AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Bantu kembali kpd Islam
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Bantu kembali kpd Islam

Bantu kembali kpd Islam 26 Mar 2013 11:07 #1



beberapa bulan lepas seorang uncle (bukan melayu) berjumpa saya di pejabat. asalnya saya hanya berurusan rasmi. Kebiasaanya kerana kesibukan, saya “tidak entertain” kes2 spt uncle M. Tapi mungkin ditakdirkan begini jadinya, entah kenapa saya luangkan masa saya untuk uncle M ini.

Semasa perbualan kami, saya melihat uncle M tu menyebut2 kalimah insyaAllah dan assalamu'alaikum.. saya pun bertanya kpd uncle M. berikut perbualan kami:

saya: Uncle minat masuk Islam?
uncleM: yes i do.
saya: kalau begitu, ucaplah Asyhadu alla Ila ha Illallah, Wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah.
uncleM: ikut dengan susah payahnya.
saya: siapa yang percaya & mengaku Allah is the alMighty God and Muhammad is the massenger of Allah, dia akan selamat selepas mati.
uncleM : mengangguk, senyum ,dan nampak heppi

perbualan kami jadi panjang dan saya cube meyakinkannya Allah lah satu2nya Tuhan pencipta kita. uncleM mendengar dgn teliti dan mengangguk sahaja kelihatan bagai setuju.

akhirnya uncleM menceritakan pengalaman hidupnya kira2 20tahun dulu pernah berkahwin secara tak rasmi dgn wanita muslim. tapi perkahwinan itu tak lama. lebih kurang 2 tahun sahaja. wanita tu kecewakannya. disebabkan kecewa pd cinta uncleM melupakan segala2 berkenaan wanita itu. termasuklah islam yg dianutinya.
dan sekarang unlce telah berkahwin dgn wanita budha. now ada anak 4 org sduah kerja, semua bukan muslim.

saya cube menasihati unlceM supaya lupakan perbuatan manusia. Allah sebenarnya mahu uncleM kembali padaNya. sbb tu ditakdirkan uncleM berjumpa wanita(bekas isterinya) itu dahulu. beberapa ketika saya lihat muka uncleM kemerahan dan matanya berkaca. sungguh uncle M menangis

uncleM: tiada siapa pernah bagitahu saya mcm ni.. may God bless u..

saya jadi sgt kasihan dan simpati pd akidah uncleM ni dan nasihatkan unlceM utk amalkan islam kembali.

uncleM kata boleh, tapi dia risaukan isterinya sekarang. Katanya bagaimana kalau dia masuk islam kembali? Siapa akan jaga isterinya? Anak2nya tentu takkan setuju..

perbualan tamat dan saya memintanya menghubungi saya kembali dgn harapan saya dapat membantunya.. dan selepas itu, beberapa kali uncle dtg menemui saya di pejabat menanyakan hal ehwal urusan rasminya di pejabat saya. ada juga sedikit usaha yg saya mampu memberinya buku/makalah & video ucapan Dr,.Zakir naik berkenaan kebenaran Islam dan persoalan mengenai Allah Tuhan pencipta kita yg sebenar.

saya jadi serba salah kerana saya tidak mahu memberi advise yang berlebihan pd pelanggan kerana kami terikat dgn peraturan rasmi. Tapi pada masa sama saya sgt kasihan dan berharap akidahnya dpt diselamatkan.

saya tidak mahu peristiwa ini berulang seperti dua tahun sudah, jiran saya (uncle P) sgt baik dgn saya. setiap hari saya pulang dari kerja dia akan tegur dan berbual2 dgn saya. sehingga hadiahkan saya beberapa barang seperti pokok dan pasu bunga. sampai satu masa, dia minta saya carikan Quran terjemahan bahasa Cina.

tapi masa tu kenapalah saya tidak memandang serius permintaannya?
saya tangguh2kan permintaannya. dan tak ambil serius sbb fikir susah nk dapat Quran terjemahan Bahasa Cina tanpa sedikit pun usaha saya mendapatkannya. astaghfirullah.. semoga Allah ampunkan dosa saya

Sehinggalah suatu ketika saya tidak lagi melihat uncle P menunggu utk berbual2 dgn saya waktu petang. saya tertanya juga kemana uncle P pergi? rupa2nya uncle P telah meninggal dunia kerana sakit jantung!

yaAllah!! saya tidak boleh tidur mengenangkan permintaannya pd saya beberapa bulan sebelumnya meninggal dunia. saya sgt rasa ralat dan berdosa!

jadi kali ini, saya tidak mahu ulangi kesalahan & kekesalan yang sama.

ada yg mencadangkan utk saya bawa uncle M rujuk perkim. tapi agak sukar sy berbuat demikian memandangkan pertamanya saya wanita dan keduanya saya tidak mahu timbul tohmahan kemudian hari kerana boleh wujud keraguan dari mana2 pihak bahawa saya memberi advice berkenaan urusan rasmi unlce dengan pejabat saya.

boleh sesiapa bantu?

-wallahua'lam
halalsihatcantik.blogspot.com
~MeNcaRi yaNG HALAL itu FaRDHu

Re: Bantu kembali kpd Islam 27 Mar 2013 02:19 #2

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Perbaikidiri wrote:

ada yg mencadangkan utk saya bawa uncle M rujuk perkim. tapi agak sukar sy berbuat demikian memandangkan pertamanya saya wanita dan keduanya saya tidak mahu timbul tohmahan kemudian hari kerana boleh wujud keraguan dari mana2 pihak bahawa saya memberi advice berkenaan urusan rasmi unlce dengan pejabat saya.

boleh sesiapa bantu?

-wallahua'lam

Pada pandangan saya, merujuk Uncle M kepada pihak professional adalah jalan terbaik. Manakala pihak puan janganlah terputus hubungan dengan dia. Teruskan memberi rangsangan dan dapatkan sahabat2 yg boleh memberikan panduan yg benar tentang Islam kepadanya.

Saya tak tahu dan agak keliru kata puan tentang tohmahan dan keraguan berkaitan "advice" tu. Boleh puan jelaskan?
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Bantu kembali kpd Islam 27 Mar 2013 02:49 #3

Terima kasih tuan sir. saya akan cuba mecari jalan bagaimana dpt bawa uncle berjumpa pihak yg profesional.

oh, maksud saya tohmahan itu ialah masa2 akan dtg mungkin boleh timbul isu saya memberi nasihat tertentu kpd uncleM berkenaan urusan rasminya dgn pejabat saya. saya antara individu yang boleh memberi sedikit nasihat berkenaan urusan tersebut. namun, saya tidak boleh menyebelahi mana2 pihak.

apabila saya dilihat bersama-sama uncle tersebut diluar pejabat, mungkin boleh timbul fitnah bahawa saya memberi nasihat2 tertentu kpdnya. saya perlu berhati2 akan hal ini kerana saya terikat dgn peraturan kerja saya.
walaupun niat saya bukan memberi advice berkenaan urusannya dgn pjbt saya, tapi org tidak tahu hal sebenar.
halalsihatcantik.blogspot.com
~MeNcaRi yaNG HALAL itu FaRDHu

Re: Bantu kembali kpd Islam 27 Mar 2013 02:52 #4

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Perbaikidiri wrote:
Terima kasih tuan sir. saya akan cuba mecari jalan bagaimana dpt bawa uncle berjumpa pihak yg profesional.

oh, maksud saya tohmahan itu ialah masa2 akan dtg mungkin boleh timbul isu saya memberi nasihat tertentu kpd uncleM berkenaan urusan rasminya dgn pejabat saya. saya antara individu yang boleh memberi sedikit nasihat berkenaan urusan tersebut. namun, saya tidak boleh menyebelahi mana2 pihak.

apabila saya dilihat bersama-sama uncle tersebut diluar pejabat, mungkin boleh timbul fitnah bahawa saya memberi nasihat2 tertentu kpdnya. saya perlu berhati2 akan hal ini kerana saya terikat dgn peraturan kerja saya.
walaupun niat saya bukan memberi advice berkenaan urusannya dgn pjbt saya, tapi org tidak tahu hal sebenar.

Puan tinggal di Singapura kah?
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Bantu kembali kpd Islam 27 Mar 2013 02:55 #5

saya di Pulau Pinang
halalsihatcantik.blogspot.com
~MeNcaRi yaNG HALAL itu FaRDHu

Re: Bantu kembali kpd Islam 27 Mar 2013 03:00 #6

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Perbaikidiri wrote:
saya di Pulau Pinang

I seee... Pulau Pinang pun dh buat mcm Singapura. Tahniah PP:)

OK, berbalik kpd isu tadi, elok puan minta advice drp Perkim. Hubungi mereka dan jelaskan kpd mereka situasi puan. Tentu mereka telah ada pengalaman menguruskan situasi seperti ini.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.22 seconds
You are here: