Bukan Awla' Membawa Alpa
Isu Semasa Baru-baru ini sewaktu melayari internet, saya ada terjumpa sebuah blog yang memuatkan cerpen tentang Cleopatra, terasa lucu membacanya apabila yang menulis ialah seorang pelajar agama daripada timur tengah.



Lanjutan daripada blog ustazah tersebut, saya kemudiannya menemui iklan daripada sebuah Persatuan pelajar di Timur Tengah yang menganjurkan pertandingan menulis cerpen dan novel pusi serta sebagainya.

Saya tertawa buat seketika, kemudiannya tersenyum sinis dan akhirnya merasa sedih.

Saya sedih kemudiannya apabila memikirkan betapa ramai para "bakal" ustaz dan uszatah yang disibukkan dengan pelbagai perkara yang bukan Awla seperti menulis cerpen, novel dan berkhayal sastera.

Sekarang sudah muncul fenomena "Cinta Agama" atau dakwah melalui ayat-ayat Cinta.



Kalaulah para ustaz dan ustazah daripada timur tengah boleh berimaginasi dan berkhayal sastera di sana sini menghasil puisi puitis, karya syahdu, berangan-angan dengan cinta yang indah, apakah lagi baki yang tinggal kepada anak-anak muda mentah ?

Kerap kali saya berjumpa di profile orang yang "menambah" saya di facebook mereka sebagai penggemar filem korea dan peminat novel ayat-ayat cinta.

Bukan sukar untuk saya menemui gadis-gadis bertudung labuh dan berpurdah yang "bergedik" dengan lagu-lagu nasyid bertema cinta.

Apabila kehidupan yang dilalui saban hari tidak didasari oleh Aqidah yang Sahih, manhaj kehidupan yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah maka kehancuran umat adalah semakin dekat.

Bagi menghadapi situasi yang sukar ini saya berpendapat sudah tiba masanya cerita-cerita wanita Islam dan tokoh salaf terdahulu perlu ditampilkan kepada massa.

Islam (yang sahih) perlu mengambil alih dunia...

Kisah berkenaan Khadijah isteri yang setia perlu diketengahkan bagi mengantikan cerita cinta yang hina, kisah Zubaidah isteri Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bijaksana perlu ditampilkan bagi mengantikan cerita Cleopatra yang jelek.

Pengajaran-pengajaran berkenaan kisah hidup wanita salaf terdahulu seperti teladan isteri-isteri rasulullah, para sahabat wanita perlu disuburkan sentiasa kepada para gadis dan wanita Islam agar mereka terbiasa dengan agama.

Kita perlu ketengahkan kepada mereka bahawa para wanita salaf terdahulu tidaklah bercinta sebelum nikah, tidak bercouple dan berkasih-kasihan sebelum diakad nikah.

Kita perlu cerita kepada mereka para sahabat wanita berkahwin dan bercerai sebagai fitrah dan lumrah kehidupan. Zainab Al-Jahsyi merupakan isteri kepada Zaid bin Haritsah anak angkat rasulullah dan setelah bercerai dengan Zaid maka Zainab kemudian telah dikahwini pula oleh rasulullah, bapa angkat kepada bekas suaminya ~ No hard Feeling...tanpa segan silu...tanpa resah pilu atau nasyid dan sendu...

Kita perlu bercerita kepada mereka Umar bin Khattab yang tua meminang anak Ali bin Abi Tolib bernama Ummul Kultsum yang masih muda usia dan ~ No hard feeling...tiada menjadi berita sensasi atau menjadi tajuk utama di media massa...

Kita perlu bercerita kepada mereka bahawa rasulullah di datangi oleh wanita yang menawarkan diri kepadanya dan apabila baginda tidak menginginkan wanita tersebut maka sahabat yang berada di sisi baginda meminta untuk menikahi wanita itu dan baginda kemudian menikahkan mereka dengan mahar daripada ayat Al-Quran lantaran kemiskinan lelaki itu....tiada menjadi heboh dan kecoh semua jiran tertangga...habis mengata sekampung...miskin tapi gatal nak berkahwin...

Ianya berlaku sekelip mata ~ no hard feeling.

Sungguh Islam yang di amalkan oleh mereka (kaum muslimin) di zaman salaf adalah sangat berbeza dengan kita.

Ketika di dalam kereta, radio IKIM mengumandangkan lagu nasyid cinta-cintan Islamik maka saya lantas menukar tune radio di kereta saya kepada radio RTM berbahasa India.

Saya memerlukan suara radio dibuka agar dapat menguatkan saya sewaktu memandu di tengah malam.

Mendengar lagu India dan nyanyiannya yang saya tidak fahami adalah lebih saya sukai daripada mendengar lagu nyanyian nasyid yang durjana.

Lagu India tidak menyesatkan saya, ianya bahkan mengundang kebencian saya terhadapnya tetapi lagu nasyid dengan iramanya yang memuji tuhan dan dendangannya yang mendayukan dan rentaknya yang mengerakkan bahu-bahu dan kepala para gadis, mengerakkan tangan dan kaki-kaki para gadis yang menghayatinya, lalu mengedikkan mereka di atas nama tuhan.

Itulah kegedikkan di atas nama Tuhan.

Masyarakat kita perlu diubah dan pembinaan tamadun serta ummah Islam perlu di dasari kepada Kitab dan Sunnah.

Menjadi tanggungjawab besar kepada para pendakwah seperti Ustaz dan Ustazah untuk menyibukkan diri mereka dengan perkara yang lebih awla.

Hendaklah Persatuan Pelajar Agama di Timur Tengah menganjurkan pertandingan menulis Kitab, pertandingan menghasilkan karya agama, syarah hadis, kupasan feqah, takhrij dan tahqiq risalah-risalah ilmiah dan membudayakan ilmu yang dituntut di dalam agama berbanding menganjurkan pertandingan menulis cerpen dan puisi.

Itu satu kebodohan dan kebuntuan pemikiran yang merasa pengajian agama sudah selesai dengan beroleh sekeping ijazah kertas yang bernilai Rm 2.40 jika tidak kerana cop dan tandatangan yang wujud di atas kertas tersebut.
(478 reads)
Re: Bukan Awla' Membawa Alpa (Score: 1)
by linos on Friday, October 02, 2009 (07:44:48)
Satu pandangan yang membina; wajar diberikan perhatian bagi mereka yang dikenal terpelajar/ mempunyai kesarjanaan dalam bidang-bidang yang disebutkan. "Kegedikan" yang tidak disedari mungkin membawa kepada kelalaian mata hati....langsung gagal menghayati apa sebenarnya yang disyorkan dlm alquran dan sunnah

| Parent

Re: Bukan Awla' Membawa Alpa (Score: 1)
by ahmadfadhli on Friday, October 02, 2009 (15:58:22)
hah... ambo setuju benar tulisan ni... mabruk!

| Parent

Re: Bukan Awla' Membawa Alpa (Score: 1)
by muslimin88 on Friday, October 02, 2009 (16:49:19)
pedas-pedas.... No1

| Parent

Re: Bukan Awla' Membawa Alpa (Score: 1)
by emran_ahmad on Friday, October 02, 2009 (17:30:08)
sambungan..

Sekiranya jumlah pelajar yang menyertai pertandingan menulis kitab, risalah ilmiah, menghasilkan karya sirah dan sejarah Islam, ulasan dan kajian masalah feqah berjumlah 100 buah karya setahun bayangkanlah jumlah naskah ilmu yang akan terhasil apabila 2 tahun ? 5 tahun ? dan seterusnya...

Banyak di kalangan kita lupa dan alpa perkara yang awla sehingga mereka terjebak dengan masalah-masalah dan perbuatan yang membuang masa.

Tidak salah menghasilkan cerpen, jika di dalamnya tersarat bahan ilmiah, catatan sirah dan rujukan berguna serta nasihat-nasihat agama yang menepati sunnah dan kehendak agama.

Namun yang disesali apabila keutamaan ditinggalkan, feqah tidak mengerti, sirah masih tidak dikaji, hadis masih tidak di tapis, tafsir al-quran masih terbengkalai tetapi sibuk mahu mengasah bakat menjadi penulis dan sasterawan muda.

Tidak mengapa jika itu jalanmu tetapi usah kau kata mahu berdakwah dengan mata pena jika ilmu tiada di dada kerana perbuatan-Mu itu hanyalah mengundang bencana apabila menyesat manusia dengan Mata Pena.

Segala Puji Hanyalah Bagi Allah SWT.

http://ustaz.blogspot.com/2009/09/bukan-awla-membawa-alpa.html

Barakallahufikum

| Parent

Re: Bukan Awla' Membawa Alpa (Score: 1)
by zaidi3004 on Sunday, October 04, 2009 (09:17:07)
ilmu perlu dicari mesti mengikut sunnah juga baru boleh diamalkan...lalu ilmu tu bukan cara sunnah maka susah nak aamal.. tu sebabnya...

| Parent

Re: Bukan Awla' Membawa Alpa (Score: 1)
by tasniem on Monday, October 05, 2009 (04:34:31)
manusia --- alpa

mungkin mereka hanya faham, cerpen, novel, puisi hanya untuk menceritakan tentang cinta semata-mata... sebenarnya ia sangat luas... walaupun mereka belajar di sana, kadang-kadang kita perlu mengingatkan mereka kembali...

bagus penulisan nie...

| Parent

Re: Bukan Awla' Membawa Alpa (Score: 1)
by Abuatsiroh on Tuesday, October 06, 2009 (07:17:15)
Ana pulak, bila IKIM pasang lagu ana akan tukar ke radio Bernama. Boleh dengar berita. Kadang2 ada bab "Learning English with BBC". Jauh lebih bermanfaat daripada dengar nasyid.

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
Sejarah AFN6: Disebalik nama alFikrah

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya maka ia telah binasa

-- HR. Ahmad dan Ibn Hibban

Toggle Content Pautan Pilihan



Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: AbuMiqdad
New Today: 5
New Yesterday: 4
Overall: 4245

People Online:
Members: 12
Visitors: 67
Bots: 0
Total: 79
Who Is Where:
 Members:
01: Abu_Bunyameen > Community Forums
02: alwafiey > Community Forums
03: amalakhirat > Home
04: bocah > Community Forums
05: fakiralkaya > Community Forums
07: fique > Community Forums
08: joe-ngang > Home
09: myzyruz > Community Forums
10: nurcahaya > News
11: Wan > Home
12: zaitt > Downloads
Hidden: 1
Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 20521 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4789 

   mfauzy 
 Posts: 
 4462 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4365 

   FATHI 
 Posts: 
 4212 

   Arabian 
 Posts: 
 4102 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3975 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3662 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3488 

   shiha 
 Posts: 
 3444 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3268 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3193 

   Arradhi 
 Posts: 
 2667 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2453 

   nawawi 
 Posts: 
 2407 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2359 

   peyoy 
 Posts: 
 2271 

   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2071 


   akmal 
 Posts: 
 1882 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1835 

   AbuAmmar 
 Posts: 
 1662 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster