AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal

Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 04:17 #1

Daripada buku,
A TWIST OF THE WRIST VOLUME II, KEITH CODE

It is my recommendation that you master using only the front brake except when riding in slippery conditions. Locking the back brake also puts the bike out of control. The rear wheel, spinning, provides the vast majority of stability for the bike from the steering head back. In other words, everything but the front-end is kept stable by the gyro force of the spinning rear wheel.

The obvious mathematics of the situation are that the front wheel can do 100 percent of the braking and the back at that point just locks up
no matter who you are. Learn to totally rely on the front brake for quick, clean stopping; then, if you still have a use for the rear, go ahead and use it. But realize that the rear brake is the source of a huge number of crashes both on and off the track.
When cognition is not enough

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 04:38 #2

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Ada benarnya...

motor skuter lama aku drum brake belakang dah kong aku biarkan jer. janji boleh grip skit jadi la... tp jika disk brek depan kong, x boleh wooo....

ada orang pinjam motor skuter aku tu (biasa naik kereta jer), dia komplem "bahaya la brek belakang ko x makan". aku jawap, "aik, brek depan kan ada, tak tekan brek depan ker?". pastu dia jawap "ye ker?".

tp masa zaman dulu, masa disk brek depan x popular utk motor² kecil, mmg aku guna brek belakang jer sbb brek depan kalau guna drum mcm x best masa tekan brek.

skang aku mmg gunakan brek depan sebagai primary brek, brek belakang just support jer.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 04:49 #3

  • azri
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 92
bagi saya,kalau "fork" dalam keadaan yang memuaskan,brake belakang tu sesuai untuk support je.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 06:18 #4

bila dikenang kembali, saya yakin beberapa kali saya jatuh motor dulu-dulu adalah disebabkan rear wheel lock up, kerana menggunakan excessive brake belakang dalam keadaan panik
When cognition is not enough

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 06:38 #5

  • peyoy
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Jom Jadi Alien!
  • Posts: 144
kalau kecemasan, guna break belakang. Let say semasa break tayar belakang terseret seolah2 nak kedepan, lepaskan break belakang dan guna break tangan pula. Kalau tidak melepaskan break belakang dlm keadaan tayar belakang nak lari kedepan, pasti ketika itu anda akan terjatuh drp motor....

jangan guna break tangan utk break kecemasan, takut diri terpelanting ke depan...
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 06:50 #6

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
peyoy wrote:
kalau kecemasan, guna break belakang. Let say semasa break tayar belakang terseret seolah2 nak kedepan, lepaskan break belakang dan guna break tangan pula. Kalau tidak melepaskan break belakang dlm keadaan tayar belakang nak lari kedepan, pasti ketika itu anda akan terjatuh drp motor....

jangan guna break tangan utk break kecemasan, takut diri terpelanting ke depan...


pernah terjadi ker?

saya rasa ini mitos jer... jika jatuh pun sbb tayar depan itu terseret...

jika terpelanting pun sbb cara brek dia salah atu sengaja buat mcm mat rempit ni. (minit 0.54)

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 07:02 #7

  • atanlaka
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 155
saya pun rasa mitos, sebab kalau weight tak shift ke depan, susah nak terpelanting bila brake. Kalau lockup tayar depan, tayar akan terseret dulu, dan bukannya grip jalan sampai motor tertonggeng. Nak lockup tayar depan dalam keadaan normal pun bukannya senang kalau brek disk ikut spec sebab dia punya saiz dah dikira secantiknya oleh engineer kilang motor. Orang kita aja pakai kapcai tapi nak pasang brek disk dekat sama besar dengar rim tayar.
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 07:05 #8

kayrollz wrote:
peyoy wrote:
kalau kecemasan, guna break belakang. Let say semasa break tayar belakang terseret seolah2 nak kedepan, lepaskan break belakang dan guna break tangan pula. Kalau tidak melepaskan break belakang dlm keadaan tayar belakang nak lari kedepan, pasti ketika itu anda akan terjatuh drp motor....

jangan guna break tangan utk break kecemasan, takut diri terpelanting ke depan...


pernah terjadi ker?

saya rasa ini mitos jer... jika jatuh pun sbb tayar depan itu terseret...


semasa kecemasan, gunakan teknik stage braking, kalau terus snap brake depan tu memang tayar belakang boleh terangkat, tapi kalau tetiba tekan brake belakang (dengan panik) , tayar akan lock up dan terus skid (ini betul untuk single rider)

skill braking ni memang kena belajar, dan banyak buat drill, sebab bila berlaku kecemasan biasanya kita akan panik.
When cognition is not enough
Last Edit: 26 Apr 2012 07:07 by al-anwar.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 07:13 #9

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
atanlaka wrote:
saya pun rasa mitos, sebab kalau weight tak shift ke depan, susah nak terpelanting bila brake. Kalau lockup tayar depan, tayar akan terseret dulu, dan bukannya grip jalan sampai motor tertonggeng. Nak lockup tayar depan dalam keadaan normal pun bukannya senang kalau brek disk ikut spec sebab dia punya saiz dah dikira secantiknya oleh engineer kilang motor. Orang kita aja pakai kapcai tapi nak pasang brek disk dekat sama besar dengar rim tayar.


betul tu, walau se'tiba-tiba' dan kuat mana break itu di tekan, disk break yg normal (stok) takkan tiba² berenti.

lain la naik basikal sbb design basikal lain tertonggeng pun sbb nervous & x dpt kawal dgn betul

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 26 Apr 2012 09:01 #10

  • yugimudo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 480
Bapa sya pernah menceritakan kat saya yang dia pernah nampak org guna brake disc depan secara mengejut, org tu tercampak dari motor. Moral of the story, brake disc utk tayar depan jangan ditarik secara mengejut.
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 27 Apr 2012 01:29 #11

  • peyoy
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Jom Jadi Alien!
  • Posts: 144
kayrollz wrote:
peyoy wrote:
kalau kecemasan, guna break belakang. Let say semasa break tayar belakang terseret seolah2 nak kedepan, lepaskan break belakang dan guna break tangan pula. Kalau tidak melepaskan break belakang dlm keadaan tayar belakang nak lari kedepan, pasti ketika itu anda akan terjatuh drp motor....

jangan guna break tangan utk break kecemasan, takut diri terpelanting ke depan...


pernah terjadi ker?

saya rasa ini mitos jer... jika jatuh pun sbb tayar depan itu terseret...

jika terpelanting pun sbb cara brek dia salah atu sengaja buat mcm mat rempit ni. (minit 0.54)



nie pengalaman ana...dah boleh kira brp kali terjadi pada ana...kesimpulannya break depan jangan ketat/sensitif sangat... motor ana Kriss 110 tahun 1998 jer....
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW.
Last Edit: 27 Apr 2012 01:34 by peyoy.
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 27 Apr 2012 04:58 #12

  • AqilHaq
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 252
brek ni perlu ada kemahiran...

kalau brek tak suport kita perlu pakai kaki bersamakasur SWAT ASKAR ...yang tahan lasak...kalau nak jatih motor kaki masih mampu tahan motor dari jatuh...saya baru ada kasut SWAT ASKAR...
sapa berminat buleh order price rm 200

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 27 Apr 2012 07:46 #13

  • alli
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 546

Dua kali jatuh kerana membrek tayar depan dlm. keadaan basah. Dalam kecemasan kita tak sempat fikir jalan basah atau kering, dan kita membrek mengikut kebiasaan samada depan atau belakang. Kalau test lesen. brek mengejut hendaklah dimulai dgn tayar belakang.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 27 Apr 2012 11:18 #14

Sebenarnya dalam keadaan panik, kita selalunya lupa kita tekan brek depan atau belakang, tapi cuba kita perhatikan sendiri habit kita di dalam brek, biasanya kita akan guna dua-dua untuk full stop, atau kecemasan - di situ kesilapannya.

Saya sendiri jatuh motor tiga kali dalam keadaan jalan basah, dan saya sebelum membaca buku Keith Code (yg saya petik di atas) yakin bahawa kesilapan saya adalah sebab saya grip brek depan lalu skid, akan tetapi setelah membaca penerangan Keith Code dengan kajian sains yang beliau datangkan, dan saya perhatikan sendiri cara saya membrek untuk beberapa hari, maka saya yakin bahawa kesilapan saya dahulu sebenarnya ialah kerana menekan brek belakang dengan kuat lalu tayar belakang lock-up dan skid.
When cognition is not enough
Last Edit: 27 Apr 2012 11:19 by al-anwar.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 27 Apr 2012 13:54 #15

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
peyoy wrote:

nie pengalaman ana...dah boleh kira brp kali terjadi pada ana...kesimpulannya break depan jangan ketat/sensitif sangat... motor ana Kriss 110 tahun 1998 jer....


ye ker? mmg brek mengejut terus tercampak ke depan tanpa langgar apa²?

Kriss thn 98 tu pakai disk break eh?

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 19 Jun 2012 21:14 #16

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Kaedah saya kalau nak brek emergency,jangan main depan dulu...press belakang...takut jalan ada pasir...depan buang,dan kita jatuh...

kalau belakang pakai disc brake...main peringkat peringkat,kalau tak nanti dia buang...dan lock...tayar skid... ...

saya pernah kena kat jalan ipoh kl batu 3...tengah laju...depan, kiri lori 1 tan berhenti,satria...dia potong dari belakang stop side by side dgn lori tsb...saya tak ada choice...emergency brake...skid...masuk lorong sempit tengah antara dua kenderaan tsb...terpaksa ambil kekanan sikit seret badan satria sampai side mirror dia patah...saya jatuh bawah lori...nasib selamat...fuhh...pengalaman...

kalau belakang pakai drum maka bolehlah tekan brek sampai habis...

kemudian main brek depan ikut speed sampai berhenti...

depan tak boleh main utk emergency...bahayo...buat kontrol speed sahaja...atau utk stop sahaja(sewaktu slow down)...kaedah saya laa...

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 20 Jun 2012 01:57 #17

  • laboo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 325
Pandangan saya pula, kena balance brek depan dan belakang. Maksudnya sama-sama kena tekan. Kalau belakang dulu yang ditekan, boleh buat kita panik kalau bahagian belakang motor tetiba 'lari', tambahan pula kalau jalan licin. Kalau depan plak, kalau ada pasir takut depan plak yang tak stabil.

Saya pernah naik kereta dan melintas masuk ke jalan kanan dan tetiba sebuah motor datang dari arah depan muncul dengan laju. Nasib baik penunggang motor tu tekan kedua-dua brek serentak. Memang terus stop ler. Dan cara ini juga yang diajar semasa di sekolah memandu kan?
وشدد على أن "هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا - القرضاوي

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 20 Jun 2012 02:56 #18

  • atanlaka
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 155
Pengalaman saya memang jatuh bila brek depan emergency, tapi itu disebabkan jalan ada minyak dan sekali lagi sebab jalan ada pasir. Dalam situasi2 tersebut, saya rasa kalau brek belakang pun sama je jatuh gedebuknya, cuma mungkin luka bahagian pinggul dan bahu berbanding luka lutut.

Tapi dalam situasi brek emergency lain, brek depan berfungsi seperti sepatutnya, iaitu memberhentikan motor dengan pantas. Kekadang brek belakang ni susah nak feel kerana kita pakai boot. Jadi nak regulate brek belakang susah. Banyak kali juga saya lock tayar belakang dan mula membuang kerana emergency. Rasa tak tekan mana pun, tapi hakikatnya dah start sliding.

Masa brek depan saya tak makan dulu, (disebabkan getah/pam kat dalam tangki minyak brek dah out) banyak kali nak cium bontot kereta sebab brek belakang tak effective.

Pada mereka yang boleh brek dua2 sekali gus, lebih baik, tapi brek belakang selalunya akan lockup dulu dan membuang. Kena cepat release dan jangan panik.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 20 Jun 2012 05:01 #19

  • alli
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 546
Tayar belakang locked masih tidak jatuh sekiranya kedudukan motor stabil dan masih boleh memberhentikan dgn brake depan kerana ketika itu motor sudah berkurang kelajuan nya. Tetapi motor tidak boleh stabil jika tayar depan yg locked. samada dia terjungkit atau terus membuang tanpa bagi amaran.
Gunakan kedua dua brek mengikut keadaan. Kalau jalan baik dan kering guna 70% brake depan 30% belakang. Dalam hujan atau basah, guna 50-50. Nasihat dari pengeluar brake motor.

Re: Pandangan radikal mengenai brek belakang motosikal 22 Jun 2012 02:29 #20

  • stuka
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 269
Zaman jd mat motor dulu, sy selalu baca pro riding tips dlm majalah Motorcyclist, tp sempat jg lah tengok buku keith code ni yg ditulis awal 90an

Sy dapati kebanyakan content buku twist ni blh digunapakai as explained termasuk countersteering, line, apex dll.

Cuma bila sampai bab braking, perlu kita ingat bahawa pengarang lebih merujuk kpd:
1) performance sportbike kategori 600-1100cc, yg amat jauh beza braking-strengthnya relatif kpd cub - ia direka utk hentikan bike dari kelajuan 200km/h atau lebih....juga ia 3-4 kali ganda lebih berat drpd penunggangnya ;-}
2) track riding (riding schools dia) - malah city ride di usa - berbeza dgn city riding d KL & seangkatan
3) klu nak off-road, memang guna brek belakang almost exclusively...cuba tengok spek brek depan mana2 pure scrambler

Apapun, konsep spt yg al-anwar petik insyAllah blh dilazimi. Klu faham dinamika fizik, lg mudah belajar
Last Edit: 22 Jun 2012 02:40 by stuka.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.36 seconds
You are here: