AFN V2

Berita & Artikel

Tariq Ramadan’s ‘Quest for Meaning’

User Rating: / 2
PoorBest 

Review by Karen Armstrong

 The Quest for Meaning: Developing a Philosophy of Pluralism, by Tariq Ramadan,Allen Lane RRP£25, 224 pages

I was fully engaged with this book from the very first sentence – “This book is a journey and an initiation” – because an initiation is exactly what we need at this perilous moment in history. Like so many religious terms, the word initiation has lost much of its force in modern times. But in all the great spiritual traditions, initiation signified the creation, often painfully acquired, of a new self. Classical yoga, for example, was not an aerobic exercise but an initiation that consisted of a systematic dismantling of egotism. Those yogins who succeeded in extracting the “I” from their thinking found that, without the distorting filter of selfishness, they perceived the world quite differently.

 

[IRF] Mengapa Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 Harus Dibantah

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Ahmad Fuad Rahmat
Felo Penyelidik, Islamic Renaissance Front

"Memberitahu kebenaran kepada pemerintah yang zalim adalah jenis jihad yang terbaik." - Muhammad S.A.W.

1)     Makna dan matlamat demokrasi adalah “Kuasa Rakyat”. Media yang bebas, dan jaminan hak asasi untuk bersuara adalah antara unsur-unsur penting untuk membolehkan Rakyat meluah pandangan dan pendapat mereka  dalam proses pemerintahan sesuatu kerajaan. Tanpa jaminan-jaminan tersebut, Rakyat tidak boleh dianggap berkuasa .Tanpa jaminan hak asasi, demokrasi tidak bermakna.

2)     Jaminan-jaminan tersebut lebih bernilai jika dilihat dari sudut sistem demokrasi berparlimen. Kerana pilihanraya hanya dikendali sekali setiap empat atau lima tahun, jaminan hak untuk bersuara adalah penting untuk memastikan bahawa kehendak dan isu-isu rakyat diiktiraf pada masa antara pilihanraya.

3)     Kebebasan bersuara merangkumi pelbagai aspek dan jenis. Di antara jenis yang pelbagai itu, kebebasan berhimpun ialah kebebasan bersuara yang paling unik dan mampan. Ia visual dan spatial. Suara massa dipamerkan kepada ruang awam secara jasmani dan langsung terutamanya dalam zaman e-media ini. Jika bilangan persertanya ramai, ia satu cara berhubung dengan kuasa, pemeritah dan masyarakat yang berkesan.

4)     Justeru itu, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011, yang bertujuan khas untuk mengkongkong hak bersuara dan berhimpun rakyat memang jelas bersifat anti-demokrasi.

5)     Lawyers for Liberty menerangkan rang itu dengan lebih jelas secara berikut:

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertujuan untuk melarang, antara lain, demonstrasi jalanan, perhimpunan secara aman di kawasan-kawasan yang dilarang, dan perhimpunan secara aman yang dianjurkan oleh seseorang di bawah umur 21 tahun. Rang Undang-undang juga mengenakan notis 30 hari diberi kepada pihak polis sebelum perhimpunan yang dirancang. Tafsiran "protes jalanan"dalam Rang Undang-Undang itu pun sebenarnya tidak lain daripada perhimpunan aman.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman pada asasnya mencairkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman  tidak boleh dicapai dan oleh itu tidak berperlembagaan.

Rang Undang-Undang ini juga memberi kuasa yang luas kepada pihak Polis dalam menangani perhimpunan secara aman di mana seksyen 8 Rang Undang-Undang jelas menyatakan bahawa seorang pegawai polis boleh mengambil "langkah-langkah seperti yang difikirkannya perlu". Seksyen ini agak samar dan terbuka kepada penyalahgunaan.

6)     Satu alasan yang kerap diberi dalam menentang tuntutan hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun ialah seperti berikut: “Kebebasan tidak boleh mutlak dan harus dihadkan. Jikalau tidak masyarakat akan terumbang-ambing akibat pintaan kebebasan dari pelbagai pihak”.

7)     Masalah utama alasan itu ialah kebebasan bersuara dan berhimpun bukan sama dengan kebebasan untuk merusuh atau menindas. Hanya rejim yang tidak yakin dengan keadilan dan ketelusan permerintahannya yang gelisah melihat apa jua perhimpunan sebagai ancaman terhadap kestabilan kuasanya.

8)    Dalam demokrasi yang berfungsi, ahli politik bekerja untuk rakyat, bukan rakyat bekerja untuk ahli politik. Ahli politik harus menyediakan, melancarkan dan memudahkan, sebanyak yang boleh dan sebaik mungkin, ruang dan peluang untuk rakyat bersuara.

test

sadsad

 

opex_handshake

 

Wahai Lelaki! Dengarlah Pandangan Saya

User Rating: / 3
PoorBest 

alt

Oleh: Widada Binti Amir (whedad)

Wahai ayahandaku!
Ketahuilah bahawa kedatangan sinar Islam telah mengangkat martabat puterimu di mata masyarakat. Kini tiada lagi pembunuhan anak-anak perempuan seperti zaman jahiliyah dahulu. Bersyukurlah Rabbmu mengurniakan engkau zuriat untuk menyambung keturunanmu. Sesungguhnya engkau adalah pemimpin di dalam keluargamu, dengan itu pimpinlah kami dengan kemampuan yang ada padamu. Kelak nanti engkau akan di pertanggungjawabkan tentang apa yang engkau pimpin. Peliharalah kami dari azab neraka kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Surah at-Tahrim, 6]

Puterimu memerlukan bimbingan darimu dalam menempuhi kehidupannya. Bersabarlah dalam mendidik puteri-puterimu. Berkat keikhlasanmu dalam mendidik kami, puteri-puterimu kelak akan menjadi penghalang bagimu dari api neraka. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (maksudnya):
Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan dia boleh bersabar terhadap mereka dan memenuhi keperluan mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka. [Hadis riwayat Bukhari]

Wahai suamiku,
Kehadiranmu dalam hidupku menggantikan tanggungjawab ayahanda dalam memimpinku. Engkau umpama pakaian bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia dan kelak pendampingmu di akhirat. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka....[Surah an-Nisa’, 34]

Ketahuilah bahawa penyatuan kita adalah bukti kekuasaan Rabb semesta alam seperti yang termaktub dalam firman-Nya (maksudnya):
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Surah ar-Rum, 21]

Seandainya isterimu ini terleka sehingga menyebabkan engkau terguris hati, maafkanlah isterimu. Bersabarlah melayani kerenah isterimu ini kerana mungkin apa yang tersurat tidak seperti yang tersirat. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi kebaikan dalam hubungan kita. Marilah kita bersama merenungi firman-Nya (maksudnya):
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [Surah an-Nisa’, 19]

Hanya satu pintaku wahai suamiku, didiklah isterimu untuk menjadi wanita solehah yang merupakan sebaik-baik hiasan di dunia ini. Berhematlah dalam membimbingku. Jangan engkau terlalu berlembut sehingga isterimu menjadi alpa dan jangan pula terlalu berkeras sehingga isterimu menjauh darimu. Usahakanlah jalan di antara keduanya. Renungilah mutiara sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (maksudnya):
Bersikap baiklah terhadap wanita kerana sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika kalian meluruskannya, mungkin kalian akan mematahkannya. Namun jika kalian biarkan maka tulang itu akan tetap bengkok. Oleh kerana itu berbuat baiklah kepada wanita. [Sahih Bukhari (3331) & Sahih Muslim (60/1468)]

Wahai puteraku,
Engkau adalah permata yang berharga buatku. Kehadiranmu menyinari hidup kedua orang tuamu. Kami bertanggungjawab mendidik dan mencorak dirimu menjadi insan yang berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. Engkau laksana kain putih sedang kami adalah pelukisnya. Kami telah diberi amanah agar mempersiapkan engkau dengan asas agama yang cukup agar engkau tidak hanyut oleh fatamorgana dunia kelak. Junjungan besar kita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (maksudnya):
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tauhid). Orang tuanyalah yang menjadikannya sebagai orang Nasrani, Yahudi atau Majusi. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim]

Justeru setelah engkau dewasa kelak, penuhilah pula tanggungjawabmu kepadaku. Janganlah engkau melupakan jasa kedua orang tuamu. Jadilah anak yang soleh yang amat diharapkan doanya setelah ibumu meninggalkan alam yang fana’ ini. Renungilah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Surah Luqman, 14]

Wahai warga masyarakatku:
Marilah kita bersama-sama menegakkan amar makruf nahi mungkar agar rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa menyelubungi kita. Ketahuilah bahawa kita sekalian adalah penolong antara satu dengan yang lain. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah merakamkan perkara ini dalam firman-Nya (maksudnya):
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Surah at-Taubah, 71]

Jangan kita biarkan ombak dunia menenggelamkan kita dari peringatan-Nya. Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat menikmati kesenangan yang sementara. Kelak kita semua akan dipanggil menghadap-Nya untuk ditanyakan tentang amalan kita. Bersegeralah kita menyahut seruan-Nya agar kita tidak kerugian. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah al-Asr, 1-3]

You are here: Artikel View