AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Hubungan silaturahim diputuskan
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Hubungan silaturahim diputuskan

Hubungan silaturahim diputuskan 26 Jan 2014 07:25 #1

  • Anggerik
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 5
Assalamualaikum saya adalah pendatang baru di sini dan masih bersekolah menengah . Saya mempunyai masalah apabila teman saya memutuskan perhubungan dengan saya . Dan sejak itu dia sering memaki dan mengherdik saya. Adakah saya termasuk dalam golongan yang berdosa jika hubungan teman ini dan saya terputus?walaupun tanpa kerelaan saya , saya juga tidak pernah membalas apa pun perbuatan yang dilakukannya terhadap saya.Bagaimanakah saya mahu menenangkan diri saya ini? Semoga anda semua di dalam forum ini dapat membantu saya . Maafkan lah saya jika ada salah silap dalam ayat saya , kerana saya masih belum cukup ilmu di dada tentang Islam ini .
Assalamulaikum

Re: Hubungan silaturahim diputuskan 27 Jan 2014 03:15 #2



teman cik ni laki ke perempuan? mahram ke bukan?
The following user(s) said Thank You: Anggerik

Re: Hubungan silaturahim diputuskan 27 Jan 2014 07:26 #3

  • Anggerik
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 5
Perempuan
Assalamulaikum

Re: Hubungan silaturahim diputuskan 27 Jan 2014 22:35 #4

  • ZulQ
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 204
Salam,

Salah satu hubungan silatulrahim penting yang perlu dijaga adalah hubungan sesama keluarga. Contohnya tidak boleh memutuskan nasab antara ayah dan anak kerana itu adalah kekufuran.

Berkenaan sesama insan lain pula, walaupun kita dianjur mengeratkan hubungan sesama insan; tidak bermakna kita boleh memuaskan hati setiap insan dibumi seluruhnya. Apabila kita sudah berperilaku baik kepada seseorang dan dia masih tidak senang dengan kita maka apa yang boleh dilakukan kita hanya berdoa kepada Allah supaya hatinya tenang, juga kita berdoa supaya hati kita tidak resah dengan tomahannya. Doakan supaya dia dapat memaafkan jika kita telah membuat sebarang kesilapan terhadapnya dan bukalah hati kita untuk memaafkannya.
The following user(s) said Thank You: Anggerik

Re: Hubungan silaturahim diputuskan 28 Jan 2014 08:31 #5

  • Anggerik
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 5
Terima kasih atas nasihat tersebut zulQ . Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan tekanan yang ada pada diri saya
Assalamulaikum

Re: Hubungan silaturahim diputuskan 29 Jan 2014 03:05 #6

  • Bukhori
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 18
Apa yang sy pham, disini yg mmutuskn silaturrahim ialah rakan saudari, bkn saudari sndri.. Jd, larangan dlm hadith untk mmtuskn silaturrahim, InsyaAllah saudari trlepas dari itu..

.dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. (Surah al-An`am 6:164).

Abu Hurairah Radhiallahu’anhu berkata, Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud).

Dalam hadith lain: “Barangsiapa memutus hubungan dengan saudaranya selama setahun maka ia seperti mengalirkan darahnya (membunuhnya) “ (HR Bukhari)

Apa pn saudari jga seharusnya cuba memulihkan hubungan dengn rakan saudari disamping menasihatinya ke arah kebaikan sbb dikhuatiri dia memtuskan silaturrahim tu disebabkn kesalahan saudari yg tidak sedar.
Dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu, Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “semua amal manusia diperlihatkan (kepada Allah) pada setiap Jum’at (setiap pekan) dua kali; hari isnin dan hari khamis. Maka setiap hamba yang beriman diampuni (dosanya) kecuali hamba yang di antara dirinya dengan saudaranya ada permusuhan. Difirmankan kepada malaikat :” tinggalkanlah atau tangguhkanlah (pengampunan untuk) dua orang ini sehingga keduanya kembali berdamai” (HR: Muslim).

Wallahu a'lam..

Apa pn, tggu penjelasan penal yg dgn lebih jelas..
The following user(s) said Thank You: Anggerik

Re: Hubungan silaturahim diputuskan 30 Jan 2014 22:00 #7

  • Fathi
  • OFFLINE
  • Panel Hadith
  • Iskandariah, Mesir
  • Posts: 369
Perlu difahami beza istilah silaturrahim dan ukhuwwah,

Silaturrahim - hubungan yang terjadi disebabkan rahim (iaitu taklan darah), ini khusus utk hubungan kekeluargaan, ibu dan anak, ayah dan dll ahli keluarga yg bertalian darah

Ukhuwwah - hubungan yg terjadi disebabkan ikatan agama, sesama muslim.
Imam Abu Zur'ah pernah ditanya akan satu hadith, beliau menjawab "ia hadith Munkar", ditanya lagi adakah beliau mengetahui akan cacatnya (illatnya)? jawab Abu Zur'ah: "tidak" [Lanjut rujuk: 'Ilal al-Hadith, no. 1462]
Last Edit: 30 Jan 2014 22:01 by Fathi.

Re: Hubungan silaturahim diputuskan 02 May 2016 01:41 #8

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Fathi wrote:
Perlu difahami beza istilah silaturrahim dan ukhuwwah,

Silaturrahim - hubungan yang terjadi disebabkan rahim (iaitu taklan darah), ini khusus utk hubungan kekeluargaan, ibu dan anak, ayah dan dll ahli keluarga yg bertalian darah

Ukhuwwah - hubungan yg terjadi disebabkan ikatan agama, sesama muslim.


Terbaik Syaikh Fathi...
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.21 seconds
You are here: