AFN V2

Fiqh

Fath Az-Zarai’ Dalam Menyelesai Isu Pekerja Muslim Dan Arak Di Selangor

User Rating: / 8
PoorBest 


carlsberg shahalamPekerja muslim yang bekerja di premis yang berkaitan dengan arak, menjadi isu di Selangor. Sebenarnya, jika dihayati dan diselediki, ia bukan sekadar berlaku di Selangor, malahan menimpa di negeri-negeri yang lain [mungkin kelantan terkecuali].

Namun begitu, jika sesebuah kerajaan hendak menghalangkan terus pekerja muslim itu dari bekerja di premis arak, ia dibimbangi melahirkan berbagai-bagai kekacauan, seperti pengangguran dan sebagainya. Justeru, sebagai kerajaan, ia hendaklah dilakukan dengan sebijaksana mungkin, bagi memastikan segala tindakan itu melahirkan natijah yang berkesan dan berjaya.

Di sini, dicadangkan satu penyelesaian dalam hal ini berasaskan kepada teori-teori fiqh yang berasaskan kepada Maqasid Syariah. Perbincangannya adalah seperti berikut;

Purdah Pada Pandangan Jumhur Ulama

User Rating: / 13
PoorBest 

Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam hal ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudahkan seseorang muslimah di dalam dunia semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Dalil-dalil ulama jumhur lebih kuat dalam hal ini. Hendaklah para pengajar agama mengajar orang ramai dalil-dalil yang lebih kuat, apatah jika ianya memudahkan orang ramai mengamalkannya. Ternyata pendapat berpurdah satu kewajipan tidak begitu teguh dalil-dalilnya. Mengamalkan yang tepat dan sederhana itu adalah jaminan terhadap kesinambungan umat untuk terus beriltizam dengan agama. Mengamalkan yang susah dan lemah itu, akan menjadikan ianya akan terlucut pada suatu hari nanti.

Erti Taufiq dan Hidayah

User Rating: / 25
PoorBest 

Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

“Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..” Bicara seseorang seingat saya.

“Moga mereka mendapat hidayah Allah SWT.” Doakan rakannya menyambung ayat.

Doa-Doa Sebelum Salam

User Rating: / 25
PoorBest 

altDoa-Doa Selepas Selesai Membaca Tahiyyat Akhir, Sebelum Memberi Salam

Oleh Mohd Masri bin Mohd Ramli

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.

You are here: Artikel View Fiqh