AFN V2

Sains, Teknologi & Perubatan

Boroi Atau Buatan Orang?

User Rating: / 10
PoorBest 

“Eh eh, tengok dia tu, gemuknya! Ini mesti sebab tak jaga makan, sekali makan entah berapa pinggan agaknya!”  “Huish..jangan tunjuk. Ini mesti kes kena santau dek bomoh ni!” Kadang-kadang, kita nampak sesuatu yang kita tidak tahu mengenainya, namun akal kita mudah sekali menduga dan menganggap ianya sesuatu perkara yang negatif. Seperti gambar di atas, sekiranya individu berkenaan berjalan di tengah-tengah kotaraya, pasti ada yang mengatakan beliau ini obese, boroi dan sebagainya.

Mari Mengenali Pegawai Farmasi

User Rating: / 6
PoorBest 

Di hospital, selalunya orang hanya mengenali pharmacist sebagai penjaga di kaunter ubat sahaja. Sebenarnya terdapat banyak pecahan tentang tugas pharmacist di hospital. Berikut disenaraikan satu per satu tentang pecahan tersebut dan apakah tanggungjawab seorang pharmacist di setiap bahagian tersebut.

1. Pharmacy Administration

:: Di sini, seorang pharmacist bertanggungjawab untuk merancang serta memastikan bekalan ubat dan bekalan perubatan lain untuk sesuatu hospital adalah mencukupi dan berterusan. Dia harus memastikan bahawa bekalan ubat yang disediakan adalah selamat dan berkualiti melalui cara penyimpanan yang betul. Ubat-ubat perlu diasingkan mengikut kumpulannya sama ada “ubat kawalan”, “racun”, “psychotropic” dan sebagainya. Sesetengah jenis ubat yang memerlukan suhu yang berlainan dari suhu bilik perlu diletakkan di dalam freezer atau peti ais untuk memastikan kualitinya terjamin.



2. Out-Patient Pharmacy Services (Bahagian Pesakit Luar)

:: Pharmacist perlu memberikan ubat kepada pesakit luar dan pesakit yang akan discaj dari hospital. Juga, pharmacist perlu memberikan maklumat yang secukupnya mengenai cara pengambilan ubat2 tersebut. Sekiranya pesakit menggunakan alat bantuan seperti inhaler atau insulin, pharmacist bertanggungjawab untuk menunjukkan cara penggunaannya yang betul.


3. In-Patient Pharmacy Services (Pesakit dalam Ward)

:: Pharmacists bertanggungjawab untuk memastikan semua “prescriptions” adalah disemak dan ubat yang betul mengikut dose yang betul dan cara pengambilan yang betul diberikan kepada pesakit yang berkenaan. Pharmacist juga perlu mempromosikan “compliance” di kalangan pesakit. Compliance di sini memberi erti bahawa setiap pesakit mengambil ubat dengan konsisten pada sela masa yang ditetapkan dan mengikut cara yang betul.


4. Satellite Pharmacy

:: Di setiap hospital, selalunya akan terdapat satu satellite pharmacy. Kawasan ini merupakan centalized unit farmasi untuk membekalkan ubat-ubatan kepada ward-ward yang spesifik atau dibekalkan dalam kuantiti unit kepada pesakit. Tugas pharmacist di sini adalah sama seperti di in patient services iaitu untuk menyemak setiap preskripsi dan memberikan ubat-ubat yang betul.


5. Drug Information Services

:: Pharmacist di unit ini bertanggungjawab untuk melayan setiap panggilan dan menjawab semua soalan yang ditanya oleh pemanggil. Pemanggil ini boleh saja terdiri daripada doctor, jururawat mahupun orang awam. Pharmacist perlu memberi respons kepada soalan yang dikemukakan dalam masa yang bersesuaian mengikut kepentingan maklumat tersebut kepada pemanggil. Selain itu, pharmacist juga perlu mengemas kini Hospital Formulary, iaitu buku yang mengandungi senarai nama ubatan yang digunakan di hospital tersebut.


6. Clinical Pharmacokinetic Services

:: Di bahagian ini, tugas seorang pharmacist adalah untuk mengesahkan kandungan sesuatu jenis ubat di dalam badan pesakit adalah di tahap yang selamat mengikut keperluan seseorang individu. Biasanya, objektif utama analisis ini dijalankan untuk mengesahkan dose ubat yang diambil adalah berlebihan, menentukan pesakit mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan (compliance), untuk mengurangkan risiko toksik ubat dan mengubah dose ubat mengikut keadaan pesakit. Pharmacist bertanggungjawab untuk memastikan sample darah yang diambil adalah pada waktu yang betul (samada sebelum atau selepas mengambil ubat), menganalisis keputusan yang diterima serta mencadangkan perubahan tentang dos ubat yang perlu dibuat mengikut keadaan pesakit.


7. Parenteral Nutrition Services

:: Pharmacist bertanggungjawab menyediakan nutrition yang diperlukan oleh pesakit yang tidak dapat makan menggunakan mulut. Pharmacist perlu mengetahui keperluan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit, menyediakan nutrisi berkenaan, memastikan kualiti nutrisi yang disediakan adalah dalam keadaan bersih dan mengikuti perkembangan pesakit.


8. Oncology Pharmacy Services

:: Pesakit kanser memerlukan cytotoxic drugs. Penyediaan ubat tersebut adalah dilakukan oleh seorang pharmacist. Pharmacist perlu menyediakan semua protocol untuk merawat kanser yang dipraktiskan di hospital tersebut dan memastikan setiap penyediaan ubatan adalah mengikut protocol yang disediakan. Keputusan makmal yang berkaitan dalam penyediaan sesuatu ubat juga perlu diberi perhatian oleh pharmacist. Contohnya, bilangan sel darah putih pesakit perlu berada di tahap yang selamat bagi membolehkan sesuatu ubat itu diberikan.


9. Community Pharmacy Services

:: Basically, tugas pharmacist di sini adalah untuk memastikan ubat yang betul diberikan beserta dos dan jumlah yang sama seperti yang dilutis di dalam preskripsi. Pharmacist juga perlu menyemak presrikpsi untuk mengesahkan tiada kesalahan yang dilakukan. Pharmacist juga perlu memberi arahan yang tepat dan betul kepada pesakit tentang cara penggunaan sesuatu ubat.



10. Enforcement (Penguatkuasaan)

:: Di unit ini, pharmacist perlu memastikan bahawa setiap ubatan yang dijual adalah mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya terdapat mana-mana premise atau individu yang disyaki menjual ubatan secara tidak sah, pharmacist boleh melakukan sebuan ke premise tersebut. Bagaimanapun, perlu diingatkan pharmacist tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan sesiapa. Jadi, kebiasaannya pegawai polis akan turut serta dalam serbuan yang dilakukan. Setiap iklan yang mempromosikan barangan kesihatan juga perlu mendapat lesen yang sah. Pharmacist bertanggungjawab memantau semua iklan mengenai kesihatan.


Begitulah secara ringkas tugas seorang pegawai pharmacist. Pharmacist juga boleh bekerja di bahagian industri iaitu di kilang-kilang yang menghasilkan ubat-ubatan. Kesimpulannya, pharmacists are guardian of drug information. Let us never let this professionalism down. Wassalam.

Kredit to:
Shaabana Zahir Ahmad
Julai 2008

Ganjaran menderma darah

User Rating: / 2
PoorBest 
Jawapan: Terima kasih atas keperihatinan anda. Kebetulan saya baru sahaja membaca artikel mengenai perkara ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ulama tersohor masa kini dalam laman Islam on line net., menyatakan, menderma darah adalah satu sedekah yang paling tinggi nilainya. Seseorang yang sedang sakit, memerlukan darah dan jika anda menderma kepadanya, ia merupakan satu amalan menyelamatkan kehidupan seseorang itu. Ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT



Islam memandang manusia itu sejenis makhluk yang mulia. Jadi, jika memberi minum kepada haiwan atau menolong menyelamatkan haiwan pun besar pahalanya, apatah lagi menyelamatkan nyawa seorang insan yang dimuliakan Allah itu.

Maka jika yang menderma itu terdiri daripada kaum kerabatnya sendiri, sudah tentu ganjaran Allah berganda kerana ada hadis yang mahukan dipererat hubungan keluarga dan menghubungkan silaturahim itu. Demikian juga jiran, rakan dan sebagainya. Malah menderma darah kepada orang yang berseteru pun baik supaya menjadi rapat kembali selepas berseteru.

Akademi Fekah Islam, Mekah juga memfatwakan bahawa, menderma darah atau organ anggota kepada orang yang memerlukan darah atau anggota lain, satu amalan baik. Malah al-Qaradhawi pernah menyeru umat Islam di Amerika supaya menderma darah kepada orang ramai yang bukan Islam yang terlibat dengan serangan 11 September 2001 dahulu. Justeru ini termasuk amalan yang baik kepada sesama manusia.

Dalm hal ini tidak ada beza antara sedekah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Perkara ini bolehlah dibandingkan dengan menyelamatkan orang yang sedang lemas, wajib mereka diselamatkan. Ketika itu kita tidak perlu memilih adakah si lemas itu seorang muslim atau tidak. Jika binatang pun kita perlu selamatkan, inikan pula manusia. Ia termasuk dalam perintah Tuhan “Bekerjasamalah kamu dalam urusan kebaikan dan takwa dan jangan bekerjasama dalam perkara perseteruan”.

darurat

Mungkin ada mereka yang bertanya, apa hukumnya pula orang yang liat untuk menderma darah? Jawabnya, oleh kerana perkara menderma darah ini hukumnya “harus” maka yang menderma akan dapat pahala besar, sementara yang tidak ingin menderma darah mereka, terhalanglah daripada mendapat ganjaran yang besar itu.

Dalam keadaan luar biasa, umpamanya darurat, menderma darah merupakan fardhu kifayah. Namun jika kerana menderma darah itu boleh membawa bahaya kepada seseorang penderma, tidaklah perlu mereka menderma darah.

Usaha tahunan seperti hari menderma darah patutlah diteruskan. Orang ramai perlu memberi respons positif dalam hal seperti ini. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk melakukan perkara baik. Apatah lagi ia mungkin membawa kebaikan daripada segi kesihatan kepada individu tertentu. Dari segi hukum ia bertepatan dengan “maqasid/ tujuan syariat” untuk memelihara jiwa yang ada dalam hukum Islam.

Jika kita perlu membantu orang lain dengan sesuap makanan atau seteguk air pada hari kebuluran, orang yang sedang sakit memerlukan titik-titik darah untuk menyambung hayat mereka.

Apa yang lebih penting lagi, tanpa mengira muslim dan bukan muslim pendermaan darah ini boleh mempereratkan hubungan di antara satu sama lain. Justeru itu darah tidak boleh dijual. Jika dijual maka yang mengambil bayaran dikira berdosa.

Berdasarkan keperluan pesakit pada darah, jika semua orang tidak mahu menderma darah, maka pihak berwajib boleh mengadakan peraturan mewajibkan pendermaan dengan syarat tertentu, bagi mereka yang ada keupayaan. Ini sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Mesir dengan syarat ada kelulusan pakar yang adil dalam perkara tersebut.

Justeru itu, sesiapa yang tidak ingin menderma darah bererti menghalang dirinya daripada mendapat ganjaran besar di sisi agama. Islam juga tidak mengira kebajikan seumpama ini untuk orang Islam mahu pun bukan Islam. Malah jika tidak ada mereka yang ingin menderma darah terutama pada waktu darurat pihak berkuasa boleh memaksa, walau pun dalam keadaan biasa ia merupakan urusan yang diharuskan sahaja. Marilah bersama-sama kita menderma darah. Setitik darah yang anda dermakan, bererti menghidupkan nyawa seorang manusia. Hidup untuk berbakti. Wallahualam.

bagi mereka yang ingin membaca artikel lepas, sila layari, mindamuslim.com. KAMIL MAJID.

Sumber:
Utusan

Penyakit Gonorea

User Rating: / 14
PoorBest 

Oleh: asyraf88

PENYAKIT gonorea ialah salah satu penyakit kelamin

(sexually transmitted disease- STD). Kira-kira 62 juta kes dikesan setiap tahun di seluruh dunia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis organisma yang dikenali Neisseria Gonorrhoeae.

Organ wanita yang boleh dijangkiti gonorea ialah seperti saluran kencing, serviks, rahim, tiub fallopia, kelenjar kemaluan seperti kelenjar Bartholin (yang terdapat di bibir kemaluan), kelenjar Skene's (yang terdapat di bahagian bawah lubang saluran kencing).

Bagi lelaki pula, saluran kencing, epididimis (sebahagian daripada testis) dan kelenjar Cowper's mungkin dijangkiti.

Selain membabitkan permukaan mukosa yang wujud pada saluran kemaluan dan organ reproduktif, jangkitan juga boleh membabitkan permukaan mukosa yang ada pada dubur, rektum, mulut, tekak dan mata.

Penyakit gonorea ini dijangkiti melalui hubungan kelamin dan risiko jangkitan daripada satu hubungan kelamin dengan seorang yang dijangkiti gonorea ialah antara 30 dan 70 peratus.

Bayi juga boleh dijangkiti apabila dilahirkan oleh seorang ibu yang berpenyakit gonorea. Kira-kira 30 peratus daripada bayi ini akan mendapat permasalahan sakit mata (bertahi mata) pada minggu pertama selepas dilahirkan.

Berikut adalah gejala atau simptom penyakit gonorea:

Simptom bagi lelaki:

Keluar cairan (discharge) daripada saluran kencing lelaki. Lazimnya keadaan ini berlaku 3 hingga 10 hari selepas bersetubuh dengan wanita yang berpenyakit gonorea. Kadangkala pesakit berasa kesakitan sewaktu membuang air kecil.

Sebahagian kecil (15 peratus) daripada lelaki tidak mempunyai sebarang tanda jangkitan. Perlu diingatkan bahawa lelaki dan wanita berpenyakit gonorea yang belum dirawat boleh merebakkan penyakit ini kepada wanita yang disetubuhi termasuklah isterinya sendiri.

Simptom bagi wanita:

Tidak ada sebarang tanda yang khusus menandakan penyakit gonorea ini. Cairan yang keluar daripada faraj perlu dipastikan mengandungi organisma N gonorrhoeae sebelum membuat diagnosa dan memberikan rawatannya.

Sejarah hubungan kelamin yang dilakukan oleh seseorang yang dijangkiti penyakit gonorea perlu dijejaki supaya penyakit dapat dirawat dan dihalang daripada merebak. Apa yang lebih penting ialah untuk mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu tidak mengadakan hubungan seks secara haram dan rambang.

Komplikasi daripada penyakit gonorea ini berlaku seperti berikut apabila penyakit tidak dirawat:

1. Jangkitan dan radang kelenjar atau organ yang dijangkiti organisma ini:

Bagi lelaki: Bengkak zakar, kelenjar di bawah lubang saluran kencing dan bernanah.

Bagi wanita: nanah pada kelenjar Bartholin, tiub fallopia, ovari, bengkak atau jangkitan hati.

Keadaan ini boleh menyebabkan saluran tiub fallopia tersumbat. Nanah dalam saluran tiub atau ovari (tubo-ovarian abscess) memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya.

2. Apabila penyakit gonorea ini merebak ke seluruh tubuh dan bukan hanya terhad pada bahagian kemaluan atau organ reproduktif, ia boleh menyebabkan kesakitan pada sendi, jangkitan pada kulit (dermatitis), jangkitan pada selaput jantung ataupun jangkitan pada selaput otak.

Ada ubat-ubatan yang boleh diberikan untuk merawat gonorea secara berkesan. Malangnya ada juga masalah ketahanan antibiotik
(antibiotic resistance) oleh organisma ini. Dalam keadaan begini, ubat antibiotik yang lazim diberikan sudah tidak dapat memberi sebarang kesan untuk membunuhnya. Penggunaan antibiotik yang lebih kuat diperlukan dalam kes begini.

Lazimnya, seseorang yang berpenyakit gonorea ini juga boleh dijangkiti oleh penyakit kelamin yang lain seperti sifilis pada masa sama. Bagi wanita dan lelaki yang menghidap jangkitan gonorea, mudah juga dijangkiti HIV.

Islam sudah pun mengaturkan langkah dalam kehidupan umatnya bagi membanteras gejala ini. Langkah itu bermula daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat serta pihak berwajib, semuanya mempunyai peranan yang penting dalam membendung gejala sosial yang melanda masyarakat, remaja dan juga dewasa umumnya.

Langkah dianjurkan oleh Islam ialah langkah mencegah kerana ia jauh lebih baik daripada usaha memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul akibat gejala sosial ini. Marilah kita renungkan dan ambil pengajaran daripada hadis dikemukakan.

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

Sabda Rasullulah saw: "Hai golongan Muhajirin! Ada lima perkara jika kamu ditimpa atau ia berlaku di lingkungan kamu - saya berlindung kepada Allah apabila hal itu wujud di antara kamu. Apabila pada satu kaum bercabul perzinaan sampai mereka melakukannya secara terang- terangan, maka mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami nenek moyang mereka."

(Catatan penulis: Contoh penyakit yang ada akibat gejala ini ialah wabak sifilis ketika "medieval ages" dan sekarang pula timbul penyakit HIV/ AIDS yang masih tidak mempunyai ubat pencegah atau rawatan untuk pulih.)

"Apabila mereka mengurangi timbangan dan takaran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman daripada pihak berkuasa.

"Setiap mereka enggan membayar zakat harta mereka, mereka akan terhalang beroleh hujan dari langit dan jika tidaklah kerana haiwan ternak, tidaklah mereka akan pernah diberi hujan.

"Sekiranya setiap mereka melanggar janji Allah dan janji Rasul-Nya, mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain yang akan merampas sebahagian kekayaan mereka dan selama pemimpin mereka tidak menjalankan hukum yang ada dalam Kitabullah, maka saling sengketa akan berkobar di antara mereka."

You are here: Artikel View Sains, Teknologi & Perubatan