Sifat Solat Nabi VS Majlis Tahlilan Cara Nabi
al-Fikrah
Sifat Solat Nabi
VS
Majlis Tahlilan Cara Nabi


http://an-nawawi.blogspot.com

Saya adalah antara pembaca yang sangat tertarik dengan hasil-hasil karya atau penulisan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (rahimahullah). Seorang alim hadis yang namanya begitu menyinar di era ini.

Salah satu bukunya yang begitu membuka minda dan corak berfikir adalah berjudul Sifat Solat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam (bagi judul Edisi terjemahan). Di dalamnya beliau memulakan dengan sebuah mukaddimah yang cukup-cukup membuka mata dan menyedarkan.

Kalam para imam terkemuka yang mazhabnya (himpunan fatwanya) menjadi panutan (ikutan) dihamparkan di lembaran-lembaran awal karya Syaikh al-Albani, Sifat Solat Nabi.



Antara yang saya ingati adalah:

Sekiranya suatu hadis itu sahih, maka itulah mazhabku. (Kalam 4 imam mazhab)

Juga:

Sekiranya kamu temui sesuatu di dalam kitabku yang bertentangan dengan hadis Rasulullah, maka ambillah hadis Rasulullah tersebut dan tinggalkanlah pendapatku. (Perkataan Imam asy-Syafi'e)

Jika kita terus membelek dari lembaran demi lembaran, nescaya kita akan temui butiran permata demi permata yang memukau penglihatan. Melainkan mereka yang terpejam hatinya, mungkin terlepas dari melihat kemilaunya cahaya sunnah yang terukir dari helaian ke satu helaian.

Kandungannya berisi penuh dengan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bagi merealisasikan perintah baginda:

Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat. (Hadis Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab al-Azan)

Turut dipersembahkan dengan perkataan para ulama terkemuka dari era awal sehingga masa terhampir. Dengannya beliau mengutarakan kesimpulan dan hujjah bagi setiap tajuk perbahasan bukunya.

Begitulah Syaikh al-Albani membuka mata memukau para pembacanya mengajak kepada Solat yang sempurna mengikuti suluhan as-Sunnah.

Begitu jugalah kekagumanku kepada karya beliau ini. Begitu banyak mengubah corak berfikirku yang sebelum ini hanya sekadar berpuas hati dengan mengikuti tatacara ajaran mazhab pak-pak ustaz. Jika dikata A, maka ku ikutkan saja A. Jika diperintahkan B, maka aku terus B. Tanpa pernah kritis dari mana datangnya A dan B.

Begitulah karya Syaikh al-Albani tentang perihal Sifat Solat ini begitu memberi kesan ke atas diriku.

Namun, begitu jugalah sunnahnya alam ini. Jika ada peminat, ada juga yang membenci dan bersikap menentang.

Dakwaan demi tuduhan dilontarkan kepada Syaikh al-Albani sebagai penyesat. Dek kerana hasil karyanya ini tidak sebulu dengan konsep arus perdana, maka ia ditohmah dan difitnah. Diberi label dengan pelbagai nama. Di antaranya adalah dengan nama Wahhabi, sebuah nama yang entah dari mana dan entah apa kaitannya.

Dikatakan Wahhabi ini dari bicara mereka, adalah sebagai satu kelompok yang antara karektornya tidak bermajlis tahlilan dan membenci perkara-perkara kebaikan (hasanah). Dikatakan juga sebagai perosak sunnah.

Subhanallah... begitu sekali label yang diberi. Sedangkan Syaikh al-Albani ini membawakan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang mulia di dalam mana pun buku-bukunya. Setiap hasil tulisnya tidak pernah luput dari cahaya perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Jadi, dari sudut mana benarnya dakwaan mulut mereka yang lancang itu?

Nah! Jika begitu, bawakan saja buku yang boleh kujadikan rujukan supaya ku ikuti Majlis Tahlilan Cara Nabi! Dengannya supaya aku tidak dilabel dengan gelar Wahhabi sebagaimana yang dipaksakan ke atas Syaikh al-Albani. Kerana dengannya kita mampu amalkan tahlilan persis sebagaimana Nabi melakukannya. Persis laksana para sahabat bertahlil untuk para sahabat yang lain.

Supaya jelas nantinya bahawa Majlis Tahlilan itu adalah benar-benar dari Sunnah Nabi kita. Apakah nanti karya yang diberi judul Majlis Tahlilan Cara Nabi itu mampu menyaingi konsep persembahan buku Sifat Solat Nabi? Dapat atau tidak misteri sunnah tahlilan itu disingkap dengan ilmiyah?

Sama-sama kita nantikan dan saksikan...
(807 reads)
Re: Sifat Solat Nabi VS Majlis Tahlilan Cara Nabi (Score: 1)
by fakiralkaya on Wednesday, December 09, 2009 (22:12:28)
SSN S.A.W Susunan Almarhum Albani - di komentar oleh seorang Ustaz sebagai " Ada hadis yang tidak kuat tetapi di angkat oleh Albani menjadi kuat ". SSN susunan Almarhum Albani tidak lah perlu diangkat sehingga menolak kitab2 solat yang disusun oleh ulama lain. Sekiranya seseorang tidak menjadikan SSN Albani sebagai rujukan tidaklah bermakna solat mereka "tidak Seperti Solat Nabi".

| Parent

Re: Sifat Solat Nabi VS Majlis Tahlilan Cara Nabi (Score: 1)
by nawawi on Thursday, December 10, 2009 (16:26:55)
Kritikan ilmiyah tiada masalah. Yg bermasalahnya adalah kritikan tak ilmiyah...

| Parent

Re: Sifat Solat Nabi VS Majlis Tahlilan Cara Nabi (Score: 1)
by al-farisi on Thursday, January 28, 2010 (23:20:02)
Bismillah
Good Artikal..ana rasa semua hadis yg di bawa oleh Al-bani mempunyai sanat dan matan yang jelas..
wallhualam...

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about al-Fikrah

Most read story about al-Fikrah:
Kompilasi Rujukan Isu Wahabi

Toggle Content Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Sufyan bin Abdillah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa selain engkau”. Jawab Nabi s.a.w: “Katakan: aku beriman dengan Allah, kemudian kamu beristiqamahlah”.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan



Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: AbuMiqdad
New Today: 5
New Yesterday: 4
Overall: 4245

People Online:
Members: 10
Visitors: 60
Bots: 0
Total: 70
Who Is Where:
 Members:
01: Abu_Bunyameen > Community Forums
02: alwafiey > Community Forums
03: amalakhirat > Home
04: bocah > Community Forums
05: fakiralkaya > Community Forums
07: fique > Community Forums
08: joe-ngang > Home
09: mujahid > Home
10: zaitt > Downloads
Hidden: 1
Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 20521 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4789 

   mfauzy 
 Posts: 
 4462 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4365 

   FATHI 
 Posts: 
 4212 

   Arabian 
 Posts: 
 4102 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3975 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3662 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3488 

   shiha 
 Posts: 
 3444 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3268 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3193 

   Arradhi 
 Posts: 
 2667 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2453 

   nawawi 
 Posts: 
 2407 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2359 

   peyoy 
 Posts: 
 2271 

   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2071 


   akmal 
 Posts: 
 1882 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1835 

   AbuAmmar 
 Posts: 
 1662 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster