Saya selalu melihat ramai ikhwah mengambil rujukan laman web salafy Indonesia dan kebetulan mendapati terdapat beberapa orang nama syeikh yang pernah saya baca tentang peribadi mereka serta pemahaman mereka sejak berada di Mekah beberapa tahun yang lalu lagi.
فتوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء بالسعودية
Fatwa No. 21517 Tarikh 14/6/1421 Hijrah : Peringatan tentang Kitab (التحذير من فتنة التكفير) dan (صيحة نذير) tulisan Syeikh Ali bin Hasan Al-Halaby.
Makluman bahawa kedua kitab tulisan beliau ini adalah menyeru kepada fahaman Irja’ dan menyatakan bahawa amal itu tidak termasuk syarat sah Iman dan menisbahkan fahaman tersebut kepada ahlul sunnah wal jamaah. Kedua kitab ini juga telah ditulis secara menyelewengkan maksud dan perkataan Syeikh Islam Imam Ibnu Taimiyyah, Hafidz Imam Ibnu Katsir dan selainnya…
Ketua Lajnah Penyelidikan Ilmiah dan fatwa : Syeikh Dr Abd Aziz bin Abdullah bin Muhammad Ali Syeikh Ahli Lajnah : Syeikh Dr Abdullah bin Abd Rahman Al-Ghadyan Ahli Lajnah : Syeikh Dr Bakar Abdullah Abu Zaid Ahli Lajnah : Syeikh Soleh Bin Fauzan Al-Fauzan
Nak cari susah boleh taip keyword ayat ini di google untuk memudahkan : فتوى رقم (21517) وتاريخ 14/6/1421هـ في التحذير من كتابي:
(( التحذير من فتنة التكفير)) و ((صيحة نذير))
Demikian juga kitab tulisan Syeikh Adnan Bin Abd Qadir yang bertajuk حقيقة الإيمان بين غلو الخوارج وتفريط المرجئة turut ditolak oleh ahli lajnah fatwa pada fatwa bernombor 21435 disebabkan wujud pengaruh murjiah dan kebathilan mazhab pegangan penulis yang mengeluarkan amal sebagai syarat sah iman dan menaqalkan dengan secara tidak benar daripada ulama salaf. فتوى رقم (21435) وتاريخ 8/4/1421هـ
في التحذير من كتاب ((حقيقة الإيمان بين غلو الخوارج وتفريط المرجئة))
bahkan saya turut menjumpai Syeikh Murad Syukri, disebutkan turut berkefahaman murjiah فتوى رقم (20212) وتاريخ 7/2/1419هـ
في التحذير من كتاب ((إحكام التقرير في أحكام التكفير))
لمراد شكري
Juga Syeikh Ahmad bin Soleh Al-zahrani turut disebut sebagai berkefahaman murjiah فقد اطلعت اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء على الكتاب الموسوم بـ : ((ضبط الضوابط في الإيمان ونواقضه)) تأليف المدعو/ أحمد بن صالح الزهراني ، فوجدته كتاباً يدعو إلى مذهب الإرجاء المذموم
Tujuan saya memaparkan isu ialah sekadar untuk berkongsi maklumat, terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian sendiri.
Saya masih ingat lagi pesanan Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji, bekas Ketua jabatan Aqidah Uni. Ummul Qura kepada saya secara peribadi bahawa kebanyakkan pendakwah salafy yang ada di merata-rata tempat ialah penyeru mazhab murjiah yang diupah dan malang sekali apabila para pelajar yang belajar dengan mereka kemudiannya mengambil fahaman salah ini lalu pulang ke tanah air dan menganggap ianya fahaman salafy.~
Apa itu Murjiah ? tanyalah kepada ahli panel di sini ..saya serahkan kepada Ahli panel yg bijaksana untuk menghuraikannya...
Wallahualam.
(326 reads)
Posted by emran_ahmad on
Monday, June 08, 2009 (03:03:51)
Kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya
The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster