AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

workout / exercise
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: workout / exercise

workout / exercise 23 Jan 2012 11:38 #1

  • taker
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 38
assalamu alaikum semua. saya ingin bertanya pada anda semua. ada tak di antara anda yang melakukan exercise atau workout? saya mula berminat pasal workout ni sekal mula menonton rancangan "ninja warrior" kat NTV 7 suatu masa dulu.lepas tu reda lah sikit. kemudian bila rancangan "biggest loser asia " ditayangkan, semangat nak workout timbul semula. saya ada menggoogle kat fitnessfirst , pushmore.com , circuit25.com , elementgym , crossfit dan lain2 pusat fitness. saya mendapati harga nya agak mahal disamping ada di antaranya melakukan aktiviti pada waktu yang tidak sesuai spt pada waktu maghrib.
buat masa ini, saya hanya melakukan beberapa variasi push up, pull up dan squat sahaja. memandangkan saya buat secara berseorangan, maka saya tidak melakukan secara konsisten.
jadi jika ada diantara anda yg ada menyertai mana2 fitness course, sudi2 lah menceritakan pengalaman masing2 yer. tq.

Re: workout / exercise 23 Jan 2012 13:48 #2

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
mahal tu berapa harga dia syaikh Taker...

saya nampak kat Wangsa Walk pun ada juga,kalau ikut bangunan Telekom tu boleh nampak dari tepi jalan tsb.

Orang rumah saya cakap harga 150 sebulan kalau tak silap...cuba syaikh Taker tanya kat situ...

saya nampak subuh pagi pun ada orang lari treadmill...saya lari naik bukit je kat situ...kadang kadang...biasa Taman Tasik Perdana weekend...

Kat tempat kerja saya memang ada,complete sets,siap dari multi gym equipment ada 3,dumbell bagai,electronic treadmill siap cardio pulse reader,tah ada 5-6 agaknya,cycle ada 2,canoe,electronic stepper ada 2, dan berbagai lagi...sebelah gym ada yoga room,aerobic room...

kalau datang awal pagi...pekerja exercise dulu,lepas exercise tu diorang mandi,ada 4 bilik shower...siap bilik locker salin baju...

petang pun diorang sama exercise jugak...

keseluruhan floor tsb di peruntukkan tempat riadah indoor,tak ketinggalan juga surau tempat ibadah...

Re: workout / exercise 23 Jan 2012 13:53 #3

Saya ada beli 2 set dumbell 10kg berharga RM120 setiap satu dari fitness concept. Rasanya dengan bermain dumbell ja kita dah boleh workout secara menyeluruh

Re: workout / exercise 24 Jan 2012 02:28 #4

  • taker
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 38
en salmonella, mahal nya harga dumbell tu.. saya pun ada dumbell 10 kg 2 unit. tp rm80 jer. tp dah lama beli. kat hankyu jaya.
en hang nadim, best betul opis awak. awak keja company apa?
saya hanya ada masa pd sabtu dan ahad jer. port saya kat tasik titiwangsa jer..kalau hari lain, saya dah letih balik keja.kat wangsa walk tu celebrity fitness namanya. rm150 yer.
saya pernah gak jalan naik bukit sebelah telekom tu.penat betul. sekali naik pastu terus balik. tak larat dah, penat sangat.
sekarang sy cuba ikut "insanity". tapi taklah setiap hari seperti mana di anjurkan.tp saya rasa mmg effective.lebih cergas dari dulu rasanya.

Re: workout / exercise 24 Jan 2012 03:44 #5

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653
senaman yang tidak memerlukan kos seperti joging pun boleh.. badan sihat, duit jimat..
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل

Re: workout / exercise 24 Jan 2012 04:01 #6

taker wrote:
en salmonella, mahal nya harga dumbell tu.. saya pun ada dumbell 10 kg 2 unit. tp rm80 jer. tp dah lama beli. kat hankyu jaya


Memang agak mahal... sebab besinya bersalut getah... tapi memang puas hati la gak

Re: workout / exercise 24 Jan 2012 04:05 #7

Ad-Dien wrote:
senaman yang tidak memerlukan kos seperti joging pun boleh.. badan sihat, duit jimat..


Kalau la taman dan tapak trek jogging berdekatan dengan rumah...

Re: workout / exercise 24 Jan 2012 04:16 #8

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653
salmonella wrote:
Ad-Dien wrote:
senaman yang tidak memerlukan kos seperti joging pun boleh.. badan sihat, duit jimat..


Kalau la taman dan tapak trek jogging berdekatan dengan rumah...


dumbell pun ok, tekan tubi pun boleh
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل

Re: workout / exercise 05 Feb 2012 17:15 #9

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Pagi tadi brisk walk dekat Taman Tasik Perdana...jalan anticlockwise keliling taman...naik bukit sampai Planetarium...taman rusa...turun semula ke arah parkir...kemudian rehat makan breakfast di gazebo...makan meehoon soup...marvellous...hilang kalori...tambah kalori...berlori lori...

Re: workout / exercise 06 Feb 2012 14:23 #10

saya beli basikal tahun lepas, tapi jarang gak mengayuh, kena kayuh dgn awek cun kut baru ber motivasi, ha ha ha
When cognition is not enough

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 04:52 #11

  • taker
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 38

Attachment Bakar Lemak Dengan Cepat _ Zaki Khan.htm not found

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 04:58 #12

  • taker
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 38
ini adalah copy & paste dr sebuah blog.



Bila bercerita pasal bakar lemak, ramai yang suka buat cara tradisional yang lambat. Kebiasaannya perempuan, bila tanya senaman apa yang dibuat, joging 5 jam sehari. Selalu kita tengok, kebanyakan orang bila ke gym, perkara pertama yang dicarinya, ada treadmill tak? Kebanyakan menyangka treadmill cara paling cepat untuk bakar lemak. Jika di gym komersial, ada yang duduk di atas basikal mengayuh sambil baca majalah, sambil tengok televisyen, sambil dengar lagu. Selepas 2 jam, ke bilik persalinan, duduk dalam sauna 2 jam.

Tahukah anda?

Senaman tradisional seperti joging, basikal dan sebagainya tidak membakar kalori yang tinggi. Berjoging perlahan mungkin hanya bakar sekitar 300 kalori sejam. Jika lebih laju, mungkin tidak bakar lemak. Kadar nadi akan meningkat dan keluar daripada zon bakar lemak. Rujuk entri Latihan Kardiovaskular.

Sebelum ini, saya dah perkenalkan banyak latihan yang lebih effektif daripada joging seperti High Intensity Interval Training, Sistem Tabata, dan sebagainya. Pernah dengar kesan EPOC (Excess Post Exercise Oxygen Consumption)? Maksudnya agak mudah, bakar kalori selepas latihan dengan pengambilan oksigen yang lebih dan penggunaan tenaga yang lebih berbanding keadaan normal.

Cabaran Kompleks

Konsep latihan kompleks ini boleh dikatakan sama seperti latihan cross yang boleh dilakukan tanpa peralatan atau dengan peralatan minima. Jika dibandingkan dengan latihan litar, latihan jenis ini dilakukan tanpa rehat.

Bezanya dengan senaman cross adalah, senaman cross perlu menghabiskan suatu jenis pergerakan dalam ulangan tertentu. Sebagai contoh senaman cross

Squat 12x
Chin Up 10x
Box Jump 15x
Push Up 15x

Kiraan masa dicatatkan. Manakala cabaran kompleks, perlu habiskan kesemua pergerakan dahulu dan dikira 1 set kemudian diulang kembali untuk set ke 2, tanpa rehat. Cabaran kompleks juga boleh diubah dan dilakukan seperti senaman cross mengikut kesesuaian.

Contoh Cabaran Kompleks 1

Alatan diperlukan; barbell, plate

Power Clean
Front Squat
Push Press
Back Squat

Beban awal, 25 lbs sebelah. Lakukan 10 set. 1 set dikira setelah menghabiskan keempat-empat pergerakan tanpa rehat. Lakukan kesemua 10 set tanpa rehat. Kemudian tambahkan beban, mungkin ke 50 lbs sebelah. Ulang 10 set. Jika masih mampu, tambahkan lagi beban.

Contoh Cabaran Kompleks 2

Alatan diperlukan; dumbbell

Dumbbell Lunges
Alternating Dumbbell Row
Push Up
Alternating Military Press

Beban awal, 20 lbs sebelah. Lakukan 10 set. 1 set dikira setelah menghabiskan keempat-empat pergerakan tanpa rehat. Lakukan kesemua 10 set tanpa rehat. Kemudian tukar dumbbell, mungkin ke 40 lbs sebelah. Ulang 10 set. Jika masih mampu, tambahkan lagi beban.

Contoh Cabaran Kompleks 3

Tanpa alatan; hanya berat badan

Squat
Spiderman Push Up
Jumping Lunges
Pushup-to-plank
Mountain Climber

Lakukan 10 set. 1 set dikira setelah menghabiskan keempat-empat pergerakan tanpa rehat. Lakukan kesemua 10 set tanpa rehat.

Bila?

Masa terbaik untuk lakukan cabaran kompleks ini adalah setelah menamatkan latihan bebanan yang biasa. Ianya juga boleh dilakukan pada masa-masa lain. Lupakan latihan kardiovaskular tradisional seperti menggunakan treadmill, basikal dan sebagainya sambil baca majalah, surat khabar.

Nota: Cabaran kompleks yang diletakkan di atas hanya contoh, anda boleh masukkan pergerakan sendiri dan tidak semestinya hanya 4, mungkin boleh masukkan lebih jika mampu.

Amaran: Pastikan anda melakukan pergerakan yang betul. Cabaran kompleks tidak semudah kardio tradisional tetapi hasilnya berganda-ganda lebih hebat daripada kardio tradisional.



51 Responses to “Bakar Lemak Dengan Cepat”

ahmad says:
10/01/2012 at 7:52 am

info yg bagus……
latihan di atas klau dibuat dgn intensity tinggi ada “after burning effect”.
bg mereka yg target nak burn fat dgn lbh effective dan cepat, seronok (hopefully), jangka masa latihan yg pendek, cuba la latihan2 di atas.

spt 4minit tabata yg high intensity pn da blh nmpk hasil klau hari2 buat. tapi mungkin dsbbkn hanya 4minit. org rasa “ape aje lemak yg dbakar dlm 4 minit”.

tp walaupn 4 minit…berjurai peluh n nak pitam jugak rasa…. maybe ni kot sbb dorang rasa malas nak wat.

maybe ada org rasa lg lama kardio, lg berjurai2 peluh, lg bnyk lemak dbakar. tp xtau semasa latihan tu badan burning fat atau tak. klau tak optimum pembakaran lemak… rugi je masa dan tenaga.

otot ialah enjin, lemak adalah petrol
lbh bnyk otot bkerja lbh bnyk lemak dgunakn. sbb tu kbnykkn latihan2 ni rata2 compound.

cuba latihan ni dan bg 1 masa percubaan (mgkin 1 bln) dan rasakn penangan nyer dan lihat la hasil nyer. lupakan 1000 sit-up hari2
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 9:48 am

betul, after burning effect. ramai nampak cam simple n sekejap, tu nak buat yg tradisional lg. cuba dulu, baru tau.
Reply
Tahir Berahima says:
10/01/2012 at 9:27 am

Salam Dato..setiap gerakan tu ada rep atau buat sekali jak setiap gerakan..contoh..complex 1..dari power Clean ke Front Squat..power tu berapa rep dan front squat tu berapa rep?..
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 9:47 am

yg jenis ni habiskan semua gerakan kira sebagai 1 rep, ulang sampai 10 rep
Reply
Tahir Berahima says:
10/01/2012 at 9:59 am

tq bebanyak..
Reply
din says:
10/01/2012 at 9:32 am

pas tgk crossfit try la buat. clean n press n chin up sbgai warm up..bleh ke sbgai ganti kardio?
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 10:06 am

boleh, tp saya x berapa rekomen sebagai warmup jika buat senaman bebanan. takut terlalu letih.
Reply
Tahir Berahima says:
10/01/2012 at 9:59 am

dan satu lagi..bole kita buat sebelum sarapan waktu pagi?..
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 10:13 am

amik protein sedikit, 30-45 minit sebelum.
Reply
jaja says:
10/01/2012 at 10:05 am

encik,

saya selalu buat threadmill selama 5 minit utk pembukaan…
pastu masuk kelas aerobics atau bodycombat (aerobics yg menggabungkan martial ats) selama sejam, pastu penutup kayuh basikal tapi buat ala2 tabata selama 10 minit(kalau dh penat sgt buat 5 minit je)..

tapi bukan hari2 masuk kelas.. tukar2 dengan latihan beban dan buat freestyle…

agak2 efektif tak cara senaman ni…
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 10:21 am

bodycombat antara yg saya sangkut kalau nak buat lepas weight training. sgt mencabar. . effektif jika cara tu menampakkan kesan. jika dah train sekian lama tp xde hasil, something wrong somewhere. mungkin latihan, mungkin diet
Reply
jaja says:
11/01/2012 at 10:36 am

baru 2 minggu buat mcm tu… tatau la ada perubahan ke tak.. baju2 makin longgar yg pastinye.. maybe mengembang waktu basuh kut..

biasa bape lama kene stay dgn rutin senaman mcm ni baru buley tuka?
Reply
Zaki Khan says:
12/01/2012 at 7:36 am

xpe, fikir positive, jgn fikir baju kembang. . nak sentiasa tukar pun boleh, tp x digalakkan sebab takut susah nak nilai, training bagaimana yg berkesan. jd cuba dlm masa sebulan, dan tukar jika perlu
Reply
jejaka sepi says:
10/01/2012 at 11:20 am

bro,
sy taun ni taget untuk cut,
lepas workout sy selitkan buat tabata,
contoh mcm smlam sy buat keetlebell swing 15kg 20sec,10sec rehat 8 set,lpas tu squat set rep sama,mmg kaw2,
tp lpas tu sy rasa mcm nk tmuntah,dok tahan dkat 1jam jgak la,pening2 nk muntah,
apa penyebabnya?adakah sy overtrain?
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 1:03 pm

pemakanan camna?
Reply
jejaka sepi says:
10/01/2012 at 1:10 pm

pemakanan mmg sy masak kat umah je,
4-5x shari,cth mcm oat,ayam/ikan bakar,chicken meatloaf,mash potato,telur,minyak zaitun,beras perang,pisang,
ikut mood nk masak meal yg mna,
supplement sy amik myofusion,acid amino,grenade
slalu sy amik myo sblum n slepas w/o 1 scoop,
tp lau msuk tabata mmg xleh nk msuk apa2,komfem nk muntah
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 1:35 pm

cuma adjust timeing makan. mungkin masa makan sebelum training dianjakkan.
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 1:49 pm

cuba*
ichi says:
10/01/2012 at 11:21 am

nk wat benda ni time org x ramai dlm gym bleh la
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 1:03 pm

yg ni ok skit. guna 1 space je. boleh bawa barbell ke hujung, ceruk dinding.
Reply
gymboy says:
10/01/2012 at 11:37 am

wow!amazing info.tq tuan.memang terbaik.
Reply
paan says:
10/01/2012 at 11:39 am

lepas abis 10set..kena buat lg ke?or bleh buat n tambah berat kalau masih larat
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 1:03 pm

boleh teruskan kalau larat, tambah beban
Reply
kazam says:
10/01/2012 at 11:47 am

tuan jika latihan kompleks utk perut bagaimana…. setahu sy crunces dan plank je,,,lemak perut susah nak terbakor.
Cabaran kompleks ni utk semua bahagian atau bleh split.
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 1:04 pm

jgn pening fikir utk perut dulu. latihan begini akan meningkatkan metabolisme secara keseluruhan. dlm masa sama jaga makan. perut akan turun
Reply
mus says:
10/01/2012 at 12:07 pm

dato,

saya kurang faham,

1. Cabaran Kompleks ni kena buat brp rep?
contoh kite start mcm ni..
Power Clean 10 rep
Front Squat 10 rep
Push Press 10 rep
Back Squat 10 rep
bila habis kesemua keempat2 ni, baru dikira 1set ke?

2. kalau berlari sampai termengah2, tercungap2.. masa tu dah tak burn fat ke? kalau mcm tu, mcm mana dgn org yg cpt termengah2, tercungap2 bile berjoging? dan bile termengah2, tercungap2 apa yg berlaku?
Reply
paan says:
10/01/2012 at 12:39 pm

bkn camtu bro..
power clean 1rep
front squad 1rep
push press 1rep
back squat 1rep
ini untuk 1 set..
so kene wat 10set tanpa rehat
Reply
Zaki Khan says:
10/01/2012 at 1:06 pm

ya, ikut penerangan paan tu.

2. bila berlebihan, otot terbakar
zakikhan.net/latihan-kardiovaskular
Reply
Slvriz Rafferty says:
10/01/2012 at 3:41 pm

Memang terbaek! saya sudah memulakannya….
sempoi Dato zaki khan!
Reply
Zaki Khan says:
11/01/2012 at 7:28 am

haha. cuba kat gym fattah? hell in paradise
Reply
muscular-girl says:
10/01/2012 at 6:33 pm

seksa!!!. rasa cam nak mati!
Reply
Zaki Khan says:
11/01/2012 at 7:28 am

haha. best?
Reply
maddy says:
11/01/2012 at 2:02 pm

saya xde masalah dgn HIIT
tapi bagaimana nak maintainkan muscle kalau terlibat dgn aktiviti boxing/muay thai.
training warm up aje dah 20 minit (skipping, jumping)
tu belum sparring
saya suka kedua2 nya. nak juga build muscle, tapi nak aktif dlm persatuan2 lain.. apa pandangan dato?
Reply
Zaki Khan says:
12/01/2012 at 7:39 am

maintain kalori yg perlu

tp dlm byk jenis sukan, sukar utk buat size dlm session. sbagai contoh bola, kalau nak sizing mmg kena time off session. sama juga boxing. atlet akan ada masa off ada masa on.
Reply
zairi says:
12/01/2012 at 9:48 pm

macamana nk ilangkan lemak tepi pinggang?
Reply
Zaki Khan says:
13/01/2012 at 7:26 am

paling penting, jaga makan, dan kalau tempat lain dah xde lemak, tinggal di pinggang, boleh sasarkan hanya pinggang dgn side plank, plank. tp rasanya kebanyakan yg ada lemak tepi pinggang masih tinggi lemak di seluruh badan. jd seeloknya aim 1 badan. jenis latihan begini membantu tingkatkan metabolisme.
Reply
andy says:
14/01/2012 at 5:53 pm

dato mcm mna nk bakar lemak kt peha? =)
Reply
Zaki Khan says:
15/01/2012 at 6:31 am

kalau specific 1 area, boleh buat senaman mcm squat, lunges dll
tp kalau combination, boleh try combination di atas.

Power Clean
Front Squat
Push Press
Back Squat
Reply
andy says:
15/01/2012 at 11:09 am

kalau nk specific 1 area, berapa banyak reps n berapa % 1RM beban nk guna?
Reply
Zaki Khan says:
16/01/2012 at 6:49 am

kalau utk bakar lemak, boleh aim 15>
zakikhan.net/sistem-latihan/
Reply
andy says:
16/01/2012 at 6:53 pm

tq dato
Diyana says:
14/01/2012 at 7:15 pm

salam dato
Kalau buat latihan mcm kat atas tu x payah dok buat kardio lg ke boleh hilang lemak ke sy selalu buat kardio kdg2 letih smp ketar, dah lama berat badan x turun pon knp ye
Reply
Zaki Khan says:
15/01/2012 at 6:32 am

boleh, kalau nak tinggalkan cardio tradisional pun xde masalah. tp varykan pergerakan. jgn sama je setiap minggu. bila dah terlalu lama buat benda sama, bdn akan adapt. dan makin lama makin susah nak turunkan berat
Reply
Mel says:
15/01/2012 at 5:44 pm

salam dato, saya nak tanya.. kalau lemak da bwh 10%.. bleh ke train abs ari2?… or abs pon kene train mcm part yg lain.. satu hari satu part.. esok part len plak?
Reply
Zaki Khan says:
16/01/2012 at 6:50 am

nak masuk contest ke? jika x, buat cam train biasa je
Reply
hehe_huhu says:
15/01/2012 at 11:47 pm

dato ,creatine time bile ya sesuai loading? time pre workout ke lepas ke atau dua2 before n after?
Reply
Zaki Khan says:
16/01/2012 at 6:50 am

semasa dan selepas.
Reply
ekmal hafiz says:
16/01/2012 at 2:58 pm

terbaek dato terburai smua lelemak….msuk set ke 5 barrbell ankat sy plak hehehehe
Reply
desmond says:
16/01/2012 at 9:20 pm

Good day dato. I tried complex 1.masuk rep ke 5.i cannot tahan edy.so i stop n rest around 1 mnt then i start back lepas itu i buat 3 sets. Kalau 5 rep sahaja.ada effect unutk fat burning tak? Berat dlm 7,5kg sebelah
Reply
Zaki Khan says:
17/01/2012 at 8:14 am

ada gak effect, cuma cam x cukup kick.
Reply
Joe Terry says:
19/01/2012 at 12:16 pm

Tu dia men 5 set smlm yg dgn dumbbel tu peha dh nek krem dh…mmg semput wat…
Reply
The following user(s) said Thank You: ummu_durrah

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 04:59 #13

taker wrote:
assalamu alaikum semua. saya ingin bertanya pada anda semua. ada tak di antara anda yang melakukan exercise atau workout? saya mula berminat pasal workout ni sekal mula menonton rancangan "ninja warrior" kat NTV 7 suatu masa dulu.lepas tu reda lah sikit. kemudian bila rancangan "biggest loser asia " ditayangkan, semangat nak workout timbul semula. saya ada menggoogle kat fitnessfirst , pushmore.com , circuit25.com , elementgym , crossfit dan lain2 pusat fitness. saya mendapati harga nya agak mahal disamping ada di antaranya melakukan aktiviti pada waktu yang tidak sesuai spt pada waktu maghrib.
buat masa ini, saya hanya melakukan beberapa variasi push up, pull up dan squat sahaja. memandangkan saya buat secara berseorangan, maka saya tidak melakukan secara konsisten.
jadi jika ada diantara anda yg ada menyertai mana2 fitness course, sudi2 lah menceritakan pengalaman masing2 yer. tq.


boleh pegi gym rakyat.kat tempat aku,skali masuk rm3.ada tempat lain free je.slalu ade bro2 ketul2/yg slalu main kat situ.diorg slalu je ajar.

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 05:10 #14

  • RD73
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Small Matter
  • Posts: 182
masuk link ni banyak info tentang kardio & weight lifting execise:-

www.kevinzahri.com
www.sususejat.com

hasil yang berkesan mengikut minat dan pasion kita kepada jenis kardio yang diminati... kalau tidak hanyalah hangat2 taik ayamlah jadinya.
Simple life.
Last Edit: 07 Feb 2012 05:17 by RD73.

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 06:46 #15

RD73 wrote:
.. kalau tidak hanyalah hangat2 taik ayamlah jadinya.


duh.. terasa pedasnya ha ha ha
When cognition is not enough

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 07:36 #16

  • 11th
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 112
yg ni mcmana?

Power Clean 10 rep
Front Squat 10 rep
Push Press 10 rep
Back Squat 10 rep

kalau ada video lagi senang nak tiru

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 07:46 #17

  • taker
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 38
type je kat youtube,nanti ada la keluar cara caranya.
The following user(s) said Thank You: 11th

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 14:55 #18

  • 11th
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 112
rupa2nya semua pun exercise utk lelaki...

Re: workout / exercise 07 Feb 2012 15:03 #19

Tak juga. Saya tengok website ZK tu, ada pic perempuan tengah buat angkat berat..

Ukhti 11th, boleh cuba buat spiderman push-up. Macam best je. Tapi, perempuan sesuai ke buat push-up ?

Re: workout / exercise 08 Feb 2012 02:43 #20

  • taker
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 38
artikel ni saya petik dari zakikhan.net/pilihan-senaman-untuk-perempuan/
Pilihan Senaman Untuk Perempuan?

‘Abang, saya malu nak ke gym, ramai sangat lelaki’
‘Apa senaman yang sesuai dibuat di rumah?’

Ramai perempuan tanya saya apa senaman yang sesuai untuk mereka buat di

rumah. Jika di gym komersial, majoriti di sana perempuan tetapi jika di

kebanyakan gym kecil terutama di luar bandar, nak cari perempuan agak

sukar. Kebanyakan beri alasan malu.

Apa yang saya lihat, kebanyakan perempuan apabila bersenam akan

menyasarkan bahagian tertentu sahaja. Kebiasaanya bahagian perut, lengan

dan punggung. Boleh dikatakan kebanyakannya akan berjogging dan buat

sit-up sahaja. Cukup ke? Apabila anda makan berlebihan, adakah anda

boleh mengarahkan lemak supaya berkumpul di satu tempat? Latihla seluruh

bahagian badan.

Antara senaman yang boleh dibuat dirumah (contoh sahaja, terdapat banyak

lagi pilihan tetapi jika saya memasukkan nama yang pelik-pelik, mungkin

ramai yang tidak tahu);

1. Squat – Squat menyasarkan bahagian punggung dan kaki. Teringinkah

anda memiliki punggung yang lentik? Secara semula jadi, bukan dibuat-

buat. Siapa tak nak, punggung antara aset penting untuk perempuan.

2. Lunges – Lunges menyasarkan bahagian kaki dan juga punggung.

3. Push-up – Rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi

menyasarkan bahagian dada, bahu dan trisep. Pelbagaikan variati

pergerakan, tangan paras bahu, tangan buka sedikit, tangan rapat dan

sebagainya.

4. Chin-up – Jika bersenam di taman, mungkin terdapat tempat melakukan

chin-up. Boleh juga dilakukan di buaian di rumah. Mungkin pada mulanya

agak sukar, tetapi cuba paksa diri melakukannya. Chin-up menyasarkan

bahagian belakang dan memberi anda rupa yang ramping. Jika tiada tempat

bergayut, abaikan.

5. Rowing – Juga menyasarkan bahagian belakang. Boleh menggunakan botol

berisi air atau lain-lain sebagai beban jika tidak mempunyai peralatan

senaman di rumah.

6. Bicep Curl – Menyasarkan bahagian lengan. Juga boleh menggunakan

botol berisi air atau lain-lain sebagai beban.

7. Standing Calf Raise – Menyasarkan bahagian betis. Bahagian betis juga

antara bahagian yang sering diabaikan perempuan.

8. Plank – Senaman untuk perut. Lupakan sit-up dulu. Sit-up akan membuat

perut anda kelihatan besar jika anda melakukan dengan ulangan rendah,

otot terbina tetapi pembakaran lemak mungkin kurang. Jika sudah mula

menampakkan bayang 6 ketul dan anda inginkan 6 ketul itu, boleh sasarkan

buat crunches. Ada perempuan sukakan 6 ketul itu, ada perempuan hanya

sukakan perut yang rata.

Daripada senaman-senaman tersebut, paling mudah, lakukan latihan litar.

Setiap satu senaman sasarkan 1 minit dan tanpa rehat terus lakukan

senaman seterusnya. 1 litar boleh dimasukkan sekitar 10 hingga 20

senaman. Saya cadangkan supaya masukkan sekali pergerakan jenis aerobik

seperti star jump, skipping dan sebagainya. Lakukan satu hingga tiga

litar. Dalam program begini, saya tak masukkan jogging kerana latihan

litar sendiri dah menjadi senaman jenis aerobik. Mudahkan?
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.52 seconds
You are here: