AFN V2

Semasa

Menyerbu premis persatuan bible selangor dan merampas injil

User Rating: / 170
PoorBest 

TINDAKAN JAIS MENYERBU PREMIS PERSATUAN BIBLE SELANGOR DAN MERAMPAS INJIL

Tahun baru 2014 seolah-olah tidak menjaminkan hubungan antara agama yang menjanjikan kedamaian hubungan dan hidup dalam keadan hormat menghormati antara satu sama lain.

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuannya ke atas premis Persatuan Bible Selangor hari ini walaupun berasaskan Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) telah meninggalkan kesan yang berbekas dalam hubungan antara agama di negara ini.

Sebanyak 300 naskhah Injil telah dirampas menurut berita yang diterima. Persoalan kebebasan agama yang termaktub dalam perlembagaan kita dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seolah-olah tercemar dengan tindakan JAIS dan mengisyaratkan sesuatu yang bercanggah dengan perintah dan firman Allah yang maksudnya “Tiada kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa Rahmat ke Alam ini” (Al Anbiya: 107).

Malaysia Merdeka

Malaysia Merdeka 56

Sambutan Kemerdekaan Tahun Ini Lesu?

User Rating: / 1
PoorBest 

Oleh: Prof. Madya Dato' Dr Muhammad Agus

Dalam hidup ini, saya mempunyai kesempatan untuk menyaksikan perayaan hari kemerdekaan di beberapa negara yang menyambutnya pada bulan Ogos. Antaranya ialah Singapura pada 9 Ogos, Korea Selatan 15 Ogos, Liechtenstein 15 Ogos dan Indonesia 17 Ogos.

Satu yang saya pasti ialah sambutan kemerdekaan di empat negara ini meriah sekali dengan bendera berkibar di setiap pejabat dan pelusuk kampung. Mereka bangga menyambut kemerdekaan negara. Di Indonesia misalnya, mereka menanti hari kemerdekaan sepertimana kita menanti kedatangan Hari Raya. Pada malam kemerdekaan, apapun pangkat, di mana pun berada, apabila sampai jam 12 malam 17 Ogos, mereka akan bertafakur (dipanggil waktu renungan) dengan cara masing-masing mensyukuri kemerdekaan yang mereka nikmati.

Korea Selatan juga begitu. Keghairahan rakyatnya menyambut 15 Ogos luar biasa sekali kerana hari ini adalah hari mereka bebas dari perang dengan Korea Utara. Begitu jugalah dengan Singapura dan Liechtenstein. Bendera mereka berkibar megah.

Bagaimana pula dengan kita? Hari kemerdekaan kita sudah amat dekat, tetapi keghairahan rakyat kita untuk mengibar jalur gemilang masih lesu. Mengapa begitu? Apabila saya tanya kawan-kawan, mereka menyatakan payah hendak mencari jalur gemilang. Dan selainnya, kerajaan kurang promosi untuk rakyat mengibarkan bendera kemegahan kita.

The secrets of the most improved school in Malaysia

User Rating: / 16
PoorBest 

On a sunny day in June, the headmaster waited for me in full motocross gear: helmet, goggles, leather gloves, boots. He stood next to a Kawasaki KLX 150 scrambler. Right away, I felt nervous.

The headmaster’s name is Omardani Mohd. Noor, 47, a stocky man with a perpetual smile. He’s in charge of Sekolah Kebangsaan Lemoi, the most improved school in the country. The school, located in the deep jungles of Pahang, could possibly be the most rural school in Peninsular Malaysia.

You are here: Artikel View Semasa