah, dan mengambil pengajarannya dan berfikir tentangnya, tetapi mereka menjauhi daripadanya.

4- Anda menghabiskan usia anda untuk menghafal dan berhibur dengan lagu dan muzik, tetapi tidakkah anda membaca ayat berikut?
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
«Orang-orang yang beriman dan yang tenang hati-hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuïlah bahawa dengan mengingati Allah ia akan menenangkan hati-hati» [Ar-Ra`d: 28]

5- Anda berhujah bahawa ia dibenarkan selagi tidak melalaikan. Tetapi tidakkah anda terlalai daripada ayat Allah di bawah ini?
أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ * أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
«Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknat mereka, dan Dia memekakkan mereka dan membutakan penglihatan mereka. Tidakkah mereka meneliti Al-Qur’an? Atau terdapat di atas hati-hati mereka kunci-kuncinya?» [Muhammad: 23-24]

6- Tidakkah lagu dan muzik itu melalaikan anda daripada meneliti dan memahami Al-Qur’an? Sedangkan Allah menyuruh mengingati-Nya? Kata Allah:
وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالإِبْكَارِ
«Dan ingatlah Tuan kamu banyak-banyak, dan bertasbihlah ketika petang dan pagi» [Ali `Imran: 41]

7- Jika anda hanya mendengar satu atau dua lagu sehari, yang mungkin memakan hanya lima hingga sepuluh minit, maka itu tidaklah menjadi suatu kesalahan.

8- Namun, jika earphone anda sentiasa di telinga, dengan iPod atau mp3 player anda sentiasa di sisi, tidakkah itu melalaikan anda daripada-Nya?

9- Kata Allah:
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
«Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, setiap itu – terhadapnya – akan disoal» [Al-Isra’: 36]

9- Maka apakah jawaban anda terhadap soalan itu nanti?

WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
17/05/2011 23:30H ad-diyari.com/

Rangkai Facebook:

www.facebook.com/note....5571099709

Ada roh tersendiri dalam penulisan ni. Semoga Allah terus meletakkan ustaz dalam saf orang yang memperjuangkan agama Allah swt dengan istiqamah.

#6: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: Eimihar_Al-MeruiyLocation: Under the same sun... PostPosted: Tue May 17, 2011 5:12 pm

Peringatan yang sgt baik sekali! Ini juga membuatkan saya terfikir. Seharian saya melayari internet, mendengar lagu, yakni berjam2, apakah ada seminit saya mengambil masa untuk membaca ayat-ayatNya...

semoga ustaz sentiasa dirahmati kerana peringatan ini!

#7: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: abu_firdausLocation: Bdr Baru Bangi PostPosted: Tue May 17, 2011 11:39 pm
    ----
peringatan yg bagus. cuma sy rasa sekarg org lebih byk menghabiskan masa main game dan tgk tv series yg lebih melalaikan mata & telinga sekaligus berbanding dgr lagu.

#8: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: salmonellaLocation: KL PostPosted: Tue May 17, 2011 11:53 pm
    ----
Peringatan yang sangat berguna... mohon share kepada umum.

#9: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: silLocation: Ampang, Temerloh, Bahau PostPosted: Wed May 18, 2011 1:39 am
    ----
huhu.. saya salu dgr muzik berjam2 dari mendengar alunan bacaan al Quran walaupun 4-5 minit..:(

#10: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: linos PostPosted: Wed May 18, 2011 2:08 am
    ----
Assalamualaikum , alhamdulillah...satu tazkirah yang sangat bermanfaat.

#11: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: thtlLocation: USJ PostPosted: Wed May 18, 2011 4:14 am
    ----
muzik dan nyanyian adalah Halwa bagi telinga

pemandangan indah adalah halwa bagi mata

Bau-bauan yg harum adalah halwa bagi hidung

Halwa (manisan) maksudnya diambil secara dos yg kecil dan bukan berterusan...

Jika halwa itu dijadikan makanan ruji, diambil dalam dos yg banyak secara rutin, maka akan berlaku ketidakseimbangan dalam kehidupan manusia...

#12: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: aleeya PostPosted: Wed May 18, 2011 4:19 am
    ----
saya bila dengar okestra secara live yg sgt2 indah susunan muziknya, saya akan teringat kebesaran Allah yg anugerahkan kebolehan dan bakat yg sgt2 mempesonakan.

bukan bermakna saya tak minat baca alQuran dan menghayati maknanya pula ye.

#13: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: kayrollz PostPosted: Wed May 18, 2011 4:21 am
    ----
aleeya wrote:
saya bila dengar okestra secara live yg sgt2 indah susunan muziknya, saya akan teringat kebesaran Allah yg anugerahkan kebolehan dan bakat yg sgt2 mempesonakan.

bukan bermakna saya tak minat baca alQuran dan menghayati maknanya pula ye.

statement yg lebih kurang sama maksud pernah di ucapkan oleh penyanyi & ratu cantik...

saya x kata anda yer aleeya...

#14: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: aleeya PostPosted: Wed May 18, 2011 4:25 am
    ----
saya faham apa yg mereka kata.

But I really appreciate beautiful music. Nak samakan dgn aurat? Terpulang lah, cara pemikiran manusia memang berbeza.

#15: Re: [ULASAN] Renungan Untuk Pendengar Lagu dan Muzik Author: kawakib_duriyah PostPosted: Wed May 18, 2011 4:57 am
    ----
Bagaimana pula sikap yang suka mendengar kuliah-kuliah ilmiah hanya semata-mata untuk mengatakan "Pendapat ini salah, pendapat ini betul." Mereka tidak dengar lagu pun. hehehe

-> Isu semasa

All times are GMT + 8 Hours

Go to page 1, 2, 3, 4, 5  Next  :| |:
Page 1 of 5