AFN V2

Istilah (Hasan / Gharib / Hasan Gharib) disisi Al-Tirmizi

User Rating: / 12
PoorBest 

مصطلح (حسن/غريب/حسن غريب) عند الترمذي
- الدكتور عبد القادر مصطفى المحمدي -

 

Istilah (Hasan / Gharib / Hasan Gharib) disisi Al-Tirmizi
- Dr. `Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi-

 

oleh:
Al-Akh / Abu Ismaaeel
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy



Maklum bahawa istilah "Hasan" bagi Imam Al-Tirmizi adalah khilaf disisi pengkaji hadith moden, ada yang berpendapat ia sama seperti istilah dalam buku-buku mustolah moden, dan ada yang berpendapat ia bermaksud dhaif, dan pendapat yang menyatakan bahawa maksud "Hasan" disisi Al-Tirmizi sebagai Dhaif adalah juga antara pendapat yang muktabar disisi pengkaji hadith masa kini. Dan saya mengikut dan berpegang dengan pendapat ini.

Jika lama dulu saya pernah kongsikan pendapat syaikh `Abdul `Aziz Al-Tharifi, syaikh `Abdullah bin `Abdulrahman Al-Sa'ad, dan juga jawapan e-mail dari syaikh Dr. Basyar `Awwad Ma'rouf sendiri bahawa mereka berpegang istilah Hasan disisi Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya adalah bermaksud Dhaif,

Maka kali ini, disini saya kongsikan pula kalam Dr. Mustafa Al-Muhammadi (murid kepada Dr. Basyar `Awwad Ma'rouf) dalam thesis PHD nya: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin (thesis yang diselia oleh guru beliau Dr. Basyar `Awwad sendiri) berkenaan maksud istilah "Hasan / Gharib / Hasan Gharib" disisi Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya secara khusus.

Beliau menjelaskan hal ini berkali-kali pada banyak tempat dalam thesis PHD nya, antaranya adalah seperti di bawah:

1- Kata Dr. `Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi:


أن إطلاق مصطلح"حسن"عند الإمام الترمذي ... في جامعه فإنه خصه لنفسه،فهو يطلقه ويريد به الحديث الضعيف


"...sesungguhnya telah menggunakan istilah "Hasan" disisi Al-Imam Al-Tirmizi ...dalam Jami' nya, sesungguhnya ia adalah istilah yang khusus disisnya, iaitu dia menggunakan dan menginginkan padanya bahawa hadith itu adalah hadith Dhaif..."

- (rujuk: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin, nukilan terpotong, m/s 334)

2- Kata beliau lagi:

وقد اتضح لنا مما سلف أنه يريد بالحديث إذا حسنه في جميعه خاصة أنه "معلول" كما بينه في علله الملحق بالجامع


"dan telah kita jelaskan (dalam perbincangan - pent) sebelum ini, sesungguhnya apa yang diinginkan dengan sesuatu hadith yang dihasankan nya (iaitu Imam Tirmizi -pent) dalam kitab Jami' nya (Sunan Tirmizi) secara khusus ialah bermaksud hadith itu "Ma'lul (cacat / dhaif - pent), sebagaimana yang telah di jelaskan oleh beliau sendiri dalam i'lal nya yang tercantum dalam kitab Jami'nya (iaitu bab akhir Sunan Tirmizi -pent)

- (rujuk: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin, nukilan terpotong, m/s 336)

3- kata nya lagi:

فالخلاصة:... إذا حكم عليها بأنها حديث "حسن" أو "حسن غريب" أو "غريب" , وعرفنا مراده من قوله: حسن أو غريب كما أسلفناه: أنه يريد به الحديث المعلول


"maka kesimpulannya:....apabila beliau menghukum atas sesuatu hadith itu dengan katanya "Hasan" atau "Hasan Gharib" atau "Gharib", dan telah kita jelaskan apa yang diinginkan dengan katanya: Hasan atau Gharib sebagimana yang telah disebut ialah sesungguhnya beliau mengingin akan padanya hadith itu ma'lul (cacat/ dhaif)

- (rujuk: Al-Syadz wa Al-Munkar wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhirin, nukilan terpotong, m/s 336)

Lihat disini

sekian dikongsi, moga bermanfaat.


Al-Akh / Abu Ismaaeel
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
7.00 p.m , 15 Zul Qaedah 1431H

You are here: Artikel View Hadith Istilah (Hasan / Gharib / Hasan Gharib) disisi Al-Tirmizi