AFN V2

Syarahan Umum Prof Tariq Ramadan: Rethinking Islamic Reform [Memikirkan Semula Reformasi Islam]

User Rating: / 1
PoorBest 

Sabtu 14 Julai 2012

Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Professor Tariq Ramadan menekankan keperluan terhadap ijtihād dalam melanjutkan agenda reformasi. Menurutnya, ijtihād sentiasa merangkul upaya untuk menzahirkan pembacaan teks yang kritis ketika ia terbuka kepada interpretasi dan penafsiran, atau ketika teks tidak menangani hal dan keadaan yang tertentu, atau ketika konteks harus diambil kira dalam menerapkan teks, walaupun ketika teks kelihatan telah muktamad dan qat‘ie (eksplisit). Keabsahan dan keperluan terhadap pembacaan yang kritis seperti ini jarang dipersoalkan, kecuali tentunya oleh mereka yang menuruti tren pemahaman literalis yang sempit. Hubungan dialektik antara teks dan konteks menuntut akal manusia untuk mencari jalan yang menetapkan iltizam melalui dua paduan daripada tahap pengetahuan, iaitu yang berlandaskan prinsip yang kekal berhubung dengan praktis ibadah dan akhlak; dan juga yang berkait dengan realiti kehidupan yang sentiasa berubah dalam masyarakat manusia.

[Prof Tariq Ramadan ialah Profesor Pengajian Ilmu Islam Kontemporari di Universiti Oxford].

Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=FPrsb-YZA0g

You are here: Artikel View Semasa Syarahan Umum Prof Tariq Ramadan: Rethinking Islamic Reform