AFN V2

Siri 1 Tabiat Perundangan Islam:Antara Prinsip Syariah/Pembendaharaan Fiqh:

User Rating: / 1
PoorBest 

Siri 1

Tabiat Perundangan Islam:Antara Prinsip Syariah/Pembendaharaan Fiqh:

Objek bahasan ilmu fiqh adalah setiap perbuatan mukallaf yang memiliki nilai dan telah ditetapkan hukumnya.(melalui ijtihad) lihat (al-Syirazi:al- Luma`Fi Usul al-Fiqh:ms 4)Maknanya Fiqh adalah hasil usaha para mujtahid untuk merumuskan sesuatu status atau nilai kepada sesuatu persoalan.Apabila ianya suatu hasil rumusan ijtihad manusia,maka ianya memerlukan kepada qaedah dan prinsip tertentu untuk membuat suatu rumusan hukum.

Berdasarkan definisi fiqh yang dikemukakan ulama usul ini, maka yang menjadi objek bahasan ilmu fiqh adalah :Setiap perbuatan*mukallaf yang memiliki nilai dan telah ditentukan hukumnya. Nilai perbuatan itu boleh berbentuk wajib (misal: melaksanakan shalat dan puasa), sunah (misal: bersedekah kepada orang yang memerlukanya) , mubah (misal: melangsungkan berbagai transaksi yang dibolehkan syara’), haram (misal:berzina, mencuri, dan membunuh seseorang tanpa sebab yang dibenarkan syara’) , atau makruh (misal:menjatuhkan talak tanpa sebab).

Di samping itu, bidang bahasan ilmu fiqh hanya mencakup hukum yang berkaitan dengan masalah amaliyah (praktik). Pengetahuan terhadap fiqh bertujuan agar hukum tersebut dapat dilaksanakan para mukallaf dalam kehidupannya sehari-hari, sekaligus untuk mengetahui nilai dari perkataan dan perbuatan para mukallaf tersebut.

Berbeza dengan Syariah,dari segi epistemologinya secara mudah ianya berbentuk asal dan ketuhanan,tidak memerlukan metodologi pemetikan hukum dan juga prinsip-prinsip utama kerana Syariah bersifat ready made.

Bermula dari perkataan `syaraa` yang beerti-jalan yang lurus atau tempat air,maka secara Istilahnya Syariah adalah:Hukum hakam yang disyariatkan oleh Allah didalam al-Quran dan al-Sunnah.Hukum hakam yang dinamakan syariat,maka sudah tentu jalan yang betul dan lurus.Hukum hakam ini termasuklah dalam soal aqidah,akhlak apatah lagi ibadah,yang terkemudian berpecah kepada beberapa bahagian.(lihat Mohd Khir Yaakob: Undang-Undang Islam dan Kewajiban Melaksanakanya.ms 34)

Manakala Fiqh dari segi bahasanya beerti `faham`dan dari segi Istilahnya adalah mengikut perkembangan semasa,manakala yang terpakai kini adalah seperti yang diterangkan pada para diatas..Peringkat awal fiqh difahami sebagai pengetahuan makrifah oleh seseorang tentang suatu hak dan kewajipanya- inilah ta`rifan oleh Imam Abu Hanifah,dimana dia memasukan kategori fiqh semua hukum termasuk aqidah ,ianya(takrifan)mungkin sesuai dengan zaman Imam tersebut dimana ilmu fiqh belum dipisahkan secara nyata,sebab itu hukum iktiqad pada zaman itu dikenali dengan fiqh al-akhbar`(lihat Dr Wahbah Fqh-al-Islami: jil 1 ms2 0.

Secara nyata perbezaan keduanya seperti berikut:-

1. Syariah tetap dan tidak berubah-fiqh sebaliknya.

2. Syariah adalah berbentuk ready made-fiqh pula hasil ijtihad fuqaha`

3. Syariah adalah berbentu qatie(putus/ tetap)/sebahagian dari aktiviti fiqh adalah zanni(tidak putus/tetap)

Dalam Sejarah perundangan Islam,aktiviti fiqh mendapat tempat yang tinggi kerana bidang dan cabaranya amatlah luas.Fiqh meliputi penulisan doktrin atau akademik(penyelidikan),fatwa( mufti) atau judgment (hakim).Namun suatu perkara yang pasti asas kepada fiqh adalah Syariah itu sendiri yang menyediakan beberapa prinsip untuk membantu para fuqaha` dalam melakukan ijtihad dalam bidang2 tersebut tadi.Hasil dari keperluan dari aktiviti fiqh tadi maka lahirlah kaedah dan prinsip bagi mengawal dan menyelia pemetikan hukum fiqh dari sumber dan prinsip Syariah secara metodologi dan tersusun,kaedah itulah yang dinamakan Usul fiqh(lihat Irsyad al-fuhul oleh Imam al-Syaukani, ms 3) dan juga kemudianya lahir Qaedah-Qaedah Fiqh dan Nazariyyat al-Fiqh.

Apabila saya sebut aktiviti fiqh adalah ijtihad para fuqaha`,apakan dia yang dikatakan ijtihad?-Menurut al-Syirazi(ulamak syafieyah) dalam al-Luma`:Ijtihad adalah Penggunaan kemampuan dan kebolehan seseorang untuk mencari status hukum kepada sesuatu persoalan.Manakala al-Amidi pula mengistilahkan ijtihad dgn begitu luas ta`rifanya iaitu;mengguna kan sepenuh tenaga dan usaha yang diberikan oleh seseorang untuk sampai kepada status hukum .(Al-Amidi: a-Ihkam Fi Usul al-ahkam.ms 207)

Oleh yang demikian prinsip Syariah membenarkan bahawa suatu perbutan mukallaf boleh ditafsirkan dengan pelbagai pandangan.Walaupun hakikat kebenaran itu satu disisi Syari`(Allah dan Rasulnya)namun dari segi aktiviti fiqh(ijtihad) tadi adalah berdasarkan kemampuan sang mujtahid itu sendiri.Ini adalah tabiat fiq itu sendiri yang tidak dapat lari perbezaan kerana ianya dihasilkan oleh usaha-usaha manusia itu sendiri.Ambil contoh suatu kes yang dihadapakan pada dua hakim berbeza ,nescaya kita akan dapat dua keputusan yang berlainan.Oleh sebab itu al-Imam al-Syafie membezakan antara objek atau bahan ijtihad untuk berijtihad .

Contoh:

-kedua orang yang bermusafir kemudian bersembahyang tapi tidak tahu arah kiblat,dan keduanya berijtihad satu hadap kearah sini dan satu lagi kearah sana-maka dari sudut tuntutan ijtihad keduanya mendapat pahala dan keduanya betul,tetapi tidak dari segi objek(arah kiblat)-kerana arah kiblat itu adalah satu dan tidak terbilang.Oleh yang demikian ianya selaras dengan prinsip Syariah itu dimana Nabi menyatakan -jika seorang hakim itu berijtihad jika betul dua pahala ,iaitu pahala kerana betul dan kerana usaha ijtihadnya itu(objek dan usaha nya betul) jika sebaliknya akan mendapat satu pahala(kerana amalan ijtihadnya itu sahaja).

Kesimpulan yang dapat kita perhatikan disini,maka kesemua status nilai hokum yang diberikan oleh fuqaha dalam usaha ijtihadnya dari pemahaman nas-nas Syariah adalah terbit dari prinsip dan kaedah yang menjadi kawal selia, iaitu Usul Fiqh , Qeadah-Qaedah Fiqh dan Teori-Teori fiqh(Nazariyat al-Fiqhiyah) Bermul;a dari sinilah kelahiran pelbagai pandangan dan akhirnya kita menyaksikan kelahiran mazhab-mazhab fiqh, dimana asasnya satu sumber Syariah itu sendiri tapi berbeda pemahaman dan ijtihad-maka status nilai /hukum diberi juga bebeza,sememangnya itulah tabiat fiqh itu sendiri. WA

You are here: Artikel View Perundangan Siri 1 Tabiat Perundangan Islam:Antara Prinsip Syariah/Pembendaharaan Fiqh: