Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi
Isu Semasa Assalamualaikum WBT.


Pernah dengar peristiwa Memali.

Ia adalah satu tragedi, satu tragedi berdarah di sebuah kampung yang dihuni oleh mereka yang beragama Islam. Arahan pembunuhan juga dikeluarkan oleh mereka yang beragama Islam. Ia berlaku sebelum saya lahir, pada 19 November 1985. Penduduk kampung terbunuh, dan begitu jua beberapa anggota keselamatan.

Saya tidak pasti kebenaran disebalik apa yang berlaku. Saya ingat sewaktu kempen pilihanraya, pihak kerajaan memaparkan video klip dan menerangkan bahawa penduduk kampung Memali yang diketuai oleh UstazIbrahim Libya adalah penjenayah, pengikut ajaran sesat.



Benarkah? Saya tidak pasti. Ketika saya berumur 12 tahun, saya membeli sebiji buku yang menceritakan tentang isu Memali. Buku ini ditulis oleh seorang aktivis PAS yang sudah pasti pro kepada Ustaz Ibrahim Libya. Saya membaca. Sayu, sedih, marah, geram, benci-sekiranya apa yang ditulis di dalam buku itu benar-. Itulah perasaan saya.

Saya kegelapan dan tidak ketahuan mana yang benar. Hatta sampai sekarang. Yang bersalah mesti dihukum. Itu satu prinsip yang perlu dipegang. Akan tetapi menghukum mestilah dengan bukti. Mereka yang bersalah mesti dibicarakan, penuduh mesti membawa bukti, dan yang tertuduh mesti diberi hak membela diri. Itulah keadilan!

Sejak di zaman persekolahan, saya menanti-nanti bilakah kes ini akan dibuka di mahkamah, saya mahu lihat apa isunya-walaupun saya ragu-ragu dengan keadilan mahkamah dunia. Tetapi sampai sekarang kelam, gelap gelita.

Pihak kerajaan dengan propaganda bahawa mereka adalah penjenayah, manakala pihak PAS menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk kampung mati syahid. Mana satu yang benar Wallahua'lam.

Dalam hal tidak ketahuan ini,wajar saya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang komentar. Cerita-cerita dari akak saya di mana salah seorang temannya adalah anak kepada tahanan Memali, juga selalu akak saya ceritakan. Akak saya penuntut undang-undang di UiTM ketika itu. Dia menceritakan bahawa sahabat dia memberitah bagaimana ayahnya di seksa, bahkan dicabut kuku jarinya menggunakan playar oleh pihak berkuasa. Dahsyat -saya tidak suruh percaya, saya hanya menulis apa yang saya dengar-.

Maka, untuk membuka pintu kebenaran, kes ini mesti dibuka di mahkamah, biar perbicaraan berlangsung, siapa yang bersalah mesti dihukum.

Maaf sekiranya saya seorang yang pro-Memali. Kenapa? Bukan kerana saya ada bukti salah kerajaan, cuma saya merasakan sedemikian kerana sikap kerajaan yang asyik menangguh-nangguh pebicaraan kes itu. Jika benar yang dibunuh itu penjenayah, bukalah kes ini di mahkamah. Berani kerana benar, takut kerana salah! Waris-waris Memali yang dituduh penjenayah itu pula yang berusaha membongkar kes ini dimahkamah. Normalnya, si pesalah takut perbicaraan kerana akan membongkar kejahatannya. Maka jangan marah jika mereka yang lahir selepas peristiwa itu seperti saya, menganggap bahawa orang yang kerajaan panggil sebagai penjenayah ini adalah benar, bahkan tangan mereka yang meluluskan serangan itulah pembunuh, pengganas, penjenayah ibarat raja bersiung yang kehausan daraj rakyatnya sendiri.. Kenapa? Kerana mereka takut membuka kes ini di mahkamah.

Satu sahaja persoalan buat pembaca, siapa Ustaz Ibrahim Libya. Kerajaan asyik menukar-nukar kenyataan. Mula-mula kata yang diserang ialah komunis, selepas itu kata penjenayah, selepas itu kata pengamal ajaran sesat. Mana satukah yang benar sedangkan jasad Ibrahim Libya hanya satu. Apakah yang kerajaan ingin sembunyikan? Kenapakah gelaran-gelaran ke atas Ustaz Ibrahim Libya berubah-ubah dari komunis, kepada penjenayah, selepas itu pengamal ajaran sesat pula.

Wallahua'lam.

















Jom Baca:
Syuhadak Melayu- Ustaz Ibrahim Libya
Peristiwa Memali 1985
Memali Incident-wikipedia
Memali- Kronologi Peristiwa Memali-Secret in PDRM
Berita Dari Gunung-Revisiting Memali


Jom Tonton

.



.





Ceramah oleh Ustaz Ismail Mahmud, adik Ustaz Ibrahim Libya
(7930 reads)
Re: Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (Score: 1)
by ibnhussin on Sunday, June 29, 2008 (17:37:46)
Ayahanda saya adalah bekas anggota polis yg terlibat sama merakam kejadian itu (audio-video recording purpose).

Cerita drp beliau yg melihat sendiri seluruh kejadian itu berlaku didepan matanya - kami berdua bersetuju bahawa Ibrahim Libya tidak syahid, malah seharusnya beliau menyerah diri seperti yg pernah dilakukan oleh Ust Shamsuri Ahmad dan lain-lain tokoh salaf terdahulu apabila dipanggil pihak penguasa.

Apakah rasional para pengikutnya menyerang polis dan mempertahankan beliau? Adakah beliau ini Nabi?

Seharusnya Ibrahim Libya (semoga Allah mengampunkannya) tidak melibatkan pengikutnya di dalam kancah yg berdarah ini. Sekiranya beliau yakin kebenaran ada pada dirinya - mengapa tidak menyerah shj? Prof Hamka dan Dr Yusof al-Qaradhawi juga pernah terpenjara.

Saya tidak mengatakan Kerajaan berada di pihak yg benar, cuma saya tidak bersetuju dengan keputusan yg diambil oleh Ibrahim Libya dan para pengikutnya. Rasanya umum sudah mengetahui mengenai hadis memngangkat senjata terhadap pemerintah.

Saya turut sedih di atas kejadian yg berlaku, semoga Allah s.w.t mengampunkan mereka yg teranaya.

Wallahu'alam

| Parent

Re: Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (Score: 1)
by tytsezh1 on Monday, June 30, 2008 (00:30:19)
Tesis pertama saya ialah Analisa mengenai memali.Saya rasa tidak cukup hanya menilai hari peristiwa tu sahaja,sedangkan ada isu sebelum kejadian itu.



Syahid atau tidak ?selepas mayat dikumpulkan satu pertemuan ulamak PAS yg menilai sebagai syahid dan Fatwa Negeri Kedah menilai sebaliknya namun MFNK tak berani nak kata deme tu sebagai bughah,yg ada tercatat sibh al-bughah,soalnya adakah dalam Kitab Fiqh istilah sibh al-bughah?saya temuramah sendiri pengerusi JFNK (waktu tu)-beliau tidak menjawab banyak persoalan saya.

Ada pihak langsung tak mahu melayani saya dalam penyelidikan ni.

Saya ada membuat kesimpulan saya sendiri setelah mengambil kira beberapa sudut dan dipersetujui oleh penyelia

Apapun terserah pada Allah selebihnya-kita menghukum hanya pada yang zahir.Kita doakan keampunan keatas mereka .Wallahu a`lam.

| Parent

Re: Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (Score: 1)
by abuhuzaifah on Monday, June 30, 2008 (01:34:45)
Bagamaimana pula dgn peristiwa Abdullah bin Zubir ra yg bertindak mengangkat senjata apb diserang oleh tentera dibawah pemerintahan yazid? Bahkan disetujui oleh bondanya Asma' Binti Abu Bakar?

Mereka adh tokoh sahabat salafussoleh.
Wsm.

| Parent

Re: Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (Score: 1)
by PUTRI2 on Tuesday, July 15, 2008 (19:26:33)
Soal syahid ke tidak adalah urusan ALLAH Azza Wa Jalla. Kita doakan ruh mereka supaya diampunkan oleh ALLAH swt. Aamiin.

| Parent

Re: Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (Score: 1)
by tasniem on Monday, March 30, 2009 (22:08:58)
saya dulu pernah belajar di sekolah memali... yang saya dengar dari zaujah ust ibrahim libya dan keluarga mangsa lain... dulu ada 1 buku yang mneceritakan mengenai kisah ini... dan kenapa pihak2 polis menangkap masyarakat setempat dan ada memisahkan annak2 kecil dari ibunya (berlainan penjara) sedangkan anak2 itu masih menyusui???

jenazah mereka...seminggu sebelum ditanam, tetapi masih berdarah seperti orang yang baru meninggal... camner tue???

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Toggle Content Article Rating
Average Score: 5
Votes: 2


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Sesungguhnya Islam dibina atas 5 perkara iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram.

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan




Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Search Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  2: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Hadith E-Book
  5: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  9: Quran Explorer
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: krolnaim
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 6806

People Online:
Members: 0
Visitors: 37
Bots: 1
Total: 38
Who Is Where:

Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 45516 

   FATHI 
 Posts: 
 14197 

   NAZ 
 Posts: 
 12875 

   Ibn_Firdaus 
 Posts: 
 11753 

   mustaqill 
 Posts: 
 11488 

   abu_usamah 
 Posts: 
 9944 


   kayrollz 
 Posts: 
 7919 

   mfauzy 
 Posts: 
 7045 

   Muhammady7 
 Posts: 
 6957 

   AqilHaq 
 Posts: 
 6825 

   Abu_Imran 
 Posts: 
 6735 

   Mohd.Ikram 
 Posts: 
 6613 

   Athma_Godam 
 Posts: 
 6591 

   ummimq 
 Posts: 
 5902 

   abuQays 
 Posts: 
 5779 

   Abuputri2 
 Posts: 
 5724 

   cikgurahim 
 Posts: 
 5033 

   abulwafaa 
 Posts: 
 4962 


   abdullah_ameen 
 Posts: 
 4444 

   abuirfan 
 Posts: 
 4409 

   iman_taqwa 
 Posts: 
 4391 

   alak 
 Posts: 
 4351 

   Yusof 
 Posts: 
 4213 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster