AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Perbezaan Golok dan Parang
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Perbezaan Golok dan Parang

Perbezaan Golok dan Parang 16 Aug 2013 07:32 #1

Assalamu'alaikum.

Bagaimanakah hendak menerangkan perbezaan diantara GOLOK dengan PARANG ?
1000 ilmu bi amal, dengan Allah, dengan nama Allah, dengan perkara Ghaib.

Re: Perbezaan Golok dan Parang 19 Aug 2013 03:10 #2

  • atanlaka
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 155
dari dewan bahasa and pustaka

golok - parang pendek yg matanya tirus ke hujung. menggolok memotong dgn golok. Kamus Pelajar Edisi Kedua

golok - parang pendek yg matanya tirus ke hujung. menggolok memotong dgn golok. Kamus Pelajar

golok - 1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya; menggolok menetak atau memotong dgn golok. Kamus Dewan Edisi Keempat

parang - sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll; ~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal; berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai; memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah; memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu.
The following user(s) said Thank You: alfawaatih
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.15 seconds
You are here: