Community Forums
Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Discussion room for knowing Islam. Diskusi mengenali Islam bagi saudara baru dan mereka yang baru berjinak-jinak mengenali Islam, juga ruang diskusi gerakan dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexKenali Islam / Knowing Islam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Yusof
Pro Sunnah



Joined: Jul 19, 2009
Posts: 4213
Location: Kuantan, Pahang

PostPost subject: Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Posted: Tue Oct 20, 2009 7:58 am
Reply with quote

Ada non-Muslim mempertikaiankan samada para nabi itu ma'sum atau tidak. Mereka mempersoalkan, bukankah Adam a.s mengingkari Allah s.w.t? Bukankah Musa a.s menumbuk orang sampai mati? Bukankah Yunus r.a lari dari kaumnya? Bukankah Ibrahim r.a menipu maharaja mesir? Bukankah Muhammad s.a.w tidak mengendahkan si buta yang bertanya padanya?

Apa jawapan kita?


Last edited by Yusof on Tue Oct 20, 2009 3:12 pm; edited 3 times in total
Back to top
View user's profile
peyoy
Pro Sunnah



Joined: Dec 09, 2008
Posts: 3827
Location: Ampang, KL

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Posted: Tue Oct 20, 2009 8:04 am
Reply with quote

Maksum Muhammad SAW sahaja...
_________________
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW...

peyoy-spying-gadget.blogspot.com

Back to top
View user's profile Visit poster's website
AqilHaq
Dalam Perhatian



Joined: Jun 16, 2009
Posts: 6825

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Posted: Tue Oct 20, 2009 8:43 am
Reply with quote

semua nabi dan rasul ma'sum
yang disebut nabi adam...ada silap sebab makan buah khuldi
sebenarnya aianya bukan dosa...memang allah dah Taqdirkan nabi dam akan turun ke BUMI dunia...


ustaz di Falahaih beritahu masa saya belajar di falahiah...
jika hal tersebut ditaklifkan kepada ore seperti kita (bukan Nabi...
maka hal tersebut tidaklah disebut maksiat berdosa


cuma apabila nabi yang buat ianya diandaikan suatu kesilapan
seperti nabi yunus alaihissalam yang meninggalkan kaumnya selepas dia di belasah teruk oleh kaumnya yang marah sebab dakwah Islam
kalau kita
bagi nasihat lalau puak samseng pukul belasah kita
memang harus kita pergi tempat lain sebab kalau kita dakwah lagi mungkin samseng akan pukul belasah kita
cuma apabila nabi Yunus buat ...meninggalkan kaumnya ...maka ianya dianggap suatu kesilapan dan bukannya suatu dosa
maka
dengan ini nabi dan Rasul allah adalah ma'sum yakni terhindar dari maksiat berdosa...
semua nabi ada buat silap...cuma nabi isa yang juga ada buat silap tetapi tak dinyatakan dalam hadis sahih yang panjang kisah dipadang mahsyar...
hanya nabi Muhammad salllahu 'alaihi waSalam yang tak pernah buat silap...
sebab hal ma-al ini maka nabi muhammad sallallahu alaihi wasalam layak berdoa supaya dipercepatkan titian siratol mustaqim merentasi api neraka...
maka allah makbulkan doa nabi Muhammad lalau terbentang titian sirotol mustaqim merentasi neraka ...
ada dikisahkan dalam hadis sahih muslim kisah di padang mahsyar ...

Wallahu 'alam
Back to top
View user's profile
Yusof
Pro Sunnah



Joined: Jul 19, 2009
Posts: 4213
Location: Kuantan, Pahang

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Posted: Tue Oct 20, 2009 11:54 am
Reply with quote

AqilHaq wrote:
semua nabi dan rasul ma'sum
yang disebut nabi adam...ada silap sebab makan buah khuldi
sebenarnya aianya bukan dosa...memang allah dah Taqdirkan nabi dam akan turun ke BUMI dunia...


ustaz di Falahaih beritahu masa saya belajar di falahiah...
jika hal tersebut ditaklifkan kepada ore seperti kita (bukan Nabi...
maka hal tersebut tidaklah disebut maksiat berdosa


cuma apabila nabi yang buat ianya diandaikan suatu kesilapan
seperti nabi yunus alaihissalam yang meninggalkan kaumnya selepas dia di belasah teruk oleh kaumnya yang marah sebab dakwah Islam
kalau kita
bagi nasihat lalau puak samseng pukul belasah kita
memang harus kita pergi tempat lain sebab kalau kita dakwah lagi mungkin samseng akan pukul belasah kita
cuma apabila nabi Yunus buat ...meninggalkan kaumnya ...maka ianya dianggap suatu kesilapan dan bukannya suatu dosa
maka
dengan ini nabi dan Rasul allah adalah ma'sum yakni terhindar dari maksiat berdosa...
semua nabi ada buat silap...cuma nabi isa yang juga ada buat silap tetapi tak dinyatakan dalam hadis sahih yang panjang kisah dipadang mahsyar...
hanya nabi Muhammad salllahu 'alaihi waSalam yang tak pernah buat silap...
sebab hal ma-al ini maka nabi muhammad sallallahu alaihi wasalam layak berdoa supaya dipercepatkan titian siratol mustaqim merentasi api neraka...
maka allah makbulkan doa nabi Muhammad lalau terbentang titian sirotol mustaqim merentasi neraka ...
ada dikisahkan dalam hadis sahih muslim kisah di padang mahsyar ...

Wallahu 'alam

Great

Pertamanya perlulah dilihat kepada takrifan dosa itu sendiri. Sesuatu itu hanyalah dianggap dosa apabila dilakukan dengan sengaja, tidak jahil, tidak lupa dan bukan terpaksa

Dalam kes nabi Adam a.s, baginda tahu tentnag larangan khuldi itu tapi baginda terlupa kerana terikut desakan syaitan. Al-Quran sebut dalam at-Taha 20:115

[b]115. Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka [b]ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [/b]
[/b]
Jugak Allah mentaqdirkan adam a.s untuk melakukan kesilapan kerana Allah memang awal2 lagi hendak menciptakan khalifah di muka bumi.

Ini dikuatkan dengan hadith yang disebut oleh saudara AqilHaq iaitu


hadis nombor 2274 jilid 4 sahih Muslim

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu telah berkata
Rasulullah sallallahu alaihi waSalam bercerita bahawa...
Nabi Adam alaihissalam dan musa alaihissalam pernah berbahas
nabi Musa berkata...
hai Adam...engkau adalah bapa bagi semua manusia... tetapi engkau telah mengecewakan kan kami kerana menyebabkan kami kami keluar dari aljannah
Nabi Adam menjawab...
Engkau wahai Musa...Engkau telah dipilih dan dianugerahkan istimeawa dgn qudrat iradat Allah anda telah di beri nikmat buleh berbicara dgn Allah (nabi Musa disebut nabi kalimuLlah...buleh berkata kata dgn Allah...


Apakah kamu menyesali Urusan taqdir yg telah allah taqdirkan kepada ku sejak 40 tahun sebelum aku diciptakan oleh Allah...
nabi Muahmmad sallallahu alaihiwaSalam bersabda...
Demikianlah Adam dan Musa saling berhujjah....



Maka nabi Adam a.s tetap ma'sum cuma baginda telah melakukan kesilapan.

Dalam kes nabi Musa a.s, baginda hanya berniat untuk membantu saudara sebangsa dan tidaklah berniat membunuh. Maka perbuatan baginda dikategorikan sebagai tidak sengaja

Dalam kes nabi Yunus r.a, baginda lari dari kaumnya atas alasan yang disebutkan, dan baginda tidak menganggap perbuatan itu salah. Maka baginda telah jahil tentang urusan tersebut.

Dalam kes nabi Ibrahim r.a, baginda terpaksa menggunakan helah demi menyelamatkan isterinya.

Dalam kes nabi Muhammad s.a.w, baginda secara tidak sengaja mengetepikan Abdullah Ibnu Maktum kerana sedang menghadapi pembesar2 quraisy

Maka kita dapati, para Rasul tidak melakukan dosa tapi kesilapan.

Namun timbul persoalan lain, jika tidak berdosa, mengapa mereka dihukum oleh Allah??

Mereka dihukum supaya menjadi i'tibar kepada kita. Kesilapan juga memerlukan pembalasan.

Sebagai contoh, jika ditaqdirkan anda terjawab salah dalam dewan peperiksaan. Bila keluar dari dewan, baru anda ingat jawapan sebenar untuk soalan tersebut, anda tidak boleh salahkan pemeriksa kerana anda telahpun keluar dari dewan. Walaupun anda berikan alasan yang anda terlupa, terpaksa keluar awal dan sebagainya. Anda tetap tidak boleh ubah jawapan soalan tersebut.

Maka kesilapan anda merupakan hukuman supaya lain kali baca soalan2 betul2.

Moga perkongsian ini bermanfaat, terbuka pada kritikan dan penambahan dari forumers.

Barakallahufikum
Back to top
View user's profile
Yusof
Pro Sunnah



Joined: Jul 19, 2009
Posts: 4213
Location: Kuantan, Pahang

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Posted: Sat Jan 14, 2012 8:07 am
Reply with quote

-UP-

Saya beranggapan bahawa para nabi tidak melakukan dosa tapi hanya kesilapan

Buktinya saya dah jelaskan dalam posting di atas

Ada pandangan yang tidak bersetuju? Silalah kongsi

_________________
Politician looks for next election, Statesman looks for next generation

titian-sebenar.blogspot.com/
Back to top
View user's profile
mokhtar
Student L5



Joined: May 17, 2009
Posts: 932

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Posted: Sat Jan 14, 2012 1:12 pm
Reply with quote

Nabi-nabi melakukan kesilapan, tetapi tiada dosa, kerana semua dosa bahkan yang akan datang telah diampunkan Allah.
Back to top
View user's profile
norjannah
Beginner



Joined: Nov 10, 2008
Posts: 6
Location: Bangi

PostPost subject: Re: Salah tanggapan 11- Para nabi ma'sum?
Posted: Sat Jan 14, 2012 4:24 pm
Reply with quote

test
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Kenali Islam / Knowing Islam
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.

-- HR. Tirmizi

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 142
Bots: 1
Total: 143
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster