AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan...
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan...

Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan... 13 Jul 2014 15:24 #1

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Tadi saya dapat (ambik sendiri yg dah siap bungkus dalam periok) empat bungkus kat Masjid Kampung Baru...tah kenapa Ahad memang tak ramai orang...

Satu bagi sorang peniaga meehoon kat Jalan Raja Uda,satu lagi yg jual Murtabak kat Setapak Jaya...tetiba dapat diskaun pasal kasi bubur lambuk free...

Masa berbuka,perghhh...rasa memang tak berubah macam dulu jugak...

Mana lagi Tuan/Puan dapat kat tempat Tuan/Puan...sila share dgn kami kat sini...rasa marveles ker...

Re: Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan... 14 Jul 2014 01:22 #2

Saya suruh wife masak sendiri je kat umah tuan..
"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”
The following user(s) said Thank You: Nadim

Re: Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan... 14 Jul 2014 02:02 #3

  • aimahmad
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 99
Masak sendiri.. bubur lambuk kambing!
The following user(s) said Thank You: Jamaludin, Nadim

Re: Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan... 14 Jul 2014 06:43 #4

kt tempat tinggal saya ni populariti bubur lambuk dah malap..

"It's not where you start in life, it's where you end up"

"The tragedy of life is not death, it is what we allow to die inside us whilst we live"

“I don't know whether war is an interlude during peace, or peace is an interlude during war”

Re: Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan... 15 Jul 2014 08:28 #5

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Perghhh...terer Tuan Jamal dgn Aim...

Setau saya susah masak dia tengok kat masjid...macam macam bahan kena potong cincang tumis sukat...

Kat sini hri pertama kat depan bangunan kembar 3 DBKL jalan raja abdullah pukul tiga setengah org dah brratur...org kata yg ni sedap...saya try tak berapa ngam dgn selera saya...

Tapi saya try masjid kg baru jugak masih legend rasa dia...nak ambil free selepas solat asar...jemaah masjid ada line exclusive sendiri...
The following user(s) said Thank You: Jamaludin

Re: Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan... 15 Jul 2014 08:42 #6

  • taker
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 38
sebenarnya byk sangat tempat yg memberikan bubur lambuk secara percuma. paling fames mmg la tak lain tak bukan masjid kampung baru.mmg berbaris panjang kalau nak ambik. kalau malas nak berbaris lama2 senang jer. kena rajin solat berjemaah haaa tu jer caranya. sebag queue utk jemaah lebih pendek. tp ramai yg lebih rela berbaris lama2 drp solay berjemaah.. tp awas. pastikan anda niat solat semata2 kerana Allah, bukan sebab nak ambik bubur lambuk. encik nadim. hari ahad lepas org tak berapa nak ada sebab ramai yg balik kg sb hari selasa kan cuti nuzul al qur an. so isnin sekali tapau la.

lain2 tempat yg bagi bubur percuma adalah kat surau seberang jalan bgnan DBKL, restoran X ( tak ingat lak nama nya) kat belakang jalan raja uda. kat bagunan tabug haji pun ada. kat restoran Y pun ada kat gombak. dr masjid simpang tiga menghala ke balai polis gombak. kalau lalu kat situ masa kul 5 lbh kurang, kita akan nampak ada seseorang menghulurkan 1 paket bubur lambuk kat tepi jalan.
kt surau Z pun ada pemberian percuma. surau Z terletak kat area bengkel keta menghala ke jalan semarak.

tp sy slalu berbuka bubur lambuk kat MAU (masjid abu ubaidah) tepi tasik. sy tak pasti samada dia ada bg percuma ker tak..

kalau dulu sy mmg ambik bubur percuma di semua tempat tu sb rasanya berbeza tapi tetap sedap.

tp yg paling sedap sy penah rasa adalah yg dibuat oleh ipar saya. sebabnya ia ada udang yg besar2 dan banyak. skali makan, sy akan ambik 5-6 ekor . hahaha
The following user(s) said Thank You: Jamaludin

Re: Bubur Lambuk yang sedap di tempat Tuan/Puan... 16 Jul 2014 01:51 #7

  • aimahmad
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 99
Tak susah pun utk buat bubur lambuk ni Nadim, rempah ratusnya sama je mcm buat sup. Kalau tau buat sup, tau la masak bubur lambuk.. bahan extra yg penting cuma beras & santan je. Bahan tambahan lain ikut selera masing2, boleh letak ayam, daging, udang, kambing, kentang, lobak merah, kacang tanah & ape saja yg dirasakan sesuai. Tapi kalau dah kena bubur lambuk kambing.. memang tak pandang dah yg lain!

Teringat dulu2 masa zaman sekolah, setiap kali bulan puasa mesti buat permintaan kat arwah emak utk buat bubur lambuk. Kalau emak suruh pergi kedai beli bahan2nya, tanpa sebarang bantahan mesti laju je gi kedai.. tak payah bagi upah beli jajan pun takpe! Hahahah!
Last Edit: 16 Jul 2014 01:53 by aimahmad.
The following user(s) said Thank You: Jamaludin
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.43 seconds
You are here: