AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Pengamal Riba - Ahli Neraka
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Pengamal Riba - Ahli Neraka

Pengamal Riba - Ahli Neraka 18 Sep 2013 07:32 #1

  • View
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 7
Assalamualaikum kepada semua Ahli disini, Saya bermohon untuk membuka thread mengenai tajuk yang saya kemukakan. Jika Tajuk saya tersebut tidak sesuai di tanya disini atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, mohon pihak admin delete thread ini.
Seringkali kita membaca dan mendengar di ruang media mengenai perdebatan dalam agama yang telah menjadi perbualan harian di kalangan pencinta-pencinta jalan kebenaran untuk menuju syurga Allah S.W.T. yang kekal milik NYA.

Namun ditengah-tengah perdebatan tersebut, Saya ingin melontarkan pertanyaan saya mengenai ancaman nilai-nilai material yang bermain disekeliling kehidupan kita seperti dari mana rezeki kita dapat, dimana rezeki kita simpan seterusnya kemana rezeki yang kita belanjakan.

Apa yang mengerunkan kepada saya ialah berkenaan masalah riba . Ia seolah-olah masalah akidah yang membezakan antara muslim dan kafir. Mungkin dikalangan anda sudah biasa dengan persoalan ini bagi saya seperti ia baru berputik. Saya ada terbaca ayat Al-Quran berkenaan riba ini iaitu

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Adakah pengamal riba ini akan menjadi ahli neraka yg kekal selama-lamanya iaitu tiada beza dengan orang kafir.

Bagaimana nak beza ini riba itu tidak riba lebih2 lagi dalam urusan jual beli.

Jenis account apa yang riba dan tidak riba.

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 19 Sep 2013 03:03 #2

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
View wrote:
Assalamualaikum kepada semua Ahli disini, Saya bermohon untuk membuka thread mengenai tajuk yang saya kemukakan. Jika Tajuk saya tersebut tidak sesuai di tanya disini atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, mohon pihak admin delete thread ini.
Seringkali kita membaca dan mendengar di ruang media mengenai perdebatan dalam agama yang telah menjadi perbualan harian di kalangan pencinta-pencinta jalan kebenaran untuk menuju syurga Allah S.W.T. yang kekal milik NYA.

Namun ditengah-tengah perdebatan tersebut, Saya ingin melontarkan pertanyaan saya mengenai ancaman nilai-nilai material yang bermain disekeliling kehidupan kita seperti dari mana rezeki kita dapat, dimana rezeki kita simpan seterusnya kemana rezeki yang kita belanjakan.

Apa yang mengerunkan kepada saya ialah berkenaan masalah riba . Ia seolah-olah masalah akidah yang membezakan antara muslim dan kafir. Mungkin dikalangan anda sudah biasa dengan persoalan ini bagi saya seperti ia baru berputik. Saya ada terbaca ayat Al-Quran berkenaan riba ini iaitu

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Adakah pengamal riba ini akan menjadi ahli neraka yg kekal selama-lamanya iaitu tiada beza dengan orang kafir.


Al-Quran mengisytiharkan mereka yang mengamalkan riba' itu memerangi Allah SWT dan rasul-Nya, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah, ayat 279 yang bermaksud:

“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan dari Allah SWT dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).”

Ibn Abbas RA berkata: Sesiapa yang masih mengamalkan riba dan tidak mahu menjauhinya, maka pemerintah umat Islam berhak meminta dia bertaubat. Jika tidak bertaubat, pemerintah berhak memenggal lehernya. Menurut al-Rabi’ bin Anas; Allah memberi amaran keras untuk membunuh orang yang mengamalkan riba. Riwayat Ibn Jarir: Demikian menurut tafsiran Imam Ibn Kathir

Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 275, maksudnya:

“Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Ayat ini menyebut bahawa mereka yang beramal dengan riba sudah pasti dimasukkan ke dalam neraka dan kekal padanya yang demikian sebagai gambaran betapa buruk dan kejinya riba seolah-olah sama seperti orang yang tidak beriman kekal dalam neraka. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman 1/245 dan Jami’ al-Bayan 3/105)

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah bersabda:

Maksudnya:“Jauhilah tujuh kesalahan besar. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kesalahan itu? Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah SWT, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah SWT kecuali kerana kebenaran, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada pertempuran serta menuduh wanita suci dan beriman berzina tanpa disedarinya.”
Riwayat al-Bukhari (2615) dan Muslim (89)

Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:
Maksudnya: “Apabila zina dan riba menzahirkan diri di sesebuah kampung, mereka sebenarnya telah membenarkan diri mereka diazab oleh Allah SWT.” Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (2/37)

Kesemua hadis ini sudah cukup menjelaskan keburukan riba. Sudah cukup untuk kita menjauhi riba, apabila semua mereka yang terlibat dengan riba dilaknat, dan amalan riba pula disenaraikan sebagai jenayah yang berat, dosa dan pendustaannya tiada yang menyerupainya kecuali jenayah menyekutukan Allah SWT. Malah bukti paling nyata riba adalah amalan yang buruk ialah apabila dihubungkait dengan zina, jenayah menceroboh kehormatan dan merosakkan individu dan masyarakat yang tiada tandingannya. Kedua-duanya menjadi sebab sesebuah masyarakat dimusnahkan

Bagaimana nak beza ini riba itu tidak riba lebih2 lagi dalam urusan jual beli.

Di dalam Surah al-Rum, ayat 39, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan).”

Maknanya, semua bayaran tambahan kepada modal yang kamu berikan kepada pemakan riba akan menambah dan mengembangkan harta mereka tetapi Allah SWT akan menghapuskannya dan tidak akan memberkatinya. Menurut istilah para fuqaha terdapat beberapa definisi, antaranya:

• Mazhab Hanafi: Riba ialah lebihan suatu harta tanpa tukaran (gantian) di dalam sesuatu akad tukaran harta dengan harta. Maksudnya ialah lebihan harta walaupun lebihan itu dalam bentuk hukum sahaja. Oleh itu, definisi ini meliputi riba al-nasi’ah dan juga meliputi segala jenis jual beli yang rosak dan tidak sah (al-buyu’ al-fasidah), atas alasan bahawa tangguhan pada sekali satu barang tukaran itu mengakibatkan lebihan, dari sudut hukum, tanpa tukaran kebendaan yang dapat dirasai. Tangguhan itu
pada kebiasaannya melahirkan tukaran tambahan. (Lihat Ibn Abidin 4/176)

• Mazhab Maliki: Setiap jenis daripada jenis riba mengikut yang ditakrifkannya.(Lihat Kifayah al-Talib 2/99)

• Mazhab Syafie: Riba ialah akad yang dimeterai sebagai pertukaran barang tertentu tetapi pada ketika akad dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran Syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan. (Lihat Mughni al-Muhtaj 2/21)

• Mazhab Hanbali: Riba ialah berlaku lebihan dalam beberapa perkara dan kelewatan penyerahan yang dikhususkan dengan perkara tertentu berdasarkan syariat yang mengharamkannya. (Lihat Kasyaf al-Qina’ 3/251)

Kesimpulannya, segala barangan yang ada unsur ribawi dan mendapati segala ciri-cirinya seperti tiada qabadh atau bertangguh,maka dianggap sebagai riba.

Jenis account apa yang riba dan tidak riba.

Resolusi Majlis Majma’ Fiqh Islami Kali ke-9 di Mekah 1406H

Telah nyata dan benar kajian Ilmiah Ekonomi bahawa riba amat bahaya dalam ekonomi dunia, siasah, akhlak dan keselamatannya.Di sebalik krisis ini yang melanda dunia, ia tiada jalan penyelesaian kecuali membanteras ini yang telah dilarang oleh Islam 14 kurun yang lampau.

Antara resolusi:
• Menjadi kewajipan terhadap umat Islam menghentikan amalan riba dalam apa juga bentuk.
• Majlis Fiqhi amat sukacita dengan Perbankan Islam sebagai alternatif dan berpendapat sewajarnya diperluaskan/dikembangkan lagi pada setiap tempat hingga menjadi ampuh dan jitu.
• Haram dan tidak harus bagi orang Islam berinteraksi dengan bank ribawi setelah adanya Institusi Perbankan Islam.
• Semestinya pihak berkuasa/pemegang amanah membersih sistem ribawi dan bertukar kepada sistem Islam.

Kenyataan seperti ini bukan hanya dikeluarkan oleh badan tertinggi ulama dunia yang diiktiraf oleh negara Islam tetapi banyak lagi institusi dan Jawatankuasa Fatwa lain yang menyokong dan senada dengan pendapat di atas.

Ruj:
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
6 Januari 2012M bersamaan 12 Safar 1433H

Semoga mendapat pencerahan.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
The following user(s) said Thank You: najib76

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 19 Sep 2013 03:19 #3

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Sebagai tambahan:-

وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-

ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة

Lafaz "barangsiapa mengulangi" ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras" (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328)

Api yang Membakar

Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36 )

Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36) :-

1) Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke Syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.

2) Memasukkan seseorang ke Syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad s.a.w.

3) Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi s.a.w

4) Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.

5) Peningkatan darjat di syurga agar mendapat tahap syurga yang lebih baik.

Sedarkah ?!

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir mereka itu, tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w.

Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakpedulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh mejatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah swt.

Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-razi apabila beliau menghurauikan maksud ‘orang yang kembali' dalam ayat di atas sebagai :-

فالمعنى ومن عاد إلى استحلال الربا حتى يصير كافراً

Erti ayat "barangsiapa yang kembali" (di atas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. ( Tafsir Al-Kabir, 7/82)

Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelabagi pagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit la, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.

Ruj:
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
The following user(s) said Thank You: najib76

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 19 Sep 2013 13:16 #4

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
amalan riba ni biasanya membabitkan duit...jualan dengan belian...

ada kah riba yg tak babitkan duit...

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 19 Sep 2013 14:38 #5

  • View
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 7
Terima kasih Tuan sir diatas pencerahan tersebut. Jika boleh Tuan Sir sertakan contoh-contohnya sekali supaya lebih jelas makna yang dihuraikan bagi setiap definasi diatas. Selain itu saya muskil juga dengan negara-negara Islam yang lain. Adakah mereka mempunyai institusi pinjaman yang berlandaskan Islam. Jika ada, mohon diberikan contohnya.

Saya juga ingin tahu jika sesuatu akaun itu ditambah hujung dengan Islamic adakah ia bebas dari sistem riba?.
Last Edit: 19 Sep 2013 14:40 by View.

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 20 Sep 2013 03:40 #6

dlm hal pinjaman peribadi

dimana peminjam perlu memulangkan kuantiti RM melebihi RM yang dipinjamkan oleh peminjam.

ini merupakan suatu bentuk riba yang jelas sekalipun di'brand'kan atas nama Islamik.

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 20 Sep 2013 09:04 #7

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
View wrote:
Jika boleh sertakan contoh-contohnya sekali supaya lebih jelas makna yang dihuraikan bagi setiap definasi diatas.


Satu penjelasan yg mudah berkaitan riba' -- sila klik --> Penjelasan Mudah Berkaitan Riba'
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 20 Sep 2013 13:48 #8

  • View
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 7
laharjaya wrote:
dlm hal pinjaman peribadi

dimana peminjam perlu memulangkan kuantiti RM melebihi RM yang dipinjamkan oleh peminjam.

ini merupakan suatu bentuk riba yang jelas sekalipun di'brand'kan atas nama Islamik.




Maksud Tuan, bersih dari riba itu jika tidak dikenekan apa-apa interest di dalam pinjaman.

Peminjam dan pemberi pinjaman adakah mereka dikenakan hukum sama berkaitan dengan riba ini?

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 20 Sep 2013 13:50 #9

  • View
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 7
Sir wrote:
View wrote:
Jika boleh sertakan contoh-contohnya sekali supaya lebih jelas makna yang dihuraikan bagi setiap definasi diatas.


Satu penjelasan yg mudah berkaitan riba' -- sila klik --> Penjelasan Mudah Berkaitan Riba'


Terima kasih di atas link.

Nak tanya juga, apa hukum menyimpan duit di intitusi yg mengamalkan riba?.

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 12 Mar 2014 00:16 #10

  • najib76
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1050


ada persoalan ..

syarikat A membuat jualan murah produk elektronik kpd pekerjanya ..
kaedah bayaran ada 2 cara ..
1. tunai
2. ansuran dengan kadar 2%

adakah 2% itu RIBA ?

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 12 Mar 2014 01:00 #11

  • atanlaka
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 155
najib76 wrote:


ada persoalan ..

syarikat A membuat jualan murah produk elektronik kpd pekerjanya ..
kaedah bayaran ada 2 cara ..
1. tunai
2. ansuran dengan kadar 2%

adakah 2% itu RIBA ?


Kalau camtu, apa bezanya dengan apa yang diamalkan bank 'riba'?

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 14 Mar 2014 11:54 #12

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Pendapat saya, sekarang ni memang susah nak lari dari situasi riba ni...

Setiap jualbeli ada terpalit riba...

Kena beli direct dgn manufacturer kot baru tak ada...w.a.

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 14 Mar 2014 15:25 #13

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Nadim wrote:
Pendapat saya, sekarang ni memang susah nak lari dari situasi riba ni...

Setiap jualbeli ada terpalit riba...

Kena beli direct dgn manufacturer kot baru tak ada...w.a.

Jual beli dn riba dua perkara yg berbeza. Mana boleh disamakan. Jual beli halal manakala riba haram. Bagi riba, ianya ada kategori barangan yg dinamakan barangan ribawi. Cth; Emas.
Jual beli emas itu halal. Mengambil keuntungan drp jual beli emas itu halal.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 14 Mar 2014 22:31 #14

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Sir wrote:
Nadim wrote:
Pendapat saya, sekarang ni memang susah nak lari dari situasi riba ni...

Setiap jualbeli ada terpalit riba...

Kena beli direct dgn manufacturer kot baru tak ada...w.a.

Jual beli dn riba dua perkara yg berbeza. Mana boleh disamakan. 0Jual beli halal manakala riba haram. Bagi riba, ianya ada kategori barangan yg dinamakan barangan ribawi. Cth; Emas.
Jual beli emas itu halal. Mengambil keuntungan drp jual beli emas itu halal.


Kita biasa beli emas siap proses dekat kedai(916)dgn bank...saya tak percaya mereka berjualbeli ikut kaedah syara...terutama ketulinan dan bebas riba...

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 19 Mar 2014 13:06 #15

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Saya ada terpikir...

Soalan:sekiranya seorang tokey ahli perniagaan itu seorang yg suka berjudi,penggalak maksiat,berniaga dengan cara riba,kemudian ada pekerja bawahan org muslim,adakah mereka juga di kategorikan pemakan riba atau hanya bersubahat...

Ataupun seorang hamba islam dibawah seorang tuan yahudi(contoh),tuan tu urusniaga riba...maka adakah apa yang dia(hamba islam) ambil atau makan hasil tersebut halal...

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 15 Apr 2014 23:59 #16

  • View
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 7




Mohon maaf atas soalan ini....Saya ada satu lagi kemusykilan berkenaan riba ini. Ingatan dari agama Islam terhadap pengamal Riba ini sangat keras hinggakan hadis Nabi S.A.W istiharkan perang terhadap riba. Soalan saya...bolehkan kita memperagakan atau menyokong secara tidak langsung sesuatu pakaian yang ada logo institusi riba sebagai tajaan atau sebagainya...sehingga ada dibawa ke dalam solat....apakah hukumnya.
Last Edit: 16 Apr 2014 00:00 by View.

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 24 Apr 2014 15:15 #17

  • View
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 7
Alhamdulillah...

Saya ada terjumpa Hadis Nabi S.A.W berkenaan riba ini iaitu Dosa riba ini lebih teruk dari berzina 36 kali dan ada yg lebih dahsyat dari itu. Sungguh mengerikan.....Semoga ahli-ahli disini dapat memberikan sedikit pencerahan akan kemusykilan diutarakan dan dugaan riba pada akhir zaman ini....

Re: Pengamal Riba - Ahli Neraka 25 Apr 2014 01:01 #18

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Setau saya, apa yg saya paham,pengamal riba dengan syubahah lain lain hadith dia...

Pengamal tu org yg direct si penjual/pembeli...

Yg lain bukan pengamal...w.a.

Syubahah ada kat hadith arbain no 6 kalau tak silap syarah dia...w.a.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.42 seconds
You are here: