AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Ilmu yang tidak berkat atau haram? Sijil Diploma
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Ilmu yang tidak berkat atau haram? Sijil Diploma

Ilmu yang tidak berkat atau haram? Sijil Diploma 03 Mar 2012 06:44 #1

  • axzint
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 2
Assalamualaikum, saya lepasan diploma(tgh tunggu convo) dalam bidang multimedia aplikasi di salah sebuah kolej tempatan. Saya mengambil kelas-kelas yang memerlukan penggunaan perisian untuk belajar. Tetapi, terdapat sebahagian perisian yang digunakan semasa sesi pembelajaran menggunakan perisian "crack" contohnya Adobe photoshop. Itu adalah antara perisian yang saya kena guna sehingga saya habis kolej.

1.Adakah sijil/pengiktirafan diploma yang bakal saya peroleh itu tidak berkat?

2.Adakah ilmu yang saya dapat itu tidak berkat?

2.Saya tertanya-tanya jika saya hendak memasuki ke dunia pekerjaan dengan menggunakan sijil/pengiktirafan diploma tersebut, jika gaji yang saya peroleh itu adalah haram atau tidak berkat, apakah hukum dalam islam?

3.Bagaimana pula hukumnya jika saya ingin membuka bisnes sendiri berbekalkan ilmu yang saya peroleh dari tempoh pembelajaran saya semasa dikolej?

Saya harap uztaz dapat menegakkan keraguan yang menyelubungi hati saya ini dengan al-quran dan sunnah. Saya hanya manusia yang lemah ingin mencari keredhaanNya. Sekian

Re: Ilmu yang tidak berkat atau haram? Sijil Diploma 03 Mar 2012 08:36 #2

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Az-Zumar 53

Jika saudara merasakan ia satu dosa dan ia memberi keresahan, kegelisahan dan rasa bersalah di dalam hati nurani saudara, maka mohonlah ampun kepada Allah.

Saudara kena tanya diri sendiri kenapa saudara guna perisian sebegitu, cari puncanya dan cuba cari jalan lain kalau itu memberi saudara kelegaan.

Kebaikan akan menghapuskan kejahatan, maka lakukanlah lebih banyak kebaikan.

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً


Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Asy-Syarh 6
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Ilmu yang tidak berkat atau haram? Sijil Diploma 05 Mar 2012 10:36 #3

  • axzint
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 2
InsyaAllah, terima kasih saudara Mustaqill, dengan itu saya seharusnya mengkaji lagi lebih dalam tentang perkara-perkara sebegini agar tidak terpesong dan memperbanyakkan lagi ilmu di dada.

Re: Ilmu yang tidak berkat atau haram? Sijil Diploma 06 Mar 2012 00:00 #4

  • ladiaas
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 184
ya allah, bila dipikir balik, saya sebagai engineering student dulu dok guna (sampai la sekrang) software pirate dan tak pernah pikir hal ini...ada yg download, ada yg beli low yatt, malah semasa jadi student dulu dok buat part time repair pc pun guna software pirate dan bukan sikit hasil tu....terima kasih pada pembuka thread, memberi peringatan yg jelas pada semua..semoga Allah memberi pengampunan kepada kita semua
Last Edit: 06 Mar 2012 00:01 by ladiaas.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.18 seconds
You are here: