AFN V2

Mari Berkenalan Dengan Shaikh Safar al-Hawali

User Rating: / 10
PoorBest 


Assalamualaikum WBT.

Shaikh Safar al-Hawali merupakan seorang ulama yang saya kagumi, dan buku-buku beliau adalah antara yang saya baca. Antara buku beliau yang paling saya gemari ialah Syarah beliau kepada kitab Al-Aqidah At-Tahawiah. Saya suka membaca, cumanya saya masih belum ada buku beliau yang bercetak, kesemuanya saya download dari laman sesawang beliau www.alhawali.com.

Saya tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang profil beliau. Cuma sepengetahuan saya, beliau, seperti rakan seangkatannya Shaikh Salman al-Oadah pernah dipenjarakan kerana menentang kehadiran tentera Amerika di Arab Saudi. Penentangan beliau dikatakan dilakukan melalui mimbar-mimbar masjid.

Buat masa kini, saya sedang cuba menghabiskan bacaan buku Shaikh Safar al-Hawali yang bertajuk T HE D A Y OF W R A T H : Is the Intifadha of Rajab only the Beginning?.

Sedikit maklumat tentang beliau yang saya perolehi dari Internet:


Nama: Dr. Shaikh Safar bin Abdul Rahman al-Hawali
Kelahiran: Di lahirkan di Perkampungan Sinan pada tahun 1375 Hijrah/1966 Masihi.
Pendidikan: Pendidikan Rendah di Sekolah ar-Rahmaniah di Qazanah.
Menyambung pelajaran di Ma'had Biljarsyi al-Ilmi selama 5 tahun.
Menyambuang pelajaran di Universiti Islam Madinah di dalam Kuliah Syariah dan memperolehi ijazah di situ. Selepas itu dihantar ke Universiti King. Abdul Aziz (Ummul Qura) di Makkah untuk menyempurnakan Masternya di dalam bidang Aqidah dan Mazhab Kontemporari.
Memperolehi Master (Honor) dan mendapat keizinan mencetak penulisannya yang bertajuk العلمانية وأثرها في الحياة الإسلامية "Sekular dan Kesannya Kepada Kehidupan Islam"
Memperolehi Phd menerusi tulisannya yang bertajuk ظاهرة الإرجاء في الفكر الإسلامي "Fenomena Irja' Di Dalam Pemikiran Islam".

Di antara guru-guru Shaikh Safar al-Hawali ialah:
*Tafsir: Shaikh Muhammad Amin dan Shaikh Muhammad Mukhtar asy-Syanqithi.
*Nahu: Dr. Abd Azim ash-Shinawi dan Dr. Abdul Raouf.
*Hadith: Shaikh Hammad al-Anshori dan Shaikh Hassan Abdul Ghaffar al-Bakistani.
*Usul Feqh: Shaikh Abdul Azim Fiadh.
*Adab: Shaikh Muhd Majzub.
*Mazhab/Ideologi Pemikiran: Shaikh Muhammad Qutb dan Shaikh Muhd Al-Ghazali.
*Aqidah: ShaikhHammad al-Anshori, Shaikh Yusuf asy-Shaikh, dan Shaikh Abdul Karim Murad.

Untuk mengetahui dan mengenali beliau lebih lanjut dan mendownload buku-buku karangan Shaikh Safar al-Hawali, bolehlah ke laman sesawang beliau www.alhawali.com.

Wallahu'alam.
You are here: Artikel View Tokoh Mari Berkenalan Dengan Shaikh Safar al-Hawali