AFN V2

AFN

Terima Kasih kepada mantan CEO, Mohd Nawawi Abdul Razak

User Rating: / 112
PoorBest 
 

 

Majlis Syura Al-Fikrah.Net dan Al-Fikrah.Net FB ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa penghargaan dan terima kasih kepada Akhi Mohd Nawawi Abdul Razak atas jasa beliau menerajui Al-Fikrah.Net dan Al-Fikrah.Net FB untuk tempoh 2011-2012 dengan dilanjutkan ke 2013.

Hasil perbincangan dan persetujuan Majlis Syura Al-Fikrah.Net (AFN) pada tanggal 6 Disember 2013, majlis telah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Akhi Mohd Nawawi Abdul Razak (Mustaqill) sebagai CEO Al-Fikrah.Net yang telah tamat pada awal bulan Disember ini. 

AFN sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan JazakAllah kepada beliau di atas jasa dan sumbangan beliau khasnya kepada warga AFN dan warga maya/cyber amnya.

Seperti juga mana-mana organisasi, pengganti perlu dicari untuk menerajui kepimpinan supaya organisasi kekal relevan dan berdaya saing. Pelantikan CEO berikutnya akan diumumkan setelah mesyuarat Majlis Syura Al-Fikrah.Net dan akan diumumkan kelak.

AFN berharap beliau akan terus menyumbang perkongsian ilmiah untuk manfaat bersama.

Sekian.
 

Nooraini Ahmad
Setiausaha
b/p Al-Fikrah.net

www.facebook.com/groups/alfikrahnet/

Perlantikan baru CEO Al-Fikrah.net (AFN.v2 & AFN.vFB)

 

 

Majlis Syura Al-Fikrah.Net dan Al-Fikrah.Net FB dengan ini ingin mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syaikh Fikri Alamghiri yang dengan rasminya telah dilantik sebagai CEO baru. Sekalung budi diatas persetujuan yang diberi.

Perlantikan berkuatkuasa dari tanggal 8hb Disember 2013 sehingga 31 Disember 2015.

Sekian. 

 

Nooraini Ahmad
Setiausaha
b/p Al-Fikrah.net

Perutusan CEO berkenaan Sumbangan AFN kepada Aqsa Syarif

User Rating: / 1
PoorBest 
Ucapkanlah Alhamdulillah kerana usaha kita mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin berjalan lancar. Meskipun kita tidak menumbang berjuta-juta atau berbilion ringgit, ini tidak menghalang komuniti online yang kita anggotai ini untuk nekad membantu saudara-saudara kita yang sedang menderita di sana.

Saya dan staf AFN sangat bangga dengan kerjasama dan ukhuwah yang ditunjukkan oleh ahli-ahli AFN yang sama-sama mengeluarkan infaq hingga berjaya mengutip RM10,000 dalam masa 2 minggu. Inilah rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan apabila hati hamba-hambaNya bersatu untuk melakukan amal kebaikan.

Saya secara peribadi, juga mewakili staf pentadbiran laman web ini mengucapkan syabas kepada saudara Syafiq bin Abu Hasan aka Abu Aisya yang pertama-tama sekali memulakan inisiatif ini. Kesabaran dan kejujuran beliau menguruskan dana ini jelas terbukti selama mana inisiatif ini berlangsung. Sumbangan boleh datang dalam pelbagai bentuk, dan saudara kita ini telah menunjukkan betapa ahli-ahli AFN boleh menggunakan laman web ini untuk kebaikan jika betul cara mengurusnya.

Akhir sekali, berdoalah kita agar kilang roti ini dapat dibina dengan jayanya, seterusnya dapat beroperasi dengan lancar dan efisien, dan semoga ia menjadi jambatan rahmat antara kita dan rakyat Palestin, yang kita dambakan buat mereka nikmat kebebasan dan kedaulatan. Saya menyeru pihak Aqsa Syarif Berhad agar terus istiqamah dalam perjuangan membantu rakyat Palestin, insyaallah segala perancangan akan menjadi kenyataan dan sesungguhnya kemenangan itu hampir dan janji Allah itu benar.

Sekian, terima kasih.

Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disembe

Komuniti al-Fikrah.net (AFN) sumbang lebih RM10,000 untuk kilang roti Aqsa Syarif

User Rating: / 15
PoorBest 

barisan al-fikrah dan aqsa syarifKUALA LUMPUR - Komuniti forum Al-Fikrah.net hari ini telah menyumbang sebanyak RM10,050.20 untuk pembinaan kilang roti Aqsa Syarif di Khan Younis, Gaza di Hotel Putra KL di sini.

CEO Al-Fikrah.net, Mohd Nawawi Abd Razak telah menyerahkan cek sumbangan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Mohd Zin Kandar. Turut menemani Nawawi adalah ahli forum komuniti al-fikrah.net, Mohd Syafiq Abu Hassan.

Turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan ialah Timbalan YDP IKRAM Wilayah Persekutuan (WP), Roshasni Marjumat dan Pengerusi Aqsa Syarif WP, Zaharuddin Othman.

Dr Mohd Zin melahirkan penghargaan kepada Nawawi yang mewakili komuniti Al-Fikrah.net atas keprihatinan pihak mereka membantu kebajikan rakyat Palestin di Gaza dengan sumbangan tersebut.

Menurut Nawawi, kutipan sumbangan tersebut telah dilakukan oleh Al-Fikrah.net selama dua minggu mulai pertengahan Ramadhan yang lalu.

Forum komuniti Al-Fikrah.net yang menghidangkan pelbagai diskusi isu semasa dan keagamaan kini mempunyai lebih 7,000 ahli.

You are here: Artikel View AFN