AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Menuntut hutang secara berhikmah...
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Menuntut hutang secara berhikmah...

Menuntut hutang secara berhikmah... 29 Apr 2012 20:55 #1

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Berikut merupakan pengalaman peribadi berdepan dengan dilema menuntut hutang. Mohon jasa baik warga AFN untuk memberikan maklumbalas serta tips bagi memudahkan urusan saya.

Seorang kenalan saya pernah meminjam RM 1000 sekitar dua tahun lepas sewaktu kami mula-mula bekerja. Setelah sekian lama, si fulan masih belum berhasrat untuk melunaskan hutang tersebut walaupun kini beliau sudah berkenampuan untuk membayar hutang tersebut. Seingat saya, saya sudah mengingatkan beliau untuk membayar hutang tersebut sekurang-kurangnya 5 kali sepanjang tempoh 2 tahun ini. Namun alasan yang sama tetap diberi, "Nantilah aku bayar kemudian..."

Pada minggu lepas, saya telah membeli sebuah perkakas untuk keperluan seharian. Disebabkan saya tidak membawa wang tunai yang mencukupi, saya terpaksa meminta si fulan membayarkan bagi pihak saya terlebih dahulu. Beliau telah menggunakan kad kredit beliau untuk membayar sebanyak RM821.10. Kami tidak membawa wang tunai yang banyak kerana khuatir dirompak. Kami pulang sesudah selesai urusan pembelian.

Pada malam yang sama, beliau menghantar SMS kepada saya meminta saya membayar segera hutang tersebut dengan nada berbentuk sindiran yang menyakitkan hati. (tak sanggup nak paparkan di sini).

Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Kalau diikutkan amarah, sudah lama saya balas "Kau hutang dekat dua tahun tak berbayar tu apa cerita? Aku ni tak sampai sehari pinjam pun kau dah buat macam aku ni liat nak bayar!"

Alhamdulillah, saya dikurniakan kekuatan untuk menahan diri daripada berbuat sedemikian. Saya hanya membalas, "Kalau aku tolak hutang kau yang dulu je boleh? Bakinya kau bayar kemudian lah".

"Yang tu nantilah aku bayar kemudian", lalu memberikan nombor akaun bank-nya melalui SMS. Pulak dah.

1. Bagaimana caranya untuk saya menangani dilema ini?

2. Bolehkah saya mengabaikan sahaja hutang saya kepadanya dan bertegas meminta si fulan membayar baki hutangnya kepada saya?

3. Apakah hukumnya melengah-lengahkan bayaran hutang sedangkan kita mampu untuk melangsaikannya?

4. Apakah cara terbaik untuk meminta hutang saya tanpa merosakkan ikatan silaturrahim sesama Muslim?

5. Apa hak saya sebagai seorang pemberi pinjaman? Jika sudah terlalu lama, bolehkah saya membuat laporan polis? Saya ada mencatat hutang tersebut tetapi bukan secara formal i.e macam IoU.

6. Ada tak doa yang khas untuk melembutkan hati penghutang? Mengikut sunnah...

Demikianlah dilema saya. Sebenarnya bukan sekadar memohon tips, bahkan lebih kepada luahan perasaan.

Mungkin silap saya juga kerana tidak membuat perjanjian pinjaman hitam putih yang formal dua tahun lepas. Maklumlah, sesama kawan... Ingatkan nak bayar bila dapat gaji pertama.

Kalau sekadar RM50 tu mungkin saya sanggup halalkan. Even kalau RM 100 pun insya Allah saya boleh niatkan sebagai sedekah.

Sigh... Wallahua'lam...

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 30 Apr 2012 05:03 #2

  • peyoy
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Jom Jadi Alien!
  • Posts: 144
Mungkin menuntut hutang dgn cara email lebih berhikmah....pandai2 la meng ayat...
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW.

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 30 Apr 2012 16:17 #3

  • M_Haneef
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 96
mfauzy wrote:

2. Bolehkah saya mengabaikan sahaja hutang saya kepadanya dan bertegas meminta si fulan membayar baki hutangnya kepada saya?

3. Apakah hukumnya melengah-lengahkan bayaran hutang sedangkan kita mampu untuk melangsaikannya?

5. Apa hak saya sebagai seorang pemberi pinjaman? Jika sudah terlalu lama, bolehkah saya membuat laporan polis? Saya ada mencatat hutang tersebut tetapi bukan secara formal

Mungkin silap saya juga kerana tidak membuat perjanjian pinjaman hitam putih yang formal dua tahun lepas. Maklumlah, sesama kawan...


2. Pernah terbaca pendapat yang membenarkan, tetapi tak tahu benar atau tidak,

3. Haram melengahkan pembayaran hutang sekiranya mampu.

5. Sukar untuk buat tuntutan di dunia sebab tiada agreement rasmi dgn saksi.

Pandangan peribadi, ini antara hikmah buat perjanjian. Akan tetapi mmg terdapat kelonggaran apabila berhutang dengan orang terpercaya, tapi kene pastikan mmg boleh percaya

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 01 May 2012 00:59 #4

  • ummimq
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 97


Alhamdulillah selain berdoa dan munajat kepada Allah SWT apa kata bersemuka berdua dan 'menangis' depan si penghutang dan beritahu memerlukan sangat duit itu untuk melangsaikan 'hutang' lain. Tidak bohong tetapi setiap anak memang sentiasa berhutang dengan ibu bapanya.

Our sins are our real enemy
Sincerity is our indestructible weapon
There is a vacuum inside each of us
it cannot be filled except by other sincere Muslims.
The following user(s) said Thank You: mfauzy

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 01 May 2012 01:56 #5

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
ummimq wrote:


Alhamdulillah selain berdoa dan munajat kepada Allah SWT apa kata bersemuka berdua dan 'menangis' depan si penghutang dan beritahu memerlukan sangat duit itu untuk melangsaikan 'hutang' lain. Tidak bohong tetapi setiap anak memang sentiasa berhutang dengan ibu bapanya.





Terima kasih Ummi atas peringatan ini.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 03 May 2012 01:38 #6

Salam, saya mohon share cerita atas ya, sebagai pengajaran di facebook . Kat wall je >_< terima kasih
Manhajku adalah Manhaj Rasulullah saw dan para salafussoleh yang mengikuti sunnah baginda saw. Bukan manhaj selainnya~

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 06 May 2012 01:40 #7

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Ibn_Firdaus wrote:
Salam, saya mohon share cerita atas ya, sebagai pengajaran di facebook . Kat wall je >_< terima kasih




Dipersilakan, mudah-mudahan bermanfaat untuk dijadikan iktibar... Cuma harap dihilangkan identiti pihak terbabit...

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 06 May 2012 01:48 #8

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
peyoy wrote:
Mungkin menuntut hutang dgn cara email lebih berhikmah....pandai2 la meng ayat...


Terima kasih... "Kawan" saya tu memang liat... Ayat macam mana pun susah.. Yang membuatkan saya bertambah geram, mampu pula beli Samsung Galaxy Tab. Huhu...

Ada apa-apa doa khusus menurut sunnah untuk melembutkan hati penghutang? Atau sekadar doa umum..

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 23 May 2012 21:24 #9

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


UP

Saya sudah ikhtiarkan usul-usul yang telah dibentangkan di sini, namun setakat ini si fulan masih belum membayarnya. Buat masa ni, saya pun masih tidak membayar hutang saya kepadanya.

Ada apa-apa usul lain yang boleh digunakan untuk mengatasi keadaan sebegini. Buat masa ini masih menemui jalan buntu...

Wallahua'lam...

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 24 May 2012 04:33 #10

  • aleeya
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 178
kekadang kita terpaksa terima hakikat, dlm dunia ni memang ada jenis manusia bila berhutang memang dari awal dah plan tak nk bayar walau pun dia boleh bayar.

Untuk redakan rasa geram dan sakit hati tu, terima saja hakikat ini dan tak usah lagi menaruh harapan utk mendapatkannya kembali.

Jadikan iktibar dan bersyukur lah hanya 1000, bukannya 10000 (saya pernah beri pinjaman 25000 pada tahun 2004 atas dasar percaya, namun satu sen pun tak dibayar hingga hari ini). Doalah moga Allah gantikan dgn yg lebih baik.

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 24 May 2012 10:16 #11

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Terima kasih puan atas nasihat. Cuma keadaan saya ni sedikit berbeza, kerana kami masing-masing berhutang sesama sendiri. Tetapi si fulan enggan membayarnya. Jika ditolak hutang saya, maka beliau masih berhutang kepada saya sebanyak RM200 +/-. Jadi saya tak pasti sama ada saya berhak untuk menolak sahaja hutang beliau kepada saya dan menghalalkan baki, atau saya perlu bayar hutang saya kepadanya sepenuhnya dan meminta beliau membayar hutangnya kepada saya kemudian...

Si fulan ni bila orang minta hutang kepadanya, sangatlah lambat membayar. Tapi bila dia meminta hutang kalau boleh time tu jugak kena bayar balik...

Wallahua'lam...

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 26 Mar 2013 08:20 #12

Tuan, bagaimana berhasilkah mendapat semula wangnya? saya pun pernah alami keadaan cmni.. last2 org tu marah2 saya. sabarjelah kan..

tuntut melalui email tu cdgn yg baik sy rasa.
bolehke kalau bg cdgn kat dia byr secara ansuran? sbb mungkin dia rasa berat bile amount besar. mybe dia beli tablet pun guna credit card. wallahua'lam.

ok ke kalau minta pd yg berhutang tu.. sy akan bayar RM200 dulu lepas awak bayar kpd saya RM200 contohnya. bagi no.akaun siap2.. atleast dia dpt cover pyment credit card tu bulan2 kan.. lepas kita byr balik kat dia tu..
nampak kelakar sebab dpt 200 bayar 200.. tapi at the end.. balance dia tinggal 200 .. bolehlah dihalalkan. tapi dosa tak camni? ke jadi mcm ugut pulak?
halalsihatcantik.blogspot.com
~MeNcaRi yaNG HALAL itu FaRDHu
Last Edit: 26 Mar 2013 09:03 by Perbaikidiri.

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 26 Mar 2013 17:31 #13

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
Salam

Kalau cara saya pula,

Pertama Doa lah ( itu pun jika ingat)

Kedua mintak Bayar
Ketiga jika di tunggu tidak bayar, mintak lagi dan tanya bila hari yang boleh di bayar, biar dia yang janji tarikhnya.
Keempat jika tak bayar pada tarik tanya lagi tarikh yang lain, biarkan dia janji se selesanya.
Kelima jika tidak tanya lal lagi tarikh yang lain.
Sehingga tarikh yang lain tak juga bayar tanya dia mampu bayar ansuran tak?
Jika ya tunggu ansurannya dan janji amauntnya
jika tidak maka tanya dia berapa mampu bayar sekadar mampu.

jikatidak......ermhhh...halalkan aja

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 28 Mar 2013 18:17 #14

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Perbaikidiri wrote:
Tuan, bagaimana berhasilkah mendapat semula wangnya? saya pun pernah alami keadaan cmni.. last2 org tu marah2 saya. sabarjelah kan..

tuntut melalui email tu cdgn yg baik sy rasa.
bolehke kalau bg cdgn kat dia byr secara ansuran? sbb mungkin dia rasa berat bile amount besar. mybe dia beli tablet pun guna credit card. wallahua'lam.

ok ke kalau minta pd yg berhutang tu.. sy akan bayar RM200 dulu lepas awak bayar kpd saya RM200 contohnya. bagi no.akaun siap2.. atleast dia dpt cover pyment credit card tu bulan2 kan.. lepas kita byr balik kat dia tu..
nampak kelakar sebab dpt 200 bayar 200.. tapi at the end.. balance dia tinggal 200 .. bolehlah dihalalkan. tapi dosa tak camni? ke jadi mcm ugut pulak?




Terima kasih atas cadangan. Tapi saya mengenali si fulan ni, gajinya serta gaya hidupnya. Saya percaya dia memang tiada masalah kewangan. Cuma dia "liat" untuk bayar hutang sahaja. Dia utamakan bayaran yang "beranak-pinak" berbanding hutang saya kerana saya tak kenakan interest. Pendapatannya pun lebih banyak daripada saya kerana dia ada buat kerja tambahan di samping kerja asalnya.

Alhamdulillah status quo dah berubah. Saya dah bincang dengan dia, dan dia akhirnya bersetuju dengan cadangan saya. Kiranya dia masih berhutang kira-kira RM200 sahaja. Tapi saya halalkan sahaja demi menjaga persahabatan. Cuma lepas ni kalau dia nak pinjam lagi saya akan catit dan tetapkan tarikh bayarannya.

Wallahua'lam.

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 28 Mar 2013 18:28 #15

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Salik wrote:
Salam

Kalau cara saya pula,

Pertama Doa lah ( itu pun jika ingat)

Kedua mintak Bayar
Ketiga jika di tunggu tidak bayar, mintak lagi dan tanya bila hari yang boleh di bayar, biar dia yang janji tarikhnya.
Keempat jika tak bayar pada tarik tanya lagi tarikh yang lain, biarkan dia janji se selesanya.
Kelima jika tidak tanya lal lagi tarikh yang lain.
Sehingga tarikh yang lain tak juga bayar tanya dia mampu bayar ansuran tak?
Jika ya tunggu ansurannya dan janji amauntnya
jika tidak maka tanya dia berapa mampu bayar sekadar mampu.

jikatidak......ermhhh...halalkan aja


Memang demikianlah yang saya lakukan kepada si fulan... Sudah diminta sebanyak 5 kali dalam tempoh dua tahun. Kemudian bila saya pinjam dengan dia pula, tak sampai sehari dia dah sindir saya dan mintak saya bayar segera. Sedangkan dia berhutang dengan saya selama dua tahun tak pula dibayar. Itu antara sebab saya geram dan enggan bayar hutang dia jugak. Kemudian saya anggap hutang saya telah langsai dan baki hutangnya kepada saya cuma tinggal RM200.

Alhamdulillah, setelah tiga tahun dia meminjam akhirnya dia bersetuju dengan cadangan saya tersebut.

Hutangnya cuma RM1000, kalau ikutkan gajinya sepatutnya sudah lama boleh dibayar. Saya berpandangan bahawa isu ini turut melibatkan sikap seseorang apabila berhutang.

Pengalaman ni menjadi iktibar kepada diri saya supaya pada masa akan datang saya lebih berhati-hati dalam memberi pinjaman. Jika beri pinjaman pun, saya perlu bersedia untuk menghalalkannya sebagai sedekah sekiranya peminjam tiba-tiba tak mampu nak bayar.

Wallahua'lam.

Re: Menuntut hutang secara berhikmah... 29 Mar 2013 23:55 #16

  • Arissa
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 149


memang ada jenis manusia yang liat nak bayar hutang walaupun berkemampuan. tahniah kerana saudara dapat bersabar dengan peel dia selama tiga tahun. sebab tu saya berat nak beri hutang pada orang sebab saya tak suka minta hutang dan tak reti nak minta hutang. kalau terpaksa jugak beri hutang maka saya bagi pinjam dalam kuantiti yang sedikit kerana jika tidak dibayar saya tidak terasa sangat.

hutang ni jangan buat main main.....
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.36 seconds
You are here: