AFN V2

Berita & Artikel

Air Mata 12 Rabiul Awal...

User Rating: / 12
PoorBest 

altRasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai sakit

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai gering. Baginda bertanya kepada isteri-isterinya: “Giliranku esok di mana? “Di mana aku esok?”.

Isteri-isteri yang penuh kasih sayang memberikan pilihan kepada suami yang tercinta, untuk memlih di mana saja dia ingin berada. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memilih rumah si pipi merah, Aisyah binti Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menghabiskan sisa-sisa hujung kehidupannya di rumah ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu..

Di rumahnya, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu membacakan surahal-Falaq dan an-Nas serta doa-doa yang dihafalnya, sambil meniupkan ke seluruh tubuh baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam. Begitu kasihnya ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Wasiat baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam

Sayangnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam kepada umatnya. Di saat akhir kehidupannya, lima hari sebelum nyawanya diambil, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan pesanan yang mungkin dilupakan oleh ramai umatnya di zaman kini. Pesanan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berbunyi:

“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid”.  Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meneruskan nasihatnya: “Jangan kalian jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah”.

Empat Hari Sebelum Saatnya Tiba

Jalan-jalan masuk kampung: Tuhan Itu Ada

User Rating: / 11
PoorBest 

altApabila melihat sahabat ini, saya teringatkan Prof Ungku Aziz – waktu Pak Ungku datang buat survey mengenai kemiskinan di Kemaman tahun 1960an dulu, saya rasa brother ini tak ada lagi. Makna kata, beliau adalah generasi terkemudian kpd generasi yg pernah dibuat kajian oleh Pak Ungku dulu; sama sahaja seperti hasil kajian Pak Ungku itu, sehingga ke hari ini makan minum mereka sehari2 terus bergantung kpd laut. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Bila saya tanya apa jadi bila tiada, dia cakap terpaksalah pinjam kat SAING-SAING (bahasa Tganu: kwn2), bila ada hasil nanti bayar semula.

Doa-Doa Sebelum Salam

User Rating: / 25
PoorBest 

altDoa-Doa Selepas Selesai Membaca Tahiyyat Akhir, Sebelum Memberi Salam

Oleh Mohd Masri bin Mohd Ramli

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.

Kembara Hadith : Demi Kalam Nabi Kurela Tempuhi

User Rating: / 17
PoorBest 

altIslam mementingkan ilmu dan budaya keilmuan. Menggesa dan menggalakkan umat Islam untuk terus maju dan berilmu. Memupuk budaya belajar dan berfikir agar umat Islam menjadi ‘penagih’ ilmu dan ‘pencandu’ pengetahuan. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Mulk ayat 19;

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
                                   
Imam Abu Hanifah di dalam al-‘Alim wa al-Muta’allim menjelaskan, tujuan menuntut ilmu adalah untuk kita beramal dengannya dan menjadi pakar dalam bidang tersebut bukan untuk untuk berdebat. Oleh yang demikian, kita digalakkan menjadi pakar bukan untuk rasa megah dan hebat, tetapi untuk memberi manfaat kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Namun sebaliknya berlaku sekarang, kita suka dan sering berkata, “Saya betul, awak salah.” Sedangkan betul atau salah itu adalah berdasarkan hujjah dan dalil. Sekiranya ia masih berada di ruang lingkup ijtihadi apa salahnya kita berkata, “Saya betul, awak juga betul.” Namun tentu lebih sukar untuk berkata, “Awak betul, saya salah.”

You are here: Artikel View