AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

isu disebalik PTPTN
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: isu disebalik PTPTN

Re: isu disebalik PTPTN 04 Apr 2012 07:13 #31

Saya selalu dengar di US, pelajar kena kerja part time untuk bayar yuran kolej, nak dpt biasiswa susah. Mendiang Steve Job di dalam ucapannya memberitahu yuran kolejnya (yg dia sendiri drop out) sangat mahal dan dia kesian kepada ibubapanya yg bersusah payah kumpul duit untuk bayar pengajian yg dia sendiri tak minat (lalu dia drop out).
When cognition is not enough

Re: isu disebalik PTPTN 04 Apr 2012 07:41 #32

  • peyoy
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Jom Jadi Alien!
  • Posts: 144
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW.

Re: isu disebalik PTPTN 04 Apr 2012 07:49 #33

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
al-anwar wrote:
Saya selalu dengar di US, pelajar kena kerja part time untuk bayar yuran kolej, nak dpt biasiswa susah. Mendiang Steve Job di dalam ucapannya memberitahu yuran kolejnya (yg dia sendiri drop out) sangat mahal dan dia kesian kepada ibubapanya yg bersusah payah kumpul duit untuk bayar pengajian yg dia sendiri tak minat (lalu dia drop out).

RAMAI graduan US yang menderita sebab study loan yang menimbun. Cuma mereka pinjam dengan bank, bukan dengan agensi kerajaan macam PTPTN.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: isu disebalik PTPTN 05 Apr 2012 04:01 #34

  • laboo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 325
Melihat orang dengan kaki di dalam kasut kita sendiri memang tak sesuai. Tak semua orang yang datang dari keluarga sederhana atau kaya. Yang datang dari kampung ke IPT di kawasan bandar, kalau nak cari kerja memang terkial-kial. Tambah pulak kalau kat bandar besar.

Nak masuk IPT pulak, kos permulaan pon dah tinggi. Tambah-tambah kalau pelajar yang ayahnya kerja petani atau nelayan. Mana nak cekau duit ribu raban bayar duit sewa asrama dan yuran pengajian beribu-beribu. Nak tak nak tandatangan saja borang PTPTN. Masa tu tak tengok dan tak baca sama ada terkandung di dalam perjanjian tu apa-apa bayaran tambahan. Dah masuk darurat. Malah budak-budak pelajar tu tak faham pon kalau baca.

Dan tak patut jugak kalau belajar kat UITM nak banding dengan IPT lain. Tambah-tambah kalau UM, IPTA tempatan PALING mahal yurannya dari segala segi. Saya dulu kat UM dapat PTPTN baki tinggal lebih kurang separuh je. Tu nasib baik tak tinggal kat kolej kediaman. Kalau tinggal kat KK alamatnya tinggal ciput saja la. Yuran kolej pun dah separuh atau lebih duit kena potong. Nak sewa rumah pulak kawasan bandar besar mesti mahal. Jadi, walau dapat duit PTPTN saya terpaksa kerja jugak. Macam-macam saya kerja sampai basuh pinggan kat cafe kat fakulti saya pun saya buat. Nak mintak kat ayah, ayah kerja petani saja. Sikit-sikit boleh la ayah bagi.
Dibandingkan dengan UITM, yurannya memang murah. Sewa asrama pon murah. Sebab tu student UITM kalau dapat PTPTN, duitnya abis beli HP mahal-mahal. Itu la yang kawan saya kat UITM bagitahu dulu.

Tapi bagi saya, pinjaman PTPTN tu wajib dibayar bagi sesiapa yang mengambilnya. Namun, PTPTN kena la bertolak ansur memandangkan tak semua yang keluar IPT boleh dapat kerja yang stabil. Saya pun ambil tempoh 5 tahun baru boleh dapat kerja yang stabil.
وشدد على أن "هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا - القرضاوي

Re: isu disebalik PTPTN 05 Apr 2012 04:19 #35

  • AqilHaq
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 252
assalam usia saya 17 tahun selepas spm 87 saya dah mulakerja

kerja kilang kayu ASPA di maran sebelah kilang kelapa sawit...dapat rm 20 kalau buleh buat 2000 unit licinkan kayu stick yang kayanya nakdi eksport ke eropah buat ambil buat epal...
usia 19 tahun saya kerja KFC kuatan phg yang kinidah jadi bankrakyat kfc pindah kedai sebelah...dekat benteng bas station lama hamoir sungai pahe darul makmur jadicook hari hari masak ayam KFC marinate ayam bersama serbuk lada...kemudian saya kerja 7 eleven di pandan jaya... usia nak masuk 20 tahun...
usia 20 sampai 24 jadi PALAPES12UPM dapat elaun...selepas PALAPES saya berkerja mac donald jalan uda oceon hampir polih jalan traffic
di usia 26 saya kerja tanam bunga kerja di mace mace tempat...kutip litter in the bus...bus nottigham transport bus...

kalaunak cerita hal jkerja ni mace mace dah saya buat...saya dukdi hutan sabah-kalimantan setahun kerja kira pohon kayu damarminyak meranti keruing dll...

jadi PTPTN nikalau buleh kurangkan interest...ada yang tak berjaya kurangkan interest pakai ujrah...saya tak tahu kenapa...ujrah ni tak semua dapat...
saya kini belajar master sains belanja sendiri...
inshaAllah berjaya

Re: isu disebalik PTPTN 06 Apr 2012 08:49 #36

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Tuntutan:

1) Hapuskan caj perkhidmatan bagi mereka yang telah membuat pinjaman. Peminjam hanya perlu bayar sebanyak yang dipinjam sahaja. Tiada lagi peminjam baru. Sebaliknya digantikan dengan pendidikan percuma.

2) Pendidikan yang percuma sehingga ke peringkat tertiary dan peruntukan bagi R&D/tesis/kajian.

3) Mansuhkan kursus/bidang yang tidak bermanfaat/kurang bermanfaat. Saya pernah dimaklumkan ada pengkhususan dalam bidang muzik hanya untuk bermain clarinet. (?!)

Wallahua'lam. Semoga tuntutan ini diberikan perhatian oleh pembuat dasar (sudah dipanjangkan kepada pihak berkenaan, diposkan di sini untuk renungan bersama. Saya khuatir tuntutan ini telah "fallen into deaf ears"...)
Last Edit: 06 Apr 2012 08:50 by mfauzy. Reason: Tambahan

Re: isu disebalik PTPTN 06 Apr 2012 11:55 #37

after some deep thought....
in a way....
betul juga apa yg diperkatakan oleh sesetengah forumer
melihat senario masakini, ijazah diploma mmg tidak menjanjikan apa2
sehinggakan, nak dapat kerja, perlu WAJIB ada ijazah atau master programe...baru kerja terjamin

idea tercetus apbila berborak dgn gadis nandos bernama zafirah
orgnya cantik, pelajar diploma, ada pinjaman ptptn, tp tak dapat kerja
so terpaksa belajar ijazah,..kena pinjam lagi

gadis kedua namanya bella, juga pekerja nandos
orgnya sexy, pelajar diploma juga, tp perlu melanjutkan pelajaran ijazah kerana nak dpt kerja lagi terjamin

so....melihat situasi hari ni, di mana ijazah diploma tidak menjanjikan apa2....
mmg wajar peminjam ptptn diberi kelonggaran dan keringan
apa yg saya tak setuju ialah 100% hutang dilangsai
namun saya setuju kalau bayaran mereka dilonggarkan atau diringankan

walaupun saya bertemu dengan gadis cantik dan sexy
namun
ia masih belum "fit" dgn kriteria list saya

Re: isu disebalik PTPTN 08 Apr 2012 09:11 #38

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
PTPTN ni bukan ke semua yang dapat,akan di offerkan menggunakan sistem islamic, interest dia 1% sahaja?...
Last Edit: 08 Apr 2012 09:11 by Nadim.

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 00:42 #39

  • najib76
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1050
PTPTN gunakan konsep Ujrah , telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 01:49 #40

  • immfma
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 280
mfauzy wrote:

2) Pendidikan yang percuma sehingga ke peringkat tertiary dan peruntukan bagi R&D/tesis/kajian.

Bukankah mereka yang melakukan Master dan PHD melalui penyelidikan;
- Yuran mereka dibayar oleh wang vot penyelidikan
- Mereka dibayar gaji?

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 03:44 #41

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Nadim wrote:
PTPTN ni bukan ke semua yang dapat,akan di offerkan menggunakan sistem islamic, interest dia 1% sahaja?...

1% tu atas princ atau balance?
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 03:55 #42

  • sil
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 352
knp kerajaan x buat sistem yg mana sebaiksahaja graduan menjawat jawatan tetap yg bergaji rm3k ke atas barulah potongan PTPTN secara otomatik dilakukan.. kalau graduan yg belum bekerja tetap dan sekadar bekerja kat setesen minyak @ pengawal keselamatan apa yg nak dibayar dgn gaji rm700 sebulan? dorg meminjam masa nak belajar sebab x mampu dan berniat akan membayar kembali sekiranya mereka dah bekerja dan mempunyai status kewangan yg stabil.. tapi kalau yg berlaku adalah sebaliknya? xkan itu pun berdosa juga? mustahil mereka x berusaha menstabilkan kewangan mereka..

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 04:50 #43

Membaca thread2 ini terasa kesian nasib graduan2 terutama graduan Melayu. Dikatakan mengangur puluhan ribu. Satu ketiaka di katakan 50 ribu (2009) yang di keluarkan oleh MOHR.

Tetapi negara kita banyak project terutama GLC dan Kerajaan, tetapi saya yang terlibat pelik jugak melihat hal ini dimana projek2 Petronas yang bernilai sebagai contoh saya senaraikan

1) Sabah Serawak Pipeline = RM1.4b (in progress)
2) Sabah Oil and Gas Terminal = RM2.4b (in progress)
3) RAPID di Johor = RM60b (akan bermula)
4) Sabah Amonia Urea Project = RM5b (in progress)
5) Kimanis Sabah Power Plant = RM1.2b (in progress)
6) Reju and Revamp GPP 1-2-3 Kerteh= RM1.4b (in progress)
7) Regas LEKAS In Melaka = RM1.1b (in progress)

Oleh kerana kerajaan atau GLC tidak serious dalam melaksanakan butiran kontrak yang mewajibkan Malaysian dan Bumiputra content maka wajah2 seperti Pilipinos, Auzzie, India (from India), Korean, Chinese (from China), Taiwanese memenuhi jawatan2 dalam projek di atas. Bukan saja executive tetapi "kuli batak" pun di impot. Fenomena begini amat menyedihkan. Apa perlu dibanggakan bilion2 projek jika anak tempatan tidak di utamakan.

Dengan alasan "tiada tenaga kerja yang sesuai" dari main contractor dan "ugutan" bahwa kerja tidak akan memenuhi jadual akhir, maka GLC senang saja memberikan gree light untuk "melanggar" klausa "Malaysian Content".

Tidaklah adil untuk menghukum Graduan yang tidak bekerja dengan membayar balik PTPTN.

GLC tidak membantu apa2 ... satu kenyataan yang benar!

W.A

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 05:24 #44

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
fakiralkaya wrote:

Oleh kerana kerajaan atau GLC tidak serious dalam melaksanakan butiran kontrak yang mewajibkan Malaysian dan Bumiputra content maka wajah2 seperti Pilipinos, Auzzie, India (from India), Korean, Chinese (from China), Taiwanese memenuhi jawatan2 dalam projek di atas. Bukan saja executive tetapi "kuli batak" pun di impot. Fenomena begini amat menyedihkan. Apa perlu dibanggakan bilion2 projek jika anak tempatan tidak di utamakan.

Kuli ni susah lah nak cakap. Syarikat sekarang ni nak kawal kos dan overhead costs ni memang killing. Maka mereka selalunya kontrak kan kerja-kerja buruh ni. Bila kontrak, local kurang berminat kerana local lebih melihat kpd job secure. Kalau bagi gaji banyak ok le tapi pasaran buruh di Malaysia ni gajinya tak lebih RM1000 pun even taraf kontrak. Benda ni berkait rapat dgn strategi syarikat dlm pengawalan kos.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 05:41 #45

Sir wrote:

Tidak jugak faktor $$$ kerana pekerja kuli impot 29% WHT akan di tanggong oleh Majikan tidak termasuk buden2 yang lain2. Bagi saya faktor kelonggaran yang di berikan. Kemudian kenapa Syarikat2 ini menandatangi satu klausa dalam kontrak dia comply to Malaysia content and withold for the whole of project duration! Kenapa penalti tidak di kenakan keatas mereka. Ramai orang boleh tt comply dan tarok harga rendah kemudian dapat project semua breach and waiver!.

Sememangnya dalam ITB cakap "tidak semestinya yang paling rendah award" tetapi itulah hakikatnya.

W.A

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 05:52 #46

  • najib76
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1050
[quote]KUALA LUMPUR - Berikut adalah 11 resolusi yang dicapai pada Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 anjuran Pemuda Umno.

Dari aspek pinjaman:

1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.

2. Bagi menampung keperluan Meja Bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syarikat-syarikat utama dalam Negara

3. Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.

4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara khasnya di Timur Tengah.

5. Pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya hendaklah meliputi harga tiket penerbangan 2 kali setahun.

Dari aspek pembayaran:

6. Rombakan terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

a) bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.

b) kaedah bayaran balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisma pembayaran seperti KWSP dan LHDN disamping kemudahan pembayaran melalui sistem e-payment sedia ada.

c) Insentif pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan bayaran PTPTN pekerja mereka.

d) kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.

Dari segi tabungan SSPN:

7. Kerajaan hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah terus kepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akuan SSPN.

Dari aspek komunikasi:

8. Peminjam dan PTPTN hendaklah melaksanakan ucapan akad untuk memastikan peminjam sedar bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar semula.

9. PTPTN hendaklah melaksanakan promosi dan menyebar luas segala maklumat yang tepat kepada peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan PTPTN dapat difahami.

10. PTPTN hendaklah menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebar luas maklumat akan lebih berkesan.

11. PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi.[quote]

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 06:32 #47

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
fakiralkaya wrote:

Tidak jugak faktor $$$ kerana pekerja kuli impot 29% WHT akan di tanggong oleh Majikan tidak termasuk buden2 yang lain2. Bagi saya faktor kelonggaran yang di berikan. Kemudian kenapa Syarikat2 ini menandatangi satu klausa dalam kontrak dia comply to Malaysia content and withold for the whole of project duration! Kenapa penalti tidak di kenakan keatas mereka. Ramai orang boleh tt comply dan tarok harga rendah kemudian dapat project semua breach and waiver!.

Sememangnya dalam ITB cakap "tidak semestinya yang paling rendah award" tetapi itulah hakikatnya.

W.A

WHT - Withholding Tax? Bukan between 13% to 15% ke. WHT hanya utk syarikat yg tak ada branch di Malaysia aja. Bagi manpower services, syarikat yg memberi kontrak cuma bayar fixed amount kpd syarikat yg membekal manpower tadi. Jadi tak timbul lagi masalah kos yg tidak terkawal apabila mengambil buruh yg berkerja tetap.

TT la pulak.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 15:30 #48

Saya dulu ada degree engineering, kena kerja sebagai cashier.. boleh je bayar ptptn.. xperlu dapat kerja ngan JKR baru nak start bayar..

Dari pengalaman saya disebuah U dulu, hari pertama duit ptptn masuk, shopping kompleks, low yat penuh dengan student..

Re: isu disebalik PTPTN 12 Apr 2012 16:25 #49

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
anuarlela wrote:
Saya dulu ada degree engineering, kena kerja sebagai cashier.. boleh je bayar ptptn.. xperlu dapat kerja ngan JKR baru nak start bayar..

Dari pengalaman saya disebuah U dulu, hari pertama duit ptptn masuk, shopping kompleks, low yat penuh dengan student..

Sadaqa Anuarlela.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: isu disebalik PTPTN 13 Apr 2012 02:47 #50

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
anuarlela wrote:
Saya dulu ada degree engineering, kena kerja sebagai cashier.. boleh je bayar ptptn.. xperlu dapat kerja ngan JKR baru nak start bayar..

Dari pengalaman saya disebuah U dulu, hari pertama duit ptptn masuk, shopping kompleks, low yat penuh dengan student..

Saya adalah tergolong dlm pemikiran yg sama dgn tuan Tapi PTPTN berkait dgn polisi (policy). Polisi tak boleh diperuntukkan hanya untuk sebahagian kecil masyarakat sahaja. Tuan dan saya adalah sebahagian kecil (5%) yg berfikir begitu. Polisi kena jaga yang 95% lagi tu.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: isu disebalik PTPTN 13 Apr 2012 09:49 #51

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Kalau betullah pinjaman yang sedang ditanggung oleh pelajar pelajar sekarang dapat dimansuhkan...saya tabik pihak yang bertanggungjawab tersebut...

maknanya habislah bebanan satu pinjaman yang agak besar jumlahnya...

saya ingat kalau dapat rebate pun dah baik...ataupun diskaun bagi mereka yang bayar/fully settled lebih awal...

Re: isu disebalik PTPTN 13 Apr 2012 12:15 #52

Sir wrote:
fakiralkaya wrote:

Tidak jugak faktor $$$ kerana pekerja kuli impot 29% WHT akan di tanggong oleh Majikan tidak termasuk buden2 yang lain2. Bagi saya faktor kelonggaran yang di berikan. Kemudian kenapa Syarikat2 ini menandatangi satu klausa dalam kontrak dia comply to Malaysia content and withold for the whole of project duration! Kenapa penalti tidak di kenakan keatas mereka. Ramai orang boleh tt comply dan tarok harga rendah kemudian dapat project semua breach and waiver!.

Sememangnya dalam ITB cakap "tidak semestinya yang paling rendah award" tetapi itulah hakikatnya.

W.A

WHT - Withholding Tax? Bukan between 13% to 15% ke. WHT hanya utk syarikat yg tak ada branch di Malaysia aja. Bagi manpower services, syarikat yg memberi kontrak cuma bayar fixed amount kpd syarikat yg membekal manpower tadi. Jadi tak timbul lagi masalah kos yg tidak terkawal apabila mengambil buruh yg berkerja tetap.

TT la pulak.

I use WTH - may be not correct, but company will hold the money for LHDN before the ppl leave Malaysia. But non-resident tax rate = 29% acu check LHDN.

Re: isu disebalik PTPTN 13 Apr 2012 17:55 #53

  • majpym
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 34
Dulu, belajar sambil kerja, Part time jual burger kat seksyen 8 shah alam.
Pinjaman MARA tetap saya mohon.
Yang penting jangan jangan susahkan hidup mak ayah di kampung.
Apa yang saya nampak pelajar2 universiti sekarang ni, buat pinjaman ptptn atau MARA....tapi masih tak cukup duit.
Tiap2 bulan nak mintak duit kat mak ayah.
Sebenarnya, belajar di Malaysia ni tak perlu buat kerja part time pun. Cukup sekadar duit pinjaman yang disediakan.
Hutang tetap hutang. Mesti kena bayar.
Tapi kalau diberikan peluang hutang dihapuskan,itu dah kira bonus+rezeki.
Bayarlah hutang walau hanya RM10 sebulan. Sebab itu dikira usaha yang termampu.

Re: isu disebalik PTPTN 13 Apr 2012 18:10 #54

jgn terkejut..... di usa... kerana gara2 nak jadi doktor, seorang perempuan sudi kerja stripper atau pelacur hanya utk mendapat ijazah kedoktroan

Re: isu disebalik PTPTN 14 Apr 2012 00:59 #55

  • immfma
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 280

Re: isu disebalik PTPTN 14 Apr 2012 02:38 #56

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
fakiralkaya wrote:
I use WTH - may be not correct, but company will hold the money for LHDN before the ppl leave Malaysia. But non-resident tax rate = 29% acu check LHDN.

WHT biasa applied bukan utk kuli. Highly skilled personnel. Saya biasa proses invoice depa dan rate dia cuma 10% (ada employee depa kat sini). Non resident 13%. Kuli biasa local company yg buat service tu cuma guna foreign labor.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: isu disebalik PTPTN 14 Apr 2012 02:43 #57

  • shim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 505
mengapa belajar tinggi-tinggi?
Nak dapat kerja gaji tinggi....

betul ke belajar tinggi akan dapat kerja gaji tinggi??
emmmmrrr...

let me rephrase the question.... PERLU ke belajar tinggi-tinggi?
perlu.....
SEBAB?
nak dapat gaji tinggi...

itu lah harapan kita. tapi ada kala nya harapan hanya tinggal harapan. yang dapat hanya beban

manusia sudah terlampau ramai
IPTA tak mampu menampung kehadiran manusia manusia ini
untuk IPTA sahaja boleh lah di hapuskan PTPTN
tapi berapa ramai boleh masuk IPTA????

top 10,000 termasuk mereka dan sedara mara mereka

cammana dengan next top 10,000??

masuk IPTS laa...

good idea.... tapi sapa nak tanggung yuran dll? PTPTN dah takde

Biasiswa FAMA... FAther and Mother Association ... mak bapak laaa.

FAMA tak sanggup???

cari kerja aje laaa... rezeki Allah ada di mana mana
apa yang berlaku adalah takdir
bagaimana menghadapi takdir, itu adalah ujian

Re: isu disebalik PTPTN 15 Apr 2012 00:51 #58

  • donjo
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 19
nak tanya,,, kalau kerajaan hapus kan yuran pengajian IPTA, maka pelajar tak perlulah nak bayar yuran pengajian selama berada di universiti free of charges

namun begitu pelajar masih perlu mendapatkan wang untuk saraan hidup seperti makan minum pakaian ketika di universiti.. maka apakah disini masih wajar peranan PTPTN? sebab tak semua pelajar mampu bekerja sendiri ketika tempoh pengajian bagi menampung kos sara hidup.. mungkin boleh minta tolong dr ibu ayah.... tetapi ada juga ibu ayah yg tak mampu dari segi kewangan untuk bagi kos sara hidup harian.. so?

adakah pihak kerajaan juga perlu sedia kan makan minum dan elaun sebagainya utk pelajar ketika tempoh belajar tersebut?

begitu ke?

Re: isu disebalik PTPTN 15 Apr 2012 06:21 #59

saya khuatir
sedang isu ptptn hangat dipermainkan
1/ semakin ramai graduan mungkin berbelanja dgn banyaknya atau
2/ seorang graduan mungkin berhajat utk melengahkan bayaran sehingga ptptn berjaya dihapuskan

apa2 pun, dari segi politik, mudah mendapat undi murah
apa tidaknya....undi PR, terus hutang dilangsaikan
apakah erti kualiti undi yg hanya bkerana mahu hutang dilangsaikan , tanpa melihat kepada kualiti kepimpinan?
kita mahu seorang rakyat malaysia mengundi sebuah parti politik dlm melihat bagaimana ia membantu malaysia jadi negara maju, dari segi qualitiy kepimpinan.....bukan utk tujuan peribadi langsai hutang
terlalu ramai org mengundi demi kepentingan diri sendiri....

Re: isu disebalik PTPTN 15 Apr 2012 11:11 #60

baguslah kalau kepentingan peribadi diperoleh drpilihanraya, bila lagi nakdipujuk2 seme org
Time to create page: 0.58 seconds
You are here: