AFN V2

Hakcipta : Fatwa KSA dan Syeikh Uthaimin

User Rating: / 0
PoorBest 

Isu Hakcipta Menurut Islam

Majmak Fiqh Islami menerbitkan jawapan dalam isu hakcipta, "Penulisan ialah hasil penulisan yang dipunyai oleh seseorang individu. Dalam praktik dunia kontemporari hari ini, ia sebenarnya memiliki nilai material yang mana seseorang menjana kewangan darinya. Hak sebegini diperakui menurut perspektif Syariah dan tidak dibenarkan melangkauinya. (Majalah Majmak Fiqh Islami,vol.5, 3/2267)

Fatwa Lajnah Daimah Fatwa Buhuth KSA, no: 18543, ditanya mengenai beza dalam isu hakcipta samada dari Muslim atau bukan Muslim. Jawapan Lajnah, "Tidak dihalalkan membuat sebarang salinan terhadap program apabila penerbitnya melarang perilaku tersebut, melainkan mereka menyatakan ianya dibenarkan. Dalilnya;

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِم

Orang-orang Islam hendaklah patuh terhadap syaratnya (iaitu yang ditetapkannya sendiri)

(Abu Daud, al-Hakim, disahihkan Al-Albani, dalam Sahih Jami' al-Saghir, no:6714)


Dalam hal ini, apabila seseorang membeli sesuatu buku atau perisian, secara dasarnya, mereka setuju dengan syarat terkandung dalam hakcipta yang tertulis di produk tersebut. Maka, hendaklah pembeli memenuhi syarat yang dia persetujui. Lajnah seterusnya menyebut dalil lain

لَا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلَّا بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ

Tiada harta seorang Muslim itu diambil melainkan dia telah bersetuju

(Direkodkan Abu Daud, menurut Al-Albani, hadis ini sahih. Lihat Sahih Jami' al-Saghir, no: 7662)

Tidak kira penerbit perisian tersebut adalah Muslim atau bukan Muslim, hak bukan Muslim (bukan Harbi) hendaklah dihormati sebagaimana hak Muslim.

Oleh: Syeikh Abd Aziz ibn Baz, Syeikh Abd Aziz Al-Syeikh, Syeikh Dr Salih al-Fauzan dan Syeikh Dr Bakr Abu Zaid

Menurut Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin,

Apabila sesuatu negara menerimapakai undang-undang mengenai hakcipta dan mengharamkan perbuatan melanggar hakcipta, maka seseorang hendaklah mematuhinya. Selanjutnya, apabila satu negara menetapkan larangan (menjaga hakcipta), maka perbuatan (menyalin tanpa izin-pen) adalah tidak diizinkan, kerana Allah memerintah mematuhi pemerintah dalam urusan yang tidak maksiat kepada Allah dan perbuatan (langgar hakcipta-pen) adalah satu bentuk kesalahan/ kemaksiatan kepada Allah

(Liqa bab al-Maftuh, sesi:178)

 

You are here: Artikel View Artikel Pilihan Hakcipta : Fatwa KSA dan Syeikh Uthaimin