AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Pertanyaan tentang hukum memakai braces
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Pertanyaan tentang hukum memakai braces

Pertanyaan tentang hukum memakai braces 29 Jan 2012 11:07 #1



Sy ad pertanyaan yg ingin diajukan pd panel AFN tentang hukum memakai 'braces'.
Sy dah rujuk di arkib AFN...arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=21526&highlight=mencantikkan+gigi
Penjelasan yg diberikan ialah :
Abdullah ibn Mas’ud pernah menerangkan bahawa Rasulullah melaknat wanita yang menjarakkan (merenggangkan) gigi-giginya demi kecantikan bagi mengubah ciptaan Allah [Shahih Muslim, no: 3966]

Jd dari apa yg sy fhm,memakai braces dibolehkan untuk:
a)Membetulkan kecacatan yg boleh menganggu fungsi asas seperti mengganggu percakapan,banyak kaviti yg tersekat di gigi yg berlapis etc.
b)Keadaan gigi yg membawa kpd aib.

Soalan saya:
a)Dlm hadith diatas,menerangkan hukum mengubah ciptaan asal,bagaiamana pula untuk sesorang yg lahir dgn gigi yg lurus tetapi akibat dari sukar meninggalkan tabiat 'susu botol' dan 'dummie'@'puting' atau 'menghisap jari' semasa kecil menyebabkan gigi menjadi jongang,adakah masih haram hukumnya?
b)Jika gigi yg ingin dirawat jongang sedikit sahaja tetapi masih menyebabkan keyakinan diri seseorang itu menurun disebabkannya,adakah dibolehkn?

semua pendapat dan bantuan dari sesiapa sahaja dialukan dan sy dahulukan dengan

Re: Pertanyaan tentang hukum memakai braces 04 Feb 2012 12:43 #2

Saya tolong 'up'kan utk perbincangan.

Penting jugak dibincangkan, sebab ada sesetengah orang gigi yang senget satu je. Tapi nak dibetulkan jugak.
The following user(s) said Thank You: ali_bubba2001

Re: Pertanyaan tentang hukum memakai braces 04 Feb 2012 13:50 #3

Alhamdulillah, Imam Muda Asyraf Ridzuan mempunyai satu artikel yang bagi saya cukup cantik dalam isu ini.

Kita boleh hadam sama-sama:

Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.
(Al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:

“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj’, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.



Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.

Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas, khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan, atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).

Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik. Contohnya memakai pendapat gigi agar kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan: Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya, samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.

Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata: Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).

Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan. Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).

Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.

Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :

“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105)

www.imamudasyraf.com/v1/?p=386
The following user(s) said Thank You: farhani_azizan, Adli_Khalim, ali_bubba2001

Re: Pertanyaan tentang hukum memakai braces 04 Feb 2012 13:55 #4

Ringkasnya berdasarkan tulisan di atas:

a) Memakai pendakap gigi semata-mata untuk kecantikan adalah dilarang.

b) Ia menjadi lebih terlarang apabila digunakan untuk menipu orang contohnya orang yang meminang kita.

c) Hukumnya harus apabila untuk menutup aib, contohnya jika ia menyebabkan gigi yang terlalu jauh berbeza daripada orang ramai sehingga orang berasa takut atau jijik kepadanya.

d) Ia jua harus jika digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi yang berubah akibat kemalangan.

e) Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau keperluan, seperti susunan gigi yang menyusahkan untuk mengunyah makanan.

Keyakinan menurun?

Saya yakin, yang perlu dibaiki bukan giginya, tetapi sifat seseorang yang terlalu mudah hilang keyakinan.
The following user(s) said Thank You: Razmin78, aku_hambaNya, ali_bubba2001

Re: Pertanyaan tentang hukum memakai braces 04 Feb 2012 14:58 #5

Ok. Jazakallah.

Persoalan pertama saudara ali_bubba membuatkan saya berfikir lama.

a)Dlm hadith diatas,menerangkan hukum mengubah ciptaan asal,bagaiamana pula untuk sesorang yg lahir dgn gigi yg lurus tetapi akibat dari sukar meninggalkan tabiat 'susu botol' dan 'dummie'@'puting' atau 'menghisap jari' semasa kecil menyebabkan gigi menjadi jongang,adakah masih haram hukumnya?

Sukar utk kita tentukan, adakah gigi yang jongang tersebut adalah disebabkan faktor hisap jari ketika kanak2, atau sememangnya semulajadi ia jadi jongang.

Jika kes ini dikategorikan sebagai semulajadi jongang, pastilah ia dilarang utk diluruskan, sekiranya jongang tersebut hanya sedikit, tidak membawa kepada terjejasnya fungsi gigi, dan tidak memberi impak yang mengaibkan pada penampilan.

Namun, jika kes ini dikategorikan sebagai jongang disebabkan tabiat botol susu atau hisap jari, pastilah pembetulan gigi itu harus, kerana ia bukanlah mengubah ciptaan asal. Kerana asalnya lurus, namun jadi jongang kerana botol susu.

Namun, tidak semua orang yg hisap botol susu akan memiliki gigi yang jongang. Ini bererti, pertumbuhan gigi bukan sahaja dipengaruhi oleh botol susu, namun dipengaruhi juga oleh pembentukan tulang.

Jadi, kita nak klasifikasikan kes ini sebagai semulajadi atau disebabkan botol susu?

Sekian pembentangan kes..
The following user(s) said Thank You: ali_bubba2001

Re: Pertanyaan tentang hukum memakai braces 06 Feb 2012 14:11 #6

  • farhani_azizan
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Jakarta (S), Indonesia
  • Posts: 48
aku_hambaNya,

kefahaman saya seperti ini: Faktor malocclusion sangat banyak, dari genetik (semulajadi), abnormal habit, sampailah kepada faktor-faktor local. Setiap orang yang mempunyai masalah maloclussion berhak untuk dibetulkan kedudukan giginya kepada oklusi normal atau sampai ideal. Itulah yang dimaksudkan dengan ASAL atau keadaan di mana seharusnya gigi itu berada, what do you think?

Re: Pertanyaan tentang hukum memakai braces 06 Feb 2012 14:30 #7

farhani_azizan wrote:
aku_hambaNya,

kefahaman saya seperti ini: Faktor malocclusion sangat banyak, dari genetik (semulajadi), abnormal habit, sampailah kepada faktor-faktor local. Setiap orang yang mempunyai masalah maloclussion berhak untuk dibetulkan kedudukan giginya kepada oklusi normal atau sampai ideal. Itulah yang dimaksudkan dengan ASAL atau keadaan di mana seharusnya gigi itu berada, what do you think?


atas kesudian berdiskusi.

Tetiba kena bincang ASAL lagi.

Secara idealnya, (boleh rujuk Andrew's Six Keys to Normal Occlusion) gigi hendaklah tidak senget ke kiri atau ke kanan, tidak jongang ke hadapan atau tertolak ke belakang, tidak jarang dan tidak berlapis-lapis.

Itu adalah teori.

Sebagaimana asal seorang African-American (bangsa kulit hitam), rambutnya kerinting, bibirnya tebal, kulitnya hitam. Itu adalah teori tentang asal rupa paras African-American.

Namun, apabila si A, seorang African-American tiba-tiba dilahirkan berambut lurus.

Adakah kita nak kata African-American ni lahir dalam keadaannya yang bukan asal? Kerana teori asal tentang mereka, rambut mereka kerinting?

Tidak. Bahkan itulah asal kejadian si A. Asal kejadiannya rambut lurus, walaupun mengikut teori, sepatutnya dia itu berambut kerinting.

Jadi begitu juga dgn gigi. Apabila dilahirkan dgn gigi senget, itulah asal gigi seseorang itu. Walaupun secara teori, asal gigi sepatutnya lurus.

Re: Pertanyaan tentang hukum memakai braces 06 Feb 2012 16:00 #8

  • ZulQ
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 204
Asalnya gigi tiada, ia dibentuk oleh pelbagi faktor. Sama juga dengan bayi yang "bow legged" atau "knock kneed", tulangnya dibentuk melalui pelbagai faktor, kadang-kadang jika tidak dibendung boleh jadi bow legged sampai tua.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.29 seconds
You are here: