AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

[Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ?
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ?

[Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 29 Dec 2012 23:02 #1

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029


Mohon bantuan rakan2.

Kereta saya tetiba temperature naik, air-cond jadi tidak sejuk (haba). Perkara ni tidak tetap tapi kadang2 yang kerap. kejap ok kejap panas.

tolong tolonggg...

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 29 Dec 2012 23:07 #2

Kipas oh Kipas,,, Kipas radiator (radiator cooling fan), motornya dah rosak. Bila bawa laju pada kadar kipas tu dipusing oleh angin dari luar temperature akan turun. tapi bila kita slow dan berhenti temperature naik.

Adakah situasi ini yang berlaku kepada Ayah kepada dua anak lelaki?

1000 ilmu bi amal, dengan Allah, dengan nama Allah, dengan perkara Ghaib.
Last Edit: 29 Dec 2012 23:10 by alfawaatih.
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 30 Dec 2012 01:48 #3

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
ye lahh....aku perasan 2 kali terjadi semasa kereta tak bergerak tp enjin hidup. bila jln, tak lama tu temperature hidup...

so? kena tukar motor kipas la ni?
The following user(s) said Thank You: alfawaatih

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 30 Dec 2012 03:16 #4

Pergi bengkel check, aku pernah kena. tukar motor kipas je. ok balik
1000 ilmu bi amal, dengan Allah, dengan nama Allah, dengan perkara Ghaib.
Last Edit: 30 Dec 2012 03:16 by alfawaatih.
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 30 Dec 2012 04:45 #5

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
tadi aku dah check.

masa mula2 start enjin, kipas berpusing, aircond sejuk.

dah lama sikit, aircond kurang sejuk dan kipas dah tak pusing. tapi temp still bawah 90 darjah.

lepas tu, aku main minyak pulak. tekan sampai rpm jejak 7+. kipas still x pusing, temp still 80+, aircond dah makin tak sejuk.

last skali, aku bawak kereta, tekan minyak rpm hampir jejak 7. aircond makin sejuk, temp still okay. sampai rumah, bukak bonet enjin, tgk kipas pusing laju plak.

adakah normal mcm tu? atau ada masalah lain selain kipas?

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 30 Dec 2012 08:03 #6

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Simptom mcm thermostat problem. Kdg2 relay pun boleh jadi intermittent mcm tu.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 30 Dec 2012 08:37 #7

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Sir wrote:
Simptom mcm thermostat problem. Kdg2 relay pun boleh jadi intermittent mcm tu.


ermm...okay. tunggu sehari dua ni tengok macam mana. dah dapat betul2 kena pasti, baru pergi bengkel.

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 02 Jan 2013 00:48 #8

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Just nak update.

Temperature dah ok.

Saya pergi bengkel.

Rupa²nya enjin campro ada 1 kipas sahaja. itu lah kipas radiator, itu lah kipas aircond. Inilah yang jadi kekeliruan saya. maaf kalau ada salah info

Kipas memang pusing laju masa jalan dan baru berenti jalan tapi bila lama berenti kipas tak bermaya. Slow. Bila slow tu la temp naik dan aircond panas.

Tukar motor kipas RM 175 + upah pasang RM 10.
The following user(s) said Thank You: alfawaatih

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 02 Jan 2013 02:20 #9

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Kay,
Pastikan problem betul2 resolved. Sebab biasanya motor tidak akan jadi seperti itu melainkan ada problem lain yg menjadi punca. Takut nanti motor baru pun akan kaput dlm tempoh singkat.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 02 Jan 2013 02:35 #10

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Sir wrote:
Kay,
Pastikan problem betul2 resolved. Sebab biasanya motor tidak akan jadi seperti itu melainkan ada problem lain yg menjadi punca. Takut nanti motor baru pun akan kaput dlm tempoh singkat.


Apa lagi nak periksan ek? Aku memang sedang pantau relay juga, mana tau dia kejap pusing kejap tak.

Termostat tu pula mcm mana nak pantau?

Apakah water pump atau timing belt juga memberi kesan kepada motor kipas?

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 02 Jan 2013 02:55 #11

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
kayrollz wrote:
Apa lagi nak periksan ek? Aku memang sedang pantau relay juga, mana tau dia kejap pusing kejap tak.

Termostat tu pula mcm mana nak pantau?

Apakah water pump atau timing belt juga memberi kesan kepada motor kipas?


Tgk samada simptom yg sama berulang atau simptom lain pula yg timbul. Thermostat tu dia sejenis switch kawalan suhu. Cut-off suhunya preset terlebih dahulu (bergantung kpd pengeluar kereta; ada 75, 85, 95 C).

Water pump dan timing belt tidak memberi kesan kepada motor kipas radiator. Kipas radiator dikawal secara elektronik berbanding W/Pump dan T/Belt yg dikawal oleh pulley mekanikal yg dihubungkan kpd crank pulley.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 02 Jan 2013 03:07 #12

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Okay.

Saya akan pantau. Terima kasih atas tips dan nasihat

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 17 Jun 2015 00:44 #13

  • mrsid
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 5
Assalamualaikum...kereta saya pun sekarang mengalami simptom ini juga...baru saya perasan kalau jem kadang-kadang temperature naik...berhenti tepi buka bonet baru ok..ataupun saya offkan aircond..tak lama lepas tu ok balik temparature..dan satu lagi motor kipas radiator tu mcm ada bunyi bising sikit masa pusing...namun, semalam walaupun saya bawa kereta jarak dekat dan tiada jem, temparature naik lebih separuh. adakah ini masalah motor kipas atau thermostat...untuk makluman saya guna kereta iswara kereta kebal..mohon bantuan pakar? terima kasih

Re: [Kereta] Kenapa tetiba temperature naik ? 05 Aug 2015 09:16 #14

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Check kipas radiator
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
The following user(s) said Thank You: mrsid
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.25 seconds
You are here: