AFN V2

Hadith

Ulasan Imam Abu Daud dalam kitabnya 'Sunan'

User Rating: / 21
PoorBest 

Untuk pelajar dan pengajar Ilmu Hadith, saya ingin mengajak anda untuk sama-sama merenung tentang salah sebuah rujukan utama dalam Hadith iaitu kitab 'Sunan Abu Daud'. Boleh dikatakan semua penuntut ilmu Hadith sudah tidak asing lagi dengan nama 'Sunan' karya Imam Abu Daud (Sulaiman Bin al-Asy'ath - lahir
202H dan wafat 275H). Namun boleh dikatakan ramai dalam kalangan penuntut ilmu Hadith kurang melihat kepada metodologi penulisan dan susunan kitab yang hebat ini. Akhirnya mereka tidak dapat melihat 'keunikan' dan 'kehebatan' kitab 'Sunan' malah mungkin kitab ini hanya sekadar digunakan untuk dilihat sekali-sekala ketika melakukan penulisan atau tesis kajian.

Dalam tulisan ini saya ingin menyebut satu sahaja aspek penting dalam kitab 'Sunan Abu Daud' yang amat jarang disentuh malah ramai yang tidak mengambil berat tentangnya iaitu - penilaian Imam Abu Daud tentang kesahihan dan kedhaifan Hadith yang beliau sebutkan dalam kitabnya 'Sunan'. Maka ingin saya coretkan seperti berikut:

Kembara Hadith : Demi Kalam Nabi Kurela Tempuhi

User Rating: / 17
PoorBest 

altIslam mementingkan ilmu dan budaya keilmuan. Menggesa dan menggalakkan umat Islam untuk terus maju dan berilmu. Memupuk budaya belajar dan berfikir agar umat Islam menjadi ‘penagih’ ilmu dan ‘pencandu’ pengetahuan. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Mulk ayat 19;

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
                                   
Imam Abu Hanifah di dalam al-‘Alim wa al-Muta’allim menjelaskan, tujuan menuntut ilmu adalah untuk kita beramal dengannya dan menjadi pakar dalam bidang tersebut bukan untuk untuk berdebat. Oleh yang demikian, kita digalakkan menjadi pakar bukan untuk rasa megah dan hebat, tetapi untuk memberi manfaat kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Namun sebaliknya berlaku sekarang, kita suka dan sering berkata, “Saya betul, awak salah.” Sedangkan betul atau salah itu adalah berdasarkan hujjah dan dalil. Sekiranya ia masih berada di ruang lingkup ijtihadi apa salahnya kita berkata, “Saya betul, awak juga betul.” Namun tentu lebih sukar untuk berkata, “Awak betul, saya salah.”

Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Bayi : Satu Analisis

User Rating: / 22
PoorBest 

altPenulis : Ahmad Saifuddin Yusof (kawakib_duriyah)

Penyunting: Muhammad Fathi Ali al-Sakandary[1]

Previu

Hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

قَالَ التِّرْمِذِيُّ فِيْ جَامِعِه: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَا أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْعَمَلُ عليه
Terjemahan : Berkata al-Tirmizi dalam kitab Jami’nya: Muhammad bin Basysyar telah menyampaikan kepada kami bahawa Yahya bin Sa’id  dan Abdul Rahman bin Mahdi telah berkata, Sufyan telah mengkhabarkan kepada kami bahawa dari 'Asim bin ‘UbaydiLlah daripada UbaydiLlah bin Abi Rafi daripada ayahnya katanya, “Saya telah melihat Rasulullah SAW memperdengarkan azan pada telinga al-Hasan bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dengan - azan seperti azannya- solat.
(al-Tirmizi berkata) Hadith ini Hasan Sahih dan diamalkan –fiqh- padanya .
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Abwab al-Adhaahi ‘an Rasulillah SAW, Bab al-Azan fi Uzun al-Mawlud (Bab Azan di telinga bayi), No Hadith 1594 (Rujuk, al-Jami’ al-Kabir[2] –Sunan[3] al-Tirmizi [tahqiq Syu’ayb al-Arna’ut], j. 3, h. 339-340) Ringkasnya, al-Tirmizi telah menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih iaitu salah satu penilaian Sahih (Tashih) hadith disisi beliau. Maka, hadith ini Sahih menurut al-Tirmizi.[4]

Sempadan Pemisah Antara Mutaqaddimin dan Muta’akhkhirin

User Rating: / 13
PoorBest 


الحد الفاصل بين المتقدمين والمتأخرين

Sempadan Pemisah Antara Mutaqaddimin dan Muta’akhkhirin
[1]

Oleh: Al-Syaikh Al-Muhaddith Muhammad Al-Amin (www.ibnamin.com)
Diterjemah oleh: Muhammad Fathi Ali (Panel Hadith www.al-fikrah.net ) [2]
Disemak oleh: Mohd `Adlan Mohd Shariffuddin (Panel Hadith www.al-fikrah.net )
 

الصواب أن عصر السلف الصالح ينتهي بحدود عام 300هـ، فيكون النسائي (وهو آخر الأئمة الستة أصحاب الكتب المشهورة في السنة) هو خاتمة السلف حيث توفي سنة 303هـ. وكل من توفي بعد ذلك لا يعتبر من السلف. هذا نهاية عهد السلف وليس السلفيين، فلا تنافي بين بقاء طائفة على منهج السلف، وبين انقضاء عهد السلف أنفسهم.

You are here: Artikel View Hadith