AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Faraid bagi pampasan kematian dalam takaful
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Faraid bagi pampasan kematian dalam takaful

Faraid bagi pampasan kematian dalam takaful 24 Nov 2013 16:36 #1

  • dianaa
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 4
assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanya soalan mengenai masalah FARAID.
seperti yg diketahui wang simpanan takaful tertakluk kepada hukum faraid sekiranya seseorang meninggal dunia.
adakah wang pampasan kematian juga termasuk dalam hukum faraid dan tidak boleh diambil oleh penama dlm takaful kerana wang pampasan bukan harta si mati semasa hidup?
mohon luangkan masa ustaz utk menjawab.terima kasih.

Re: Faraid bagi pampasan kematian dalam takaful 26 Nov 2013 14:02 #2

  • dianaa
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 4
BUMP

Re: Faraid bagi pampasan kematian dalam takaful 26 Nov 2013 15:58 #3

Wa'alaikumusSalaam. Saya yg bukan ustadz ni sekadar ingin berkongsi. Dalam permohonan takaful, pelanggan diberi pilihan untuk berdaftar dengan Amanah Trust, samada ingin menamakan penerima Hibah atau Wasi. Tidak semua syarikat takaful yg berdaftar dgn Bank Negara & Islamic Financial Services Act (IFSA- berkuatkuasa Jun 2013) mempunyai kedua-dua khidmat tersebut.

Dalam kes Hibah, ianya mudah kerana pewaris/para perawis dinamakan awal2 untuk peratusan pembahagian harta (Sum Cover). Manakala Wasi hanya menerima amanah jumlah keseluruhan pampasan dan seterusnya diwajibkan proses Faraid utk semua pewaris yg berhak. Takaful adalah berdasarkan 'Aqad, dan semuanya termaktub secara jelas, termasuklah sistem pewarisan melalui Hibah atau Wasi yang melalui kriteria2 panel penasihat syariah dari seawal hari pertama lagi.

Macam juga tabung khairat sesebuah kariah. Apabila mati salah seorang ahli, wang terkumpul hasil Tabarru' setiap ahli akan disalurkan kepada keluarga si mati pada jumlah tertentu bg pengurusan jenazah (bereavement/funeral expenses), walaupun si ahli tu pernah sumbang sebahagian sahaja daripada jumlah dana khairat terkumpul semasa dan tidak diketahui bila dia akan mati, tetap akan dapat. Bezanya, tabung khairat berskala kariah, takaful berskala industri. Maka, takaful punya Hibah ke, wasi ke, adalah hak waris. (Maaf jika tidak menepati piawai jawapan bagi soalan yg diajukan.)

Re: Faraid bagi pampasan kematian dalam takaful 27 Nov 2013 17:00 #4

  • dianaa
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 4
syukran jazilan ustaz...rasanya dh menjawab soalan
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.16 seconds
You are here: