AFN V2

Error
  • JFolder::create: Could not create directory
  • JFolder::create: Could not create directory

Komuniti al-Fikrah.net (AFN) sumbang lebih RM10,000 untuk kilang roti Aqsa Syarif

User Rating: / 15
PoorBest 

barisan al-fikrah dan aqsa syarifKUALA LUMPUR - Komuniti forum Al-Fikrah.net hari ini telah menyumbang sebanyak RM10,050.20 untuk pembinaan kilang roti Aqsa Syarif di Khan Younis, Gaza di Hotel Putra KL di sini.

CEO Al-Fikrah.net, Mohd Nawawi Abd Razak telah menyerahkan cek sumbangan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Mohd Zin Kandar. Turut menemani Nawawi adalah ahli forum komuniti al-fikrah.net, Mohd Syafiq Abu Hassan.

Turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan ialah Timbalan YDP IKRAM Wilayah Persekutuan (WP), Roshasni Marjumat dan Pengerusi Aqsa Syarif WP, Zaharuddin Othman.

Dr Mohd Zin melahirkan penghargaan kepada Nawawi yang mewakili komuniti Al-Fikrah.net atas keprihatinan pihak mereka membantu kebajikan rakyat Palestin di Gaza dengan sumbangan tersebut.

Menurut Nawawi, kutipan sumbangan tersebut telah dilakukan oleh Al-Fikrah.net selama dua minggu mulai pertengahan Ramadhan yang lalu.

Forum komuniti Al-Fikrah.net yang menghidangkan pelbagai diskusi isu semasa dan keagamaan kini mempunyai lebih 7,000 ahli.


Sumber: ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=721%3Akomuniti-al-fikrahnet-sumbang-lebih-rm10000-untuk-kilang-roti-aqsa-syarif&catid=1%3Aberita-pusat&Itemid=9

You are here: Artikel View AFN Komuniti al-Fikrah.net (AFN) sumbang lebih RM10,000 untuk kilang roti Aqsa Syarif