AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Telefon build-in Projector: Samsung Galaxy Beam
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Telefon build-in Projector: Samsung Galaxy Beam

Telefon build-in Projector: Samsung Galaxy Beam 03 Mar 2012 14:15 #1

  • el.ilmy
  • OFFLINE
  • IT Admin
  • 1AQIDAH: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan
  • Posts: 335


Mobile World Congress 2012 di Barcelona baharu saja berakhir. Pelbagai tarikan ditunjukkan oleh pengeluar-pengeluar peranti mudah alih. Nokia menunjukkan model telefon pintar dengan kamera 41 megapixels, beberapa syarikat lain menunjukkan telefon pintar dengan pemproses empat teras (quad core processor) yang membawa 2012 sebagai zaman pemasyhuran quad core, Samsung pula selain memperkenalkan Galaxy Note 10.1 inci dengan perisian Adobe Photoshop Touch, ia juga memperkenalkan Galaxy Beam, telefon pintar dengan projector.

Ia sangat praktikal untuk digunakan oleh ramai sasaran pengguna. Businessman yang nak present produk, guru yang nak buat presentation, student gunakan dalam group discussion, bersama rakan-rakan untuk melihat foto kenangan, bersama keluarga untuk menonton movie, foto kenangan dan sebagainya. Hanya perlukan satu peranti mudah alih tanpa projector, tanpa laptop, tanpa wayar.

Dan saya nampak, ia bagus untuk dimiliki untuk tunjukkan rakaman video ceramah atau kuliah kepada ahli keluarga dan para jamaah di surau/masjid di kampung-kampung yang sukar ustaz-ustaz kita nak sampai di sana, kita boleh bawakan rakaman video ceramahnya dengan mudah hanya dengan telefon pintar Samsung Galaxy Beam.

Gambar





Video


Review:
- www.pcmag.com/article2/0,2817,2400751,00.asp
- androidcommunity.com/samsung-galaxy-beam-hands-on-20120227/
- www.sammobile.com/2012/02/29/mwc-galaxy-beam-hands-on-2/
وقلت، والله أعلم بالصواب
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.17 seconds
You are here: