Community Forums
Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexIsu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
mfr_studio
Student L1



Joined: Oct 07, 2010
Posts: 298

PostPost subject: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
Posted: Fri Jan 13, 2012 9:54 am
Reply with quote

Bismillah.

Latar Belakang

1. Politik Malaysia banyak berkisar tentang hidup Parti Politik berbanding hidup Rakyat.
2. Parti Politik mula menarik rakyat untuk menyokong atau menentang berdasarkan masalah peribadi, masalah skandal individu, masalah-masalah teknikal, isu moral, isu rasuah, lobi, tak amanah yang berlegar dalam dunia Parti Politik sehingga tenggelam isu dan masalah rakyat.
3. Banyak masalah rakyat tidak selesai walaupun sudah berpuluh tahun mengadu- banjir berulang, tiada infrastruktur sempurna, kemudahan asas lengkap, jenayah, ekonomi, sosial dan lain-lain.
4. Wakil rakyat selalu berjanji itu ini tapi hanya mengulang untuk kempen pilihanraya berikutnya dan berikan alasan sibuk dengan aktiviti parti atau sibuk bekerja padahal kerja wakil rakyat selesaikan masalah rakyat.
5. Rakyat telah membesar dan bertumbuh menjadi matang dan bijak, penuh idea bernas, kreatif untuk fikirkan solusi, mampu merancang lebih baik dari ahli politik yang duduk dalam Parti Politik disebabkan isu-isu yang memeningkan kepala mereka berupa gosip dan skandal maka mereka tiada masa untuk bertumbuh menjadi lebih bijak. Jurang intelektual semakin membesar antara calon pemimpin dan rakyat yang ingin dipimpin dan ia berkeadaan songsang, yang dipimpin lebih bijak dari yang memimpin.

Solusi:

1. Politik Kepartian diganti dengan Politik Musyawarah

Cara-caranya:

1. Masyarakat berkumpul mengikut kawasan DUN.
2. Senarai masalah masyarakat yang boleh disenaraipanjangkan.
3. Membahagi-bahagikan masalah yang boleh diselesaikan dalam tempoh sepenggal, perlu tindakan berterusan, atau masalah yang mengambil tempoh lebih sepenggal.
4. Bincang strategi penyelesaian, keperluan, rancangan, aktiviti, program, semua untuk menyelesaikan masalah secara tuntas.
5. Senaraikan kriteria amanah dan quwwah bagi tugasan menyelesaikan strategi yang telah ditetapkan.
6. Menyelidik calon yang ada amanah dan quwwah di kalangan rakyat setempat bagi membolehkan segala strategi penyelesaian dapat dijalankan dalam sepenggal.
6. Menyenaipanjangkan calon.
7. Menyenaraipendekkan calon.
8. Membentangkan profil calon-calon bersama kekuatan amanah dan quwwah yang ditetapkan dan memilih satu sebagai keputusan sepakat rakyat setempat.
9. Ikrar untuk bertugas tertakluk pada musyawarah oleh calon jika menang.
10. Dicalonkan nama wakil musyawarah ke pilihanraya.
11. Menang, jalankan segala perancangan yang sudah disepakati rakyat setempat.
12. Laporan mingguan atau bulanan pada musyawarah setempat.
13. Meletak jawatan selepas habis sepenggal.
14. Ulang semula no 1 menjelang pilihanraya berikutnya.

Keuntungan:

1. Jika diamalkan oleh semua kawasan, Politik Malaysia akan berfokus dan berlegar berkenaan menyelesaikan masalah rakyat.
2. Rakyat akan berlumba-lumba menjana idea untuk menyelesaikan masalah hidup mereka, membudayakan sikap berfikir masyarakat.
3. Idea-idea bernas dan kreatif melimpahruah, memajukan Malaysia dengan idea-idea baru untuk rujukan dunia.
4. Malaysia menjadi negara bertamadun tinggi sebagai umat pencipta kreatif dan inovatif bukan lagi pengguna semata-mata.
5. Musyawarah menjadi amalan masyarakat, menguatkan kembali budaya bermasyarakat.
6. Masjid akan imarah sebab musyawarah diadakan di perkarangan masjid.
7. Tiada lagi semua nilai negatif Politik Kepartian.

Mohon mencadang.

Sekian.

_________________

Back to top
View user's profile
mustaqill
Panel BA



Joined: Jul 08, 2009
Posts: 11488
Location: KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

PostPost subject: Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
Posted: Fri Jan 13, 2012 2:39 pm
Reply with quote

Saya cadangkan kita membaca sedikit sebanyak mengenai sistem politik dan demokrasi di Switzerland.

http://en.wikipedia.org/wiki/Voting_in_Switzerland

_________________
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)
Back to top
View user's profile Send e-mail
whamka
Student L5



Joined: Jun 27, 2008
Posts: 973
Location: Gombak

PostPost subject: Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
Posted: Fri Jan 13, 2012 4:10 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Mungkin antara perubahan/penambahbaikan awal yang boleh dibuat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia ialah menukar daripada sistem First-Past-the-Post yang diamalkan sekarang kepada "Propotional Representation".

_________________
Abu 'Irfaan

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
_________________________________________
Back to top
View user's profile Send e-mail Yahoo Messenger
reyricial
Dalam Perhatian



Joined: Oct 02, 2010
Posts: 1522

PostPost subject: Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
Posted: Fri Jan 13, 2012 6:42 pm
Reply with quote

ubat sementara.
Back to top
View user's profile
aku_hambaNya
Student L6



Joined: Mar 12, 2011
Posts: 1037

PostPost subject: Re: Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
Posted: Sat Jan 14, 2012 9:55 am
Reply with quote

Politik tanpa parti. Idea yang baik. Tidak timbul konflik antara kepentingan ummah dan kepentingan parti. Tiada birokrasi parti.

Namun, banyak sudut lain yg perlu diambil kira:

1. Individu hanyalah seorang individu. Perlu pemantauan prestasi berterusan dari mereka yg bergelar 'sahabat yg punya fikrah yg sama.' Jika tidak, mereka mudah lalai dan hanyut dibawa arus.

2. Perlu tarbiah berterusan yang disediakan oleh sahabat yang punya fikrah yang sama. Jika tidak, semangat akan pudar, dan jiwa akan lemah.

3. Berada di dalam group yang sama, networking anda luas. Walaupun anda mungkin tak mengenali si A, tapi apabila dia mengisytiharkan dirinya dari kumpulan yg sama dgn anda, automatically anda dan dia akan terikat utk bekerjasama, atas dasar fikrah dan cita2 yang sama. Networking yg luas, memudahkan urusan kerja anda.

4. Relung setiap individu berbeza. Jika anda dari relung ekonomi, sahabat anda dari relung pendidikan, seorang lagi dari relung kebajikan, anda masing2 akan complement each other dalam mencapai sesuatu visi atau misi.

5. Allah suka kita bekerja dalam satu saf. Seperti bangunan yang tersusun kukuh. Seperti yg terdapat dalam surah as-Saff, ayat ke-4.

_________________
HambaNya..
yang ingin hidup keranaNya..
dan ingin mati keranaNya..
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Isu semasa
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan.

-- HR. al-Nasai

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 49
Bots: 1
Total: 50
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster